Posted by: pinkturtle2 | September 27, 2008

Wujudnya Kecelaruan Dalam Pentadbiran Negara

Jawatan Pengerusi Khazanah Holding sebuah syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Kewangan sepatutnya dipegang oleh Menteri Kewangan.
Jawatan Pengerusi Khazanah Holding sebuah syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Kewangan sepatutnya dipegang oleh Menteri Kewangan.Sebaliknya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan satu jawatan baru iaitu Timbalan Pengerusi Khazanah Holding untuk diisi oleh timbalannya itu.Tindakan Abdullah itu disifatkan sebagai petanda jelas wujudnya kecelaruan dalam pentadbiran negara – Mahfuz

Mengapa PM tidak serah jawatan Khazanah pada Najib?

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Ketua Penerangan PAS, Mahfuz Omar menyelar tindakan Perdana Menteri yang tidak menyerahkan jawatan Pengerusi Khazanah Holding kepada Menteri Kewangan yang baru.

Sebaliknya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mewujudkan satu jawatan baru iaitu Timbalan Pengerusi Khazanah Holding untuk diisi oleh timbalannya itu.

Tindakan Abdullah itu disifatkan sebagai petanda jelas wujudnya kecelaruan dalam pentadbiran negara.

Jawatan Pengerusi Khazanah Holding sebuah syarikat yang dimiliki oleh Perbadanan Menteri Kewangan sepatutnya dipegang oleh Menteri Kewangan.

Mahfuz juga berpendapat tindakan Abdullah itu menandakan bahawa Presiden Umno tersebut tidak bersedia untuk memberi laluan sepenuhnya kepada Dato’ Seri Najib Razak.

“Bila Abdullah adakan pertukaran jawatan dia berharap tidak akan ada lagi tekanan supaya dia meletak jawatan tetapi yang berlaku sebaliknya,” kata beliau.

Najib juga dilihat tidak begitu serius untuk melaksanakan pelan peralihan kuasa bila menyerahkan perkara tersebut kepada akar umbi.

“Jadi disini kita lihat Abdullah tidak yakin Najib akan patuhi perjanjian peralihan kuasa 2010,” kata Mahfuz.

Mahfuz juga menegaskan tindakan tidak melepaskan jawatan Pengerusi Khazanah itu juga satu isyarat daripada Abdullah bahawa beliau akan terus mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Disember nanti.

Selain itu ia juga merupakan tanda bahawa Abdullah masih tidak percaya kepada Najib yang selama ini sering melafazkan taat setianya kepada Perdana Menteri itu.

Abdullah juga kata beliau, tidak melepaskan jawatan Pengerusi Khazanah kerana mahu menjaga kepentingan perniagaan yang diperolehi oleh anak dan menantu beliau.

“Kepentingan syarikat seperti Scomi juga harus dibeliau jaga bairpun tidak lagi memegang jawatan Menteri Kewangan,” kata beliau.

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. Apa nak buat negara ni dia yang punya….. konon!

  2. Memang pun, dia takut nanti anak dan menantu dia tak dapat projek malahan tindakan dia sama dengan KM Sarawak. Satu untuk kau,lima untuk aku…………. hentamlah la dollah sebelum maut menjemput kau. Bila di akhirat baru kau tau betapa susahnya jadi pemimpin bila ALLAH soal kau, terketar2 nak jawab.Jane pun tak boleh nak tolong..

  3. parti dah menopause..nak buat camna lagi..krosot ..krosot
    depa dua ekok ni tiap2 bulan
    satu utk. kau dan satu utk. aku
    pejam celik sampai next election…
    camtu tu lah

  4. NI LAH BENGAPNYA ORG MELAYU YG DIBERI MANDAT ( ADA YG MELALUI SUBSIDI POST JE PUN)….BUAT LA USAHA PENGILANGAN, PEMBUATAN…BUKAN KAKI MAKAN PROJEK….INDUSTRI BAGI PULANGAN SEBAB PROSES DAN JUAL..ADA LA PERDAGANGAN…NGKO LATIH RAKYAT MALAYSIA MENJAJA DUBUR KESERATA DUNIA..BUAT APA….????

    NON-MALAY DAH MAJU BERATUS TAHUN ACQUIRE TECHNOLOGY..NI NGKO DIDIK RAKYAT JADI GOLONGAN KONSUMER JE……DIDIK LA GOLONGAN PEDAGANG DAN PENGUSAHA …BUKAN KAKI PROJEK YG SHORT TERM…..APA KORANG TAK PERASAN KE??? DIDIKLA UNTUKJADI PEMUNYA SYARIKAT YG BUAT PERUSAHAAN..ADA KNOW HOW…NI BERCAKAR , REBUT PROJEK …….TAK PANDANG KELILING….MEMANG KOME DARI BI-END PURELY JENIS ‘MANGKUK’ !!!!


Tinggalkan komen

Kategori