Posted by: pinkturtle2 | November 27, 2008

Semua Pemimpin Umno Kena Lucut Jawatan?

Sekiranya seseorang yang sudah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan dan selepas itu baru didapati bersalah dan jawatan itu terpaksa dikosongkan, ia akan merugikan parti,

Sekiranya seseorang yang sudah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan dan selepas itu baru didapati bersalah dan jawatan itu terpaksa dikosongkan, ia akan merugikan parti - Pak Lah

Ahli Umno amal politik wang akan dilucut jawatan

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini memberi amaran kepada mana-mana ahli UMNO yang terbukti bersalah mengamalkan politik dilucutkan jawatan yang dimenangi mereka.

“Mereka lupa dengan keghairahan (merebut jawatan). Mana-mana boleh berlaku. Kalau berlaku (politik wang) akan jadi kesalahan,” katanya.

Abdullah yang juga Presiden Umno berharap siasatan Lembaga Disiplin Umno berhubung politik wang dapat diselesaikan sebelum pemilihan parti Mac depan agar mereka yang bersalah boleh digugurkan daripada bertanding.

Beliau berkata, langkah tersebut adalah bagi memastikan pentadbiran parti berjalan lancar.

“Sekiranya seseorang yang sudah dipilih untuk memegang sesuatu jawatan dan selepas itu baru didapati bersalah dan jawatan itu terpaksa dikosongkan, ia akan merugikan parti,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mendapat jaminan daripada Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail yang pihaknya akan cuba menyelesaikan aduan sebanyak mungkin sebelum pemilihan,” katanya.

Bagaimanapun katanya, walaupun siasatn itu perlu dijalankan dengan cepat namun ia perlu dijalankan dengan rapi dan keputusan dibuat mestilah betul.

Abdullah berkata, Badan Pencegah Rasuah (BPR) masih boleh menyiasat sekiranya wujud unsur-unsur rasuah membabitkan mereka yang bertanding.

Berhubung kemelut yang sedang melanda wanita UMNO, Abdullah berharap wanita tahu untuk menyelesaikannya supaya pergerakan itu tidak akan menjadi lebih lemah pada masa hadapan.

http://www1.mstar.com.my


Responses

  1. Majlis Minum Petang Bloggers Di Shah Alam

    Perkara – Jemputan ke Majlis minum petang bloggers (sempena kongres PKR)

    Tempat – Restoran Kasih, Shah Alam (Belakang TESCO Melawati)

    Hari dan waktu – Sabtu (29hb.November,2009) jam 6 petang.

    Berminat sila hubungi matcomot di nombor – +6016 231 9911

    Semua bloggers dijemput menyertai majlis.

  2. Selagi guna istilah ‘politik wang’, selagi itulah Umno x serius membenteras rasuah. Rakyat hanya melihat kpd peranan serta fungsi BPR & Polis. Jika kedua-duanya masih d takuk lama, bermakna Umno hnya gila nak glamour aje le dlm isu ini. Waktu Pak Lah mula jadi PM, isu inilah juga d mainkan tapi akhirnya rakyat yg tertipu.

  3. Ahli umno perlu wadah baru ,kerana semua pemimpin berkepentingan ini akan tabur wang untuk menjamin kemenangan mereka mengekalkan kuasa,..kerana apa,demi untuk menutup keserakahan yang mereka lakukan selama berkuasa..justifikasi inilah perlunya ahli umno akar umbi tinggalkan umno ramai-ramai dan tubuh parti baru..tinggalkan depa semua dalam umno..karat tu.

  4. Islam hadhari kata politik wang, ini tak haram bagi pemimpin hadhari. Islam yg dibawa oleh nabi muhammad saw, rasuah itu adalah haram. Tak ada dlm islam istilah politik wang hanya pd islam hadhari ye la.

    bila dah menang cara rasuah, jawatan pun itu haram dan sumber rezeki dari itu juga haram. inilah yg diberi makan pd anak bini. sebab tu anak punah ranah bini apatah lagi, macam mana nak tutup aurat sebab sumber rezeki dah haram. Bila daging itu tumbuh dari makanan yang haram, api nerakalah balasannya.

    Jadi yg makan dr sumber yg haram dan penyokong puak ni jadilah haram jadah namanya.

    kalau berani keluarkan lah fatwa mengenai isu politik wang yg dinamakan oleh albodowi alhadhari aliman altakguna ni. mufti ada berani ke?

  5. spot on!

    menukar istilah adalah CARA ORANG KAFIR untuk menghalalkan yg haram atau mencampur-adukkan yg halal dgn haram.

    contohnya interest/bunga = riba’, dan root beer (membiasakan penggunakan nama yg haram = beer)

    tanpa fatwa pun sume tahu, rasuah dlm apa jenis, nama dan bentuk sekalipun adalah tetap haramnya.

  6. Teman doakan UMNO cepat lingkup lagi baik. Adanya umno asyik menipu, menghabiskan harta negara, menangkap musuh politik untuk diISAkan, menghapuskan bahasa ibunda sendiri, menghilangkan biasiswa pelajar2 Melayu, membunuh dan mengebom sesiapa yang cuba menjatuhkan mereka, pengamal rasuah tegar, menjulang budaya hendonisme dan memperlekeh agama Islam sendiri serta banyak lagi kerosakkan yg telah dilakukan.
    Teman kesian pada generasi anak-anak sekarang. Mereka akan mewarisi kepimpinan haprak dan rosak oleh umno/BN.
    Moga anak2 kita dijauhi drp sindrom jenayah umno ni.
    Nazri kata Raja2 dah tak ada imuniti. Tapi sekarang menteri2 UMNO/BN yg kebal drp undang2. Lihatlah kes Najib Tantuya Al-Monggolia. Tak naik langsung ke mahkamah. Sebaliknya balaci dia Razak Bagindalah yg terpaksa berlakon siang malam di mahkamah rimba tu!

  7. Apakah bezanya Politik Wang dengan Rasuah? Apakah bezanya istilah Khinzir dengan Babi? yang jelas satu perkataan bunyinya lembut dan satu lagi bunyinya kasar. Jika jelas HARAM, maka ….. fikirlah sendiri.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: