Posted by: pinkturtle2 | Ogos 15, 2008

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri - Mufti Asri

Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri - Mufti Asri

Mufti Perlis: Sumpah Saiful risiko teramat besar

15-08-2008 07:54:40 PM

PETALING JAYA: Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin melahirkan rasa terkejut dengan keberanian Mohd Saiful Bukhari Azlan bermubahalah. Namun begitu, beliau menyifatkan sumpah yang dibuat oleh Saiful itu sebagai risiko yang teramat besar.

“Sekiranya dia benar, dia akan selamat tetapi jika dia berbohong lambat laun, kelaknatan Allah akan turun kepadanya dalam berbagai perkara yang tidak tergambar oleh dirinya sendiri,” tegas Dr Asri ketika dibungi sebentar tadi.

Dr Asri yang kini berada di Kota Bharu menghadiri ‘Seminar Tajdid’ di USM, Kota Bharu berkata, “Keberanian Saiful melafazkan lafaz yang seperti itu menunjukkan samada dia meyakini apa yang dia dakwa ataupun dia tidak faham akan kesan terhadap lafaz berkenaan pada masa hadapan.”

Menurut tokoh agama yang lantang bersuara ini, tindakan Saiful itu juga boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap pihak yang dicabar kerana bukan mudah seseorang untuk melafazkan apa yang dilafazkan oleh Saiful.

“Bukan mudah seseorang melafazkan sumpah mubahalah itu melainkan dia dalam keadaan tidak siuman ataupun dia sedar apa yang diyakini itu benar,” katanya lagi.

Tambahnya, “Oleh kerana akan timbul kesangsian pihak yang di cabar dan untuk menghilangkan keraguan masyarakat maka pihak yang didakwa iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim hendaklah melafazkan sumpah bermubahalah dengan bentuk yang sama. Maka jadilah mubahalah yang mana kita akan lihat hukuman Tuhan nanti.”

Ketika ditanya bagaimanakah pendirian beliau kini setelah Saiful bermubahalah, Dr Asri berkata, “Adapun saya tidak pernah menyatakan secara putus siapa yang benar, siapa yang salah.”

Mstar


Respon

  1. adakah apabila DSAI bersumpah mubahalah, maka kesnya akan gugur dengan ssendiri??? tak perlu lagi ke mahkamah?? apa yang berlaku pada tahun 1998(kalau tak silap) DSAI dah bersumpah, tapi kena juga…. apakah pilihan yang ada pada DSAI?? Sumpah ke, tak sumpah ke, sesumpah ke, sama juga…… apa pun kita mengharapkan Allah swt memberi petunjuk kepada kebenaran….amin…

  2. Ya Allah Ya Tuhanku tunjukkanlah Kekuasaan dan Kebenaran-Mu Ya Allah…
    Tiada daya dan upaya kami melainkan hanya dengan Keagungan-Mu…amin…

  3. Allahuakbar budak yang tak ada ilmu hentam ajelah awat tak mai Kepala Batas kat Masjid ni lagi afdal.Hang dah nak kena pun tunggu sampai kena jadi hang memang ekpress tak ikut undang undang, hang bedal sama macam Pak hang tuu tengok eksyen semacam.Kalau hang tak dikuda oleh UMNO hang bagi repot dan letak di internet kami nak tengok so insyallah terbuka hati aku nak sokong hang tapi kalau tak kami umat islam satu Malaysia akan doa hang tak selamat sampai anak cucu hang, bab-bad ini hang tak boleh main-main boleh azab baru tahu nak jadi macam Tangang kadang-kadang tak kena cash tu la hang eksyen.Bodoh sombong aje.Ini betui hang tengok Black Metal pijak Quran ,bakar Quran tapi tuhan tak bagi cash jadi insaf-insaf laa oi alam nu yang nak cari.Allahuakbar

  4. Kenapa ulamak umno tak menasihati saifool terlebih dahulu sebelum bersumpah.Kerana Umno sudah ketiadaan ulamak.
    Sumpah mesti dilakukan dihadapan Alim Ulama’ kerana selepas bersumpah aliam ulama akan berdoa memohon kebenaran ditunjukkan kepada yang haq dan sebaliknya kepada yang batiil.doa alim ulam’ lebih mustajab berbanding yang lain…

  5. Semoga Allah beri hidayat kepada kita semua AMINN

  6. assalamualaikum.

    saiful bersumpah di dalam masjid, mengadap kiblat, dan untuk memastikan sumpah beliau tiada cacat cela, sumpahnya di saksikan oleh imam masjid besar wilayah persekutuan dan pengarah JAWI. apabila kecacatan berlaku, serta merta cerdik pandai agama ini memperbetulkan ayatnya. di lakukan pula pada hari jumaat, penghulu segala hari.

    saiful memulakan sumpahnya dengan kalimah syahadah, dan bacaan al fatihah. riak wajahnya sangat tenang dan saya yakin ianya di lakukan dengan ikhlas. dia memulakan sumpahnya dengan bacaan walahi wabilahi watalahi. dan dia sampai berkata jika sumpahnya itu dusta semata beliau sanggup terima akibatnya sehingga hari kiamat! sampai bergema masjid itu apabila saiful berkata ‘datuk seri anwar telah masukkan zakarnya ke dalam dubur’

    pada pendapat saya, saiful telah melakukan apa yang saya angggap teramat berat. dan sumpahnya adalah antara beliau dan Allah. maka kita tiada hak untuk kondem atau merendah rendahkan sumpahnya, kerana beliau sudah melakukan apa yang dia terdaya mengikut apa yang dia faham mengikut tertib islam yang betul. pokok pangkalnya, saiful SUDAH pun bersumpah. saya mahu lihat reaksi anwar.

  7. 1- lps b’sumpah, dia boleh pose 3 hari utk byr kifarah sumpah dia tu. Krn b’sumpah bohong. Aku mcm yakin bhwe dia akan posa.
    2- cara b’sumpah pun dah slh. Ustazah aku ckp- Al-Qur’an hendaklh dijunjung. Bukan stkt pegang. Dgn tgn kiri lak tu..
    3- dia kene ingat, w’pun dia dh byr kifarah sumpah t’sbt, tapi janji dia dgn Allah, ttp bnr. Dia kene ingat tu!
    Dan aku mmg m’aminkan dgn sesungguh2 Aamiin! Bila dia b’ikrar akan sanggup m’merima bala’ Allah!

  8. …kes akan dibuang… dan rakyat dibiarkan dalam kekeliruan dan dan kesangsian…demi survival politik.

    Hanya ALlah yang Maha Agung dan Bijaksana…

  9. the fact remains that the latest move by Saiful (bersumpah) is

    very damaging to DSAI

  10. Diia terpaksa bersumpah kerana dia telah berjanji bersumpah. Mahkamah kata suka sama suka tapi dalam sumpah kena paksa..dah nampak dah..teringat kisah nabi yusof..

  11. kenapa semalam sayfool… kenapa masa nk pilihanraya baru nk bersumpah… adakah semata2 nk pilihanraya ni kamu baru nk bersumpah… bukan hari tu atau bulan lepas… bukankan di liwat tu dah lama

    MOTIF POLITIK!

  12. Pada pandangan saiful bersumpah bukan garis penamat tuduhan liwat 2, bahkan mahkamah.

    Jadi, sumpah sandiwara gamaknya! Nyata sumpah dan mahkamah boleh disandiwara tetapi hukum karma tidak. Lambat laun keluarga dan keturunan saiful sungguh-sungguh bakal ditimpa 1001 kesusahan dan mala petaka. Kasihan keturunannya!!!

    Terkutuk lagi laknat sungguh perbuatan saiful. Sanggup menjijikan maruah dan sejarah bangsanya sendiri. Puiiih!.:)

  13. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui dan Berkuasa..moga kebenaran kan terserlah menenggelamkan yg palsu lagi dusta..

  14. Uncle PET tak nak bersumpah sekali ke ??
    mono…

  15. Setuju dengan nitrofang:

    Saiful sudah melakukannnya. Kenapa Anwar ada 1001 macam dolak dan dalik. Kalau betul jantan sejati (?) dan pejuang bangsa dan agama, ayuh, pegang Al-Quran dan lakukan yang sama.

    Dan kita bukanlah hakim yang maha arif (ALLAH) untuk mengatakan samada ianya betul atau tidak. Biarlah Allah tentukan, bukan kita.

    Yang penting, satu pihak sudah buat, lagi satu lagi bila? Rakyat sedang menunggu… anak jantan dari Permatang Pauh menunjukkan kejantanannya, bukan pada budak mentah namanya Saiful….

  16. BALA ALLAH AMAT DAHSYAT

    HINGGA TAK TERJANGKAU PEMIKIRAN KITA

    INGATLAH,ORG YANG BENAR SELALU DIHINA

    ORG YANG SALAH SELALU DIJUNJUNG

    DOA KAMI SEMUA UNTUK ANWAR

  17. DIPETIK DARIPADA ORANG ALIM AGAMA

    bersumpah menggunakan kitab suci bukan ajaran Islam sebaliknya merupakan amalan orang Kristian dan Yahudi.

    kes yang membabitkan zina dan liwat hendaklah dirujuk kepada undang-undang qazaf.

    “Jika undang-undang qazaf tidak ada, kerajaan perlu membuat pindaan di Parlimen supaya ia boleh diadili melalui undang-undang Islam

    “Rujuk kepada mahkamah syariah mengikut Akta 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan iaitu kes untuk zina dan liwat,” katanya.

    beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan Mohd Saiful Bukhari Azlan bersumpah di Masjid Wilayah Persekutuan mendakwa beliau telah diliwat secara paksa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Bagaimanapun, beliau berkata, dalam Islam hanya ada lian iaitu sumpah antara pasangan suami isteri.

    “Anwar dan Saiful bukan suami isteri dan dalam kes ini ia bukan sahaja tidak kena tetapi telah menunjukkan kebodohan umat Islam sendiri.

    “Beliau (Saiful) menggunakan agama Islam jenama apa kerana ia tidak merupakan hak dalam Islam.

    “Bagaimana Saiful bersumpah menggunakan Quran sedangkan dia tidak tahu isu kandungan kitab suci itu.

    “Dia (Saiful) boleh buat apa sahaja tetapi kita tidak boleh dengar sebelah pihak sahaja,” katanya.

  18. aku tgk pucat muka saiful jambu lepas diasak wartawan masa sidang media.

    asyik2 jawab tunggu keterangan saya di mahkamah.

    hero la pulak.

    cuma aku perasan satu benda ja. dia tak tahu nak jawab so dah diarah jgn jawab.

    cari la makan macam lain budak u oii

  19. sahabat2 nabi pernah wat salah. kita manusia takda hak nak hukum. malah kita perlu beri peluang pada yang wat kesilapan. kalau ada biaq dia berubah bagi peluang. jgn terus menghukum. mana tahu kita boleh berjaya dengan ada nya dia. TUHAN tu maha Pengampun. kan dalam ISlam ajar kita banyak bersabar dan berbincang. Dia dah buat sumpah tu. bio je kita tungguuuu gitewww apa kesudahannya… Giteww Uhaaaa…
    Cara dia tu salah tu buka aib sendiri dan maruah orang, Tuhan je tahu. Kita ada ulama’ dan alim. jgn pilih ulama duit. yang tahu berkata2 tapi tak berani lantang suara. Takut hilang kerja n duit.Ramai tu. calon2 pun dah melambak2. tapi tak pe kita doakan semoga Allah bagi petunjuk kepada ulama2 duit ni. mana tahu leh bantu DSAI pimpin negara nanti. Ingat jangan menghina orang lain. sbb kita tak da hak atas itu semua. Politik memang kotor. semua tahu. manusia gelap dengan duit dan pangkat. Semoga dibukakan pintu hati mereka. Kepada saiful. Moga anda paham istilah ludah kelangit.

  20. salam,

    aku teringat kisah nabi saw yang selalu diceritakan. perjuangan baginda menyebarkan agama islam sangatlah perit; dihina, diludah, diletakkan najis haiwan ketika baginda sujud… tapi baginda tidak pernah menyerang semula. peperangan yang berlaku, bukan kerana penjajahan oleh baginda, tetapi pembebasan daripada kuasa besar seperti rom dan parsi. malah sahabat baginda juga gugur ketika perang uhud. bayangkan islam yang kita nikmati hari ini adalah atas ketabahan dan perjuangan yang berliku dilalui baginda.

    islam merindukan perdamaian. kasihanilah nabi saw yang meratapi umat akhir zaman. baginda pernah berkata kepada para sahabat: “tahukah kamu siapakah yang paling mulia di hadapan Allah” para sahabat: “malaikat rasullullah”.. nabi: ” manusia yang paling mulia di hadapan Allah, adalah umatku selepas kematianku. mereka tidak pernah melihat atau mendengar suaraku, tetapi mereka merinduiku..” (wallahualam)… kitakah yang dimaksudkan baginda??? tetapi kenapa kita harus khianati perjuangan baginda??? kenapa dibumi malaysia yang majoritinya islam berlaku perkara sebegini???

    ingatlah, Tuhan sudah terlalu2 banyak kali menutup aib kita di mata manusia. Mungkin kehidupan kita di dunia selesa, terlepas daripada balasan / hukuman, tapi pertemuan kita dengan-NYA pasti!!! kita / mereka akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang telah dilakukan di atas muka bumi ini!!!

  21. pandangan seposen aku la….

    kalau lafaz nikah, tersasul maknanya lafaz tu batal dan kena ulang semula. ini dah la tersasul, ulang yg tersasul je dan sambung sumpah. Boleh terima ke sumpah mcm tu?

    lg satu, kalau mengikut sirah, sumpah perlu dilafaz 3 kali. minta alim ulama tolong jelaskan.

  22. Mamat TENANG ni kaldai agaknya. Para cerdik pandai lagi arif bijaksana tentang agama Islam dah jelaskan, bersumpah itu kelakuan KAFIR!!!

    Cakap sajalah si saiful and the konspirator nak lari dari penghakiman Mahkamah Syariah. Sebab itu nak bermain ugut-ugut dengan istilah SUMPAH.

    Eleeeh, ini generasi Malaysia Baru – The leader future of tomorrow jangan digertaklah. Malahan, the leader of jubor yang akan digertak.

    Naspazi nak sepaklah jubor Si TENANG ni of coz tak reti-reti lagi tentang hakikat SUMPAH ini, biar sdr Dr Buasir repair jubor Si TENANG dengan mencadangkan agar Si TENANG berpampers seumur hidup. Ehemmm, kah kah kah.:)

  23. mcm ni lakula pampers kt kodai

  24. jangan buat main dengan sumpah..silap-silap kena panah dengar petir ja lahanat nie.
    tunggulah balasan kalau ko menipu…

  25. Perlakuan bersumpah yang dilakukan oleh Saifool ni amat berat.Kalau pun perkara itu benar2 terjadi tetapi saifool telah mengaibkan orang lain…amat azab seksa nya mengaibkan orang lain…Kalau bersumpah tak curi duit ke, tak bunuh orang ke boleh gak diterima…ini bersumpah diliwat. Apa tujuan ???????.pastu buat lak sehari sebelum p/raya..nampak sangat ada tujuan utk mengaibkan seseorang, kan mengaibkan orang adalah dilarang…

  26. Esyyy, sdr rubbertapper! Pampers laku satu hal. Hanya jenuh gamaknya ehemmmnya mengurus pampers2 yang tengik tu… Kih kih kih.:)

  27. Tu la hampa ..
    semua kata motif politik..Saiful tidakpun tahu DSAI akan bertanding pilihanraya kecil semasa diliwat DSAI katanya…aku malas la nak komen sape 2 benar…Cuma kesian bila Naspazi kata bersumpah itu kelakuan kafir..abis tu kat mahkamah..menjadi saksi bersumpah tu kafir ke? klu mcam tu semua kat mahkamah tu kafir le kerana membenarkan sumpah berlaku…hati2 bila berkata2…
    Cuma aku nak tengok dua2 ni..sapa yang kena
    bala dulu…saiful kerana dah bersumpah atau DSAI yang tak mengaku ..? walhuaklam

  28. BUKTI SIAPA PENIPU

    Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu – demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

    Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu penasihat PKR itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami “tenesmus” – kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

    Ketika di Hospital Pusrawi, Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

    Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan “plastik” di bahagian duburnya.

    Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful “tidak mengalami pendarahan aktif”, “tiada kesan ulser atau nanah”, dan “tiada kesan koyak atau calar”.

    Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan “jaga”, “selesa”, “tidak pucat” dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

  29. 1. Hi, micea71! Bersumpah itu perbuatan kafir. Tau kafir? Kalau tak tau erti kafir, tanya bapa engko!!!

    2. Berikut standard Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang saya ingin kongsikan dengan para pengundi Permatang Pauh. Ada faham? Baiklah, sila baca:

    SURAT TERBUKA UNTUK PARA PENGUNDI PERMATANG PAUH

    Oleh Naspazi | Friday | Aug 15, 2008

    Makcik, Pakcik, Abang, Kakak dan Adik-Adik para mengundi di Permatang Pauh yang dimuliakan dan dihargai serta dirahmati Allah yang maha agung,

    Assalamualaikum dan salam sejahtera!

    Betapa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sah baka melayu yang memiliki standard negarawan kelas dunia dengan mendapat dan diberi pengiktirafan oleh cendekiawan antarabangsa sebagai:

    1. Tokoh Asia Baru
    2. Lambang Kebangkitan Tamadun Timur
    3. Lambang Alaf Baru
    4. Guru Asia
    5. Antara 100 tokoh yang paling berpengaruh di dunia (Dato’ Seri Anwar Ibrahim ranking 9 – 100)

    Sesungguhnya insan yang berakal cemerlang tidak dilahirkan oleh kehadiran setiap zaman. Syahdan, sekian ratus tahun baka Jepun menanti hadirnya Maharaja Meiji yang berjaya membentuk Jepun menjadi negara yang kaya, moden dan kuat.

    Demikianlah, baka Jepun hingga kini masih gagal memenjelmakan pimpinan baru yang secemerlang Maharaja Meiji.

    Arakian, baka melayu kini, siapa lagi kalau bukan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, yang memiliki kualiti kepemimpinan kelas dunia dengan kecemerlangan wibawa dan keluhuran akal budi hatta mempesonakan dunia. Walaupun, tingkah laku UMNO, tegasnya melayu sendiri yang memperlihatkan kehendaknya untuk meranapkan kehadiran Dato’ Seri Anwar Ibrahim di persada negara, sebagai baka melayu yang cemerlang.

    Janganlah dipersiakan wibawa dan kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Marilah kita sama-sama menghamparkan jangkaan bahawa, seandainya wibawa dan kepemimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dipersiakan, kemungkinan baka melayu memerlukan masa ratusan tahun waktu muka bagi menunggu kehadiran baka baru melayu yang mampu meraih empat pengiktirapan dunia, sebagaimana pengiktirapan yang dunia anugerahkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

    Walaupun sejarah melayu silam dan watak UMNO, tegasnya melayu kini sedang mempamerkan sikap yang bukan sahaja tidak menghargai bakanya yang berwibawa dan cemerlang, bahkan membunuhnya dengan pelbagai taktik dan muslihat lantaran dengki, semoga ianya dijauhkan dari nurani para pengundi Permatang Pauh hendaknya. Amien!.:)

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/303

  30. BUKTI ADA KERAGUAN MUNASAH KES LIWAT

    Dalam akuan berkanunnya bertarikh 1 Ogos lalu, Dr Mohamed Osman Abdul Hamid berkata, beliau tetap berpegang kepada hasil pemeriksaannya ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan – pemuda yang mendakwa diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim.

    Dr Mohamed Osman, yang memeriksa Saiful beberapa jam sebelum membuat laporan polis 28 Jun lalu, berkata beliau tetap berpegang dengan hasil pemeriksaannya itu.

    Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi dan kemudiannya di Hospital Kuala Lumpur sebelum membuat laporan polis, mendakwa diliwat oleh ketua umum PKR.

    Di Hospital Pusrawi, Mohd Saiful diperiksa oleh Dr Mohamed Osman.

    Dalam laporan perubatannya, yang dibocorkan kepada media, doktor tersebut menyatakan beliau tidak menemui sebarang bukti berlaku liwat.

    Dr Mohamed Osman juga mendakwa beberapa perenggan dan perkataan telah ditambah kepada kenyataannya kepada polis berkaitan perkara tersebut.
    Katanya, beliau bertanya mengapa nama Datuk Seri Anwar Ibrahim terdapat pada beberapa perenggan, sedangkan ia tidak pernah disebut sepanjang beliau memberi kenyataan.

    Menurutnya lagi, di peringkat permulaannya, DSP Choo memberi tanggapan bahawa beliau akan didakwa jika enggan bekerjasama dengan pihak polis.

  31. Sumpah saiful di Agong2kan oleh org UMno untuk menyangkal akuan bersumpah DR di PUSRAWI.
    KAlau boleh DR di PUSRAWI tu pun org UMNO nak suruh bersumpah…alahai malunya.
    Modal depa sekarang sumpah saifuool

  32. micea71…nak tanya 2aje…kalau penyamun or pencuri or kaki maksiat di tangkap oleh penguasa
    apa perkataan yang depa akan ucapkan…? klue dibawah

    1)Sumpah tok/tuan saya tak(janji) buat lagi…

    adakah perkataan nie mempunyai sama nilai seperti
    yang dituturkan oleh sisaiful…mudah bibir bertutur tanya memikir kesan mendalam atau sendiri tak
    mengerti apa yang ditutur…itulah sebabnya pakai skrip…

    Malaysia akan rosak lagi kalau orang semua berfikiran sebegini.

  33. din_kita…

    silap… depa tak kata…’sumpah tok/tuan saya tak(ianji) buat lagi…’ tak dak lagi tuu…

    depa kata macam ni…

    kalau cina…’wa tak tau, wa tak tau, wa tak salah…’

    kalau india…’tarak, tarak, saya tak buat…’

    kalau melayu…’mana ada, mana ada, saya tak buat, saya tak salah…’

    macam dsai cakap ‘saya tidak bersalah’- nampak berbahasa. sikit..sebab dia orang kesusasteraan melayu…

    komen la…

  34. SDRA / SDRI PENDOKONG KEBENARAN YANG DIKASIHI DAN DIHORMATI, BERIKUT SAYA DISPLAY SEMULA ARTIKEL SAYA BAGI MENYANGGAH CADANGAN DR ASRI (MUFTI PERLIS)

    BERSUMPAH TIDAK MENGGUGURKAN JENAYAH FITNAH LIWAT
    Oleh Naspazi | Friday | Jul 07, 2008

    “Who get the benefit of doubt? Saiful, valid a person whose stupid and foolish.” – Naspazi

    Apakah makna dan maksud juak-juak UMNO beria-ia sangat mendesak DS Anwar bersumpah? Adakah, jika DS Anwar bersumpah, maka segala jenayah fitnah liwat ke atasnya gugur dengan sendirinya?

    Jika DS Anwar bersumpah, dan pada masa yang sama, proses mahkamah diteruskan juga, maka dari sudut perundangan, apa manfaat yang DS Anwar dapat?

    Justeru, desakan para juak konspirator UMNO, agar DS Anwar bersumpah, tegasnya bersumpah di Masjid, bukan sahaja tidak masuk akal bahkan jahil dari sudut proses undang-undang yang sedia diterimapakai dan disepakati oleh pengamal perundangan masyarakat sejagat.

    Demikianlah agaknya yang dimaksudkan oleh Dato’ Seri Harussani Zakaria, sebagai “cadangan dari orang yang terlebih pandai.” Sementelahan, Mohamed Hanipa Maidin, menyatakan bahawa, hanya si jahil yang bersumpah dengan Al-Quran.

    Oleh hal yang demikian, maka saya bersetuju dengan nasihat Dato’ Seri Harussani Zakaria, Dato’ Hashim Yahaya dan beberapa lagi ulama’ lain yang menegaskan bahawa, DS Anwar tidak perlu bersumpah atau bermubahalah kerana perbuatan tersebut tidak menepati undang-undang Islam.

    Betapa perbuatan Saifool Alkambingi yang menuduh DS Anwar meliwat duburnya adalah suatu jenayah fitnah yang bukan sahaja menjatuhkan maruah DS Anwar, bahkan meranapkan harga diri dan martabat bangsa melayu dari segi kaca mata masyarakat lain di dalam negara ini, hatta masyarakat antarabangsa, bahkan amat mencemar dan mengotorkan sejarah umat melayu waktu muka.

    Dengan ungkapan lain, betapa jenayah fitnah liwat oleh Saifool Alkambingi tidak boleh diselesaikan dengan orientasi bersumpah di Masjid.

    Perlu ditegaskan bahawa, DS Anwar tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. Manakala Saifool Alkambingi pula sah seorang melayu pembohong besar tanpa maruah, laksana anjing kepala busuk sehingga dapat mengemukan saksi sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum-hakam jenayah mengikut islam.

    Yang demikian, seandainya Saifool Alkambingi gagal, maka sahlah dia seorang pembohong laknat dan wajib disebat 80 kali. Kah kah kah, sakit tu!

    Bahawa sanya teori politik dubur ini tidak berbangkit sama sekali dalam kamus umat melayu silam, ia hanya timbul dalam UMNO (United Mendaliar Najis Oraganisation) yang ditimbulkan dan dipelopori oleh Si Mamak Mahathir Kutty yang kununnya berlaku di Tivolli Villa yang tarikh tuduhan pertamanya telah diranapkan oleh alibi.

    Malang sekali, dengan muka babi si konspirator 6 Jahannam korek korek korek telah beberapa kali meminda pertuduhan mereka tanpa sedikit pun ada perasaan aib dan malu kepada masyarakat sejagat yang melihatnya dengan mata yang terbuka.

    Betapa konspirasi akan mengatur logik. Jenayah fitnah jijik dan kotor Saifool Alkambingi boleh diatur oleh instrument negara atau persekongkolan oleh antara polis, mahkamah dan doktor sehingga menjadi kelihatan seolah-olah berlaku dan benar.

    Oleh itu, adalah menjadi tugas suci dan kewajipan murni seluruh cendekiawan melayu yang baik, sama ada yang berpati atau tidak berpati, untuk mencabar kesahihan tiap-tiap fakta yang bakal dikemukakan oleh ketiga-tiga instrument negara yang saya maksudkan. Langkah berjaga-jaga dengan kewaspadaan pada darjah yang tertinggi perlu diutamakan ketika hendak berpencak melawan pengamal orientasi politik kebinatangan, dengan pautan keazaman, laksana irama pantun Dato’ Seri Anwar!:

    Ditenun kain dengan kapas,
    Bermacam-macam warna ragi,
    Perahu lilin layar kertas,
    Berani kulanggar lautan api.

    “Seruan agung kepada Pimpinan, Peguam dan Doktor Pakatan Rakyat agar mengganyang para konspirator melayu yang begitu kotor dan jijik hingga lumat bagai anjing kepala busuk”.

    REMPUH UMNO SAMPAI JATUH!

    http://naspazi.multiply.com/journal/item/158/158

  35. TERKINI LAGI KOMEN ULAMA

    …..Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria pula berkata tidak wujud istilah sumpah dalam Islam dengan perbuatan menjunjung al-Quran tetapi cukup sekadar menyebut “Wallahi, Wabillahi, Wata’alahi”.

    Beliau berkata sumpah juga perlu dilakukan di hadapan kadi di mahkamah bukan imam dan di dalam masjid.

    Mohd Saiful juga, katanya, perlu mempunyai bukti yang kukuh untuk mensabitkan Anwar meliwat beliau sebelum bersumpah.

    “Dia (Saiful) hanya melakukan sumpah secara relevan untuk membersihkan namanya sahaja, bukan membabitkan yang dituduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tetapi mengikut hukum syarak dan qazaf, seseorang yang menuduh orang lain melakukan zina atau liwat, perlu menyediakan empat saksi,” katanya.

    KOMEN LAGI NI..

    Di KUALA TERENGGANU, Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia, Datuk Al-Syeikh Abdul Halim Abdul Kadir berkata sumpah laknat yang dibuat Mohd Saiful sepatutnya dilakukan selepas proses mahkamah terhadap kes berkenaan selesai.

    “Sepatutnya sumpah yang dibuat Mohd Saiful itu dilakukan jika mahkamah menemui jalan buntu dalam menyelesaikan kes berkenaan,” katanya.

    KOMEN
    wahai umno..kata le mufti dan majlis ulama ni manipulate sumpah saiful kalu berani.
    kalu kata kedua2nimanipulate munafikla kamu ulama pun kamu tak percaya.

  36. Syabas! Semoga kebangunan sdra extra 1, sedikit sebanyak membantu memperkasa daya tahan, menjana moral umat melayu ke arah melirik ketulusan bagi menghargai bakanya yang berwibawa besar, contohnya Dato’ Seri Anwar Ibrahim!

  37. risiko sumpah ini mmg tggi..mesti org yg buat dah fikir habis2 pro dan con


Tinggalkan komen

Kategori