Posted by: pinkturtle2 | Oktober 4, 2008

Majlis Syura Ulama PAS – Bolehkah kita berfikir?

PAS diserang dengan pelbagai tuduhan kononnya ingin masuk UMNO/BN kerana berbeza pandangan masalah mengenai isu muzakarah dengan UMNO. Usaha-usaha melagakan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan beberapa pimpinan uatama PAS makin kian kedengaran.

PAS diserang dengan pelbagai tuduhan kononnya ingin masuk UMNO/BN kerana berbeza pandangan masalah mengenai isu muzakarah dengan UMNO. Usaha-usaha melagakan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan beberapa pimpinan uatama PAS makin kian kedengaran.

Majlis Syura Ulama PAS – Bolehkah kita berfikir?

 Setalah beberapa individu pemimpin utama PAS diserang dengan pelbagai tuduhan kononnya ingin masuk UMNO/BN kerana berbeza pandangan masalah mengenai isu muzakarah dengan UMNO. Usaha-usaha melagakan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan beberapa pimpinan uatama PAS makin kian kedengaran.

Usaha ini tidak akan selesai selagi cita-cita untuk melihat PAS itu musnah dan rosak. Racun curiga dan SMS fitnah akan meresap secara halus dengan pelbagai pertanyaan seolah-olah PAS sudah lari daripada landasan yang benar.
Paling akhir ialah mengenai kewibaawan Majlis Syura PAS dengan tuduhan Tuan Guru Nik Abdul Aziz tak tahu apa-apa, Minit Mesyuarat Majlis Syura tidak dibentangkan pada AJK PAS Pusat, mempertikaikan arahan Majlis Syura mengenai ucapan Muktamar Pemuda PAS Pusat dan paling dasyat ialah wujud “coup-de-tat” ataupun rampasan kuasa.

Sebagai seorang ahli PAS seumur hidup, saya terpanggil untuk membongkar perkara ini. Yang menyebar fitnah ini ialah Tulang Besi di lamannya. Dia berada di luar negara sudah lama. Banyak sangat maklumat dia dapat? Bagaimana?

Saya membuat semakan siapa sebenarnya Majlis Syura PAS? Daripada carta organisasi PAS mereka ialah:-

Ketua – Tuan Guru Dato’ Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan – Dato’ Prof. Dr Harun Din
Setiausaha – Haji Abdul Ghani Shamsudin

AJK Terdiri daripada:
1. DS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Haji Awang
2. Ustaz Nasarudin Mat Isa
3. Ustaz Ahmad Awang
4. Ustaz Muhamad Daud Iraqi
5. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
6. Dato’ Ustaz Harun bin Taib
7. Ustaz Hasim bin Jasin
8. Ustaz Hj Maffoz Mohamad
9. Ustaz Hj Abdul Halim Abd Rahman
10. Dr. Sanusi Daeng Meriok
11. Ustaz Haji Hasan bin Shukri
12. Dato’ Ahmad bin Yaakub

Dalam senarai nama yang tercacat, tidak tersenarai Naib-Naib Presiden PAS seperti Hj Mohamad Sabu, YB Husam Musa. Malah Setiausaha Agung dan Bendahari pun tak ada.

Sebagai ahli PAS kita kena faham, apabila kita menerima berita konon apa yang disebut diatas menunjukkan seolah-olah ada tak betul. Sedangkan yang memberikan maklumat ialah seorang penulis yang bernama Tulang Besi yang berada di luar negara. Apakah sikap kita??

15 orang ahli Majlis Syura PAS mungkin ada dikalangan kita yang kita kenal, kita boleh bertanya kepada mereka kerana merekalah yang tahu mengenai perkara ini. Benar atau tidak.

Misalnya saya kenal Ustaz Haji Ghani Shamsudin, pernah lihat handphone barunya yang cantik, notebook yang canggih, malah beliau juga ada media harddisk 500GB. Banyak maklumat dan video yang disimpan oleh beliau dalam media harddisk ini. Tiba-tiba ada orang fitnah kononnya Ustaz Ghani tak buat minit mesyuarat….. Eh eh apa guna notebook yang canggih minit tak boleh buat.

Ini adalah fitnah yang jahat!

15 orang ini sahaja yang tahu dalam hal ini, kenapa kita nak bising. Misalnya contoh Dato’ Kamuruddin Jaafar (SU Agung) atau YB Husam Musa memberi maklumat dengan Ustaz Ghani, akal logik saya saya lebih suka kenyataan Ustaz Ghani…. Bukan bermakna saya tak suka Dato’ KJ atau YB Husam dia pelapis yang baik…. Tetapi saya berfikir dan melihat kedudukan dalam carta.

Sebagai ahli PAS kita kena awasi maklumat yang dibocorkan…
Awasi anai-anai dalam PAS!!!

Songkok Putih

Ahli PAS Seumur Hidup


Respon

  1. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang, Kecuali ada orang lain yang menggoyangnya.

    Dunia sekarang dunia orang boleh dapat berita sekelip mata. Jangan anggap ahli-ahli PAS bodoh sepertimana UMNO menganggap rakyat tidak tahu.

    Jangan salahkan orang lain. Jangan salahkan ahli tetapi pemimpin harus salahkan diri mereka. Mulut mereka yang bercakap. Ahli dengar kemudian buat andaian.

    Kalau tidak mahu ahli buat andaian bukan-bukan jangan cakap merapu.

  2. a picture tells a thousand words. the above photo, among others, indicates that there has been problems between the two? misunderstandings, to be exact. how come? one is mursyidul am, the other is president. it all started with the muzakarah/ muqabalah pas-umno. somebody, somewhere, somehow have initiated the muza/the muqa and later sold it off and defend it as syura’s decision. the funny part is the mursyidul am was not aware of the decision. ok, he was not in the meeting, the timbalan chaired the meeting. why the haste, can’t wait for the mursyidul am for such an importang decision to be made? was it a blessing in disguise, to have the meeting of syura in the absence of the mursyidul am?

    is it for the syura to decide who should represent pas in the muza/muqa with umno? pas constitution clearly stated syura’s responsibility. rightly, the muza/muqa should first be discussed at the jk pas pusat and once decided to have the muza/muqa be forwarded to syura for decision whether to proceed or not based on whether the muza/muqa was against/not islamic principles advocated by pas.

    alas, this did not happen as some members of jk pas pusat did not have any knowledge of the muza/muqa. this established the possibility of the muza/muqa was discussed among few members of the jk pas pusat who also happened to be members of the syura – hence killing two birds with one stone.

    none of the defenders of the muza/muqa scrutinise this but adamantly defended the decision as approved by syura, which syura? it cannot be the same syura as stipulated in pas constitution!

    when tulang besi, a concerned pas member (?) questioned the syura, it should not be seen as fitnah. Never say it as fitne, deny it, prove it. show the syura minutes of meeting !

    nobody question the integrity of the secretary, but the syura. where is the minutes of meeting?

    Allah knows All

  3. Songkok Putih,

    Masih nak mengelak nampaknya. Baiklah saya tanya lagi sekali:

    a. Kalau betul Syura ada buat keputusan membenarkan muzakarah dengan UMNO, kenapa Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS sendiri, yakni Tok Guru Nik Aziz Nik Mat menentang keputusan ini?

    b. Kenapa tiada bukti bertulis membuktikan keputusan ini dibentangkan kepada AJK Kerja PAS Pusat?

    c. Kenapa perkara ini tidak dirujuk kepada AJK PAS Pusat langsung? AJK Kerja PAS Pusat hanya mengetahui perkara ini selepas didedahkan oleh Pak Lah dalam media perdana di Malaysia.

    Cuba jawab soalan saya ini, jawab sekarang.

    Jangan mengelak mcm masa awak mengelak nak jawab soalan saya:

    a. Adakah awak menentang kemasukan PAS dalam BN???

  4. bersatu la..musuh sedang memerhati kite dari jauh.berbeza pendapat mmg xdpt dinafikan,tapi sbgai penyokong PR saya xnak melihat semua ini menjadi titik tolak perpecahan didlm PAS.jgn jadi mcm amno ,yg mempunyai bermcm2 ‘kem’.

  5. UMNO ibarat sepasukan askar yang sedang mengalami kekalahan. Sambil berundur mereka memasang perangkap. AWASSSSS!!!! Jadi, hentikan tuduh menuduh ini. Semakin banyak tuduh menuduh, semakin busuk pekung yang keluar. Kalau Songkok Putih dan Tulang Besi sama2 Fraksi PAS, berdamailah. Jangan bergaduh macam bebudak. Bila ahli PAS bercakaran, siapa yang rugi?

  6. Salam abg Songkok Putih, nampaknya saudara terlalu emosi. Bro tulang Besi bukankah pepatah lama ” Ular menyusur akar tak hilang bisanya”. Yang menang jadi abu yang kalah jadi arang. Patutnya dalam masa2 inilah kita rapatkan saf lupakan perkara kecik ini. Sumbangkan tenaga, fikiran, kepada menegakkan Haq, Menghancur Bathil. Moga2 dengan amal kita yang sedikit Allah terima dan masukkan kita syurga Allah dengan rahmatNya.

    – Adik Hadie

  7. ASSALAMUALAIKUM
    musuh dlm selimut lebih bahaya dari musuh yg nyata.kita semua sygkn islam(pas),dr artikel yg sy baca baik dr TB atau SP jelas bg saya salah seorg dr mereka adalah agen UMNO.kita bercakap haruslh dgn fakta bukan dgn emosi.

  8. TULANG BESI…KALAU ANDA NI BERGERAK DIKEJAUHAN PUN…APA SAJA AWAK BOLEH BUAT MELALUI DUNIA CYBER….

    SONGKOK PUTIH ELOKNYA PUN DIAM…..KAMU YANG MEMBAWA MENAFAAT DAN KAMU JUGA YG NAMPAKNYA MEMBAWA BIBIT KEHANCURAN..INI SIKAP JELEK ATAU SALAH SATU PIHAK NAK MENJADI PEMUSNAH ??? KITA MUNGKIN MENGAGAK KONSEP ‘ IF WE CANNOT BEAT THEM , JOIN THEM..” DAN MEROSAK SECARA PERLAHAN…..FOKUSLAH UNTUK MELAWAN AMANO@ BI END… CAMNE NAK GEMBELING TENAGA UNTUK KUKUHKAN PR….

    INI SEOLAH-OLAH NAK JADI JUARA TETAPI AKHIRNYA KAMU DUA-DUA TELANJANG!!!!

    TEGURAN ORANG ELOK DIAMBIL SECARA POSITIF……KAMI SUKA ORG YG CERDIK IT DAN MENYUMBANG KEPADA PR AMNYA…SEMUA AKAN TERDIDIK DENGAN MAKLUMAT YG BAGUS DAN TEPAT……TUTUP BUKU LAH…….UNTUK WEB MASTER TRANUNGKITE YG MULA MEMBIARKAN ARTIKEL YG CONDONG KE ARAH SANA BAIK HENTIKAN…..DAN PIHAK MARHAEN TERUSKANLAH MEMBERI BERITA YANG PADAT DAN MEMBERI MAKLUMAT TEPAT…….TERUSKAN USAHA KALIAN……TETAPI TAK PERLU MENELANJANGI SATU SAMA LAIN…..YG DULUNYA DAH KALAH TETAP KALAH..KALAU DIBERI KEMENANGAN PUN MUNGKIN EVEN WORSE …DIMANA NEGERI PUN…ALLAH MAHA ADIL DAN BIJAKSANA…..RENUNGKANLAH….

  9. Salam ‘Alaikum….

    Kata Imam Al Ghazali…

    ” Jaga lah tutur katamu hari ini, agar tidak perlu engkau mohon maaf pada esok hari…”

    Sabda S.A.W…

    …”Sampaikanlah yang benar kerana yang tidak itu adalah fitnah…”

    Firman Allah SWT

    …”Hari ini AKU paterikan mulut2 mereka”…

    Jelas, ayat – ayat diatas menunjukkan bahawa kerana mulut badan binasa. Kerana kata, rosak segalanya…

    Wahai sahabatku sekalian, jangan beremosi dalam perjuangan. Jangan mencari salah orang lain… Cuba lah jaga ketertiban diri.. Mudah mudahan kita dirahmati! Amin…

  10. […] Ahli Majlis Syura Ketua – TG Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat Timbalan – Prof. Dr Harun Din Setiausaha – Haji Abdul Ghani Shamsudin AJK Terdiri daripada: 1. TG Haji Abdul Hadi Haji Awang 2. Ustaz Nasarudin Mat Isa 3. Ustaz Ahmad Awang 4. Ustaz Muhamad Daud Iraqi 5. Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man 6. Ustaz Harun bin Taib 7. Ustaz Hasim bin Jasin 8. Ustaz Hj Maffoz Mohamad 9. Ustaz Hj Abdul Halim Abd Rahman 10. Dr. Sanusi Daeng Meriok 11. Ustaz Haji Hasan bin Shukri 12. Ustaz Ahmad bin Yaakub […]

  11. Amek senarai ahli ni untuk rujukan. Mmg sahih kan?


Tinggalkan komen

Kategori