Posted by: pinkturtle2 | Januari 15, 2009

Najib cuba ‘rasuah’ pengundi dengan royalti

zxcvghjkj

Dato' Seri Najib kini cuba 'menggula-gulakan' rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu bahawa jika calon BN menang pilihan raya kecil ini Terengganu akan memperolehi bayaran royalti yang lebih besar

Najib cuba ‘rasuah’ pengundi dengan royalti

KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Hrkh)– Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu diramalkan akan tewas dalam pilihan raya kecil di Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari ini.

Baki kempen kurang dari tiga hari lagi ‘aura’ serta ‘mood’ para pengundi kali ini lebih memihak kepada calon PAS yang diwakili oleh Yang Dipertua PAS Kuala Terengganu, Haji Mohd Abdul Wahid Endut bagi menentang calon BN, Dato Wan Ahmad Farid Wan Salleh selaku Ketua Umno Bahagian Kuala Terengganu.

Tugas dan tanggungjawab mempertahankan kemenangan Barisan Nasional kini terpaksa ‘digalas’ oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak sekaligus menguji ‘kehebatan’ bakal Perdana Menteri itu.

Sehubungan itu, isu royalti minyak menjadi ‘buah-mulut’ di kalangan rakyat di negeri ini yang mempersoalkan status hak royalti serta jumlah sebenar diperolehi oleh Terengganu.

Dato’ Seri Najib kini cuba ‘menggula-gulakan’ rakyat dan pengundi di Kuala Terengganu bahawa jika calon BN menang pilihan raya kecil ini Terengganu akan memperolehi bayaran royalti yang lebih besar.

Katanya, jika BN menang pilihan raya kecil ini rakyat di negeri Terengganu akan menikmati hasil royalti minyak sehingga RM3 bilion setahun.

“Jika harga minyak naik di pasaran dunia jumlah royalti yang diperolehi oleh Terengganu mungkin antara RM1.6 bilion hingga RM3 bilion setiap tahun.

“Kita (Pusat) alu-alukan sebarang usaha untuk membawa kebaikan kepada rakyat keseluruhannya dan kerajaan pusat mempunyai keyakinan terhadap kerajaan negeri,”ujarnya ketika berucap pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MPKT) di Dewan Besar Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Beliau turut memberi ‘jaminan’ Terengganu bakal mengalami perubahan besar sekiranya calon Barisan Nasional itu menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu, Sabtu ini.

Menurutnya, hanya kerajaan BN sahaja yang mampu melakukan perubahan dan sokongan rakyat terutama para pengundi diperlukan dalam pilihan raya kecil ini.

Namun begitu, katanya kerajaan pusat akan menimbang suatu peruntukkan RM200 juta yang diminta oleh kerajaan negeri bagi membina ‘monsun drain’ (longkang besar menampung air musim banjir) di kawasan Bandar Kuala Terengganu.

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. Kalau dah macam tu apa lagi. Buktikan bahawa para pengundi KT tak mudah dibeli macam perwakilan Umno. Angkat je apa yg diberi. Sebat je apa yg dikasi. Namun membangkah dacing jauh sekali. Bulan juga pilihan hati.


Tinggalkan komen

Kategori