Posted by: pinkturtle2 | Jun 19, 2009

Fatwa terbaru Muhyiddin dari Manek Urai:Undi BN boleh masuk syurga

Maksud TPM mengundi PAS ka mengundi UMNO ka masuk syurga belaka...kepala hotak dia...wartawan Bernama yang melaporkan ni pun sama juga bangang.. buat laporan merosakkan aqidah umat Islam... Cuma aku nak tanya?... undi UMNO tak berdosa ka?.... habaq mai...yang segala kerja mungkar tu bawah arahan sapa, semua hangpa langgar tak peduli, semua undang-undang ISA kerja sapa, arahan sapa, runtuh masjid, runtuh surau, runtuh rumah setinggan arahan siapa, kerja sapa..rampas negeri aku sapa punya kerja, tipu pedaya orang... - manjung mari

Maksud TPM mengundi PAS ka mengundi UMNO ka masuk syurga belaka...kepala hotak dia...wartawan Bernama yang melaporkan ni pun sama juga bangang.. buat laporan merosakkan aqidah umat Islam... Cuma aku nak tanya?... undi UMNO tak berdosa ka?.... habaq mai...yang segala kerja mungkar tu bawah arahan sapa, semua hangpa langgar tak peduli, semua undang-undang ISA kerja sapa, arahan sapa, runtuh masjid, runtuh surau, runtuh rumah setinggan arahan siapa, kerja sapa..rampas negeri aku sapa punya kerja, tipu pedaya orang... - manjung mari

Terbaru Dari Manek Urai…. Undi BN boleh masuk syurga juga: Muhyiddin

KUALA KRAI: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata sama ada rakyat mengundi Barisan Nasional (BN) atau pun Pas, kedua-duanya pun membolehkan umat Islam di negara masuk syurga.

Timbalan Presiden Umno itu berkata, perkara yang boleh menghalang orang Islam daripada masuk syurga adalah dosa mereka dan bukannya kerana memilih suatu parti.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, hakikatnya kedua-dua parti memperjuangkan agama Islam namun apa yang membezakan BN dan Pas adalah BN mempunyai kekuatan untuk memaju dan menggerakkan negara.

“Keupayaan BN untuk bangunkan negara lebih kuat berbanding keupayaan (Pas) di bawah pimpinan (Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz Nik Mat),” katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan khas dengan warga pendidik di Sekolah Kebangsaan Sungai Sok, di sini, hari ini. Turut hadir pada majlis itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussein.

Muhyiddin berkata, Pas tidak mempunyai keupayaan untuk membangunkan negara termasuk merancang secara rapi aspek berkenaan.

Beliau berkata, justeru penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai perlu memikirkan secara rasional terhadap kebolehan parti mana yang harus dipilih untuk membaiki taraf kehidupan mereka dan membangunkan kawasannya.

“Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan,” katanya.

Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

http://www.bharian.com.my

……………………………………………………………………………………………………………………….

Ulasan Manjung Mari

TPM Pula berfatwa…

Kalau semalam PM 1Malaysia mengeluarkan fatwa.Maka sekejap tadi sang Timbalannya pula pun nak juga berfatwa, mana boleh, boss dia berfatwa, timbalan pun kenalah juga.. barulah hebat sikit, nanti kalau nak tubuh kerajaan perpaduan barulah kira OK.. sama-sama mantap di kedua-dua belah pihak..

Sang Timbalan PM berfatwa Undi BN pun Masuk Syurga Juga . Huhh lagi hebat…Padan lah Timbalan Presiden PAS bersemangat nak bertemu, masing-masing dah hebat… Nasib baik TGNA dah kejutkan sikit, terus terkedu….kalau tidak lingkup rakyat Islam Malaysia…

Maksud TPM mengundi PAS ka mengundi UMNO ka masuk syurga belaka…kepala hotak dia…wartawan Bernama yang melaporkan ni pun sama juga bangang.. buat laporan merosakkan aqidah umat Islam… Apa itu TPM ingat nak masuk syurga tu macam nak masuk pi Golok kat Siam tu ka…tempat Pink Turtle dok pi shopping tu.., kalau macam tu senangla.. kalau agak kamcing sikit tak ada passport pun boleh masuk pi..

Kemudian TPM berkata perkara yang menghalang sesorang masuk surga ia ialah dosa seseorang itu, aih pandai pulak.. tau pun ,,, yang tadi gatai mulut pi jawab merapu tu apa hal.. ingat perkara tu boleh senang cakap tak tentu pasai.. ini perkara aqidah, salah satu cabang daripada rukun iman, yang gatai mulut bercakap tu apa hal..

Cuma aku nak tanya?… undi UMNO tak berdosa ka?…. habaq mai…yang segala kerja mungkar tu bawah arahan sapa, semua hangpa langgar tak peduli, semua undang-undang ISA kerja sapa, arahan sapa, runtuh masjid, runtuh surau, runtuh rumah setinggan arahan siapa, kerja sapa..rampas negeri aku sapa punya kerja, tipu pedaya orang… oiii, kalau nak tulis perkara ni 2 hari 1 malam tak selesai… cuma aku nak tanya … tak berdosa ka semua ni apa yang UMNO dok tu… lepas tu kita nak pi undi dan sokong lagi mereka … apa ke jadahnya…

OK Undi PAS masuk Syurga.. betui lah tu.. sebabnya kalau orang yang beriman, tahu hukum hakam tentang agama buat kerja amal makruf tinggal perkara munkar, faham islam, tentulah dia undi PAS, apakah selama ini PAS Kelantan yang hampir 20 tahun memerintah membuat sebarang kerja mungkar yang tak berfaedah untuk rakyat…hangpa habaq mai kat aku.. ada.. melainkan MSO saja yang kata tak betui la ni, sebab ia tak dapat projek kambing… Malah semasa siri hujah TV9 minggu lepas MB Pahang Dato Adnan Yaakob sendiri memuji pentabiran TGNA, tak ada apa pun dia nak komen …. jadi apa hujah kita bila UNDI PAS tu tak masuk syurga… lainlah kalau yang Undi PAS tu, kerana marah kat UMNO sahaja, tetapi peribadi mengalahkan orang bukan Islam, hak itu aku tak boleh nak komen apa-apa.. itu hak Allah.. Wallahhuaklam,,,

http://manjongmari.blogspot.com


Respon

  1. syurga dan neraka.. bukan kerja kita…

    jikalau pemerintah yang menampakkan ketidakadilan buat apa kita nak menyokongnya..

    jadi pilihan kita adalah memilih …

    pilihlah pemerintah yang ikhlas berjuang

  2. dah agak… mesti bloggers PR menggelegak punya…mcm biasa la… kenyataan dia xda salah apapun. dia cuma nak fahamkan puak2 pakatan yg ngok bahawa soal masuk syurga bergantung pada amalan kita. bukan bergantung pada kita undi siapa. yeah… yeah…yeah… as usual puak pas yg fanatik. kalau tok guru kata makan taik masuk dpt cuci dosa maka ramaila puak ni yg makan taik kot. taksub. sedangkan kita sedar TGNA bukan maksum. nabi pun ngaku dia manusia biasa yg x terlepas dr wat silap… bezanya nabi maksum… pun begitu setiap mlm dia solat sunat taubat. kan bgs cmtu. ini x… memalukan… taksub. jwbla kat kubur nanti.

  3. habis siapa yang mengundi peliwat jadi ketua mereka masuk syurga la ye..

    • orang yang fitnah tanpa bukti boleh hukum pancong

    • abih tu sapa yang undi kaki rasuah, kaki kelentong rakyat, kaki bom org, kaki perosak akidah orang, kaki perlekeh undang2 islam masuk syurga la…

  4. Najib pergi sana sini taja bawa kempen 1 Malaysia. Kami tak kisah. Nak 1 Malaysia ka, 2 Malaysia ka, 3 Malaysia ka. Yang penting cuba kurangkan masalah rakyat. Barang keperluan masih mahal. Harga minyak telah senyap. Bila nak turunkan harga? Jangan sibuk cakap sini sana, tapi rakyat terus menderita.

  5. Memanglah neraka syurga itu hak Allah. Sebelum Allah ciptakan manusia ini , Allah ciptakan syurga neraka itu dahulu, tujuan Allah cipta syurga neraka ini, supaya hamba yang akan diciptakannya nanti disuroh membuat pilihan semasa hidup didunia, kerana pasangan dunia itu ialah akhirat tempat Allah letak syurga dan neraka. Dalam kehidupan kita ini Allah ciptakan sesuatu berpasang atau berlawan. terpulanglah kepada hamba allah ini untuk memilih, setelah dikirimkanya kepada hambanya itu para rasul dan kitab – kitabnya, samada nak beriman atau syirik, solehat atau maksiat, buatlah dan pilihlah. Apakah kalau kita memilih syirik atau maksiat kemudian kita mengatakan Allah yang mengkhadhakan kita begitu, kalau masuk syurga, syurgalah. kalau masuk neraka, nerakalah. Redhokah kita?

    Sebab itulah Allah menganugerahkan kita organ yang termulia iaitu otak dan akal. Kalau dah bijak sangat manusia itu! ciptalah seketul otak gantikan kepada orang yang terencat akal, dah tentulah dunia ini dipenuhi oleh maknusia yang sihat otak. Habis tu bagaimana pula nak cipta iman!. kalau dah boleh cipta iman itu, dah tentulah dia akan cipta syurga sahaja. Melalutlah pula.

    Bila disebut memilih ianya tentu ada dua sahaja, dia tidak ada yang ditengah tengah diantara syurga dan neraka, ertinya seolah olah tidak mahu masuk syurga dan tidak mahu masuk neraka. Harus diingat setiap perbuatan kita. kitalah yang merintis arah kemana haluan kita kepenyudahnya, seperti juga kita hendak menyelesaikan satu soalan metamatik, tentu bermula dengan formula yang betul, dan jawapannya tentu akan tepat dan betul.

    Begitu juga untuk mentadbir dunia ciptaan allah ini. Formula terakhir untuk mentadbir dunia dan termasuk negara Malaysia ini telahpun Allah nukilkan didalam AlQuran dari sekecil perbuatan hinggalah semega mega tindakan, yang degil dan tidak mahu terima ialah manusia itu sendiri dengan seribu alasan. Degil itu bukan kadha tuhan, degil itu kerana ego dan kesombongan akal. Maknusia yang tidak mahu menyandarkan perbuatan yang salah dan saleh kepada Allah, sombonglah namanya tu.

    Memilih dan merintis ini adalah kerja manusia. Allah ciptakan sahaja isi dunia sebagai memenuhi kehendak manusia. Dalam kehidupan manusia yang ramai ini, ada yang jadi pemimpin. Pemimpin yang jahatlaku bolehkah mengajak pengikutnya buat baik sepanjang masa, Pemimpin seperti ini sentiasa mencari helah supaya kelihatan baik dan hebat kepada pandangan pengikutnya. Pemimpin seperti ini ada yang sanggup mencipta tamaddunnya sendiri walaupun bertentangan dengan fitrah agama dan rasulnya. Pemimpin seperti ini jugalah yang mengaku beriman dengan tuhannya.

    Pemimpin dalam kelompok ini akan meminggir sesiapa juga yang tidak sehaluan dengan kelompoknya, kerana mereka berkuasa. mereka bebas berbuat apa saja di atas nama organisasi Umno dulu, kini dan selamanya. Rakyat dan masyarakat apabila melihat atau mendengar salahlaku oleh pemimpin Umno dan pengikutnya, semacam boleh terima kerana mereka adalah dari kelompok Umno, tiada ada sebarang bantahan dari ahli dan penyokong walaupun salahlaku itu menyalahi hukum dan agama, apatah pula kalau salahlaku itu atas nama tindakan politik. Bagi Umno tindakan politik kerana menyelamatkan kuasa tiada yang haram dan berdosa. Betul ke?

    Ulang balik komen dalam posting dah lama dah.

  6. memilih pemimpin yang menolak al quran dan sunnah sebagai panduan adalah haram.
    Menolak hukum Allah adalah haram.
    Kalau dah tolak hukum Allah nak masuk syurga mana satu?

    • INILAH INTIPATI AMANAT BRUNTAL HADI DULU….
      SAMPAI SOLAT DUA IMAM, TAK LEH MENTEKEDARAH LEMBU YANG
      PUAK JAMBAN SEMBELIH. BERCERAI BERAI LAKI BINI SEBAB PARTI
      LAIN2.

  7. Umno skrg dah lemah. Tunggu masa aje nak tumbang. Itu sbblah mrk cuba berpaut pd PAS. Jika mrk kuat kembali, PAS akan jadi ulam mrk.

  8. bukan umno yg lemah stealth.. tapi melayu itu yg lemah.. sebab melayu itu?? PAS? UMNO? Anwar Ibrahim? atau DAP..

  9. apple,

    kt mana melayu lemah heehee cuba citer sikit kat mana kuat sangat melayu dlm 20 tahun lepas? teman nak juga tahu huhuhuhu

  10. sori double post tapi nak tambah sikit.

    masa paklah tengah kuat menang besar 2004, maybank ada buat polisi dimana setiap syarikat yg membuka akaun atau apa jadah ntah MESTI lah mempunyai ekuiti melayu yg tinggi dlm 30% (kalau tak salah teman).

    tapi apabila mca dap dewan perniagaan cina bukak mulut terus menteri amno dan kerajaan suruh maybnk batalkan polisi itu. jadi dimana kuatnya melayu waktu hehehe lawak sungguh

  11. UNDI UBN….. SUDAH PASTI, RIIINGIT KESORGA
    BUKAN MASYUUUUK SYURGA..!

    INILAH BAHANA UG…! SOAL SYURGA NERAKA DIMAINKAN KEMBALI.

    ARA TU SAPA..JANTAN KE BETINA? SEDAP TULIS
    DAN MEMFITNAH..INILAH IBLIS IBLIS PRODUKSI UMNO,SENTIASA BIBIRNYA BASAH DENGAN ADU DOMBA, JARI JEMARI NYA GALAK MENAIP CERCA
    YANG PASTI KALAU TAK BERTAUBAT DAN MOHON MAAF KEPADA DSAI.. MAMPOSNYA DALAM KEADAAN HINA..!

  12. paloi.. takde plak aku kata melayu tu kuat bile.. hehehe… lemah dan terus lemah.. (sebab cine semakin kuat) kekuatan melayu tak selari dgn diorang.. asik bercakaran sesama sendiri.. dah nampak pas mcm bleh harap nak menang besar next pru dah jadi mcm ni plak… abih camno…

  13. Para pengundi Manik Urai patut menolak pemimpin yang tolak pemerintahan Islam atau pemimpin yang tolak perpaduan dalam Islam.

  14. Nak tanya sat, celah mana yang UMNO ni amalkan islam dalam pemerintahan? Awat kalau letak pemimpin Melayu Islam dah kira cukup islam la. Kalau setakat bina masjid surau berlambak2, buat universiti islam, bank islam, ekonomi islam tak cukup itu baru syiar islam. Mana syariat islam?Mana pi undang2 islam, mana pi perlembagaan islam. Yang aku nampak melayu islam ramai, tapi ramai kat kedai nombor, kelab malam, disko dangdut, kena cekup khalwat, terkinja-kinja dekat shopping mall.Islam ni nak kena ambil sepenuhnya baru nampak elok,bukan ambik yang untung yang rugi tolak. Islam ni ibarat pokok kelapa, semuanya berguna tapi bagi kat puak2 jahanam yang depa nampak berguna, buah, daun saja yang lain tu sampah.
    Islam apa yang menolak hukum islam, islam apa yang menyamakan hukum islam dengan barbarik, islam apa yang bgtau hukum islam akan menimbulkan huru hara, islam apa yang yang memperlekeh janggut rasulullah, itu islam versi UMNO.
    Islam apa yang mempertikai poligami, islam apa yang menghentam sistem faraid, islam apa yang menidakkan kewajipan menutup aurat, itu islam versi SIS.

  15. Saya berpendapat kita perlu fikirkan secara rasional dan fikirkan soal masa depan,” katanya.

    Menurutnya BN mampu membangunkan negara dan memacu negara ke arah masa depan yang lebih baik untuk rakyat.

    Mengulas kata kata diatas,ingin diperjelaskan secara jujur,semua manusia punya hasrat atau keinginan pada masa depan yang baik untuk rakyat,dan rakyat mengharapkan pada sebuah kerajaan yang ditadbir mengikut pertunjuk Allah,tiada perlakuan rasuah dan juga salah guna kuasa serta penyelewangan.Kerajaan ini merupakan hak dan amanah rakyat bagi setiap pemimpin itu.Dan pasti nya setiap hak mereka diberikan secara adil dan tanpa memilih darjat atau warna kulit,apalagi perbezaan politik.Dan pasti nya hal ini hanya dapat dijumpai dari manusia manusia yang dalam hati nya punya rasa takut pada Allah.Mereka melihat perhitungan hari akhirat sebagai waktu yang amat menakutkan.Bagi mereka dilantik pemimpin itu bukan untuk menghimpunkan kekayaan yang luar biasa,jauh dari jalan yang batil atau mungkar(rasuah dan sebagainya)

    Masa depan yang lebih baik hanya dapat dinikmati olih rakyat,bilamana negara ini diperintah dengan berpandukan pertunjuk Allah.Jika tidak rakyat akan sentiasa hidup ditangan tangan pemuka yang sentiasa mencari keuntungan dalam perniagan sahaja(kerajaan pun berniaga dengan rakyat)…contoh nya tol dilebuh raya.

    Dan adalah hak mutlak bagi Allah untuk menentukan siapa yang layak atau tidak masuk syurga,bilamana kita memperhitungakan amalam untuk dinilai,maka tiada siapa pun yang layak untuk memasuki syurga,kita hanya dipilih olih Allah untuk kesyurga atas rahmat nya.Dan orang yang berhak atas rahmat Allah itu adalah manusia yang tetap berlaku patuh pada pertunjuk Allah.Bertanya kita pada dia,apakah mereka berada dijalan orang yang patuh pada pertunjuk Allah??,sedang perlakuan rasuah telah bersarang hitam dalam hati mereka,lalu mereka tergamak mengubah rasuah itu hanya sebagai politik wang.Dan mereka juga menggunakan kesempatan berkuasa itu untuk mencari keuntungan dunia dengan jalan yang salah.

  16. UNDI PAS KERNA PAS PUN TAK MASUK SYURGA

  17. Salam.

    Allah kurniakan kita otak yang berminda.
    Allah telah memberi “guidelines”.
    Semua orang boleh berfikir sendiri.
    Semua orang boleh tahu.
    Sama ada dia baik atau tidak.
    Kalau dah baik dan tak buat yang jahat.
    Masuklah syurga, sendiri boleh tahu.

    Tentang syurga.
    Jangan duduk dengar apa orang kata.
    Orang itu manusia biasa.
    Tiada manusia tahu.
    Allah akan menentukan semuanya.

    Sikit2 masuk syurga.
    Sikit2 masuk neraka.
    Tak ada kerja lain kah?

    Sekadar hairan.

    • Salam ijau,
      BEGITU JUGA DGN. NIAT KITA
      MASUK BLOG NI.KITA MANUSIA MANA NAK
      TAU.TEROPONG PI LAH CAMNA PON.TAK
      AKAN NPK ISI HATI KITA.HANYA ALLAH
      SAJA YG TAHU.SYURGA NERAKA PAHALA
      DAN DOSA DIA BERHAK KEATAS SEMUANYA ITU.

      SAJA NAK HABAQ…

      • Salam great chief.

        Tak payah habaq.
        Kita lama dah tau.
        Awal2 cikgu tadika kita dah cakap.
        Bukan ustaz yang cakap.
        Dan bukan Cikgu Syon yang cakap.

        Yang tak tahu sama ada dia akan masuk syurga tu, bukan manusia.
        Manusia tentu tahu.
        Manusia buat yang baik2 saja.
        Berniat baik sahaja.

        Yang jahat2 tu bukan manusia.
        Mereka minusia (manusia “minus”).

        Sekadar nak khabaq.

      • salam ijau,
        JGN ADA AGENDA YG TERSEMBUNYI DAH LA.
        BALING BATU SEMBUNYI TANGAN..KITA SYG IJAU.
        CUMA NAT LETAK TANG TGH BULAT PUTIH JA.
        BAGHU SAHIH….

  18. dahsyak dia ni …. beri satu lagilah jawatan mufti ke dia ni

  19. Pengundi di manik urai tolak pati yang dah tak memperjuangkan Islam lagi..dah lari tujuan untuk laksanakan hudud?/ berdosa kit kalu sokong..Seperti penjelasan datuk sri Nizar di DUN pErak dulu..kita PAS tak de apa-apa artikal bertulis untuk perjuangkan Islam, hudud dsb.
    Ajar mereka nih!..

  20. Mat Ipoh = ati panass = ati peniss = 3rd class

  21. Undi Umno,mahupun Undi Pas bukanlah kunci ke syurga. Tiada ayat pun dalam AlQuran yang menyatakan sebegini. Alquran sumber ASAS islam.
    Sedalam manapun ilmu agama,kalau ditutup pintu hati oleh Allah SWT,ke neraka jualah akhirnya.Sekafir manapun seseorang,kalau dibuka pintu hatinya oleh Allah SWT,balasan syurga menanti.
    Sesungguhnya,Allah SWT yang menentukan segalanya,bukan manusia,yang lemah lagi terbatas.

  22. KIMAKNYERRR UMNO… BANGSAT PUNYA GEROMBOLAN!

  23. ermm aku ader cara nak masuk syurga iaitu ikut sunnah dan alquran…laksanakan rukun iman dan rukun islam..

    p/s kejub boleh bergabung dengan kafir..kejub haram.. sekarang ni boleh saje janji popular..maklum la malaysia boleh… teringat kisah pemimpin mengelarkan diri ulama..yg suka kafir kan org islam lain kerana undang hudud tidak terlaksana..nah apabila tiba masanya, hilang entah kemana dasar yg dilaungkan2…yg naik ialah sebanyak mungkin traffic light Trganu.. baik juga menyebabkan pemandu jadi lebih sabar semasa memandu.

  24. Aku setuju dengan engko la WAN….elok tarbiah saudara-saudara kita tu jangan tersesat..kita juga yang akan turut tanggung jika tak tegur…

  25. BILA PULAK MUHIDIN JADI AHLI PANEL UNTUK SYURGA NERAKA…ITU BUKAN KERJA KITA,.DAH LAH TU TOKSAH LAGI NAK MENYESATKAN ORANG LAIN DAH LAH DIRI SENDIRI TU SESAT..ASTAFIRULLAH..


Tinggalkan komen

Kategori