Posted by: pinkturtle2 | September 14, 2008

PM Semakin Tertekan…. Najib Juga Bakal Tersingkir…

Dan yang terbaru Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah serta Hishamuddin juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan "bakal bos" mereka, Najib

Dan yang terbaru Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah serta Hishamuddin juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan "bakal bos" mereka, Najib.Hanya beberapa kerat sahaja yang nampaknya membela Pak Lah

PM Semakin Tertekan…. Najib juga bakal tersingkir…

Tengku Razaleigh sejak dari awal lagi meminta Pak Lah letak jawatan. Diikuti dengan Rais Yatim dan Muhyiddin Yassin. Najib yang selama ini membela bosnya juga sudah mula senada dengan Muhyiddin.

Dan yang terbaru Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah serta Hishamuddin juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan “bakal bos” mereka, Najib (rujuk Utusan Malaysia Online, 13/09/08).

Hanya beberapa kerat sahaja yang nampaknya membela Pak Lah. Antaranya termasuklah Zaid Ibrahim (yang terhutang budi dengan Pak Lah kerana dilantik sebagai menteri), MB Negeri Sembilan (sudah tentu dipengaruhi oleh MP Rembau..) dan Exco Pemuda Idris Haron (ni pun juak MP Rembau)

Perkembangan ini sebenarnya merupakan satu berita gembira untuk seluruh rakyat Malaysia tak kira penyokong BN atau PR. Pnyokong BN gembira kerana majoritinya juga tidak menyukai kepimpinan Pak Lah. Mereka mahukan seseorang yang lebih berkaliber dari Pak Lah tanpa mengambil peduli pantun Mufti Indera Kayangan bahawa pencuri bakal digantikan dengan perompak.

Penyokong PR juga tidak kurang gembiranya kerana mereka sejak sedari dulu mahukan Pak Lah letak jawatan. Cumanya sekarang ini mereka ternanti-nanti bagaimanakah sikap PM baru terhadap PR. Mungkinkah PM baru ini akan lebih bersikap diplomatik terhadap PR?

Walaubagaimana pun Pak Lah sudah semestinya tidak akan berundur dengan begitu mudah tanpa melawan. MP Rembau akan dilantik sebagai laksamana Pak Lah untuk mempertahankan dirinya. Saiful Bukhari yang dulunya mengaku menjadi ‘kekasih’ Anwar mungkin bakal menjadi rebutan antara Pak Lah dan Najib pula.

Pak Lah perlukan Saiful untuk kenakan Najib. Sekiranya Saiful mengaku bahawa dia telah berkonspirasi dengan Najib untuk jatuhkan Anwar, sudah pasti harapan Najib untuk jadi PM semakin tipis. Pengaruh Tun Dr M yang merupakan pengarah kepada kes liwat Anwar juga mungkin dapat dikurangkan kerana beliau antara orang yang paling kuat mengatakan bahawa Anwar terlibat dalam kes LIWAT 2.

Bukankah Pak Lah juga yang telah membebaskan Anwar dari penjara dan membuatkan Tun Dr M terkinja-kinja. Ekoran dari itulah maka Tun Dr M mula menyerang Pak Lah secara terbuka. Tidak mustahil kes TIDAK LIWAT 2 juga bakal berulang dan sekali lagi Pak Lah menjadi ‘penyelamat’ Anwar dan dalam masa yang sama membuatkan Tun Dr M semakin tak keruan.

Tidak mustahil selepas ini timbul pula isu Muzakarah UMNO-PKR kerana Pak Lah dan Anwar berhadapan dengan musuh yang sama – Tun Dr M dan Najib. Gerakan, MCA dan MIC kemungkinan akan lebih cenderung kepada Pak Lah apabila dia bermuzakarah dengan Anwar yang menentang politik perkauman. Sebagai selingan, sekiranya berlaku muzakarah Pak Lah-Anwar, mana Ezam nak sorokkan mukanya?

Najib dan teamnya pula akan berusahah mempertahankan Saiful agar tidak jatuh ke tangan Pak Lah agar tembelangnya tidak pecah. Saiful kini betul-betul dimakan sumpah. Gajah sama gajah bergasak, pelanduk mati ditengah-tengah.

Mungkinkah selepas 16 Sept ini Najib, Ku Li, Muhyiddin, Rais, Hishamuddin, Rafidah, Syed Hamid, Ali Rustam serta juak juak yang sekepala dengan mereka bakal disingkirkan….

Mungkinkah selepas 16 Sept ini Malaysia bakal di perintah oleh kerajaan campuran BN Restructured-PR.


Respon

  1. Ini lah salah satu babak2 dalam episod umno yang dapat kita saksikan.Tentu nya di hari2 mendatang kita akan disajikan lagi dengan episod yang lebih menarik lagi.Semua nya ini telah diarahkan oleh juak2 umno yang gilakan kuasa,pangkat dan wang.Sama2lah kita nantikan episod seterus nya bersama dengan tersungkur nya umno.

  2. hehe…bestnya drama ni…mari kite saksikan sama2…

  3. Biarkan emuno bergasak sama sendiri… kita tengok saja lah sape yang menang dan sape yang rugi…

    muga allah lindungi negara kita ini…. amin

  4. Akhirnya DSAI akan kembali pada UMNO…..percayalah

  5. Azleen drama u kata? Ini betul2 bkn cubaaan…..
    Inilah akibatnya kalau hati penuh dgn hasad dengki, tamak haloba, rebut kuasa. Kalau ikutkan semua yg ada kes dipecat. Betul ke tak siasat dulu. Kalau ISA boleh napa menteri tak boleh?

    Jgn la berlakon nak bela rakyat konon……PR ambil ikhtibar jgn jadi 2 kali 5.

    Aku sokong yg berjuang dgn kebenaran tak kira agama & bangsa.

  6. Palo lutut ekau la Mat Jun ..ingat kalau jumpa nak masuk balik..??kepala konspirator liwat kini & dulu masih duk dlm tu…alah bengapnya otak dia ni…tg adnan, aziz samsudin..etc…la ni pok jib dan KHADAM/pencacai **bur ada jugak….

    alah org bengap cam Mat Jun ni tak yah layan ooiii…ni spesis minda tertutup….KITA NAK KOS HIDUP TURUN..AKU PEDULI HAPA DEPA BERCAKAR…MINYAK BILA NAK TURUN….KE PARAS RM1.00 CONTOHNYA????hujahan kata minyak dunia naik..sekarang dah turun….kepala lutut ko..jadi forumer patut alert tapi discuss benda tak de value……CUT THE CRAP MAN!!!

  7. ko lagi bodoh tau semua bende nak murah nak pree,ni mentality melayu bengap,@ setinggan

  8. kekadang busan ambo dengan cerita politik cam ni….. Nasib rakyat tak berubah jugak… Di takuk tu la jugak. Kepada pemimpin-pemimpin negara, Anda tidak dilahirkan untuk mentadbir negara nih, tapi undi-undi kami yang naikkan anda di tempat sekarang supaya bekerja untuk kami(rakyat). Kekadang undi-undi kami tu pun anda jadikan mainan(undi hantu la…undi pos la). Jika anda TURUN!, kedudukan anda sama je cam kami(rakyat)…. Jangan ingat 1000 tahun boleh duduk cam tu. Liang lahat pun sama gak lokasinya tapi tak tau la kalau hangpa kelak tak di terima bumi….. INGAT tu.

  9. YANG PENTING , MANA PATUT TURUN , TURUNLA CEPAT .RAKYAT DAH SUSAH NI. APA GUNA NEGARA KAYA TAPI RAKYAT SENGSARA??? LEBIH BAIK ALLAH SWT RANAPKAN SEMUANYA BARU PADAN MUKA!!!! BAGI KAT KAUM LAIN PULA GANTIKAN MELAYU (ISLAM?) BANGANG YANG TAK MAU MENEGAKKAN HUKUM

  10. Teman amat kecewa jika DSAI masuk balik dalam UMNO yang penuh taik. Teman di antara penyokong2 yang mengambil risiko diambil tindakan tatatertib kerana menyokong DSAI di zaman reformasi. Benar, ada penyokong yang lari macam Zahid Hamidi. Mereka tu jenis tak tahan godaan habuan dunia. Ingat! Penyokong2 grassroots macam teman ni yang mempengaruhi pengundi2 PKR. Kalau ada ahli UMNO yang dah insaf nak masuk PKR, boleh dipertimbangkan setelah membayar semua “hutang2nya” pada rakyat. BN merompak duit teman, dari hasil titik peluh teman! Teman tak akan halalkan cukai pendapatan teman digunakan untuk kerja2 maksiat dan projek gajah putih BN!

  11. bro anwar xkan masuk AMNO blik.bro anwar xde kepentingan nak dikejarkan di dlm AMNO,klu madey tue yelah…dah ludah jilat blik.

  12. Pak Lah telah banyak bantu orang miskin dan bangsa Melayu, dan mengutamakan ciri-ciri bersih dalam kepimpinannya, kerana toleransinya juga pembangkang dapat 5 negeri dlm pru 12….hal ini amat tidak disenangi oleh orang 2 kanannya yang lebih suka hidup secara sekular, berfoya-foya, bebas, berlagak,…..ingin mengulang kehidupan moden era Dr. M.

  13. Woi mangkuk pis….ko lagi 2x bodo….ko je suka beli ngan harga mahal…bengong…
    mmg patut pun myk turun skrg ni….
    sok myk turun ko bayar harga lama la…chet

  14. Pak Lah bantu org miskin …. utamakan ciri-ciri bersih dalam kepimpinannya …… kerana toleransinya juga pembangkang dapat 5 negeri dlm pru 12 <—- mcm bermakna …… pembangkang tak buat kerja laa selama ni …… semuanya pak lah yg tentukan …… ayat bangang apa plak nih …..

  15. Kepada penyokong PR jangan ghairah sangat untuk mendesak Pak Lah letak jawatan. Saya rasa Najib lebih bahaya dari Pak Lah.

    Bila Najib jadi PM bermakna semua ditangan Najib (maksud saya SPR/BPR/Badan Kehakiman/Polis/Media/dll). Kes liwat-11 Anwar masih belum selesai. Ingat jika Najib jadi PM tidak mustahil memudahkan Najib menggagalkan cita-cita Anwar. Sekarang Dr Mahathir akan kembali ke dalam UMNO. Bila Najib jadi PM mentornya adalah Mahathir. Bila Najib jadi PM umpama Dr mahathir lah juga sebagai PM.

    Apapun jasa Pak Lah kepada Anwar adalah juga. Jika Dr Mahathir masih PM, jangan ingat Anwar dibebaskan, nasib baik Pak Lah membebaskan Anwar sebaik-baik saja jadi PM. “Inilah satu satu punca kenapa Mahathir marah kepada Pak Lah.

    Oleh itu untuk memudahkan Anwar jadi PM kita harap Pak Lah terus jadi PM sehingga Oktober 2010. Kepada penyokong PR jangan terikut-ikut dengan UMNO yang sekarang ini telah pula membenci Pak Lah. Biarkan mereka bergaduh. PR kuatkan perpaduan di kalangan PKR/PAS/DAP. Sususn strategi bagaimana untuk mengambil alih kerajaan dan tidak mestinya 16 September asalakan ia menjadi kenyataan.

  16. bila paklah naik timbul cerita anak dan menantu paklah…kalu najib naik timbul pulak cerita anak dan menantu dan adik beradik najib….serupa saja….2×5 = 5×2

  17. bila paklah naik timbul cerita anak dan menantu paklah…kalu najib naik timbul pulak cerita anak dan menantu dan adik beradik najib….serupa saja….2×5 = 5×2

    bila DSAI naik timbul cerita anak dan menantu..

    sampai bila takde kesudahan.

    Semuga kalu DSAI naik jadi PM jangan timbul cerita macam wak dol dan pak najis tu…. Amin

  18. TAK SANGKA, ADA GAK MANUSIA YG NAK BELI BARANG DGN HARGA MAHAL N ISI MINYAK KETE ‘MERS’ DIA DENGAN HARGA PALING TINGGI. BAGUSSS!

    Anak2 kitakah yg memikul beban kesilapan kita, hingga lupa x kenal budaya canggung bangsa sendiri.

    Selamatkan anak2 kita dari padang jerangkap samar.

    Anak2 kitakah yg x tau nak pulang petang kerna terlalu mabuk.
    (Bangsa apa yg ramai anak2 mudanya mabuk dadah? telan pil estacy? mabuk arak? hidu gam? amalkan sex bebas? rempit?? DAN KERANA SIAPA?)

    Jaga2 anak kita jangan sampai jadi HAMBA, jaga2 anak kita, kita ini orang MERDEKA.

    FIKIR..Selamatkah kita dan anak2 kita ditangan tukang karut itu.
    FIKIR..Selamatkah kita dan anak2 kita ditangan dalang wayang itu.
    FIKIR..Selamatkah kita dan anak2 kita ditangan ahli KEPARAT itu.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: