Posted by: pinkturtle2 | Disember 12, 2008

Pesta membantu orang Kaya di Bukit Antarabangsa

Mereka ini hanya perlu dibantu dalam bentuk tenaga sahaja.Wang ringgit tiada masaalah bagi mereka. Ada hikmahnya kejadian ini berlaku di kalangan penduduk elit disana,bagaimana peritnya selama ini golongan bawahan merasai sendiri sebagai “Mangsa Bencana Alam”.

Mereka ini hanya perlu dibantu dalam bentuk tenaga sahaja.Wang ringgit tiada masaalah bagi mereka. Ada hikmahnya kejadian ini berlaku di kalangan penduduk elit disana,bagaimana peritnya selama ini golongan bawahan merasai sendiri sebagai “Mangsa Bencana Alam”.

Pesta membantu orang Kaya di Bukit Antarabangs

Kemalangan bas mengorbankan 10 nyawa …. Uhhhhhhh
Rumah setinggan berembang di robohkan … Uhhhhhh
Rumah setinggan Rimba jaya di runtuhkan .. Uhhhhhh
Mangsa Tsunami perlu bantuan …… Uhhhhh
Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa …. wwaaaahhhhh !!! Mari kita bantu !!!

Semuanya dah macam pesta.
Makanan berlebihan, Bank turut beri bantuan,
Hotel di sediakan, Pengangkutan percuma di sediakan.
Pondok media di dirikan
Penguatkuasa datang berduyun
SKAL, RELA, POLIS, ahli ahli POLITIK datang berkampung ..

Apa istimewanya mereka?
Membantu pun kena ikut darjat?
Bukit antarabangsa pusat untuk mencipta nama.

Penginapan percuma untuk mangsa De Palma dan Flamingo
Jamuan hari raya aidil adha percuma tajaan Concorde

Baca komen pelayar di kujie2

Ironinya “tabung bantuan bencana tanah runtuh bukit antarabangsa”..?
siap dgn diberi akaun maybank untuk tabung bantuan.
program tv Selamat pagi malaysia 10 dec 08/Rabu.ada mengatakan.
pihak berkuasa ada menyediakan penempatan sementara seperti di dewan awam dan sekolah.Mangsa terlibat tidak mahu duduk di penempatan sementara ini,tetapi mereka lebih selesa tinggal di hotel-hotel berdekatan seperti De Palma dan Flamingo.
Pokoknya disini,nak bagi bantuan wang pada mereka kah.sedangkan mereka golongan kaya elit,vip’s ini tak rasa perlu diberi bantuan dalam bentuk sebegitu rupa.
Ditapak kejadian sehinggakan ada menyediakan kawah makanan percuma,dan sampai berlebih lebihan.kalau untuk sukarelawan,relevanlah.Kaya betul Malaysia nie.Ada kah golongan mangsa bencana hendak dijamu nasi bungkus?hello…., Ada fakta soheh lagi,sampaikan ada bungkusan makanan masih elok lagi dibuang di tempat pembuangan sampah.Mahu kah mereka dilayan seperti
mangsa yang seperti lazimnya yang berlaku ke atas orang biasa yang sudah lali ditimpa bencana alam?
Pungutan suara mengatakan,”baik fikir byk kali sebelum menghulur bantuan wang kepada mereka”,tetapi kepada sukarelawan memang sepatutnya diberi bantuan bukan kepada mangsa.
Mereka ini hanya perlu dibantu dalam bentuk tenaga sahaja.Wang ringgit tiada masaalah bagi mereka.
Ada hikmahnya kejadian ini berlaku di kalangan penduduk elit disana,bagaimana peritnya selama ini golongan bawahan merasai sendiri sebagai “Mangsa Bencana Alam”.
Akhir kata “Lu pikirlah sendiri”gamaknya.

http://umnomore.blogspot.com


Respon

  1. tau mereka nak ape? mereka nak rumah yg mcm mereka buat dulu! f.o.c pastu nak hari2 org fulfill mereka punya permintaan ( semua nal sembah ke lutut)
    – utk mangsa bukit antarabangsa- AKU LEBIH BERSIMPATI DGN MANGSA SETINGGAN!
    – dah kaya, sampai bila nak menongkat langit?

  2. Hillview, Kyoto Garden, Oakleaf Park, Laman Oakleaf, Riverdale park, Antheneum garden, Baverly Hill, pinggiran Ukay, Ukay height, D’Palma, Flaminggo, Ampang Point, MidPoint, Galaxy Ampang, Spectrum Mall. East Side One Ampang Avenue, Villa Ampang, Condo Villa Aman……

    Dulu Highland Towers, Rashid Carlos…

    Sama juga dengan Putra Height, Glenmarie Cove, Country Homes, Midvally, Boulvers Sentul, mon’t Kiara, Solaris……..berlambak lagi atas dahi mak bapak engkau pun ada.

    Siapa yang mencipta nama-nama ini?. Adakah Orang-orang dari Hollywood, U.Kingdom, London, German, Itali atau Rusia yang datang bagi nama-nama ini kepada kita, dalam negara kita, kepada bangsa kita, kepada masyarakat komuniti kita?. berdaulat kah bahasa kita?. Elok bubarkanlah saja DBP supaya tak menyakitkan hati aku.

    Jom pergilah berbakti kepada orang-orang semacam ini. Semua tu orang MELAYU kita juga. MELAYU pantet!!! Ada makanan buang membazir, hulur bantuan pun komplen berapi2. Kalau dah tahu kesusahan bersepakatlah elok2. Standard PARIA berlagak tak habis-habis. Aku dulu 7 beradik jadi mangsa banjir teruk 3 bulan beralas perut dengan UBI KAYU REBUS JE siang dan malam engkau orang orang tahu tak wahai orang2 yang memakai cermin mata hitam kat atas dahi??????

    DAH MENYAMPAH AKU….

  3. mat toyo tak ajak mangsa tidur kat rumah dia ke?

  4. […] dilyuzahman@yahoo.com Komen Terpilih Dari Posting : 11444 […]

  5. org susah kita kena tolong. tak kisahla dia senang ke susah. tapi kerajaan dan pihak swasta kena adil…. tapi adil tu ada ke di malaysia?

  6. Teman dulu simpati juga dengan mangsa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa ni.Tapi lame2 teman tengok pehak berwajib nampak sangat double standard dalam hal menyalurkan bantuan ini.Ape tak nya,mereka ditawarkan penempatan di hotel2 pengangkutan percuma disediakan begitu juga makanan.Kemudian siap buat satu tabung yang ada nombor akaun untuk tujuan ini.Mungkin kalau lama lagi gamak nya, KFC,Pizza Hut pun nak hantar makanan pada mangsa2 ini.Tapi yang pelik nya mangsa2 banjir tak pula kerajaan pelawa duduk kat hotel.Hanya ditempatkan di balai raya atau sekolah dengan hidangan nasi kawah.Kalau pun nak merebut Bukit Antarabangsa dari tangan PR,jangan lah di bezakan antara atap genting dengan atap rumbia dalam menyalurkan bantuan.Itu tak ikhlas nama nya..

  7. Apabila ada jurang yg besar di antara kaya dan miskin maka lumrahlah terjadinya sisih menyisih.
    Orang kaya ni pun buatlah rumah jauh dari kelompok masyarakat atau bangsanya sendiri. Barangkali jijik, jatuh darjat apabila ternampak rakyat miskin. Wallahuallam..

  8. Aku adalah antara yg terlibat secara langsung dalam operasi menyelamat mereka, aku bukan sukarelawan tau, aku keje ngan gomen. yang nampak memang mereka ni org org yg tak berterimakasih tak mengenang budi,sombong dan angkuh. lagi satu masa ketuk pintu umah meke nak suh pindah memang terdapat ramai melayu kapel ngan bangsa asing kawin ke tidak tak la pulak aku tau,

  9. buang nasik? kuang hajo. patut time camni kumpulkan semua orang-orang yang fakir dan miskin, pergi tolong dorang. baru sedar sikit, darjat kat mana.

    lepas tu, orang miskin pun boleh dapat makan sedap2.

  10. senang aje aku cakap….NI ORANG KAYA….HOTAK DIA LA…orang lain duk balai raya je sebab emergency….tak banyak songeh….AKU TENGOK SEKO-SEKO MUKA SOMBONG JE..MAKI WAKIL RAKYAT( RUJUK KLIP VIDEO), NYUMPAH SERANAH…KEPALA BAPAK KAU LA….NAK MENONGKAT LANGIT LAGI…TUHAN NAK BAGI PERINGATAN…JANGAN ISOLATE DIRI TU KONON GOLONGAN VIP…KEJADAH APA..KALAU DUIT KAU BOLEH BANTU KAU…HA GUNALAH DUIT KAU TU UNTUK ANGKAT BARANG KAU TU…..ADA ORANG NAK TOLONG BISING..TU LA DAH DIDIDIK GUNA SERVANT…

    KEPALA BAPAK KAU NAK ARAH-ARAH ORANG SESUKA MAK BAPAK KAU…PEGI MAMPUIH LA….RAKYAT MARHAEN TAK PENAH KO AMBIK KESAH…BILA TERKENA HIDUNG KAU BARU TAU LANGIT TU TINGGI RENDAH….MASIH GAK HIDUNG TINGGI…TAK RETI BERSYUKUR ALLAH SPARE KAN NYAWA KORANG….AKU TENGOK SESETENGAH TU MENYOMBONG CAM BANGSAT JE…..SEELOKNYA TIMBUS TERUS DENGAN DIA-DIA SEKALI (YG NYOMBONG TU LA…)

  11. Aku drp kesian terus menyampah..banyak bunyi pulak..dah lah satu perkataan terima kasih tak ucap…cermin diri tak nak..apa sebab dapat malapetaka tu…semak le zakat bayar ke idak…duit dari sumber yg halal ke idak..ada ke idak menzalimi sesiapa..gi sembahyang jumaat ke idak..kat rumah ada simpan botol arak ke idak..buat fardu kifayah ke idak..jgn dok jadi bangang salah kan org lain je..

  12. INILAH GAMBARAN YG JELAS UTK RAKYAT JELATA SEMUA, JGN LAGI BUAT2 TAK PAHAM, MACAMANA UMNO/BN LAYAN ORG MISKIN DAN ORG TERNAMA DAN KAYA RAYA? MASIH TAK FAHAM? LU PIKIQ LAH SENDIRI, NI DAH BUAT TABUNG MANGSA TANAH RUNTUH NAK DERMA KAH TIDAK? AKU SATU SEN PUN JGN HARAP!!!!!!!BOLEH JALAN DAH

  13. bosan aku tgk mangsa kat bkt antarabangsa nie…dah lah org tlg terima kasih pun xde ..maki hamun ada la ..pastu demand lak tue…kasi duk je bwh stesen lrt lagi baik..baru dorg sedar…

  14. kenapala nak maki hamun kpd sukarelawan dan penyelamat tu..diaorng ikhlas membantu dan mengembleng tenaga sedaya upaya tanpa mengira siapa ,tanpa mengira latar belakang, tanpa mengira darjat dan pangkat, tanpa mengira miskin atau kaya..semua atas sifat perikemanusiaan dan sifat tolong menolong sesama insan..

    adakah kerana terdptnya brg berharga yg tertimbus yg perlu diselamatkan dgn cepat kerana dikhuatiri hilang?


Tinggalkan Jawapan kepada PRE_JUDGEMENT Batal balasan

Kategori