Posted by: pinkturtle2 | Oktober 29, 2009

Natijah mesyuarat lain dari kehendak AJK PAS Pusat…

jgf

keputusan mesyuarat malam tadi, tidaklah mewakili MAJORITI dari AJK PAS Pusat. Setahu saya, keputusan yang ijma harus dipersetujui oleh KESEMUA AJK PAS PUSAT. Namun, majoriti AJK yang keluar dari mesyuarat malam tadi, keluar dalam keadaan TIDAK PUAS HATI.Pengumuman Presiden Tidak Mewakili AJK PAS Pusat tapi Mewakili Cikgu Pa dan Geng Terengganu. Sebenarnay tiada jalan lain penyelesaia bagi semua ini melainkan EGM Dan gugurkan Hasan Ali dari PJ Selangor

Keputusan Mesyuarat Malam Tadi Menunjukkan Perlu EGM dalam PAS

Pertama sekali, saya harus memohon maaf kerana terpaksa menulis perkara yang saya sedang tulis ini. Saya yakin kalau ianya tidak ditulis, parti kita akan hancur laksana 2004. Saya mohon maaf pada semua ahli PAS yang membaca tulisan ini sekiranya mereka tersinggung dan tidak merasa senang dengan pendedahan saya. Namun, saya sayang parti dan saya sayang PAS yang saya menjadi ahli semenjak 9/9/1987. Kewajiban saya menulis perkara dibawah supaya semua ahli PAS membaca dan membuat penilaian sediri. Saya akan bertanggungjawab pada Allah SWT sekiranya tidak.

Maklumat datang mencurah-curah pada saya. Tapi, yang saya boleh dedahkan hanya satu. Yakni, para AJK PAS Pusat telah bersetuju berkompromi untuk tidak mengadakan EGM dengan syarat Pesuruhjaya PAS Selangor ditukar.
MAJORITI AJK2 PAS malam tadi menyokong usul bahawa Hasan Ali harus ditukar dari Pesuruhjaya PAS Selangor kerana tindakan dan kata-kata beliau jelas merugikan PAS dan memburukkan imej PAS terutama pada pengundi bukan Islam.
Tiada “khilaf” malam tadi bahawa Hasan Ali perlu ditukar dan tempat beliau diganti dengan orang lain. Perkara ini tidak memerlukan kepada perbicaraan JK Disiplin langsung. Ianya adalah keputusan yang boleh dibuat Presiden parti dan ianya tidak memerlukan keputusan JK Disiplin PAS yang terang-terang akan memakan masa bertahun-tahun.

(Saya masih teringat YDP sebuah kawasan di Selangor membuat kenyataan secara umum betapa beliau merasa seperti digantung tidak bertali kerana terlalu lama menunggu keputusan JK Disiplin)

Namun, kompromi yang ditawarkan oleh majoriti AJK PAS Pusat telah ditolak mentah-mentah dan hasilnya orang lain yang akan dihadapkan ke JK Disiplin. Isu yang sepatutnya diselesaikan di peringkat politik telah dijadikan isu disiplin yang jelasnya akan memakan masa bertahun-tahun.
Mengapa perlu dihadapkan kepada JK Disiplin. Yang pasti tiada persetujuan dari AJK malam tadi untuk menghadapkan PAS Selangor kepada JK Disiplin.
PAS Pusat sudah menjadi seperti PAS Terengganu, di mana hanya 4-5 orang yang akan membuat keputusan dan keputusan 4-5 orang inilah yang akan menjadi keputusan rasmi.
MEsyuarat hanya menjadi sessi rubber-stamp kepada kehendak 4-5 orang ini.

Oleh sebab itu, demi untuk menyelamatkan PAS dari mengulangi kehancuran 2004, saya mencadangkan supaya cadangan EGM bagi membolehkan ahli PAS membuat keputusan apa hala tuju PAS sekarang ini. AJK PAS sudah tidak mampu membuat keputusan yang mudah tapi terbaik kepada PAS. AJK PAS Pusat sudah dikuasai oleh 4-5 orang geng Terengganu yang menjadikan AJK PAS Pusat laksana Perhubungan PAS Negeri Terengganu.

Dan kita semua tahu apa yang telah berlaku kepada PAS Terengganu 2004.

Samada PAS mahu mengekalkan orang-orang yang mahu rapat dengan UMNO atau PAS mahu mengambil sikap terus komited bersama Pakatan Rakyat. Ahli2 PAS wajib membuat keputusan sekarang. Bukan 4-5 orang yang disekeliling Presiden.

Masaalah BEsar Bila MEsyuarat AJK Tidak Diizinkan Untuk Diambil Undi

Oleh kerana dipaksa setiap mesyuarat untuk mengambil keputusan yang secara “ijma” maka biasanya pengundian terhadap sesuatu usul tidak akan dibuat.

Malangnya, keputusan mesyuarat malam tadi, tidaklah mewakili MAJORITI dari AJK PAS Pusat. Setahu saya, keputusan yang ijma harus dipersetujui oleh KESEMUA AJK PAS PUSAT. Namun, majoriti AJK yang keluar dari mesyuarat malam tadi, keluar dalam keadaan TIDAK PUAS HATI.

Tiada jalan lain melainkan EGM.Dan tukar PJ PAS Selangor

Tulang Besi
…………………………………………………………………………………………………………………

Komen Perisik Rakyat

Apa Tuan Guru Presiden tak tau dan tak pernah siasat ke kesahihan perkara ni..? atau Tuan Guru Presiden PAS baru bangkit dari lena..? eh..? tahap ni je keprihatinan seorang Presiden Parti Islam terhadap masalah dalaman Parti Naungannya..? caisss…!!!

Jadi, apa bezanya UMNO dengan PAS dalam keadaan ini..? bila ada yang buat kesalahan atau ada isu-isu besar yang memberi impak kepada parti… diberi soalan… dan jawapannya begini –

  • “Yang tu kita kena siasat dulu…”
  • “Kita tunggu hasil siasatan…”
  • “Kita kena perhalusi dulu kes ini…”

Woi…!!! dialog tu aku selalu dengar dalam PC UMNO lepas UMNO buat mesyuarat jawatankuasa disiplin la…!!!

Dan “individu yang disiasat” tu korang tau la nasibnya macam mana kan..?

Tambah harta macam biasa, buat kecoh macam biasa… lepas ni PAS boleh tukar kaler bendera… kaler biru… amacam..?

Kalau rasa nak terus macam ni la…

……………………………………………………………………………………………………..

Sepatutnya Presiden dan pimpinan – pimpinan yang di atas tu akurlah dengan kehendak AJK dan penyokong-penyokong di bawah.. tak payahlah nak simpan bangkai bawah karpet, walaupun di atasnya nampak bersih tapi baunya sangat busuk dan akan diketahui umum juga…


Responses

  1. Salam.

    Kita berserah kepada Allah tas semua fitnah ini , kerana hanya Dia yang Maha Melihat dan Mengetahui sesuatu kejadian.

    Namun sebagai muslim, tidaklah boleh diserahkan bulat-bulat begitu tanpa ikhtiar dan usaha untuk memulihkan keadaan.

    Saya sayangkan PAS , dan tidak pernah sekalipun memangkah UMNO kerana saya faham dan tahu bahawa PAS membawa obor-obor Islam.Sekiranya berlaku sesuatu kepada PAS saya berjanji akan saya tuntut daripada pimpinan atasan PAS di akhirat kelak kerana lalai dan seolah-olah mengundang kehancuran PAS. Ingatlah PAS hak milik semua bukan hak milik dua tiga kerat pimpinan.

    • salam…

      Lani hang boleh juga pakai nick…PASHARAHJADAH….kahkahkah

  2. Salam

    Saya harap pimpinan tertinggi PAS tidak tunggu sehingga PAS hancur berkecai baru nak buat sesuatu…..jangan sampai nasi menjadi bubur.

    • salam…

      Lani hang boleh juga pakai nick…PASHARAMJADAH…..
      Tu la…terlampau sangat dok kata macam2 kat UMNO
      Skrg ni balasan cash money…..bkn lagi post dated chq..
      Kalau tak ambil iktibar…tak tau la…

      • sepatutnya rempahkapiag mai berhujah…….
        UMNO PARTI YANG BERJUANGKAN HUKUM ALLAH.
        bukan mai bak mende yang bukan2.

        lawan hujah aku. hang kalu aku habag umno tu kapiag …hang tak caya.
        rempahkapiag bulih bukak kitab MUSTIKA HADIS JILID 1, muka surat 415 dan 416.
        di situ rempahkapiag bulih jumpa apa yang aku dok kata tu. hang takleh tak caya.MUSTIKA HADIS tu di keluagkan oleh JABATAN PERDANA MENTERI dan ditandatangani oleh mahathig sendiri.

        rempahkapiag…….
        aku bukan per…… takut sesat hang tu bertahap rasul melayu saja.

        he he he
        abang kelabu bergurau sambil nasihat

  3. 1. Ini menunjukkan de facto leader sebenar PAS

    2. PAS mengamalkan kepimpinan yang bersifat autokratik.

    3. Ramai pemimpin PAS yang berpotensi tetapi menentang UG akan diketepikan secara berperingkat menjelang PRU13. Mereka tidak akan terpilih menjadi calon.

    4. PAS akan beransur-ansur menyertai BN bermula pada tahun 2010. Proses ini akan selesai menjelang 2011. Selepas 2011, PAS ialah komponen BN terbaru.

    • hang masa hang tulih ni……. hang tadak apa2 ka….
      tadak minum todi ka……
      tadak makan pil kuda ka…..

      sabik tulisan hang ni…… abang kelabu menyampah bertahap bapak anjing
      pancut ayag kencing kat tayag keta.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  4. Salam.
    Jangan hancurkan parti PAS yang membawa nur Islam di muka bumi Malaysia ini.Jangan membina kehancuran daripada apa yang telah pimpinan terdahulu telah korbankan untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini.

    • Salam haramjadah.

      Kesian PAS.
      Dapat penyokong seperti mu,

      Kalau dah haramjadah yang sokong.
      Mana ada nur nya.

      Sekadaq berkelip pun tidak.

  5. aku rasa kita jangan dok tunjuk bijak lebih dari musyawarah ……
    biar kita adil…
    tak percaya kepada dato tuan ibrahim
    habis percaya kat nafsu sendiri
    fikir-fikirlah
    pemikiran macam hang nielah yang sebenarnya
    merosakkan jamaah

  6. SILA PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS!!
    Posted by Anak Sungai Derhaka at 10:52:00 AM
    Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).

    PATUHI KEPUTUSAN MESYUARAT KHAS

    RABU, 28 OKTOBER 2009 09 ZULKAEDAH 1430H

    Jawatankuasa Disiplin Parti memandang serius beberapa artikel dalam media perdana serta laman-laman blog tertentu. Semua laporan ini sedang dipantau bagi meneliti sejauh mana segala pertuduhan yang dilemparkan sehingga mencetuskan kegawatan, sebelum mesyuarat Khas Jawatankuasa Pusat pada malam ini (28 Oktober 2009).

    Jawatankuasa Disiplin parti menyambut baik saranan Dewan Pemuda agar Jawatankuasa ini dipertingkatkan. Namun perlu diingat bahawa jawatankuasa Disiplin Parti hanya boleh bertindak sekiranya ada laporan rasmi kepada parti. Segala kenyataan umum melalui akhbar atau blog tidak boleh dianggap sebagai laporan rasmi. Semua pertuduhan yang dibuat mestilah disokong dengan pembuktiaan. Bukan hanya dengar cakap atau hanya melalui beberapa blog tertentu sahaja.

    Sehingga kini, Jawatankuasa Disiplin telah menerima empat laporan rasmi, dan telah mengambil tindakan kepada tiga laporan, manakana satu lagi yang sedang diteliti oleh jawatankuasa. Sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab menegakkan keutuhan parti serta hak ahli parti, maka semua pertuduhan dan pendakwaan mestilah mampu menegakkan keadilan bagi yang kena tuduh, manakala yang membuat tuduhan mestilah bersedia dengan bukti yang jelas.

    Sehubungan itu, segala permasalahan parti mestilah menggunakan saluran parti yang sedia ada. Kita mempunyai pelbagai mekanisma bagi menangani isu yang berlaku dalaman parti. Gunakan saluran parti, jangan bertindak sendirian dengan membelakangi saluran parti kerana tindakan sedemikian tidak menguntungkan parti.

    Perlu diingat bahawa Jawatankuasa Disiplin memandang serius beberapa tindakan bagi membincangkan semula sesuatu yang telah diputuskan dan dianggap telah selesai. Lantaran itu, sekiranya ada dikalangan ahli biasa atau pimpinan yang cuba mengheret parti kepada permasalahan yang telah kita putuskan, maka mereka mesti bersedia untuk diambil tindakan.

    Awasilah media perdana yang berusaha melaga-laga pimpinan, dengan memberi gambaran buruk kepada satu pihak dan selah-olah memberi gambaran baik pada pihak lain. Kerana mereka sedang berusaha memecahbelahkan kita dan merosakkan hubungan baik serta setiakawan kita dalam Pakatan.

    Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man
    Naib Presiden merangkap
    Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti.

  7. salam…

    Parti PAS yang membawa nur Islam…Kahkahkah….
    Perilaku ahli2 jauh sekali mencerminkan nur Islam…agaknya sebab itu lah berlaku kemelut dlm parti nur Islam skrg…
    Kemusnahan PAS boleh dipertanggungjwabkan keatas mereka2 yang dangkal ini.
    antaranya…lord reid…kistian
    great chief dan rakan seperjuangan
    terima kasih ku ucapkan keatas sumbangan anda diatas kemusnahan parti anda sendri.

    salam

    • “rempahman” ni mesti geng mamak jgk ni yang mengaku melayu….. ishishish…. tak malu sunguh….. “rempahman” ni hanya layak jadi ahli “party tupperware” jer

    • Salam Rempahman,

      Hang pon tunjuk lah skit cahaya
      nuur islam.Haramjadah pon bleh
      ckp. bab nur islam hang yg bkn.
      haramjadah plak bawak
      mai cahaya lampu minyak gaih….
      camna aku nak ikut hang…malap

  8. Aku rasa nak debik je si pinkturtle dengan perisik rakyat n i… BUkannya hampa duduk aktif dalam jamaah PAS.Hampa nak tau apa.Korang tau tak dosa setimbun yang korang bakal pikul akibat tulisan yang tak tahu hujung pangkal kebenarannya. Dah mati nanti tak boleh hidup balik nak betulkan.Insaf la..Masa hidup ni la nak betulkan.

    • kerana nak perbetul la ni kita bersuara..bukan dosa yang kami cari tapi pahala setimbun.
      Aktif dalam jemaah pun kena cerdik .Guna akal fikiran tu berfikir dan letak di atas bukan dikepala lutut.
      Wala pada pemimpin konon..Abdullah Ubai n the geng…wala Caaiiiis

  9. bersetuju dgn artikel di atas.

    Jangan jadikan PAS Pusat sama dengan PAS Terengganu , sebab pas terengganu ada idea untuk memerintah satu penggal.

    Untuk 2 penggal , belum tentu.

    Itupun, kalau PAS Pusat bersedia untuk itu.

    • Saya sokong dan setuju dengan pandangan anda..otak sepenggal tu otak Pak Lah.ha ha

      Saya pangkah bulan di Trg ..menyesal sungguh rasanya..

  10. […] https://pinkturtle2.wordpress.com/2009/10/29/26348/ […]

  11. Suara tu tak lain dan tak bukan adalah suara ketua perhubungan umno selangor yang juga PM kita @ 1 Malaysian.

    Pakatan Rakyat Selangor kerana pertahankan kerajaan mereka habis-habisan kerana di mana najib jadi ketua perhubungan umno negeri,di situ kerajaan pakatan rakyat tumbang.ambik contoh Perak.

    sehari dua lagi mungkin badrul ni masuk umno.tok cadangkan jika ini berlaku eloklah dia dihadapkan ke selcat dan lepas tu digantung setahun.tak payah buat pilihanraya.bazirkan duit je.kita tengok nak ke tak nak najib terima dia lepas tu.

  12. Saya rasa PAS harus lakukan keputusan mesyuarat kerana itulah cara PAS bertindak. Tak perlulah mengaitkan dengan parti2 lain apatah lagi sentiasa merujuk kepada UMNO yang sentiasa tak betul. Perbaiki parti sendiri dulu. Dalam suasana yang mungkin gawat dalam parti pun masih menunjuk kepada parti lain. Inilah masalahnya kalau pemikiran dah ditanam dengan pelbagai benih fitnah, hasutan dan sebagainya hingga masing2 dah terlupa dengan masalah sendiri.

    • kapiag apa peduli…… tadak kena mengena ngan parti jambantaik.

      hang pi mein joh2 …….. aku bau taik ni..
      dok dalam jamban tosah mai kat orang la….. sial betui hang ni.
      awaaaaat hang ni jadi orang……bepikiag tidak seghupa orang.

      kapiag …………..

      BERIMAN DENGAN LORD RIED menjunjung titah
      perintah yang pelopog lord ried sama ada ikut keseluruhan ajarannya atau sebahagiannya.

      memerintah negara dengan cara yang ditunjukkan oleh lord ried…… bererti kita sudah menyembah lord ried dan yakin hanya undang2
      tersebut tadak tolak banding untuk kesejahteraan
      sejagak.

      sabik tu orang kapiag dia buleh wat patung sapa2
      yang dia puja……… depa sembah la….wat sembahyang.

      umngok….. oleh kerana depa ngaku islam……
      depa tak buat patung lord ried. Depa ikut saja
      sabda2 lord ried tu.

      itu kapiag jugak namanya….. walau depa tak sembah.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  13. saya ingat tu aji hadi patut kita kasi bungkos. itu mustafa ali, hassan ali, roslan sms, harun taib, nasharudin pun patut kita kasi bungkos. sebab dia worang sangat bahaya. mereka surupa itu hantu bungkus juga. subulum itu hantu bungkos bikin kacau lagi turok sama pas, lebey baik kasi bungkos dan tendang berambos. suruh dia worang kawan sama samy veloo lagi baek.

    itu haji hadi, fatwa saja banyak tapi tara boley pakai punya worang. itu lumbu, kalo terengganu mari, dia pon boley jadi itu dia punya kawan. terengganu punya mari, sumua dia kasi sayang. itu parti pas dia buat surupa dia punya kepla bapak dia punya juga. sumua mau kasi kongker.

    ini worang tua, musti kasi tendang laaa.

    peace yanadey… makkal sakti…

  14. Salam.

    Dah.
    Dah kena.
    PAS dah kena.

    Kalau Perak kena ting.
    Sekarang PAS dah diting ting.
    Diinject masuk kedalam jiwa.
    Dah merana.
    Maka PAS dah lesu.

    Lesu kerana merana.
    Susah nak diubat.
    Vitamin pun susah nak cari.
    Maka menangis tak berlagu la.

    Hanya tinggal mimpi.
    Mimpi pun di cekerawala.

    Sekadaq nak PAS kuat jugak.

  15. TUKAR JELA PRESIDENT KALO DIA NAK BELA SANGAT SI HASAN TU. APSAL TGNA KUAR AWAL. MMG AKU TAK PUAS AHTI.

  16. halo budak

    lu memang terror la, sama terror dengan dia orang yang suka dan cekap “ting” orang tu, mimpi di cakerawala tu best apa, jauh tu.

    Lu pon boleh la ambik tempat dia orang, bukak “parti” baru untuk rebut juta-juta dari projek yang baru lulus dalam bajet tu, tak payah dapat projek besar-besar, dapat projek bukak “kelas tadika” pon sudah cukup, sudah boleh kaya beb…!

    • Halo E-mel.

      Teringat kat lagu.
      Halo halo
      Oh papa ja.
      Boleh tolong habiskan.

      Nak beri salam, pun tak boleh.
      Kot salah pula.
      Sebab, Nasha pakai kot pun,
      dikira salah.

      Bila lu, lu, pulak.
      Lagi keliru.
      E-mail ni, betul ke otaknya.
      Kalau betul.
      Takkan sampai tarak nama.
      Kalau nama tarakota pun.
      Sudah cukup bagus.
      Tapi kita beri nama lah.
      E-mail, kita namakan, Taraknama.

      Orang berhujah tentang PAS.
      Awak berhujah tentang projek.
      Apakah hainya.

      Sekadaq E-mail, taraknama.

  17. Menggantikan EGM dengan seminar tidak akan membantu untuk menghilangkan persepsi negatif yg sedang terpalit pada diri PAS sekarang angkara Geng Perpaduan seperti Ustaz Nasa, Stopa Ali dan Hasan Ali.

    Tindakan yang difikirkan paling sesuai adalah menasihatkan Geng perpaduan tersebut supaya melepaskan jawatan dalam parti dengan seberapa segera sebelum barah ini akan terus menenggelamkan PAS pada PRU ke-13 nanti…

  18. Aku rasa PAS ni lebih wala dgn pimpinan.PAS ok tapi dipimpin oleh orang yang tak ok,nanti PAS akan ko juga.Strategi BN nampak berhasil,wakil rakyat PR diumpan kemudian ditarik keluar.Kepimpinan PAS yang bermasaalah atau lemah dilobi untuk dipertahankan mereka,akhirnya rakyat akan bosan dan tidak percaya pada PR lagi.BN akan menang PRu 13 nanti.Tiada jalan lain selain menyingkirkan mereka yang bermasaalah baik dr PKR atau PAS.

  19. kalau betulapa yang dikata…saya cadangkan semua JK Pusat yang rasa keputusan yang diumum bercanggah dengan keputusan mesyuarat MESTI meletak jawatan. baru anak jantan!!

  20. Kalau gini la keputusan yang diambil bermakna PAS sudah jadi PUS.
    Kopiah serban janggut bukan main…tapi hati hanya Allah saja yang tahu.
    Selagi Hadi N Geng Trg ni ada PAS semakin hari semakin lemah dan terus berpenyakit.
    Patut la TGNA dan Husam keluar awal dan terus balik,mereka dah jemu dan tahun tengok muka2 ni dengan jawapan bodoh Hadi n Geng tu.
    PAS kena adakan EGM , serah semula mandat kepada semua perwakilan kalau tidak HANCUS sudah kasih sayang putus harapan.
    Hilang sudah tempat pergantunggan rakyat kepada pemimpin…tak caya…
    TUNGGU PRU 13…siapa yang dok bersila pulak.

  21. Salam semua,

    Berdoalah agar kemelut ini dapat di atasi oleh
    pemimpin2 atasan.Mudah2an kemelut
    ini dapat di atasi dengan hikmah dan bijaksana.
    Insyaallah………

    Janganlah kamu disedihkan oleh orang-orang yang segera menjadi kafir; sesungguhnya mereka tidak sekali-kali dapat memberi mudarat kepada Allah sedikit pun. Allah berkehendak tidak akan memberi sesuatu bahagian (dari pahala) kepada mereka di hari akhirat, dan bagi mereka azab yang besar.[3.176]

    Allah sekali-kali tidak akan membiarkan orang-orang yang beriman dalam keadaan kamu sekarang ini, sehingga Dia menyisihkan yang buruk (munafik) dari yang baik (mukmin). Dan Allah sekali-kali tidak akan memperlihatkan kepada kamu hal-hal yang gaib, akan tetapi Allah memilih siapa yang dikehendaki-Nya di antara rasul-rasul-Nya. Karena itu berimanlah kepada Allah dan rasul-rasul-Nya; dan jika kamu beriman dan bertakwa, maka bagimu pahala yang besar.[3.179]

    • Salam great chief.

      Berdoa saja tak cukup.
      Kena berusaha.

      Sekadaq nak pesan.

      • Salam Hijau,

        Aku di Penang dari jauh berdoa la.
        Jenih org. bawahan bak kata kuli kiang
        kemampuan limited.Nak buat lagu mana.

        Tu pon hang nak loghat. Depa yg dok
        di ataih tu berkemampuan melakukan
        sesuatu kena usaha la.Depa pon dok
        main aci lot….kita tak payah kalut.
        Tunggu dan cangak dari jauh ja la…

        Agak2 hang depa tu yg sereban bertingkat2 tu
        ikhlas ka dlm perjuangan islam depa.
        Saja la tanya …….

        Kdg2 betoi jugak hang dok kata.
        Pakaian arab perangai pon arab
        Pakaian baju melayu perangai melayu.
        Serupa arab dan melayu.
        Bila lah nak nampak muslim.

        “””””pedukang masalodey betoi la””””

      • Salam great chief.

        Janganlah rendahkan diri.
        Hang kan dah great.

        Peringkat hang tak perlu tulis kat sini.
        Hang boleh terus kat Presiden PAS.
        Kan Presiden ada facebook.
        Hang masuklah facebooknya.
        Hang boleh direct kat dia.

        Kalau hang berdoa.
        Dia tak berubah.
        Tak guna juga.

        Sekadaq doa dia berubah.
        Bolehlah kot.

      • Salam Hijau,

        Depa pemimpin tu depa rheti eih.
        Depa lonjak mai ke depan suruh
        org. lantik depa jadi pemimpin.
        Depa offer diri depa jadi pemimpin.
        Setau aku org. yg betoi2 takut akan
        ALLAH depa pon takut nak jadi pemimpin.
        Amanah yg di pertanggungjawabkan.
        Dah jadi depa buat hal plak….

        Mana pi sumber rujukan depa
        yg katakan perjuangan berlandaskan
        Al Qur’an dan As Sunnah.Dalam
        bab ikatan persetujuan dan perjanjian
        boleh di langgaq ikut suka depa.
        Kalau ya pon bawak kluaq la hujah
        masing2..ni dok diam semua..tak
        berani bersuara…macam setan bisu.

        Awat depa tak mau berhujah atau
        berdepan dgn. TGNA.Pi la hempok
        ayat2 ALLAH kat dia kalau kita di
        pihak yg benaq…mudah tok sah
        dok buat complicated….
        Depa takut kat ALLAH ka
        atau depa taku kat TGNA.
        Kalau nak respect kat semua org.
        kena respect.Samdul salam.

        “”””krosot””””

  22. Ceramah dan Ratib al Attas
    Ceramah dan Ratib al Attas

    Time: October 31, 2009 from 7pm to 10pm
    Location: Masjid UKM
    Street: Jalan Utama
    City/Town: Bangi, Selangor Darul Ehsan
    Organized By: AJK Masjid UKM & Persatuan Keluarga Jamalullail Perak Malaysia

    Event Description
    Assalamualaikum,
    Tuan/Puan adalah dijemput menghadiri Majlis Ceramah dan mengenal Ratib Al-Attas yang akan disampaikan oleh Penceramah Jemputan Habib Hassan bin Muhammad bin Salem Al-Attas (Imam Besar Masjid Ba’alawee S’pore)

  23. […] Tindakan segera wajib diambil..Selagi Mustafa Ali tidak digugurkan masalah tidak akan selesai…Natijah mesyuarat lain dari kehendak AJK PAS Pusat…MB Selangor Hantar Usul Minta ADUN P. Klang Letak […]

  24. Tiada wala’ untuk Hadi, nasaruddin Mat isa dan Mustapaha Ali. Hasan Ali wajar disingkir daripada PAS!

  25. Assalamualaikum Great Chief….

    tak payah la kita dok pi cerita kat “budak tadika” tu, dia bukan tau apa pon, cakap pon macam bebudak… bagi sakit ati orang dia pandai la. Kalau hang dok cerita panjang-panjang kat dia pon, nanti dia peleceh hang balik, semua orang dalam blog ni dia dok peleceh, maki hamun ja…. tak payah la dok cerita dan luahkan perasaan kat dia….

    • Salam E-mel,

      Aku tau dia dok perangat.
      Biaq pi lah kat dia kalau itu yg
      dia sronok buat.Toksahlah kita
      ambik hati sangat.Ramai lagi
      yg masuk mai dok perangat.
      Kita sabaq ja la…toksah lah dok
      boh buah maki kat depa.Sabaq
      byk2.

      • Salam great chief.

        Itu E-mel.
        Dia halo kita.
        Dia lu kita.

        Nak tahu jugak.
        Dia Islam ke?
        Atau dia mengaku Islam?
        Atau pun dia tak betoi.
        Longgaq.

        Sebab.
        Kadang2 masuk dengan salam.
        Kadang2 dengan halo.

        Kalau dia penyokong PKR, ok lah.
        Tapi kalau dia penyokong PAS,
        Memang dia berbudaya Pak Arab.

        Sekadaq nak tahu dari hang lah.
        Tak boleh, tak apa.

  26. rempahman bole blah…………………………….
    ………………………………………
    ………………………………………..
    ……………………………………….
    ………………………….

  27. budak tadika bole jalan da……………………………
    …………………………………………………………
    ………………………………………………………….
    …………………………………….
    ……………………………


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

Kategori

%d bloggers like this: