Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2015

Haram gunakan dividen tahunan ASB…

ASN-ASB

Saya difahamkan sekarang ini menjadi 1 trend untuk orang buat personal loan dari bank konversional lalu dilaburkan dalam ASB, lalu mereka gunakan dividen tahunan ASB untuk bayar hutang bank dan setelah 15-30 tahun, mengaut keuntungan penuh…

Nasihat saya bertaqwalah dan tinggalkanlah kemungkaran yang besar ini jika anda sayangkan agama. buat personal loan yang ada interest (riba) untuk keperluan hidup adalah 1 dosa besar, apatahlagi membuat loan untuk bermewah-mewahan dikemuan hari. tiada keberkatan dengan melanggar perintah Allah. Bahkan saya kira makan babi ancamannya lebih ringan berbanding makan riba.

Tentang ASB, maaf saya tidak sependapat dengan majlis fatwa kebangsaan. selagi mana mereka terus melabur dalam maybank (antara institusi riba terbesar dimalaysia) dan pelaburan-pelaburan lain yang tidak dipastikan status halalnya, selagi itu haram kita terlibat dengannya…. salman ali

wallahu alam.


Respon

  1. Hj hadi makan gaji MP, tapi ponteng……kira macamana? lebih baik dari makan babi ka?

  2. Kalau cara loan ASB haram cara cam mana yg tak haram. Pls bro jgn kata itu ini haram tapi alternatif utk umat islam bebas dari unsur riba tak dibagi tau. Kalau nak dibuat usul gaji yg kamu dapat bulanan belum tentu 100% halal dari segi makrifat.

    Hang ingat semua orang kat dunia ni lahir atas kepingan emas ke.

    Mcm mana umat islam yg dok negara kapir spt di amerika tu. 100% halal ke.

    jgn tau dok kata haram sedangkan alternatif tak ada. Sedangkan nabi SAW kata riba haram tapi jualbeli halal jika kena caranya.

    hadis itu nak bagi tau supaya umat islam gali ilmu jual beli utk mengelakkan diri dari riba.

    kalau nak kata haram kawe boleh kata itu haram ini haram tanpa beri pilihan.

    wasalam.


Tinggalkan komen

Kategori