Posted by: pinkturtle2 | September 23, 2010

Terimalah Sebagai satu ketentuan dari Ilahi…

1. Sukacita kami menegaskan di sini bahawa perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Cik Puan Elia Suhana Ahmad yang berlangsung pada 13 Zulhijjah 1428H bersamaan dengan 23 Disember 2007M adalah satu perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang.

2. Hasrat Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra untuk mengahwini Cik Puan Elia Suhana lahir daripada hati sanubari Baginda sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak sekalipun: Perkenalan di antara mereka bermula dari inisiatif Baginda sendiri manakala segala komunikasi di antara mereka berdua juga turut dibuat secara terus.

3. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra amat menyayangi Cik Puan Elia Suhana kerana, selama mereka berkenalan dan berada di dalam alam perkahwinan, Cik Puan Elia Suhana menunjukkan ketulusan hati yang tinggi dan tidak pernah meminta sebarang apa pun dari Baginda, sama ada yang membabitkan harta, pangkat ataupun kedudukan.

4. Sepanjang tempoh perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana ini juga, Cik Puan Elia Suhana mahupun ahli-ahli keluarga beliau yang lain juga didapati tidak pernah menggunakan nama Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra untuk memperolehi apa-apa kelebihan dari mana-mana pihak.

5. Tindakan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra mengahwini Cik Puan Elia Suhana merupakan satu tindakan terpuji yang menggambarkan kesedaran tinggi Baginda untuk mengamalkan corak kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran agama di samping turut menggambarkan keberanian Baginda mengambil risiko demi menegakkan kebenaran.

6. Adalah satu perkara yang telah menjadi rahsia umum (open secret) bahawa terdapat pihak yang menjadi histerikal apabila soal perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana diketahui sedangkan perkahwinan ini sepatutnya diterima dengan baik oleh semua pihak kerana ia merupakan satu sunnah.

7. Akibat tidak dapat menerima hakikat perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana ini, pihak ini telah berusaha untuk memisahkan pasangan suami isteri ini melalui pelbagai cara, termasuklah dengan menghebahkan kononnya telah berlaku perceraian talak tiga di antara mereka berdua.

8. Kesedaran beragama yang tinggi di dalam diri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra, kasih sayang mendalam Baginda terhadap Cik Puan Elia Suhana dan ketidakupayaan Baginda membuat keputusan sendiri sejak mengalami kegeringan bagaimanapun menjadikan perceraian talak tiga ini suatu perkara yang amat mustahil.

9. Di dalam keadaan kegeringan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra sekarang, semua pihak perlulah mengenepikan emosi masing-masing dan menumpukan seluruh perhatian mereka bagi memastikan kebajikan Baginda sentiasa berada pada tahap yang terbaik sekaligus bagi memungkinkan pemulihan Baginda berlaku dengan lebih cepat.

10. Termasuk di dalam perkara ini adalah kebajikan kasih sayang dari isteri-isteri Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra di mana Baginda tidak seharusnya dinafikan dari memperolehi kasih sayang kedua-dua isteri Baginda manakala Cik Puan Elia Suhana juga tidak seharusnya dinafikan haknya untuk mencurahkan kasih sayang kepada Baginda.

11. Di dalam keadaan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra tidak lagi berupaya untuk mencurahkan apa-apa harta, pangkat ataupun kedudukan, sementelahan pula Cik Puan Elia Suhana sendiri tidak pernah pun meminta-minta ke atasnya, beliau tidak seharusnya terus dizalimi dengan tidak dibenarkan untuk bertemu dengan suami yang tersayang.

12. Kami percaya, selaku seorang isteri yang telah terbukti baik, tiada apa lagi yang dikehendaki oleh Cik Puan Elia Suhana dari Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra melainkan untuk mencurahkan kasih sayangnya kepada Baginda di saat-saat Baginda amat memerlukan segala curahan kasih sayang dari semua pihak untuk kembali pulih.

13. Apakah kita tidak dapat menyelami betapa remuknya hati seorang suami yang, di dalam keadaan sudah tidak mampu untuk berbuat apa-apa, telah dinafikan haknya untuk memperolehi curahan kasih sayang daripada seorang isteri yang dipilih dan direstui sendiri olehnya untuk hidup bersamanya sewaktu beliau masih di dalam keadaan sihat?

14. Apakah kita tidak dapat menyelami betapa remuknya hati seorang isteri yang diasingkan dari suami yang tersayang sedangkan dia mengetahui suaminya masih menyayanginya? Seorang isteri yang baik akan merasa berdosa jika tidak dapat mencurahkan kasih sayang kepada suaminya tetapi tidakkah pihak yang menghalangnya dari berbuat demikian turut merasa berdosa sama?

15. Sekali lagi ingin ditegaskan bahawa perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana adalah satu perkahwinan yang sah di sisi hukum syarak dan undang-undang. Sehingga ia diisytiharkan sebagai terbatal oleh mahkamah syariah maka hak-hak mereka sebagai suami isteri tidak boleh dinafikan oleh mana-mana pihak.

16. Kita selaku seorang hamba yang lemah perlu sentiasa menyedari bahawa kita tidak akan mampu untuk memastikan kita memperolehi setiap keinginan yang kita cita-citakan sebagaimana kita juga perlu sentiasa menyedari bahawa kasih sayang itu tidak akan mampu untuk dibeli melalui harta benda (malah melalui apa-apa amalan perbomohan pun).

17. Kepada semua pihak, sukalah diingatkan supaya, sebagaimana kita juga perlu menerima tindakan Cik Puan Manohara Odelia Pinot lari meninggalkan Tengku Temenggong Kelantan sebagai satu takdir, menerima hakikat perkahwinan di antara Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Petra dan Cik Puan Elia Suhana sebagai satu ketentuan dari Ilahi.

18. Firman Allah di dalam Surah al-Anfal (Ayat 63): “Dan (Dialah) yang menyatu-padukan di antara (perasaan) hati mereka (yang beriman itu). Kalaulah engkau membelanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara (perasaan) hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (perasaan hati) mereka. Sesungguhnya Ia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

http://thekelantaninsider.blogspot.com


Respon

  1. Salam Man

    Abe tumpang semangkuk?

  2. Jodoh pertemuan di tangan tuhan kita insan yang lemah serba kekurangan hanya mampu merancangkan saja.Allah yang menentukan segala kejadian keatas ummatnya.Redha dan bersyukurlah dengan apa yaang telah Allah kurniakan.Jadikanlah sesuatu musibah itu peringatan supaya kita tidak jadi orang yang lalai.

  3. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Suasana begini.
    Tidak seharusnya.
    Tidak sepatutnya.
    Berlaku.

    Kerana Sultan Ketua Agama.
    Bila Ketua Agama.
    Di sekeliling.
    Ada Mufti.
    Ada Tok-Tok Guru.
    Ada Iman-Iman.

    Lagi lah.
    Seharusnya.
    Sepatutnya.
    Tak patut berlaku.
    Di Kelate.

    Kerana.
    MBnya sorang Tok Guru.
    Bukan sembarangan Tok Guru.

    Mana pengaruhnya.
    Mana rasa segannya.
    Mana rasa hormatnya.
    Pada Tok Guru yang jugak MB.

    Walau apa2 pun.
    TGNA kena terima hakikat.
    Bahawa.
    TGNA telah gagal.
    Secara langsung.
    Atau langsung.
    Mempengaruhi mereka.

    Sekadaq mana dakwahnya.
    Selama ini.

    • TGNA telah gagal…???

      Oii Bangang…!!!

      Habaq mai,
      tang mana
      yang TGNA gagal…???

      • Habaq puuuuunn.
        Hang bukang pahammm.
        Hang bukang jenis.
        Suka membaca.
        Mana ada ilmu.

        Cela sana, cela sini.
        Hang suka lah.
        Celamah sini, celamah sana.
        Minat hang lah.

        Sekadaq TGNA pun tahu.
        Hang pi tanya dia lah.

      • Ini Babi bodoh. Mana tahu itu baca quran. Tok Guru Pandai.
        INI BABI hina sama org kuat islam.

        hELO BABI TADIKA

        Lu tidak boleh hina itu Tok guru maa
        L

      • Lu pu tidak baca habis itu quran maa. Itu pasai lu hina sama Tok Guru. kalau lu baca sama faham itu quran, lu tidak hina Tok guru maa.

        kita org pun tidak hina lu punya itu ulama umno maa. Pasai org PAS faham itu quran maa.

        Ingat lu pergi terjun dalam laut lagi bagus maa. Lu hidup pun lu suka hina sam itu org alim. 20 tahun Tok guru jaga ini kelantan. Lu apa ada. lu ingat lu melayu umco kaya ke?.

        Kita org cina lagi kaya maa. Tapi talak hantam sama org ALIM maa.
        Sikit mau ingat ini org ALIM banyak bagus maa.

      • Hebat hang noo.
        ikutCelamah.

        Hang import sukusakat hang.
        Yang suka makang menatang tu.
        Vincent.

        Hang tu Islam.
        Dia tu, dak koot.
        Hang jaga.
        Hang makang menatang tu.
        Jadi darah daging.

        Sekadaq tak berkat nanti.

      • Rasulullah s.a.w.
        tidak pernah mengajaq
        kita bermusuh,
        termasuk dengan
        bukan Islam.

      • Alahai.
        ikutCelamah.

        Sapa suruh bermusuh.
        Tak sapa suruh.

        Cuma jangan makang.
        Menatang tu.

        Nanti benak.
        Hang dok tulih2 pulak.
        Menatang tu.

        Plan-plan pikiq noo.

      • Bila masa pulak
        aku makan
        menatang
        haram tuh…???

  4. kahwin lebih dari satu HARAM ke…?

    ISLAM haramkan kahwin satu tp pd masa yg sama ada gundik berpuluh2 org…

    budak tadika kesian tgk ko… ni tadika KEMAS ke…?

    huhu… poligami bukan satu benda yg keji dan jijik… agama aku mengHALALkannya…

    tak tahu la plak ISLAM HAD HARI… hahaha

    • Hang burn.
      Jenis benak jugak.
      Ropanya.

      Sapa kata.
      Tak boleh kawin lebih dari satu.
      Kawin 4 pun, kawinlah.

      Cuma.
      Janganlah dok.
      Hu ha sana, hu ha sini.
      Heboh sini, heboh sana.
      Heboh seluruh dunia.
      Gadoh sana, gadoh sini.
      Naik mahkamah, turun mahkamah.

      Kalau nak gadoh jugak.
      Plan-plan gadoh.
      TGNA tentu suka.

  5. peribadi KDYMM SULTAN MUHAMMAD KE 5 adalah kejayaan pimpinan TGNA…

  6. Budak Tadika masih lagi hidup dan sifat kemunafikunannya masih tebal. Bila nak insaf? Entah tidak akan insaf dan akan mati sebagi kafir kot.
    Entahlah. Pi tanya TGNA. Mungkin dia boleh bagi jawapan yang lebih bernas.

    • Haik.

      Hang pun nak jadi.
      Ustaz Al-Munafikun.
      Dok kata munafikun.

      Yang kita kenai.
      Ustaz Neutron Al-Munafikun.
      Saja.

      Tapi, tak apa.
      Hang boleh jadi ustaz jugak.
      Ustaz AKU Al-Munafikun.

      Tapi, lagi.
      Hang jadi ustaz.
      Bukang kat U atau sekolah pondok.
      Setakat ustaz kat kampong hang.
      Lah.

      Sekadaq TGNA tak terima hang.

      • Aku nak
        tanya sekali lagi.

        Tang mana yang
        hang habaq…???

        Tak dak pon…!!!

        BAHALUL…!!!

    • Kita nak bagi.
      Gelaran pada sukuduasakat ni.

      AKU tak layak pakai AL.
      Kita ganti jadi.
      Ustaz AKU Da-Munafikun.

      Bagi ikutCeramah pulak.
      Kita namakan dia.
      Ustaz ikutCelamah La-Bahalul.

      Sekadaq TGNA pun suka.

      • Budak Tadika
        pulak, @ BT
        apa maknanya tu…??

        BANGANG bin TOLOL….!!!

  7. Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia Habib Umar Ben Hafidz di Malaysia Zulkaedah 1431H

    Program Da’wah dan Ilmiah Guru Mulia AL-ALLAMAH AL-HABIB UMAR BEN HAFIDZ AL-HADRAMI ke Malaysia / Zukaedah 1431H

    Bersempena acara Haul Imam Abdullah Al-Haddad :

    15 Oktober 2010 = Masjid Al-Bukhari Jalan Hang Tuah Kuala Lumpur / 1730 PM

    16 Oktober 2010 = Masjid Negeri Shah Alam / 1700 PM

    17 Oktober 2010 = Masjid Al-Falah USJ 9, Subang Jaya Selangor / 1730 PM

    Majlis2 Haul 2010

    Pemberitahuan – Majlis-majlis Haul Imam Al-Haddad

    Siri Majlis-Majlis Haul Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad sedang di selaraskan di beberapa bandar di sekitar Malaysia selain dari di Lembah Kelang mulai 09 Oktober 2010 hingga 24 Oktober 2010. Tamu terulung dari golongan ulama’ antarabangsa terdiri dari Al-Allaamah Al-Habib Zein bin Ibrahim bin Semait dari Madinah, Al-Allaamah Al-Habib Umar bin Muhammad bin Hafidz dari Yaman dan Al-Habib Abdullah Attas Al-Habshi dari Makkah. Selain mereka, beberapa lagi ulama’ dari Malaysia dan rantau ini akan sampaikan kata-kata hikmah, sebahagiannya dari kalam Imam Al-Haddad berkaitan dengan tajuk tema tahun ini iaitu ‘YAKIN’ dengan selingan ghasidah dan nasyid masyhur dari ratusan syaír nukilan Al-Imam.

    Tarikh

    Zon Utara (Kumpulan A)
    Zon Timur (Kumpulan B)

    09 Oktober 2010
    Musalla Imam Asy-Syafie, Taman Jali, Kangar, Perlis

    12 Oktober 2010
    Masjid Kapitan Keling, Pulau Pinang
    Masjid Pasir Mas, Pasir Mas, Kelantan

    13 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Alor Setar, Kedah
    Masjid Sultan Ahmad, Kemaman, Terengganu

    14 Oktober 2010
    Masjid Saiyidina Abu Bakar Assidiq, Bakar Arang, Sg Petani, Kedah
    Masjid At-Taqwa, Pekan, Pahang

    Zon Sentral

    15 Oktober 2010
    Masjid Al-Bukhary, Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur

    16 Oktober 2010
    Masjid Negeri Selangor D.E., Shah Alam, Selangor

    17 Oktober 2010
    Masjid Al-Falah, USJ 9, Selangor

    Zon Selatan/Timur (Kumpulan C)
    Zon Selatan/Barat (Kumpulan D)

    18 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Maran, Pahang
    Masjid Sultan Iskandar, Batu Pahat, Johor

    19 Oktober 2010
    Masjid Jame’, Bandar Mersing, Johor
    Masjid Al-Adzhim, Bandar Melaka, Melaka

    20 Oktober 2010
    Masjid Jame’ Kampung Melayu Majidi, Johor Baru, Johor
    Yayasan Al-Jenderami, Dengkil, Selangor

    21 Oktober 2010
    Yayasan Assofa, Rembau, Negeri Sembilan
    Masjid Layang-Layang, WP Labuan

    Zon Malaysia Timur 1 (Kumpulan E)
    Zon Malaysia Timur 2 (Kumpulan F)

    22 Oktober 2010
    Masjid Wan Alwi, Kuching, Sarawak
    Masjid At-Taqwa, Miri, Sarawak

    23 Oktober 2010
    Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah
    Masjid Baitul Aman, Kuala Lumpur

    24 Oktober 2010
    Masjid Habib Abdulrahman, Tawau, Sabah
    Madrasah Darul Faqih, Jalan Gelang Cincin, Segamat, Johor

    Nota: Majlis Utama di Masjid Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah pada 16 Oktober 2010 akan bermula pada jam 5:00 petang tepat. Selain itu, semua majlis-majlis di seluruh Malaysia bermula pada 5:30 petang tepat. Diharap hadirin dan hadirat dapat bersama majlis-majlis ini sebelum waktu mula tersebut. Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir. Diminta Hadirin dan Hadirat mematuhi halal/haram, sunnah/makruh dan adab semasa didalam majlis-majlis ini.

    Majlis di Melaka belum dipastikan lagi.

    Sila santau semula jadual diatas kerana kemungkinan adanya apa-apa perubahan yang terpaksa dilakukan.

  8. salam,

    mohon dilinkkan ke bloglist tuan/puan atau tukar ke url baru seperti berikut>

    http://al-brangionline.blogspot.com kerana blog lama al-brangi kena serang malware.

    terima kasih banyak2.


Tinggalkan komen

Kategori