Posted by: pinkturtle2 | Ogos 30, 2008

Belanjawan ‘Gula-Gula’ Rakyat, Abdullah Mula Gementar – DSAI

Abdullah kelihatan mula gementar dengan kemungkinan peralihan kuasa iaitu dengan cara memberi sedikit ugutan dengan membicarakan proses demokrasi.

Abdullah kelihatan mula gementar dengan kemungkinan peralihan kuasa iaitu dengan cara memberi sedikit ugutan dengan membicarakan proses demokrasi.Bila Barisan Nasional menghormati proses demokrasi di Malaysia? - DSAI

Belanjawan ‘gula-gula’ rakyat, Abdullah mula gementar – Anwar

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) – Pembentangan Belanjawan 2009 oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dianggap sebagai satu pemberian ‘gula-gula’ untuk mengabui mata rakyat dan mula gementar dengan proses peralihan kuasa.

Menurut Ketua Pembangkang,Dato’ Seri Anwar Ibrahim, kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak berupaya untuk memberikan ransangan baru.

“Masalahnya tidak ada pelaburan baru, pengurusan yang lembab dan rasuah tidak ditangani.

“Jadi jika kita lihat defisit bertambah. Bagi negara Malaysia ini satu yang unik. Ini kerana semua negara pengeluar minyak mempunyai kekuatan lebihan dalam belanjawan,”jelasnya di parlimen semalam.

Menurutnya, Malaysia mempunyai dana yang besar tetapi masih mengalami defisit.

“Kalau kos mngendalikan satu-satu projek RM40 bilion, RM 10 bilion hilang di tengah jalan,ini yang menjadi masalah besar,”katanya.

Tambahnya lagi, Abdullah kini berasa gementar kerana keresahan di kalangan rakyat.

“Maka dia cuba memberi sedikit sebanyak gula-gula untuk riang Sabah, Sarawak dan orang-orang miskin.

“Sebaliknya beliau lupa bahawa peningkatan kos sara hiduo dan inflasi begitu melonjak tinggi.

“Maknanya kalau diberi RM100 atau RM500 tidak sepadan dengan kenaikan kos harga barang dan minyak,”tambahnya lagi.

Selain itu, katanya, Abdullah kelihatan mula gementar dengan kemungkinan peralihan kuasa iaitu dengan cara memberi sedikit ugutan dengan membicarakan proses demokrasi.

“Bila Barisan Nasional menghormati proses demokrasi di Malaysia?

“Pilihan raya banyak penipuan, media dikawal, hakim masih lagi bergelumang di bawah tekanan, polis tidak berwibawa, peningkatan jumlah dana untuk kroni begitu besar tetapi jenayah meningkat. Ini tidak disebut dalam belanjawan,”tegasnya.

http://www.harakahdaily.net


Respon

  1. kalau mereka yg masih buta masih belum celik dengan kenyataan simple DSAI ni esp penjilat penjilat **tut..tut BN tentang ni..memang tahap otak letak di **tut..tut la….

  2. Memang dah menjadi lumrah dalam dunia ni persaingan adalah sesuatu yang sangat perlu dan boleh memaju ataupun mempertingkatkan sesuatu samada taraf,mutu mahupun kualiti produk atau sesuatu perlaksanaan.

    Contohnya di dalam perniagaan, apa juga dari segi khidmat baikpun kualiti produk yang dihasilkan tidak akan bertambah bermutu jika tidak adanya saingan dari pengeluar atau peniaga lain.

    Dengan adanya saingan dari lawan maka ini akan mendesak berlakunya perubahan dan penambah baikan sesesuatu produk atau perkhidmatan. Tujuannya ialah agar pelanggan tidak akan lari dan berubah selera kepada produk atau perkhidmatan lain.

    Begitulah juganya dengan suasana politik dan pengurusan negara kita. Jika tidak ada persaingan dari pembangkang nescaya kerajaan tidak akan berusaha untuk memberikan yang terbaik untuk rakyat.

    Kelemahan pentadbiran dan pengurusan kerajaan BN membuatkan rakyat menterjemahkan bantahan mereka melalui PR12 lepas, itupun kerajaan masih tidak membuka mata untuk memperbaiki dan memperbetulkan keadaan.

    Sekali lagi di pilihan raya kecil di Permatang Pauh rakyat menzahirkan bantahan kepada kerajaan BN dengan memberikan kemenangan besar kepada DSAI. Kini DSAI telahpun berada di Parlimen yang memungkinkan benarnya DSAI akan ke Putra Jaya.

    Barulah kerajaan BN ingin membuka sedikit mata mereka kapada rakyat, yang selama ini berteriak mohonkan simpati kepada nasib dan derita mereka daripada kerajaan BN. Tambah pula keyakinan rakyat yang mula tertarik kepada ‘produk’ yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat menampakkan ia lebih ‘lazat dan enak’ untuk dinikmati. Ini membuat BN benar2 cemas kalau-kalau ramai yang akan berubah selera kepada Pakatan Rakyat terutamanya MP BN.

    Lantaran itulah tersembulnya beberapa ‘features’ yang lebih baik di dalam pembentang belanjawaan 2009 ini walaupun agak terlambat dipersembahkan kepada rakyat buat ketika ini.

    Memang tepat jika DSAI menamakan ianya sebagai Belanjawan ‘Gula-Gula’ rakyat. belanjawan yang sekadar mengambil hati rakyat dalam bilamana kerajaan BN dalam keadaan begitu tersepit.

    Kerana itu perlunya kekuatan kepada pembangkang didalam sesebuah negara agar ianya dapat memberikan saingan yang semaksima mungkin kepada kerajaan agar kerajaan yang berkuasa tidak lalai dan rakyat pula tidak sepatut melihat pembangkang sebagai pengkritik sahaja.

    Kini pemikiran rakyat Malaysia bukan lagi jumud dan beku . Mereka telah mempunyai idea dan pemikiran yang yang jauh lebih maju dan terdedah kepada sumber informasi terkini. Namun begitu usaha untuk menyekat perkembangan pemikiran dan minda rakyat tetap cuba dilakukan oleh kerajaan BN terhadap rakyat Malaysia.

    Kerana itu rakyat Malaysia seluruhnya sangat2 berterima kasih kepada pengundi2 di Permatang Pauh yang memberikan kakuatan kepada Pakatan Rakyat sekali gus menjadikan PR sebagai persaing yang sangat kuat untuk mengugat kesombongan dan takburnya kerajaan BN yang memperbodoh dan memalingkan mata mereka daripada melihat dan memahami permasalah rakyat.

    Bagi saya apa yang diberikan oleh kerajaan di dalam belanjawan 2009 ini bukanlah pemberian oleh kerajaan BN tetapi sebenarnya mereka memulangkannya kembali kepada rakyat setelah mereka ambil dan sesembunyikan daripada rakyat.

    Kita rakyat Malaysia punya harapan setinggi langit agar PAKATAN RAKYAT dapat mengambil-alih pentadbiran Malaysia sepenuhnya dan Kerajaan BN masa itu pula jadilah pembangkang yang sebaik PR sekarang .

  3. korang tak tengok lagi pak lah bentang belanjawan untuk kabinet n kroni..hahahah

  4. Mmmmmm…..biasa le….politicians nie macam salesman,..cakap aje berdegar2…dah dapat apa yang dihajat…semua lupa diri!!!!rakyat jadi alat dan diperbodohkan…..lu pikir sendiri lah!!!

  5. Bajet bodoh…utk rakyat malaysia.Aku kerja kilang ni… dalam bajet satu ape pun tak leh manfaat. Pengangkutan awam dapat itu dan ini,tp harga tiket dinaikkan pulak

  6. DSAI dan Pak Lah sama saja, kedua-duanya lahir dari UMNO…..islam sekular…….lihat lah PAS islam sejati…..apa jua dihadapan islam di utamakan…..bukannya macam mengkarung boleh tukar ikut semasa…..dulu lain, sekarang lain, esok lain pulak…..

  7. yalah…setuju ngan brother love. Harga beras sikit pun tak diturunkan sebaliknya, rice cooker dan lain2 barangan letrik yg turun harga.
    Orang miskin kena tipu, letrik rm20 percuma konon, kalau tak pikiaq panjang beli lak rice cooker yg turun harga tu……jadi letrik naiklah jadi rm21…..jadi siapa yg kena?…

  8. ORANG KAMPUNG LUAR BANDAR MESTI SEDAR YANG BELANJAWAN INI TAK ADA MENGUNTUNGKAN MEREKA. ADA GULA-GULA UNTUK KAUM NELAYAN TAPI BARANG KEPERLUAN YANG DIBELI SEMAKIN HARI SEMAKIN NAIK. MENTERI HAL EHWAL PENGGUNA LANGSUNG TAK PERGI TENGOK DI KEDAI/PASARAYA. YANG DIA SIBUK PASAL PARTI DAN MEMPERTAHANKAN HARGA MINYAK YANG TINGGI. 100% MP BN MENYOKONG KENAIKAN HARGA MINYAK. RAKYAT YANG MENGUNDI BN MEMANG BODOH SEBAB PILIH WAKIL RAKYAT YANG MENINDAS MEREKA SEMULA. NAK MAKAN PUN BERCATU, MASIH NAK SOKONG PARTI REPUT TU.ISTERI NAJIB SHOPING D BOSTON DAN LOS ANGELES SEHINGGGA 15 BUAH KERETA ISI BARANG. LEPAS TU BERLAKON DEPAN RAKYAT, UBAHLAH…GAYA HIDUP. POODAAH!!

  9. betul tu pulun, kita beli rice cooker jarang-jarang tapi beli beras setiap bulan. alih-alih harga rice cooker lak yang turun. bengong la bajet pak lah ni.


Tinggalkan komen

Kategori