Posted by: pinkturtle2 | September 5, 2008

Teori 916 Realiti Atau Fantasi

BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN

BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN -Tun Mahathir

Teori 916 Realiti Atau Fantasi

DR Mahathir berkata ” BN berada dalam keadaan yang amat sedih.Tidak ada satu pun pemimpin yang berani.Saya sebolehnya tidak mahu katakan ini, tetapi kemenangan PKR di Permatang Pauh mungkin menandakan berakhirnya hayat kesemua parti komponen BN dan juga BN” ( ucapan Dr M ,dalam mstar 3.09.2008 ).

Penulis sengaja memetik ucapan Dr M diatas untuk mengambarkan fenomena politik semasa Malaysia kini. Daripada luahan hati bekas PM ini jelas ” Titanic BN ” akan karam.

Tambahan lagi asakan demi asakan dari bekas seterus Dr M yang kini mengetuai Pakatan Rakyat meresahkan lagi BN.Jika BN digambarkan sebagai “Titanic ” , PR pula adalah ” Iceberg” yang akan menahan rempuhan kapal raksaksa BN yang sudah tua , rapuh namun angkuh itu.

16 september 2008 yang penulis sendiri termimpi – mimpi apakah benar akan berlaku “tsunami politik ” dikatakan BN akan ” tersembam menyembah bumi “.

Ada pihak yang berkata ini adalah pembohongan Anwar Ibrahim . Malah riuh rendah UMNO dan pimpinan mereka menafikan .Tetapi suara – suara dari komponen mereka agak perlahan seolah – olah mengiakan dakwaan bekas timbalan perdana menteri itu .
Lebih menghairankan lagi didalm laporan bajet 2009 tempohari , kerajaan telah mencadangkan lebih kurang 3.3 bilion diperuntukan untuk Sabah / Sarawak.

Apakah kerajaan tiba – tiba terprihatin ? .Apakah setelah Anwar mengumumkan bahawa ahli -ahli parlimen Sabah/Sarawak akan menyeberang kedalam Pakatan ?.

Penulis percaya tindakan kerajaan BN membuat pelbagai tawaran baru kepada rakyat membuktikan 16 sept 2008 ini adalah benar dan bukan retorik politik Anwar.

Secara logiknya mana mungkin seorang yang seperti Anwar boleh mereka – reka cerita.Dunia sedang memerhatikan setiap perkara yang berlaku keatas beliau .Jika benar dia berbohong sudah pasti beliau menggali liang lahat karier politiknya sendiri.Apakah mungkin ini suatu pembohongan ?.

Dalam politik segalanya mungkin , memang benar ada pendapat tidak perlu tergesa – gesa dalam mendapatkan kuasa kerajaan pusat.Saya yakin rasionalnya ialah jika dibiarkan sehingga Pru 13 negara kita mungkin hampir nazak jika dilihat kepada prestasi kini.

Jika berlaku atau pun tidak teori 16 sept 2008 ini rakyat pasti akan membuat pilihan dimasa hadapan .Tiada satu kerajaan diatas dunia ini yang tidak tumbang semua terlipat dalam sejarah.Lambat laun pasti menyembah bumi maka akan diganti dengan kerajaan yang lain.

Sept 16 apakah realiti atau pun fantasi sama- sama kita nantikan .

Anwar , ayuh buktikan janji – janji mu !!!

katakanlah: ” wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki.Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki.Ditangan Engkaulah segala kebajikan.Sesungguhnya Engkaulah Maha Kuasa atas segala sesuatu.( Al quran surah al – imran 26 )

Semoga ayat ini memberi kekuatan kepada kita semua.

http://www.tranungkite.net


Respon

  1. Sama ada 16hb. September itu menjadi kenyataan atau tidak, bukan isu jadi persoalan tetapi yang paling penting perlu dilaksanakan oleh PAS, PKR DAN DAP adalah bersatu teguh dan rempuh BN sampai tumbang.

  2. Pakatan Rakyat dah ada 82. Melayu 43 + Bukan Melayu 39. Lompatlah 30 lagi (silap-silap semuanya Bukan Melayu) maka jadilah 112. Melayu 43 + Bukan Melayu 69. Mu rasa beruntung ker? Kalau belaga angin mungkin lebih daripada 30 (semuanya bukan melayu) akan sokong PKR. Maka tatkala itu…seh hingus retat ddindinglah Melayu Malaya.

  3. Kalau dilihat pada kenyataan yang berkaitan 16hb. September adalah membentuk kerajaan baru. Tetapi DSAI tidak menerangkan siapa yang akan jadi PM atau menteri kabinetnya. Ini menunjukkan tiada kerajaan bayangan.

    Dan ini bermakna ia adalah satu perang saraf terhadap kerajaan BN yang lemah. Lihat keadaan mereka sekarang dengan tarikh 16hb.september ….? Mengelupur ketakutan. Sebenarnya sebagai ahli dan pemimpin PR perlu bersatu teguh didalam pentadbiran lima negeri yang ada sekarang. Lindungi kerajaan baru ini dari kejahatan kerajaan pusat. Ini lah kerajaan baru PR masa kini yang perlu diurus tadbir dengan sebaik mungkin dengan “slogan dari rakyat untuk rakyat”

  4. Umur DSAI dah beghapo jang oooi…..BACA LE SURAH AL ASR….demi maso….apo nak hegeh-hegeh laei…ini tuntutan agamo untuk amik yang hak dan singkirkan yg batil…..lagi copat lagiiiiiii la baguih jang ….ala semua ahli PAS/PR kena paham maksud mendalam ayat ini…NO PROCRASTINATION (BERTANGGUH)….!!!!KERJA BERTANGGUH-TANGGUH TAKKAN MENJADI …semangat Islam tu secara halus dah diterapkan…..budaya tu dah cantik dah tapi mana ada diserapkan dlm hidup kita sangat..???

  5. Mmupuh….bagus statistik tu….tapi realitinya …aisey bulan puasa la pulak…saya reserve lepas puasa la pulak nanti …cukup le fakta di bawah…

    yg bagi lebam DSAI dulu sapa ??? sapa dakwa..sapa fabricate evidence..sapa yg arah buat operasi lalang. sapa..yg mencopet khazanah negara sapa …..sapa…the list goes down..down..down…

    Pakcik Tua meniaga buah potong:
    Lu solang enggili mikin susa sama olang senggili apa pasat mau bagi itu statistik …???wa tetap juai buah dalimula sampe tua maaa…

    Makcik India jual paper:
    Kamu worang sama kamu worang aa bikin susaa..belakang kamu worang kata worang lain mau kasi susa…susa mau faham….

    Wak Jawa:
    kok kamu tuduh org lain …wak rase kamu aje kok yg bagi syusyah .50 thaun kamu aniaya org sendiri..itu yg lebem mate tu..kena pukul lagi kokada…wak kok masih jual tempe…statistik tu mcm plastik bungkus tempe ????lho bukan??…

    aku pun tak paham la pakcik/makcik/wak ooi !!!

  6. 16 September will come true,believe me!

  7. debaran semakin kencang..

  8. Mmupuh tu maknanya:

    tenggelam punca
    mati akal
    bengkerap
    papa kedana
    damas (ddamah) dekat2 Wisma Damas(Seri Hartamas)

    Sama juga bila seseorang dah tak boleh berfikir lagi ertinya dia “Mmupuh idea”. Tetapi dia akan jadi ceria balik bila dia berhadapan realitynya…….

    Oleh itu kita sesamalah maaf memaaf di antara satu sama lain. Dalam satu2 keadaan kesukaran, kesusahan, kesempitan mahupun kesengsaraan semua di antara kita wajib memiliki semangat kental ber JIWA BESAR sepertimana PARA Pejuang Kebangsaan kita di era menuntut kemerdekaan dulu. Kalau nak dibandingkan sekarang ni sumbangan kita sedikit pun tidak setanding dengan MEREKA. Siapalah KITA…..namun setiap di antara KITA cubalah setakat TERMAMPU demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA. Jangan fikir yang bukan-bukan. TQ

    “BERSATU TEGUH BERCERAI PASTI ROBOH”


Tinggalkan komen

Kategori