Posted by: pinkturtle2 | September 10, 2008

Barisan Peguam Anwar pertikai campurtangan Gani Patail

DI MAHKAMAH... Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi ini. Sebutan semula kes liwat beliau didengar hari ini.

DI MAHKAMAH... Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Mahkamah Sesyen Jalan Duta, Kuala Lumpur pukul 9.30 pagi ini. Sebutan semula kes liwat beliau didengar hari ini.

Barisan Peguam Anwar pertikai campurtangan Gani Patail

KUALA LUMPUR, 10 OGOS (SK) – Barisan Peguam Anwar Ibrahim yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah mempertikaikan campurtangan Peguam Negara, Abdul Gani Patail yang menandatangani perintah untuk memindahkan kes pendakwaan terhadap tuduhan liwat keatas Anwar Ibrahim ke Mahkamah Tinggi.

Menurut para peguam Anwar, tidak sepatutnya Abdul Ghani terlibat didalam kes tersebut kerana sebelum ini, Perdana Menteri Abdullah Badawi telah mengatakan Abdul Gani dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan terbabit secara langsung dalam kes liwat terhadap Anwar.

Ianya kerana, dua individu berkenaan terlibat secara langsung untuk mereka-reka bukti diatas dakwaan liwat keatas Anwar sepertimana laporan polis yang dibuat oleh Anwar Ibrahim 10 tahun lalu.

Hakim SM Komathy Suppiah menetapkan 24 September untuk kedua-dua pihak mengemukakan hujah terhadap kesahihan perintah pemindahan kes yang ditandatangani oleh Abdul Gani itu.

http://www.suarakeadilan.com

.

Anwar tiba di mahkamah dengan kawalan ketat

[10 .30 PAGI]KUALA LUMPUR, 10 SEPTEMBER (SK)-Prosiding keatas pendakwaan kes liwat yang menuduh Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim pagi ini diteruskan kembali selepas beliau mengaku tidak bersalah diatas pertuduhan berkenaan,7 Ogos lalu.

Anwar tiba di perkarangan jam 9.25 pagi ini ditemani oleh Isteri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta dua anaknya, Nurul Izzah dan Nurul Hanna dengan kawalan ketat oleh pihak keselamatan dan terus menuju ke kamar mahkamah Sesyen Jenayah 1.

Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen membenarkan Ketua Pembangkang di Parlimen itu diikat jamin sebanyak RM20,000 untuk sebutan kes semula bagi kes pendakwaan keatas Anwar Ibrahim.

Dikatakan, kira-kira empat trak FRU berada di luar kawasan Mahkamah, manakala penyokong-penyokong reformasi tidak dibenarkan masuk ke kawasan Mahkamah.

Beberapa pemimpin turut kelihatan di perkarangan Mahkamah, antaranya ialah Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua, Ketua Angkatan Muda Shamsul Iskandar, Ketua Wanita KeADILan Zuraida Kamaradin dan  Exco Kerajaan Negeri Selangor yang juga pemimpin DAP Ronnie Liu.

Barisan peguam Anwar diketuai oleh Sulaiman Abdullah dan diangotai oleh Sankara Nair, R. Sivarasa, Saiful Izham Ramli, Amer Hamzah, Edmund Bon dan Leela J Jesuthasan. .

http://www.suarakeadilan.com


Respon

  1. Gaya desprade UMNO Be End. Konflik Kepentingan UMNO dan BN. Ghani Patail seharusnya tidak boleh sama sekali campurtangan. Beliau seharusnya digantung jawatan sehingga penyiasatan BPR selesai. langkah Ghani Patail ini terus-menerus merosakkan kepercayaan awan atas sistem keadilan di Malaysia ini. Ini juga membuktikan jaminan Pak Lah tak boleh pakai. Pembohongan Besar Abdullah Ahmad Badawi.

  2. Ini bukan kali pertama Bodohlah berbohong, kalau dah ada ciri munafik, itulah kerja nya asyik berbohong sahaja. Tiga ciri orang munafik iaitu : 1. Cakap selalu bohong, 2. Janji tidak ditepati dan 3. Amanah tak dapat dipegang. Kesian cucu ulamak tapi perangai macam jin.

  3. Inilah Islam Hadari..yg diajar oleh Abdullah Ahmad Badawi..celakalah kau.dolah..go to hell.

  4. Sekarang ini badan perundangan pun sudah luntur dari kepercayaan rakyaat.Ini kerana mereka telah belajar daripada kaum umno@beend sendiri.Jika ini lah yang terjadi sekarang,di mana lagi untuk rakyaat menyandarkan harapan untuk mencari keadilan?

  5. Si ghani patail ini peguam anjing kurap saja bila berdepan dengan peguam antarabangsa. Namun menjadi jagoh dalam usaha membunuh politik dan maruah keluarga Anwar Ibrahim. Mungkin si ghani patail yang berasal dari Tawau ini fikir semua umat melayu di Tanah Melayu boleh dikencingnya sesuka hati tanpa mengambil kira standard Anwar Ibrahim:

    ANWAR PEMIMPIN PALING BAIK ASIA

    (ANWAR THE SOUNDEST LEADER OF ASIA)

    Oleh Naspazi | Wednesday | September 10, 2008

    Anwar Ibrahim telah mengutarakan konsep Gagasan Masyarakat Madani dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia yang mendapat pujian cendekiawan antarabangsa sebagai gagasan besar yang melengkapi kehendak sistem politik yang adil, ekonomi yang menguntungkan rakyat dan sistem sosial yang wajar.

    Betapa kepemimpinan Anwar Ibrahim telah mendapat pengiktirafan dunia oleh cendekiawan antarabangsa sebagai:

    1. Tokoh Asia Baru

    2. Lambang Kebangkitan Tamadun Timur

    3. Lambang Alaf Baru

    4. Guru Asia

    5. Tempat ke 10 dari 100 manusia paling berpengaruh di dunia

    6. Pemimpin paling baik Asia

    Alkisah, apa sebenarnya rasional dan muslihat juak-juak UMNO yang begitu beria-ia menafikan atau tidak menghargai hakikat ketokohan Anwar Ibrahim yang sewajarnya dimanfaatkan kewibawaan beliau untuk kebaikan dalam usaha membangunkan negara, agar Malaysia dan warganya dapat berkongsi hidup dalam meniti arus masa depan yang cemerlang dan lebih baik?

    Arakian, mustahil seluruh cendekiawan warga dunia salah belaka dalam menentukan standard ketokohan dan kewibawaan Anwar Ibrahim, hanya bagi memungkinkan bidak-bidak muflis akal budi juak-juak UMNO dalam usaha melancarkan pelbagai fitnah palsu untuk membunuh hakikat keluhuran budi Anwar Ibrahim, lantaran hati pencacai UMNO sarat dengan perangai hasad dan dengki yang melampau dan keterlaluan.

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”

    – Naspazi

  6. Sejak dilantik menteri di JPM rasanya Zaid Ibrahim dah memperingatkan semua individu yang terlibat dalam sistem kehakiman termasuk yang dalam kes DSAI supaya memelidhara etika, akauntabiliti dan kredebiliti…buktinya perjalanan awal perbicaraan DSAI nampak telus. Pak Lah dan Najib segan ‘runding ‘ dengan Zaid kerena ‘kepelikan’ dan ketidakgilaan jawatan’ beliau. Tampak seperti perbicaraan mau diganggu lagi… pemerintah cuba hantar Gani Patail mencari ruang dan peluang di mana boleh masuk…agaknya berapa “beg jamesbond” duitlah dibawanya untuk menyogok ke Mahkamah Sesyen Jalan Duta….ingat rakyat le ni bukan lagi bodoh..

  7. Doa saya agar tidak ada orang akan sokong kerajaan LOMPAT tajaan PM in waiting @ Mat Jenin Anwar Ibrahim.

    bukan dengki dgn dia tapi saya rasa biarlah kekalkan siapa yang mendapat majoriti..

    Bayangkan diasak bertubi2 oleh Tun Mahathir dan Anwar serta pembangkang pun, Pak Lah masih dapat lagi majoriti.

    Tak hebat ke tu ??? sedangkan Anwar dilepaskan pun time Pak Lah jadi PM !

    Sedangkan Mahathir habis kata kata kutuk Pak Lah…tapi rakyat tetap sokong lagi BN bawah Pak Lah..

    Fikirlah ….

    – satu lagi : komen komen fanatik Anwar saya tengok penuh ‘ tulisan kesat dan menghina orang’…

    Mungkin ini arahan atau tarbiyah Anwar atau memang akhlak mereka sejak azali lagi ??? atau sejak berdemonstrasi sana sini ?

    harap berubah saudara sadaraku sekelian…

    mulakan ‘nafas baru’ dan ‘tulisan bentuk baru’ sempena Ramadhan ini.

    Benci dari syaitan / jin / dan nafsu kita.

    salam semua.

    Kebenaran akan datang. kebatilan akan pergi.

    Penulis Cyber
    http://beritamalaysiakini.wordpress.com

  8. penulis cyber = Tali barut buta akal..

  9. penulis siber==malaun longkang dah!
    apa kena mengena penulis siber ngan longkang, pasal di situ tompek dio menulis lah!

  10. aku heran gak..pak lah ketua imam gerombolan hadhari boleh terlibat sama isu fitnah liwat ni..kalau pak dia hidup balik, mampus dia tak mengaku pak lelah ni anak punya..pas tu tergamak pula nak bagi najib penyamun dan playboy nak jaga malaysia..nauzubillah..fikir le woi rakyat malaysia


Tinggalkan komen

Kategori