Posted by: pinkturtle2 | September 10, 2008

Hulubalang Melayu Pulau Pinang Digantung 3 Tahun

Ahmad Ismail digantung keahlian Umno 3 tahun

10-09-2008 05:35:37 PM

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbau perkauman bulan lalu.

Pada masa yang sama, MT Umno mahu parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain mengambil tindakan sedemikian pada masa depan.

Ia diputuskan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi.

Malah, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri jika perlu dan terdesak terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan kaum.

Semalam, pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) memutuskan mereka tidak boleh terima kenyataan Ahmad mengenai kaum Cina negara ini.

Semua semua pemimpin parti komponen telah memberikan pandangan masing-masing terhadap isu berkenaan dan mereka semua sebulat suara mahu Umno mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Semalam BN mengambil pendirian bahawa oleh kerana Ahmad adalah pemimpin Umno, maka hanya Umno yang boleh mengambil tindakan terhadapnya mengikut prosedur sedia ada.

Ahmad telah mencetuskan polemik apabila didakwa mengeluarkan kenyataan pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas bahawa masyarakat Cina ialah pendatang di negara ini, dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Terdahulu, sekumpulan 10 lelaki berkumpul di hadapan pintu masuk utama ke Menara
Datuk Onn hari ini dengan membawa kain rentang yang menunjukkan mesej menyokong Ahmad.

Mereka yang mengaku tidak mewakili Umno atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan berkata mereka terpanggil untuk berbuat demikian sebagai menunjukkan sokongan kepada Ahmad yang menghadapi tindakan disiplin oleh Umno kerana dikatakan mengucapkan kata-kata perkauman ketika kempen pilihan raya kecil Kepala Batas baru-baru ini.

Antara ungkapan yang terdapat pada kain-kain rentang yang mereka bawa ialah “Theresa Kok Celupar, Biadap, Kurang Ajar. Umno Jangan Takut, MT Pertahankan Perjuangan Datuk Ahmad Ismail, Kami Sokong Datuk Ahmad Ismail dan MT Pertahan Maruah Datuk Ahmad Ismail.

Mereka berada di hadapan Menara Datuk Onn itu selama hampir 10 minit sebelum bersurai sebaik Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sampai untuk mempengerusikan mesyuarat khas MT pada kira-kira jam 2.45petang.

http://www.mstar.com.my


Respon

  1. syabas ahmad ismail, hidup melayu

  2. dah agak dah takat tu ja hukuman yang dia berani bagi……takat kena gantung dari UMNO 3 tahun tak de pe2 kesan pun…..Cuba boh dia dlm ISA 3 tahun baru belegaih pungkoq…..

    Dasar silembik takat tu ja la kekuatan yang dia ada…

    poraaaaahhhhhhhhhhhhhh Pak Lah…..

  3. 3 yrs utk x boleh ke ‘depan’ belakang tabir masih boleh lagi, kan?
    nthala, bgila apa2 hukuman. saya dah tak percaya pada be end dan umno khuusnya

  4. tak percaya, duduk diam-diam, ramai lagi orang percaya.

  5. tak percaya.. tidak percaya.. kalau percaya duduk diam juga sbb ramai lagi x percaya.

  6. aku memang percaya ngan UMNO…percaya UMNO dulu kini dan selamanya menipu rakyat…..

    kalau tak percaya tengoklah kes mamat ni pasai dia ahli UMNO…Ketua cawangan lak tu…jadi tak leh la di ISA kan…..

    cuba mat sabu ka….anuaq ka atau orang lain sah dah dok d kamunting depa tu…..

    hidup silembiks dan rakan yang sewaktu dengannya dan rakyat malaysia yang masih lagi mangkaq…..

  7. patutnya di ISA kan mamat ini.melayu tetap hidup ,TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.jangan main isu perkauman beb.islam agama aman damai.umno dah nazak.hanya satu baiknya umno.umno punya pemimpin terlalu bahlol.kerana kebahlolan mereka…rakyat jadi bijak dan celik IT…..bravo……..REFORMASI…..MERDEKA…REFORMASI….MERDEKA…..SELAMAT BERPUASA.

  8. sabo eh ahmad x menjadi taktik tu, lain yg planing lainlak yg jd. ,nak pancing ikan sekali dpt boyala… xpa cuba lg 3 thun lg

  9. Patut Anwar tu di ISA kan membahayakan malaysia je buat susah raktyat je… Anwar pon asal ameno jugak.. takkan hangpa lupa kot…masa dalam ameno dulu bukan main lagi maki maki bangsa lain la ni lain pulak, sebenarnya anwar tu frust tak dapat jadi PM yang hangpa bodo dok ikut dia pasai apa ?

  10. anwar tak membahayakan malaysia tapi membahayakan UMNO ja kuku mangkaq oi….cuma rakyat mangkaq macam hang ja yang rasa anwar membahayakan malaysia…..

    Memang dia dulu ahli UMNO gak cam Che det tu…..tapi bila di tendang keluaq dia dah sedaq macam che det gak tapi che det sedaq sat ja pas tu lupa balik maklum la dah nyanok….

    hang mungkin frust kot kuku pasai pungkoq hang depa tak guna macam pungkoq sayfool tu…..

    kalau tidak leh gak duit juta2 kat hang no…..

    cian kuku….aku nasihat hang p la tadah pungkoq kat budak gelong negeri sembilan tu krey

  11. Patut Anwar tu di ISA kan membahayakan malaysia je buat susah raktyat je… Anwar pon asal ameno jugak.. takkan hangpa lupa kot…masa dalam ameno dulu bukan main lagi maki maki bangsa lain la ni lain pulak, sebenarnya anwar tu frust tak dapat jadi PM yang hangpa bodo dok ikut dia pasai apa ?

    -Oleh abg beca

    ANWAR PEMIMPIN PALING BAIK ASIA
    (ANWAR THE SOUNDEST LEADER OF ASIA)

    Oleh Naspazi | Wednesday | September 10, 2008

    Anwar Ibrahim telah mengutarakan konsep Gagasan Masyarakat Madani dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia yang mendapat pujian cendekiawan antarabangsa sebagai gagasan besar yang melengkapi kehendak sistem politik yang adil, ekonomi yang menguntungkan rakyat dan sistem sosial yang wajar.

    Betapa kepemimpinan Anwar Ibrahim telah mendapat pengiktirafan dunia oleh cendekiawan antarabangsa sebagai:

    1. Tokoh Asia Baru

    2. Lambang Kebangkitan Tamadun Timur

    3. Lambang Alaf Baru

    4. Guru Asia

    5. Tempat ke 10 dari 100 manusia paling berpengaruh di dunia

    6. Pemimpin paling baik Asia

    Alkisah, apa sebenarnya rasional dan muslihat juak-juak UMNO yang begitu beria-ia menafikan atau tidak menghargai hakikat ketokohan Anwar Ibrahim yang sewajarnya dimanfaatkan kewibawaan beliau untuk kebaikan dalam usaha membangunkan negara, agar Malaysia dan warganya dapat berkongsi hidup dalam meniti arus masa depan yang cemerlang dan lebih baik?

    Arakian, mustahil seluruh cendekiawan warga dunia salah belaka dalam menentukan standard ketokohan dan kewibawaan Anwar Ibrahim, hanya bagi memungkinkan bidak-bidak muflis akal budi juak-juak UMNO dalam usaha melancarkan pelbagai fitnah palsu untuk membunuh hakikat keluhuran budi Anwar Ibrahim, lantaran hati pencacai UMNO sarat dengan perangai hasad dan dengki yang melampau dan keterlaluan.

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”
    – Naspazi

  12. RALAT :

    Patut Anwar tu di ISA kan membahayakan malaysia je buat susah raktyat je… Anwar pon asal ameno jugak.. takkan hangpa lupa kot…masa dalam ameno dulu bukan main lagi maki maki bangsa lain la ni lain pulak, sebenarnya anwar tu frust tak dapat jadi PM yang hangpa bodo dok ikut dia pasai apa ?

    -Oleh kuku

    ANWAR PEMIMPIN PALING BAIK ASIA
    (ANWAR THE SOUNDEST LEADER OF ASIA)

    Oleh Naspazi | Wednesday | September 10, 2008

    Anwar Ibrahim telah mengutarakan konsep Gagasan Masyarakat Madani dalam buku Gelombang Kebangkitan Asia yang mendapat pujian cendekiawan antarabangsa sebagai gagasan besar yang melengkapi kehendak sistem politik yang adil, ekonomi yang menguntungkan rakyat dan sistem sosial yang wajar.

    Betapa kepemimpinan Anwar Ibrahim telah mendapat pengiktirafan dunia oleh cendekiawan antarabangsa sebagai:

    1. Tokoh Asia Baru
    2. Lambang Kebangkitan Tamadun Timur
    3. Lambang Alaf Baru
    4. Guru Asia
    5. Antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia
    6. Pemimpin paling baik Asia

    Alkisah, apa sebenarnya rasional dan muslihat juak-juak UMNO yang begitu beria-ia menafikan atau tidak menghargai hakikat ketokohan Anwar Ibrahim yang sewajarnya dimanfaatkan kewibawaan beliau untuk kebaikan dalam usaha membangunkan negara, agar Malaysia dan warganya dapat berkongsi hidup dalam meniti arus masa depan yang cemerlang dan lebih baik?

    Arakian, mustahil seluruh cendekiawan warga dunia salah belaka dalam menentukan standard ketokohan dan kewibawaan Anwar Ibrahim, hanya bagi memungkinkan bidak-bidak muflis akal budi juak-juak UMNO dalam usaha melancarkan pelbagai fitnah palsu untuk membunuh hakikat keluhuran budi Anwar Ibrahim, lantaran hati pencacai UMNO sarat dengan perangai hasad dan dengki yang melampau dan keterlaluan.

    “REMPUH UMNO SAMPAI JATUH”
    – Naspazi

  13. ameno takut sgt ngan dsai tuh
    baru gertak sket dah melatah bukan main..

  14. NI kuku..mmg. anuaq dok maki.Sampai la ni..dia belah dari umno awai sbb. ramai haram jadah dlm. umno…
    dulu..kini dan mamak2nya…pooooraah

    TGK. ORG TUA MAMAK TU NAK MAI BALIK.Nak Putaq belit smua melayu…hahaha

  15. 3 tahun jeee?ISA tarak kena k?…memang teror AMNO nie…correcttttt….

  16. Saya bersetuju dengan keunggulan DSAI, tetapi itu tidak bermakna kita menjadi ‘pak turut’nya. DSAI pencetus ke arah pembangunan bangsa negara. Kita menghormatinya. Tetapi permainan tetap permainan yang mesti diteruskan.Tidak bermakna juga kita sekadar menjadi pemerhati, ayuh kita perjuangkan yang hak, yang menjadi tanggungjawab bersama.


Tinggalkan komen

Kategori