Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2008

Nampaknya tiada siapa yang belajar tragedi Highland Towers

Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers).
Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers).jika semua pihak yang terbabit dalam pembangunan termasuk pihak berkuasa yang memberi kelulusan, para jurutera, arkitek, juru ukur dan pemaju perumahan tidak mengambil serius akan tanggungjawab mereka, kejadian seperti itu akan terus berlaku – Tun Musa Hitam

“Nampaknya tiada siapa yang belajar tragedi Highland Towers”

KUALA LUMPUR: “Nampaknya tiada siapa pun yang belajar daripada tragedi itu (Highland Towers).”

Itulah reaksi bekas Timbalan Perdana Menteri Tun Musa Hitam apabila diberitahu mengenai kejadian tanah runtuh yang mengorbankan empat nyawa di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di Bukit Antarabangsa di sini pada Sabtu.

“Sudah bertahun-tahun tragedi itu berlalu dan hari ini insiden seperti itu berlaku lagi, (juga) mengakibatkan kematian,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di Amsterdam.

Anak lelaki Musa, Rashid Carlos dan isterinya Rozita, adalah antara 48 orang yang terkorban apabila sebuah daripada tiga blok kondominium Highland Towers di Taman Hillview, terletak 1.5 kilometer dari tempat kejadian tanah runtuh pada Sabtu, runtuh pada 11 Disember 1993.

“Ia satu memori yang amat tidak menyenangkan, sungguh memilukan. Saya sendiri yang mengalaminya. Harapan ialah agar siapa jua yang bersalah mesti menerima hukuman,” kata Musa.

Tragedi Highland Towers mengejutkan seluruh negara memandangkan kejadian seumpama itu julung kali berlaku dalam sejarah negara sejak merdeka.

Bagaimanapun kisah yang menyayat hati itu tidak berakhir di situ sahaja kerana terdapat beberapa lagi insiden berkaitan tanah runtuh yang berlaku di kawasan berkenaan, malah ada di antaranya mengakibatkan kematian.

Satu insiden yang sangat ketara berlaku pada 4.35 pagi, 20 November 2002 apabila tanah runtuh meranapkan banglo dua tingkat milik Pengerusi Affin Bank Bhd Jen (B) Tan Sri Ismail Omar.

Isteri beliau, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anak lelakinya Hijaz, dua menantu dan dua cucu serta dua pembantu rumah warga Indonesia terkorban apabila banglo berkenaan ditimpa tanah runtuh.

Banglo bekas pegawai tentera itu terletak kirakira 300 meter dari Highland Towers.

Dalam pada itu, pihak berkuasa perlu bersedia untuk mengambil langkahlangkah pemulihan memandangkan lebih banyak kejadian tanah runtuh dijangka berlaku semasa musim hujan sekarang, demikian amaran daripada seorang aktivis alam sekitar terkenal, hari ini.

Pengerusi Pusat bagi Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan Malaysia Gurmit Singh memberitahu Bernama bahawa kejadian tanah runtuh itu biasa berlaku di Malaysia dan kebanyakannya boleh dielakkan jika para profesional, pemaju perumahan dan kakitangan awam lebih bertanggungjawab menjalankan tugas mereka dengan tekun dan amanah.

Beliau mengulas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa yang setakat ini meragut tiga nyawa.

Gurmit berkata, kerajaan telah memutuskan untuk tidak meluluskan pembangunan di kawasan tanah tinggi selepas kejadian Highland Towers.

Beliau berkata, jika semua pihak yang terbabit dalam pembangunan termasuk pihak berkuasa yang memberi kelulusan, para jurutera, arkitek, juru ukur dan pemaju perumahan tidak mengambil serius akan tanggungjawab mereka, kejadian seperti itu akan terus berlaku.

Sementara itu, Presiden persatuan Pemilik Rumah Bukit Bandaraya, Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata, kawasan Damansara juga terdedah dengan kejadian tanah runtuh.

Katanya, insiden terbaru berlaku semalam apabila dinding konkrit setinggi 21 meter di belakang bangunan CIMB di Damansara runtuh berikutan tanah runtuh yang menimbus 11 kenderaan di kawasan tempat letak kereta.

Abdul Aziz, seorang peguam dan bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAs) berkata, persatuannya telah memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengenai air tirisan di kawasan itu tetapi tidada langkah segera diambil.

Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) mencadangkan agar sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi mengkaji sebab-sebab berlakunya bencana itu.

“Usaha juga perlu bagi mengenal pasti pihak yang tertanggjungjawab hingga berlakunya bencana itu.

“Kini, segala usaha mesti ditumpukan kepada membantu menyelamatkan mereka yang terperangkap dan melayani keluarga yang kehilangan orang yang disayangi,” kata Presiden Rehda, Datuk Ng Seing Liong dalam satu kenyataan hari ini.

Ng berkata, Rehda akan membantu dengan apa cara yang mungkin.

Beliau berkata, Rehda telah pun menghantar pasukan bantuan dan kelengkapan untuk kerja-kerja menyelamat.

http://www1.mstar.com.my


Respon

  1. Walau di mana pun kita tinggal, kita tetap terdedah kpd bencana alam. Sebenarnya, tak ada tempat yg benar2 selamat utk kita diami di muka bumi ini.

    Mereka yg tinggal berdekatan dgn laut terdedah kpd hakisan pantai. Mereka yg tinggal di kawasan tanah pamah atau lembah, terdedah kpd banjir. Manakala mereka yg tinggal di kawasan tinggi pula, terdedah kpd tanah runtuh.

    Tapi uniknya, bencana alam tidak selalu berlaku. Bahkan ia hanya berlaku di kala2 tertentu, di tempat tertentu & menimpa org2 tertentu, terutama terhadap mereka yg lalai & cuai.

    Inilah dia tanda2 kehidupan kita kat dunia ini dipantau oleh Yang Maha Berkuasa (bukan pihak berkuasa!). Dipantau oleh yg memberikan kehidupan & menurunkan rezki kpd sekalian makhluk-Nya.

    Renungkanlah kisah Nabi Nuh & umatnya. Betapa manusia tak berdaya menolak musibah yg ditimpakan oleh Allah terhadap mereka. Ambillah pula iktibar drp kisah Nabi Yunus & umatnya. Betapa Allah menerima taubat & menyelamatkan umat itu drp musibah yg berada di depan mata.

    Maka kita hendaklah banyak bersyukur & memohon ampun kpd Allah. Tingkah laku, moral & akhlak diri hendaklah dijaga selalu. Marilah kita cari rezki yg halal & dari sumber yg halal.

    Jgn lah kita hidup terlalu menurutkan hawa nafsu & melampaui batas. Ingatlah selalu bahawa kejayaan & kekayaan yg kita miliki bukanlah tanda kita hebat. Tapi dgn izin Allah semata2. Semoga Allah melindungi kita drp segala bencana.

  2. INGATLAH ALLAH SWT BANYAK-BANYAK DIWAKTU PAGI DAN PETANG DIWAKTU SIANG DAN MALAM…. HANYA ALLAH TEMPAT KITA BERSERAH DIRI.

  3. Good post. I learn something totally new and
    challenging on blogs I stumbleupon every day.
    It’s always interesting to read through articles from other
    authors and practice something from other sites.


Tinggalkan komen

Kategori