Posted by: pinkturtle2 | Disember 8, 2008

MB Pahang Akan Berubah Jika Najib Jadi PM

Siasatan kami mendapati Dato' Seri Adnan Yaakob sudah sememangnya "tidak layak" lagi untuk menjadi Menteri Besar

Siasatan kami mendapati Dato' Seri Adnan Yaakob sudah sememangnya "tidak layak" lagi untuk menjadi Menteri Besar,Segala perancangannya gagal ditengah jalan, banyak unsur rasuah dan korupsi - Pahangdaily

Adnan Dalam Bahaya, Jika Najib Jadi PM Maka Kerusi MB Pahang Juga Akan Berubah !!

KUANTAN – Ramai pihak yang masih tidak boleh menerima kenyataan bahawa negeri Pahang Darul Makmur sebenarnya sudah berada dalam tahap eknomoi yang “paling kritikal”. Menjelang tahun 2009 ini, kita harus berhadapan dengan masalah yang lebih besar terutamanya bagi urusan pentadbiran, pengurusan dan pembangunan negeri. Ini berikutan “Bajet 2009” yang mengalami defisit hingga mencecah hampir RM100 juta, dibentangkan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob di Dewan Undangan Negeri Pahang baru-baru ini. Bagi kami, perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku, tambahan pula Pahang bukan diperintah oleh Parti Pembangkang, yang senantiasa disekat peruntukannya oleh Kerajaan Pusat. Pahang adalah negeri yang ditadbir oleh UMNO dan Barisan Nasional. Maka sepatutnya, pengurusan yang cekap dan adil harus berlaku, tambahan pula pemimpin UMNO Pahang dianggap antara yang paling berkaliber di negara ini. Pahang juga kaya dengan hasil mahsulnya termasuk pembalakan, pelancongan tanah tinggi, perladangan dan sebagainya. Namun kenapakah masalah ini tetap berlaku, bahkan rakyat khuatir untuk masa yang akan datang, negeri ini akan terus “bankrap” dan akan disita sama seperti apa yang berlaku kepada syarikat milik kerajaan negeri iaitu Astana Golf & Country Club baru-baru ini. Kenyataan kami berkenaan hal ini banyak ditohmah dan ada yang mengatakan kami sengaja membuat “fitnah” terhadap kepimpinan Dato’ Nan. Masalahnya ini bukan lagi soal kepimpinan yang dipertikaikan, tapi sekarang ialah soal kreadibiliti dan integriti beliau sendiri yang menjadi tanda tanya.

Siasatan kami mendapati Dato’ Seri Adnan Yaakob sudah sememangnya “tidak layak” lagi untuk menjadi Menteri Besar Pahang, kerana apa? Kerana beliau ternyata gagal membawa perubahan dan pembangunan yang sepatutnya ke negeri ini. Segala perancangannya gagal ditengah jalan, banyak unsur rasuah dan korupsi. Dato’ Adnan Yaakob nampak garang disisi lawan, tapi sebenarnya menikus ditangan kawan sendiri. Beliau takut bersuara apabila ada isu-isu yang melibatkan pemimpin UMNO Pahang, terutamanya dalam hal mencuri balak, merompak tanah rakyat dan sebagainya. Beliau bertambah takut tatkala mendengar pemimpin tertentu dikatakan ada hubungan baik dengan pihak “istana”. Lantaran itulah Dato’ Nan akan “mencantas” mana-mana pemimpin yang lebih berkeliber untuk naik sebagai Menteri Besar Pahang. Antara yang menjadi mangsa ialah Dato’ Hassan Ariffin dari Rompin, Dato’ Shahiruddin Moin dari Raub, Dato’ Omar Othman dari Kuala Lipis, dan ramai lagi. Semua nama-nama ini adalah antara yang dikatakan bakal menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Pahang dulu. Kini hanya tinggal Dato’ Shahiruddin yang masih bergelar Yang Berhormat. Itu pun sesudah kes “Politik wang”nya dengan MB Negeri Sembilan, Isa Samad diselamatkan oleh pihak istana Pahang. Pendek kata beliau pantang mendengar dan melihat mana-mana pemimpin UMNO Pahang yang layak memijak dirinya di kedudukan selesa itu.

Hassan Ariffin, Shahiruddin Moin & Tan Aminuddin

Terbaru, beliau juga menghalang ADUN Chenor, Dato’ Tan Mohd Aminuddin Ishak ke jawatan Timbalan Menteri Besar Pahang. Beliau amat gusar kiranya Dato’ Tan lebih menonjol dari dirinya. Lantaran itulah beliau tidak memansuhkan jawatan itu tetapi mengosongkannya. Hubungan peribadi antara beliau dengan Dato’ Tan juga agak “panas” selepas insiden beliau hampir ditampar oleh Dato’ Tan, akibat membuang nama pemimpin itu sebagai calon pilihanraya umum ke-11 lalu. Persitiwa ini tersebar luas ke seluruh negeri Pahang dan Dato’ Nan tidak perlu menyembunyikannya lagi. Mujurlah Dato’ Tan mempunyai hubungan yang intim dengan pihak istana, jika tidak sudah pasti namanya tidak disenaraikan. Begitu juga apa yang berlaku kepada Dato’ Shahiruddin Moin, beliau juga terpaksa menggunakan pengaruh istana untuk membolehkan masih bergelar Yang Berhormat sekarang ini. Akhirnya Dato’ Nan mencampak Dato’ Shahiruddin sebagai ADUN biasa di Pahang. Namun Dato’ Tan masih lagi duduk sebagai exco, dalam keadaan “rela dalam paksa”. Justeru itulah jawatan Timbalan Menteri Besar dikosongkan hingga ke hari ini oleh Dato’ Nan.

Orang akan bertanya, apakah ini satu “Fitnah”?. Tidak, ini bukan fitnah, ini adalah kenyataan dan semua pemimpin UMNO termasuk orang kanan MB Pahang sendiri tahu kes ini. Selepas semua nama itu dicantas oleh Dato’ Nan, kini timbul pula nama baru yang bakal menggantikan beliau sebagai Menteri Besar Pahang iaitu ADUN Benta, Dato’ Ir. Soffi Abd Razak (foto). Dato’ Soffi dilihat lebih selesa dan berkaliber untuk menggantikan tempat Adnan sebagai MB. Kini beliau juga antara exco terkanan dalam kabinet Adnan sendiri. Namun, Adnan menggunakan strategi licik pula disitu dengan menghumbankan Dato’ Soffi dalam pemilihan UMNO Bahagian Lipis baru-baru ini. Adnan menghantar pendekarnya Mustafa Long (Bekas Pengarah Biro Tata Negara Negeri Pahang yang kini merupakan orang kanannya di pejabat MB) untuk menentang Dato’ Soffi di Lipis. Akhirnya Dato’ Soffi dan orang-orangnya tersungkur dengan “pukulan TKO” ditangan “orang-orang Dato Nan”. Beliau sanggup menjatuhkan Dato’ Soffi dengan cara yang paling “tragis” di Lipis. Mujurlah kini Dato’ Soffi masih memegang jawatan Exco tapi kami yakin beliau juga akan dicantas seperti yang lain.

Susulan daripada beberapa insiden ini, maka kami mendapat berita terbaru dari Kem UMNO di Kuala Lumpur semalam. Ia berikutan rombakan kabinet yang akan dilakukan oleh Dato’ Najib Razak tatkala bergelar Presiden UMNO dan Perdana Menteri Mac 2009 nanti. Ramai muka-muka baru team Najib akan dimasukkan termasuk di negeri-negeri. Terdapat satu berita yang kurang manis untuk didengar oleh Menteri Besar Pahang, Dato’ Seri Adnan Yaakob dan juak-juaknya dalam UMNO. Kami mendapat berita “panas” yang kedudukan beliau sebagai MB Pahang juga mungkin akan berubah selepas Najib berkuasa. Khabarnya Najib tidak mahu lagi Adnan menjadi MB di Pahang, dan tempatnya bakal digantikan dengan ADUN dari kawasan Parlimen Pekan sendiri. Kami cuba menyiasat maklumat itu, ternyata nama ADUN yang bakal menggantikan tempat Dato’ Nan ialah Dato’ Ishak Mohammad. Beliau dilihat salah seorang calon yang berwibawa, berakhlak, tiada kontroversi, low profile dan amat disayangi oleh kawan dan lawan. Tiada skandal-skandal besar yang melibatkan Dato’ Sahak di Pahang. Maka itu, apakah Dato’ Nan akan duduk diam dengan maklumat sulit ini. Atau mungkinkah Dato’ Sahak akan senasib dengan bekas-bekas Exco kanan Pahang yang terhumban sepert Dato’ Omar, Dato Hassan dan Dato’ Shahiruddin Moin dulu. Jika berita ini ada kebenaran, maka semakin panaslah kem UMNO Pahang selepas ini agaknya.

[Kami amatlah berterima kasih kepada sahabat-sahabat dalam UMNO Pahang yang memberi maklumat ini. Sesungguhnya mereka kini sudah mula muak dengan Dato’ Adnan Yaakob, yang hanya pandai bercakap tetapi gagal mentadbir negeri Pahang dengan baik. Sudah 11 tahun berkuasa dan berada di kerusi empuk itu, maka sudah tiba masanya Adnan menyerahkan kepada mereka yang lebih berkaliber sebelum pilihanraya umum ke-13 nanti. Jika Adnan gagal menyerahkannya dan terus ingin berkuasa, maka kami yakin politik Pahang juga akan bertukar sama seperti yang berlaku di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang lalu. Justeru itu, bagi menyelematkan UMNO dan BN di Pahang, Dato’ Nan harus berkorban demi parti UMNO tersayang. Jika tidak padah akan menimpa selepas ini. Letak jawatan atau digugurkan secara terhormat. Rakyat Pahang seudah jemu dengan kepimpinan beliau selama ini.

http://pahangdaily.blogspot.com


Respon

  1. Dia memang tidak layak menjadi MB setelah memberi isyarat lucah dengan tangannya suatu ketika dulu

  2. Kalau nak lantik pemimpin pahang ni, biarlah yang benar2 bertanggungjawab sikit.Mmg negeri pahang ni kaya tapi semua disapu oleh pemimpin UMNO terdahulu termasuk yang sekarang ni.Ingatlah….. kamu akan ditanya oleh ALLAH di akhirat kelak. Tak takut ke wahaiiiiiiiiiiiiiiii pemimpin korup, apakah duit yang kamu ada dapat membeli ALLAH?????????????

  3. Adnan yakup tu memang dr dulu patut di buang dr MB, sebab perwatakan nya memang samseng, dahlah muka mcm iblis, hidung kembang, mulut besar mcm mulut anjing bulldog

  4. sungguh juga lah banyak ketua JKKK mesyuarat atas,meja penting koroni dan suku sakatnya aje siasat sampai akar umbi jangan biar kita tuka undi dipru`13

  5. memang patut mb pahang ni dibuang hidup-hidup kerana dia ni penipu besar dalam umno pahang, jahat tak tentu hala, bengkeng tak betempat dan kaki sapu. patutlah najib kena ambil tahu, dia ni cakap besar saja. rakyat dah tak boleh terima dan hormat pada dia, banyak sangat kesan kejahatannya. orang politik di kuala lumpur jangan buat lembu kenyang, buatlah macam harimau lapar tengok orang macam mb pahang ni. jangan tak tahu. tapi orang politik kuala lumpur pun jika diamati lebih kurang adnan yaacob jugak sebab tu buat tak tahu. inilah akibat memilih pemimpin yang tak berdasarkan agama islam. purahhhhhh….

  6. 2×5, 5×2 = 10. sama!…tukar kerajaan je. Buat mcm orang siam tu. HEBAT.


Tinggalkan komen

Kategori