Posted by: pinkturtle2 | Disember 15, 2008

Nordiana calon BN K.Terengganu ?

Sumber-sumber berkata, pemilihan Nordiana sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut boleh menarik sokongan dari pengundi wanita yang merupakan sebahagian daripada 80,229 pengundi di situ.

Sumber-sumber berkata, pemilihan Nordiana sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut boleh menarik sokongan dari pengundi wanita yang merupakan sebahagian daripada 80,229 pengundi di situ.

KT: Nordiana pula disebut calon BN?

Keputusan kerajaan Terengganu tidak melantik semula sebagai ketua Puteri Umno negeri itu, Nordiana Shafie sebagai ahli Dewan Negara, telah mencetuskan spekulasi baru tentang kemungkinan beliau bakal dipilih sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu.

nordiana shafieIni berikutan seorang lagi senator dari Terengganu – Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang sebelum ini disebut-sebut mungkin dipilih sebagai calon BN – dilantik semula sebagai senator.

Wan Ahmad Farid yang juga timbalan menteri dalam negeri, Senator dilantik untuk penggal kedua bagi mengisi satu dari dua kerusi wakil Terengganu di dewan itu.

Satu lagi kerusi senator bagi Terengganu akan diisi oleh Naib Ketua Wanita Umno negeri, Fatimah Ahmad, yang juga seorang pesara guru.

Nordiana yang juga ahli Majlis Tertinggi (MT), yang juga ketua Puteri Kuala Terengganu Terengganu dilantik sebagai senator pada tahun 2005 dan berakhir pada 22 Disember ini.

Seorang senator boleh dilantik ke Dewan Negara untuk dua penggal.

Pengundi wanita

bm version kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208Sumber-sumber berkata, pemilihan Nordiana sebagai calon BN dalam pilihanraya kecil tersebut boleh menarik sokongan dari pengundi wanita yang merupakan sebahagian daripada 80,229 pengundi di situ.

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah menetapkan tarikh penamaan calon pada 6 Januari manakala pengundian pula pada 17 Januari depan.

Ketika dihubungi pagi ini, Nordiana berkata, setahunya, setakat ini, beberapa nama disebut-sebut termasuk Wan Ahmad Farid, yang juga ketua Umno bahagian Kuala Terengganu.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau juga tersenarai untuk dipilih sebagai calon BN, apabila tidak dilantik semula sebagai senator.

Ditanya mengenai pengundi wanita di bahagian tersebut, Nordiana berkata, BN, khususnya Umno, mampu menarik untuk wanita menyokong calon BN pada 17 Januari lalu.

“Tidak kira siapa yang menjadi calon, yang penting Puteri khususnya, akan memberi sokongan penuh supaya BN dapat mengekalkan kerusi tersebut,” katanya.

Calon BN umum ini

Beliau yakin BN akan mampu mempertahankan kerusi walaupun pilihanraya kecil itu bakal menyaksikan pertandingan sengit, khususnya dari calon PAS.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, calon BN bagi pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu akan diumum minggu ini.

Ketika melancarkan jentera pilihanraya kecil BN, beliau berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepadanya untuk mengumumkan calon bagi pilihanraya kecil itu.

Kerusi Parlimen Kuala Terengganu kosong ekoran kematian mengejut penyandangnya dari BN, Datuk Razali Ismail baru-baru ini.

Dalam pilihanraya umum Mac lalu, Razali menang dengan majoriti kecil 628 undi, menewaskan calon PAS, Mohamad Sabu, yang mendapat 31,934 undi dan seorang lagi calon bebas, Maimun Yusuf.

http://www.malaysiakini.com


Respon

  1. alamak! dapat kat mat sabu bersih budak ni!!!!!

  2. Hipotesis itu agak ada kebenaran kerana Dato’ Wan Farid pasti takut untuk bertanding, takut kalah dan terlepas pula jawatan Timbalan Menteri sekarang kerana perlu letak jawatan senator untuk bertanding PRK Parlimen.Bagi calon-calon lain semuanya ada masalah tersendiri.Dato’ Che Mat jusoh orang Dato’ Idris,Datuk Roslan Awang Chik sudah ‘expired’, Dato’ Zuber Embung tidak diterima oleh kebanyakan pemimpin dan grassroot UMNO walaupun dia dulu disebut orang yang sepatutnya pengganti Tan Sri Dato’ Wan Mokhtar dan pelapis MB kerana ada bekas pelajar Kolej Islam Kelang dan seorang peguam. Dia adalah orang yang berjasa menjatuhkan Dato’ Idris Jusoh.Manakala Hj. Zubir Embong tidak sanggup bertanding kerana peluangnya dalam kepimpinan pendidikan akan datang adalah cerah.Dia tidak sanggup menempah maut. Oleh itu pada hemat saya munasabahlah diletakkan Pn Nordiana dan kalau kalahpun tidaklah malu sangat.Bagi PAS sama ada diletakkan Hj. Mohamad Sabu, Dato’ Mustafa Ali atau Prof Madya Dr. Khazali, kemenangan adalah cerah.Berdasarkan analisis tiada kerusi UMNO dalam 4 DUN di Parlimen K.Trg. PRU 12 PAS menang di DUN Wakaf Mempelam dengan majoriti 2193, PAS menang di DUN Batu Buruk majoriti 1161 dan menang di DUN Ladang majoriti 31.Bagi DUN Bandar MCA menang majoriti 1142.Kemenangan Dato’ Razali dulu bukan sebab UMNO tetapi kehebatan peribadinya dan almarhum menjadi ahli UMNO pun selepas menang pilihanraya 2004.Bermakna semasa bertanding PRU 11 almarhum bukan ahli UMNO


Tinggalkan komen

Kategori