Posted by: pinkturtle2 | Disember 22, 2008

Adakah UMNO Berada Di Zaman Batu

AYUH, TUTUP SEMUA BLOG UMNO!

Nak kata lawak, tak lawak. Nak kata tak lawak, macam lawak. Itu yang saya rasai selepas membaca laporan Utusan Malaysia yang menyebut bahawa seorang bekas Ketua UMNO Bahagian diberi amaran kerana berkempen menggunakan blog.

Saya tidak pasti adakah Lembaga Disiplin UMNO ini masih berada di zaman batu atau dalam zaman GenXer (menggunakan istilah Don Scott, penulis buku “Grown Up Digital“). Saya cadangkan semua Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan Lembaga Disiplin parti itu membaca buku tersebut. Menurut Eric Schmidt, Chairman and CEO of Google, Grown Up Digital “demonstrates the world-changing power of the Net Generation.”

Kalau berkempen melalui blog menjadi kesalahan, maka UMNO kena hapuskan peraturan lapuk tu. Peraturan begitu bukan sahaja menjadikan orang ketawa, malah boleh membuat orang menjauhkan diri dari UMNO. Saya sendiri pun tak tahu bagaimanakah nak menjustifikasi peraturan tersebut.

Entahlah, saya juga tak tahu bagaimanakah UMNO (atau BN) nak hadapi PKR dan PAS yang hebat menggunakan “new media” sedangkan ahli UMNO tak dibenarkan berkempen menggunakan blog. Kalau tak gunakan blog, Facebook, Myspace, Youtube, Friendster, chat dan lain-lain sewaktu pemilihan parti, bagaimanakah mereka nak mahir gunakan semua itu dalam pilihanraya umum nanti?

Kalau tak salah saya, Penolong Setiausaha Pemuda UMNO pernah menyebut semua calon Exco Pemuda mesti ada blog supaya mereka boleh jelaskan wawasan masing-masing. Nah, sekarang Lembaga Disiplin UMNO kata adalah salah menggunakan blog untuk berkempen.

Saya fikir keputusan Lembaga Disiplin UMNO dan peraturan dalam soal ini adalah satu langkah ke belakang. Kalau begitulah cara kepimpinan tertinggi UMNO berfikir, ini mungkin merupakan punca mengapa “Blog UMNO Tak Ada Ummph!

UMNO patut belajar kepada DAP yang sejak awal-awal lagi mengiktiraf peranan blogger dan “new media”. Blogger tersohor Jeff Ooi, sebagai contoh, dicalonkan sebagai Ahli Parlimen dan menang. Malangnya, ada pemimpin UMNO yang tidak tahu bagaimanakah nak membuka blognya sendiri (ini diceritakan oleh seorang wartawan kepada saya); apatah lagi menghargai blog dan sumbangannya dalam proses demokrasi. Malah, saya juga tidak hairan kalau ada yang keliru antara “internet” dan “fishing net”.

Maaf, kalau nak marah kat saya pun marahlah … Saya tetap tegas mengatakan keputusan Lembaga Disiplin UMNO menunjukkan parti itu tidak menghargai blog.

Kita berikan peluang kepada Majlis Tertinggi UMNO untuk memansuhkan peraturan lapuk yang tak membenarkan kempen melalui blog. Sekiranya mereka berkeras juga …. Ayuh, tutup semua blog UMNO!

http://nobisha.blogspot.com

.

Berkaitan..

Pemimpin Umno bersalah, berkempen di blog

Bekas ketua bahagian Datuk Ahmad Kuris Mohd Nor diberikan amaran oleh lembaga disiplin Umno kerana berkempen menggunakan blog bagi mengekalkan jawatan tersebut.

Selain pemimpin bahagian Hulu Langat itu, Abdul Kadir Abdul Karim dan Remlah Abd Rahman, kedua-duanya dari Batu, turut diberi amaran.

“Ahmad Kuris didapati bersalah kerana membina blog untuk berkempen bagi pemilihan parti,” kata pengerusi lembaga disiplin parti Tengku Tan Sri Ahmad Rithauddeen Ismail dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Ahmad Kuris, juga bekas wakil rakyat Semenyih, berblog di ‘Salam Perjuangan’ (dkuris.blogspot.com) yang dibangunkan sejak April lalu.

Tengku Ahmad Rithauddeen menambah, Abdul Kadir dan Remlah kerana mengadakan majlis jamuan makan semasa kempen mesyuarat bahagian.

Ketua bahagian Umno Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin digantung keahlian selama dua tahun kerana bersalah mensabotaj dalam pilihanraya umum lalu.

Ahmad menang tanpa bertanding jawatan ketua Umno bahagian dalam pemilihan parti baru-baru ini.

Ahli Umno cawangan dalam bahagian berkenaan Halimah Hanafi digantung selama tiga tahun kerana membuat aduan palsu kepada lembaga tersebut.

Tengku Ahmad Rithauddeen berkata, penggantungan keahlian Ahmad dan Halimah berkuatkuasa mulai 17 Disember lalu.

Menurutnya, lembaga disiplin Umno menerima 865 aduan. Daripada jumlah itu, 224 aduan telah disiasat.

http://www.malaysiakini.com


Respon

  1. Umno,umno…yang sabotaj parti digantung keahlian. Yang tabur rasuah untuk dipilih sebagai pemimpin, dibiar bebas. Ahli yang bawa kes ke mahkamah, terus dipecat keahliannya. Itulah wajah umno, parti reput yang dah teramat nazak.
    UMNo memang masih hidup d zaman batu. Sebab itu dia sokong akta rimba ISA, amalan wajib rasuah sesama pemimpin, songlap wang projek untuk rakyat..dan macam2 lagilah. Tanya Deris Jusoh yang tengah sibuk kira duit masuk Monsun Cup, masjid kristal, dan pelbagai projek mengayakan kroni.
    Kepada rakyat disuruh celik IT, tapi penggunaan blog untuk kempen dilarang. Dah memang kategori pemimpin2 umno kategori ‘orang Jakun’.

  2. Berkempen menggunakan duit adalah rasuah hukumnya salah, berkempen menggunakan blog tanpa duit pun hukumnya salah…?

  3. Bukan zaman batu bang malah lebih terkebelakang dari Zaman Batu, iaitu zaman carnnival. Makbapak makan daging anak2. Ketua makan daging hamba rakyat. Masa itu Nabi Allah Adam dan Hawa belum dicampakkan turun ke muka bumi. Makhluk yang memerintah dunia waktu itu ialah dinasour. Siapa kuat dia berkuasa. Itulah dunia yang sedang dibina oleh UMNu. Sungguh menjijikkan!!!!!!……….

  4. Mahaguru…UMNO bukan di zaman batu tetapi masih zaman jahilliah . Tu fasal di gunakan TV dan U.Meloya untuk memberikan maklumat yang tidak tepat dan berat sebelah. Jangan hina suku Jakun bang. Tak baik cam itu.

  5. umno goblok kata org jawa

  6. Macam tu la orang2 UMNO, tahu bersorak aje, tepuk tangan bila isyarat lucah dibuat oleh pemimpin mereka kerana itu budaya UMNOI. Kalau nak laksanakan hukum ALLAH, mereka akan perlekehkan, kalau nak buat doa selamat baru ingat kat ALLAH. Agak2nya orang UMNO ni tak mati ke


Tinggalkan komen

Kategori