Posted by: pinkturtle2 | Februari 3, 2009

Tabik Pada SPR… Bagi Talian Hayat Buat Najib

TIDAK… Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof menunjukkan surat-surat yang diterima semalam pada sidang media di pejabatnya di Putrajaya hari ini. – foto The Star oleh ROHAIZAT MD. DARUS

Surat Speaker ragukan, status 2 ADUN PKR sah

Pengerusi SPR: Tiada kekosongan wujud, pilihan raya tidak perlu diadakan

[DIKEMAS KINI, 2 PETANGI] PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan kedua-dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak, Mohd. Osman Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi – dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) – yang dilaporkan telah meletak jawatan kelmarin, masih sah sebagai wakil rakyat.

Dengan itu, SPR mengisytiharkan tidak wujud kekosongan bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Ia diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof kira-kira pukul 12.45 tengah hari tadi selepas mengadakan mesyuarat hampir dua jam di sini.

Dengan itu pilihan raya kecil bagi kedua-dua kerusi berkenaan tidak akan diadakan.

KOMEN ADUNDalam reaksi segera, Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online sebentar tadi, menyambut baik perkembangan tersebut.

“Bagi saya, saya terima apa juga keputusan SPR… sama ada SPR adakan pilihan raya kecil ataupun tidak adakan pilihan raya kecil.

“Kalau kita tidak patuh undang-undang siapa lagi yang hendak mematuhi undang-undang,” katanya.

Mohd. Osman masih tidak dapat dihubungi sehingga sekarang.

KENYATAAN SPRKetika mengulas lanjut keputusan SPR, Pengerusi SPR mengakui wujud keraguan dalam surat letak jawatan yang dikemukakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

Abdul Aziz berkata, Speaker boleh menerima surat peletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan di bawah Perlembagaan negeri.

“ADUN boleh letak jawatan dan menulis kepada Speaker dan memanglah peraturannya Speaker menulis kepada SPR memaklumkan keadaan itu, bukan mengisytiharkan kerusi itu kosong,” kata beliau sambil menambah, “yang mengisytiharkan kerusi itu kosong atau tidak adalah SPR.”

“SPR dalam mesyuarat khas itu telah meneliti secara mendalam dari semua aspek dan mendapati wujud keraguan dalam surat-surat letak jawatan itu.

“SPR dengan ini memaklumkan wujud keraguan terhadap surat-surat peletakan jawatan oleh penyandang kerusi berkenaan yang telah dikemukakan oleh Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri,” kata beliau pada sidang media.

“Satu surat mengatakan mereka meletak jawatan dan satu lagi surat daripada orang yang sama mengatakan mereka tidak meletak jawatan.

“Jadi, ini teleh menimbulkan keraguan kepada SPR untuk menerima surat peletakan jawatan tersebut,” katanya.

Tambah Abdul Aziz, memandangkan kedua-dua penyandang kerusi berkenaan juga secara “sedar telah mengesahkan bahawa surat-surat berkenaan tidak berkuasa, oleh yang demikian SPR memutuskan bahawa berhubung dengan kedudukan kerusi-kerusi bagi Changkat Jering dan Behrang, SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36(5) Perlembagaan Negeri Perak dalam memastikan wujud kekosongan luar jangka bagi kedua-dua kerusi berkenaan.”

CABAR DI MAHKAMAHMengulas sama ada SPR akan menjalankan siasatan berhubung isu berkenaan memandangkan ia pertama kali berlaku, Abdul Aziz berkata, bukan tugas SPR untuk melakukan siasatan.

“SPR berpegang kepada dua surat yang diterima serta keputusan mesyuarat kali ini yang bermakna tidak perlu diadakan pilihan raya kecil bagi keduadua DUN berkenaan,” katanya.

Abdul Aziz berkata, salinan surat yang dihantar oleh kedua-dua Adun itu juga tidak menyatakan sama ada mereka akan menyertai manamana parti lain, sebaliknya hanya menyatakan surat yang dihantar oleh Sivakumar adalah tidak berkuat kuasa.

“Jika ada sesiapa yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka berhak membawa perkara berkenaan ke mahkamah dan terpulang kepada mahkamah untuk menimbangkan daripada aspek perundangan untuk membuat keputusan,” katanya.

Kelmarin, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar dalam kenyataan mengumumkan bahawa ADUN Behrang, Jamaluddin dan ADUN Changkat Jering, Mohd Osman telah menyerahkan surat peletakan jawatan mereka sebagai wakil rakyat di rumah beliau pada 5.45 petang semalam.

Pagi semalam beliau memaklumkan kekosongan kedua-dua kerusi itu kepada Pengarah Pilihan Raya Negeri.

Bagaimanapun kedua-dua ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu, yang tidak dapat dikesan sejak 26 Januari lepas, pada malam kelmarin menafikan kenyataan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Perak bahawa mereka telah meletak jawatan berkuat kuasa serta-merta.

Mereka mendakwa surat yang dimaksudkan Sivakumar adalah surat yang ditandatangani mereka pada 8 Mac tahun lepas selepas pilihan raya umum lalu.

http://www1.mstar.com.my

Ulasan notoumno

Kesimpulannya,
Tiada pilihanraya di Perak buat masa ini. Alasan yang tidak kukuh diberikan SPR adalah kerana 2 mangkok hayun tu dah bagi surat kepada Pengerusi SPR yang mengatakan surat perletakan jawatan awal itu tidak SAH, walaupun mereka sendiri yang tandatangan. SPR ikut cakap 2 mangkok hayun tu. Wakakak !! Atau ada hanturaya kat belakang sana dah bagi tau SPR, apa yang mereka perlu buat.

Pengajarannya,

  • SPR masih terus di ragui walaupun Pengerusi berubah.
  • Ramai YB YB PKR mata duitan. Di tawarkan wang … bila bila boleh blah.
  • Pemimpin PKR perlu ubah diri. Jangan jadi bodoh sombong. Perangai UMNO jangan bawak ke dalam Pakatan Rakyat. Yang susah parti lain, korang apa tau. Bagi duit semua mencicit lari.

Peringatan
Selangor pun mungkin boleh jadi begini. Ramai pemimpin PKR termasuk EXCO dan MB sendiri masih bodoh dan sombong. Kalau nak aku berikan nama … terlalu ramai. Terutama YB YB lelaki. Macam tak der teloq.
Tak boleh nak di berikan nasihat. Degil, bangang dan ego.
Kalau MB Selangor masih perasan bagus, tak lama lagi Selangor pun boleh tergadai.
Anwar … tolong pantau sikit Khalid Berahim tuuu !!!

Aku tak tau … aku berpegang pada janji. Kalau ada YB YB yang tak buat kerja, rasanya ada muka yang kena ludah !!!


Respon

  1. Aku rasa macam nie. Nak jadi exco, sanggup turunkan tandatangan kat surat perletakan jawatan tak bertarikh tu. Nak kekalkan jawatan ADUN, sanggup lak mengatakan surat perletakan jawatan tu tak SAH, padahal dia org sendiri yg tandatangan.

    Kalau gitu, boleh dipercaya lagi ke mereka yg berkenaan?

  2. minta DSAI tapis dulu org yg nak jadi calon. Tapis dgn sedetail yg mungkin.Lagi satu jgn pilih org yg hisap rokok.Si Jamaludin kuat merokok selalu tengok gambar dia pegang puting rokok.

  3. Masyallah, kenapa terlalu menjatuhkan hukuman pada kedua dua YB PKR ni. Kita kena bermunajad kepada Allah. Mungkin ada sebab-sebab yang kita tidak ketahui mengapa mereka ini menghilang. Kan didunia ini ada alam nyata dan alam ghaib. Nanti bila mereka mereka ini keluar, koreklah cerita yang sebenarnya. Baru kita buat analisa.

  4. 2 orang yob ni dah jatuh reputasinya sebagai wakil rakyat. Kalau ada rakyat Perak masih percaya kepada yob 2 orang ni, memang dah tak siumanlah agaknya. Kalau benar Jamaludin tu pernah memburuk-burukan bosnya MB Perak, maka dia memang dah tak layak jadi wakil rakyat. Lebih baik dia jadi ejen jual rokok saja.
    Tentulah tawaran RM10 juta telah mengelabui ke dua2 yob ni. Maklumlah habuan dunia. Tapi teman tengok air muka kedua2 yob ni, rasanya tak lama lagi nak menghadap Illahi. Cuma dia rasa jika berada dalam umno, umurnya akan panjang. Hakikatnya semua rakyat di kawasannya sudah meluat. Teman percaya 2 yob ni akan dikutuk oleh ahli2 umno apabila melompat nanti. Macam Ezam! Hari-hari menyalak bukit!

  5. Tidak payah diulas2 dan dikomen2 lah. Hanya membuang masa.

    Realitinya SPR bukan pertubuhan BEBAS dan kakitangannya pun tidak BEBASBERANI kerana mereka penjawat yang mencari nafkah untuk diri dan keluarga. Kalau kita jadi Tan Sri pun terpaksalah berbuat demikian.

    Pilihan telah diberi oleh Tan Sri iaitu ambillah tindakan mahkamah.

    Harapan kita. Mahkamah BEBAS. Pun mungkin tak BEBAS. Kerana itu pun bergantung kepada kewibawaan dan keberanian Hakim.

    Kita tunggu dan lihat.

    Apa yang berlaku menggambarkan KECELARUAN politik Melayu. Minda masih bercelaru. Membuatkan kecelaruan pemikiran Melayu. Tak kiralah Melayu Islam ke atau Melayu Kurang Islam ke?

  6. Kami penduduk di Behrang rasa malu mempunyai seorang ADUN yang tak Cendiakawan. Tak apa itu rezeki dia. TAPI dia kena ikut kehendak rakyat di Behrang.
    Orang kenal Jamalluddin itu bekas Posmen dan kerani Pos di Behrang. Berucap pun tak tak ada Fakta, bolak – balik ceritanya. Tak ada ummmph. Lain jika seorang itu professional atau seorang akedemik.
    Perlu diberi tahu bahawa di sekeliling Behrang Tg. Malim itu dikeliling oleh cerdik pandai. Disitu ada Universiti Pendidikan Sultan Idris ( UPSI ), Institut Tanah dan UKur Negara ( INSTUN ) dan Politeknik Sultan Azlan Shah. Manakala kawasan Industeri terkemuka negara iaitu Kilang Proton dan Vendor-Vendornya semuanya terdapat disitu. So… mestilah mereka dari kalangan Professional.
    YB Jamaluddin perlu nilai diri sendiri sepatutnya. Kita kena ikut pemimpin atasan kita apatahlagi jika kita kurang berilmu. Jangan tunjuk pandai dan lagak dan akhirnya memakan diri sendiri.
    Rata-rata mengatakan kemenangan YB Jamalludin itu kerana orang Melayu di Behrang cukup marah dengan Bekas MB Perak Datuk Tajul Rosli yang tak menunaikan janjinya. Itu saja.
    Setuju adakan pilihanraya kecil . UMNO bolih kembali jika letakkan calon terhormat dan cediakawan dan berlatar belakang ugama.
    PKR bolih menang jika calon benar-benar berwibawa. Kami tidak mahu pisang berbuah dua kali, ada YB seperti Jamalluddin.

  7. osman tu ok….dia kena ugut bmacam2 bmula selepas dia diperangkap…yg baruanya adalah jamaludin seokor ni…dia la punca sgala masalah. bkn saja pada pkr tp kepada krajaan n rakyat perak..kepada kluarga osman truskan bdoa mudah2an Allah kuatkan,ketalkan pdirian osman ni..insyallah Allah akan mnolong anda slagi anda mmhon ptolongan kepadaNya…

  8. Kenapa komen saya di deletekan dari ruangan ini.

    Terimalah dengan terbuka kerana itu komen dari penduduk Behrang sendiri.

    Jika PR nak berjaya kena terima saranan orang terpelajar dan bukannya menggula-gulakan orang yang tak tahu apa-apa dan terkapai-kapai.

    Be Firm and Brave.

    BN must be make reformasi as well as PR make reformasi.

    Saya dak muak pertelingkahan ini. Tiada kemajuan dan hari-hari dalam berita radia, TV dan semua akhbar cerita pasal POLITIK yang tak berkesudahan. Banyak kerja terbengkalai. Amanah yang di serahkan olih ALLAH SWT tak terlaksana. Hari-hari berita politik! politik!!politk!!!

    Negara Barat dan Jepun memang ada berita poltik tapi hanya kesampingan saja. Politik hal dalaman dan tidak dimasukkkan dalam Agenda negara.

    Siapakah musuh dalam selimut ini saya pun tak tahu dan kita kena cari dan bersatu padu untu survival negara ketika payah masa kini!!!!

  9. tak pa dia org main kotor, yg lompat tu akan mati katak


Tinggalkan komen

Kategori