Posted by: pinkturtle2 | Februari 22, 2009

Saya Masih Menyimpan Watikah Yang Sah- MB Perak

mb-yang-sah2

Saya Masih Menyimpan Watikah Yang Sah- MB Perak

“Mereka lupa, kuasa besar dan tinggi yang BN pernah berikan kepada Speaker 50 tahun dahululah kita guna balik ikut peraturannya,” – Nizar.

Saya masih menyimpan Watikah yang sah, yang tidak pernah pun dibatalkan oleh sesiapa. Watikah itu di atas lantikan Sultan dan disaksikan sendiri oleh Hakim Mahkamah Tinggi,”-nizar

Umno penakut. Takut kalah macam di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu sebab itu mereka rampas kuasa.”Kami anak jantan, sangup berdepan dengan mereka dengan apa jua keadaan pun!- Nizar


Respon

  1. Sebelum ini, aku memang tak suka politik, sebab orang kata “politik memang jijik”.
    Melalui YB DS Nizar, sekarang aku kenal politik.
    Sebenarnya politik itu ibarat kain putih, kalau ahli politik itu suka mengotorkannya maka jijiklah ia. Akan tetapi sekiranya ahli politik itu pandai mencorakkannya maka cantiklah ia. Tetapi YB MB Nizar bukan sahaja pandai mencorakkan kain/arena politik beliau, malah YB DS Nizar mennaiktarafkan arena poltik beliau dengan coretan-coretan ayat Al-Quran. Bayangkan coretan ayat al-Quran dibuat diatas sebidang kain yang putih dan dihiasi dengan cora-corak menarik, maka kain tersebut bukan sahaja cantik malah dinaikan martabatnya ke tempat yang lebih suci. Minatku pada politik yang ditunjukkan oleh YB DS Nizar bermula takala aku mendengar kuliah subuh yang disampaikan YB DS Nizar dimasjid ditempatku. Pada ketika itu aku yang amt bencikan politik, menangis sendiri, terjurai airmataku mengenangkan selama ini aku mengenepikan politik, padahal berpolitik juga adalah suruhan Allah dalam mewujudkan kerajaan Islam. Semasa kuliah subuh tersebut YB DS Nizar berkata, tak kala sangkakala kedua ditiupkan, maka bangunlah semua manusia, maka Allah bertanya tentang kerajaan pada hari ini. Itulah ayat yang menyentap perasaan ku. Ya Allah kini aku sedar. Pada ketika itu dan saat ini dihatiku engkaulah YB DS Nizar, pemimpin yang ku cari, walaupun baru sehening pagi kau kukenali. Mungkin pertemuan ku dengan YB DS Nizar ditentukan Allah dimajlis suci kuliah subuh tersebut. YB.DS.Nizar, walau sejenak kau kukenali, ku kan teguh berdiri menyokongmu. Kan kuhiasi malam Qiamulailku menghimpun doa untukmu, agar suatu hari nanti Kerajaan yang diredhai Allah akan tertegak, hasil perjuangan kita bersama. YB DS Nizar ikhlaslah terhadap Allah, bersangka baiklah terhadap Allah, nescaya kejayaan tertegaknya Agama Allah akan berhasil, sesungguhnya pertolongan Allah sudah hampir.

  2. Sebagai pemerhati kita suka sangat apa yang berlaku di Perak. Sekurang2, apabila bangun pagi, ada juga yang kita tunggu dan nanti2kan.

    Banyak sudah komen mengenai kemelut Perak ini.

    Kita nak tengok strategi siapa lebih hebat. BN atau PR?

    Selamat berjuang dengan penuh kesopanan.

  3. Untuk YB Mohammad Nizar Bun Jamaludin.

    -Sesungguhnya Allah Bersama Orang-orang yang Sabar.

    -Wahai Orang -orang yang beriman bersabarlah, dengan bersabar itu menjadikan kamu bersyukur dan bertaqwalah semoga kamu berjaya.

    -Moga Allah bersamamu wahai hamba Allah seperti mana Yusuf A.S didalam penjara.

  4. Syabas…berani kerana benar…takut kerana KECUT!!!

  5. yang pondan dan pengecut adalah UMNO ,hancur umnooooooooooo hancur umnooooooooooo,hancur umnoooooooooooo

  6. aku cukup respek komen dari minda tenang

  7. ‘Bapa Tajol Rosli juga tidak letak jawatan…’

    Pada 1974, Menteri Besar Perak ketika itu, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaitu bapa bekas Menteri Besar Perak Dato’ Seri Tajol Rosli juga tidak meletakkan jawatan walaupun dititahkan oleh Sultan Idris Shah. Iklan

    Ketika itu tidak ada satu ‘suara’ daripada Umno yang mengatakan bahawa keengganan Ghazali itu sebagai menderhaka kepada Sultan bahkan menyokong sebagai tindakan yang mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Perak.

    Demikian dijelaskan Menteri Besar Perak Dato’ Seri Ir Nizar Jamaluddin berhubung sejarah dan isu lantikan dan perletakan jawatan seseorang menteri besar di negeri ini.

    Sultan Idris Shah tidak berkenan dengan perlantikan Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua namun atas nasihat beberapa pihak, baginda melantiknya semula dengan syarat hanya selama dua tahun dan dipersetujui namun setelah ‘tamat’ tempoh, Ghazali tidak meletakkan jawatan.

    Sultan ketika itu kata Nizar tidak dapat berbuat apa-apa kerana tertakluk kepada undang-undang negeri yang mana tidak ada kuasa memecat atau mengarahkan menteri besar meletakkan jawatan.

    “Bapa Tajol Rosli juga enggan letak jawatan walupun dititahkan Sultan dan mentadbir negeri selama dua tahun, kemudian meletakkan jawatan secara sukarela dengan nasihat Presiden Umno,” katanya dalam ceramah di Kg. Serigala, dekat sini semalam.

    Malah ketika itu Pemuda Umno mengadakan rapat umum mempertahankan tindakan Ghazali itu dan dilaporkan Pemuda Umno pernah mengeluarkan kenyataan yang bermaksud:”Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, ialah Presiden Umno.”

    Gara-gara keengganan Ghazali itu kata Nizar menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar tidak akan mencukur janggut dan jambangnya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB dan untuk beberapa ketika baginda tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjambang sebagai menzahirkan kemurkaan baginda.

    “Ghazali meletakan jawatan menjadi MB Perak hanya setelah dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu (Tun) Hussein Onn pada 1977.

    “Lepas itu barulah Almarhum Tuanku Sultan mencukur janggut misainya di Pangkor. Cerita ini masyhur. Semua orang tahu bahawa Tuanku Sultan ketika itu juga akur kepada ketetapan di dalam Perlembagaan Perak.

    “Sekarang mana dia Tajol Rosli? Senyap saja…iyelah ayah dia pun pernah kena macam ini juga.” kata Nizar disambut sorakan ketawa lebih 1,000 hadirin yang membanjiri pekarangan markas PAS Kg Serigala.

    Nizar menjelaskan bahawa istilah ‘sembah derhaka’ yang dipersembahkan kepada Sultan Perak telah disalah tafsirkan sebagai menderhaka akibat manipulasi pihak media yang ingin menjejaskan imej beliau sebagai MB yang sah.

    “Itu istilah yang diguna dalam istana dan ketika berhadapan dengan Sultan membawa maksud, tidak setuju bukan istilah yang diguna orang awam sebagai derhaka yang sebenarnya,” katanya dan turut yakin orang ramai khususnya rakyat Perak tidak terpedaya dengan ‘hasutan’ dan tohmahan yang dilemparkan ke atasnya dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat

  8. SELAMAT BERJUANG MB NIZAR MENENTANG BARUA-BARUA PENGKHIANAT DAN KERAJAAN PARTI LEMBU @ KATAK DI PERAK ! ALLAHU AKBAR !

  9. SELAMAT BERJUAN WAHAI YB-YB PAKATAN TERUTAMA DIPERAK….SESUNGGUHNYA MESEJ YANG ANDA BAWA KINI TELAH SAMPAI SEMUA RAKYAT . BUKAN HANYA RAKYAT PERAK SAHAJA.. YANG TAK TAHUN PASAL PERLEMBAGAAN PUN DAH PAHAM…..AKHIRNYA YANG DALAM KEBINGUNGAN ADALAH MB HARAM TU … PADA TUANKU SULTAN PERTIMBANGKANLAH SEMULA UNTUK DIBUAT PEMBUBARAN DUN DENGAN SEGERA SEBELUM KEADAAN MENJADI KUSUT…HIDUP RAKYAT

  10. Pemuda itu dahulu pernah menjadi penukar tayar kereta, kini dia seorang MB yg mesra rakyat, sekarang jawatannya direntap dengan rakusnya oleh manusia pengecut dari BN/UMNO


Tinggalkan komen

Kategori