Posted by: pinkturtle2 | Mac 3, 2009

Sidang Bawah Pokok: Video Ini Lagi Jelas…

Do Re Mi Pasola – Tido?

Hai tikar pandan terbang, bawalah kami balik ke negara Pasir Berdengung. Zam zamm… Alakazamm!!”

Dan mereka pun sampai ke negeri Perak. Sorry, Pasir Berdengung.

P Ramlee memang best. Teringat lagi cerita “alip min nun wau, alip tendang wau, sarkis”. Sharp. Sinis tetapi tepat.

Masa tengok cerita Laksamana Do Re Mi dulu, tak pernah aku terpikir macamana ada negeri yang boleh bersidang kat bawah pokok. Takkanla koro sangat sampai takdak bangunan langsung, sampai terpaksa menongkat dagu bawah pokok. Menteri2nya pun semua dok bawah pokok. Angkara Menteri Pasola yang merampas kuasa, habis dibakarnya satu negeri. Jadi tinggallah mereka, pemerintah yang sah, terpaksa bersidang di bawah pokok.

Lebih kurang 30 tahun selepas itu, perkara yang sama berlaku. Negeri dirampas, semua tempat2 sah dinafikan, yang akhirnya memaksa kerajaan asal yang masih sah bersidang dan bermesyuarat di tempat parking, kat bawah pokok. Kali ini, bukan Pasir Berdengung, tapi negeri yang terkenal dengan sejarah Pasir Salak, Perak. Inikah yang dikatakan Nostradamus Malaya? Entahlah, tapi P Ramlee memang tajam pemikiran kritisnya.

Perkara bersidang di bawah pokok ini membuktikan kepada rakyat secara nyata dan jelas bahawa kerajaan haram BN sekarang, dalam bahasa yang agak lembut sedikit – agar tiada pihak yang tersentuh, tadak teloq! Kalau kalian dah sahkan kerajaan korang sah, apa kejadahnya yang pegi tutup tempat bersidang? Bukankah korang boleh minta Polis untuk tidak membenarkan sesiapa menceroboh – jika ada asasnya? Atau mintak injuksi dari mahkamah untuk mengharamkan persidangan? Janganla dok main tipu, pastu acilut belakang Sultan! Ajak main bola, tapi tiang gol bawak lari sembunyik. Ajak ikut undang2, tapi time nak besidang kunci dewan!

Sekarang ni pulak berdegar2 ameno dok melagakan rakyat dengan istana. Hari2 dok kata Pakatan Rakyat derhaka. Derhaka. Derhaka. Apa, yang depa dok pemain Sultan sekarang ni bukan derhaka? Kalau bukan derhaka, habis tu apa? Penaya? Penaya Sultan yang tersepit di antara menjadi “lambang kedaulatan Melayu”, dan juga Raja seluruh rakyat.

*sigh*, ameno sekarang tak ubah seperti zionis yang menyerang Pakatan Rakyat dalam apa bentuk sekalipun. Dan setiap kali PR meminta justifikasi atas tindakan mereka, sepertimana zionis yang akan berlari bersembunyi di belakang Amerika, mereka juga berlari bersembunyi di belakang Sultan. Yang jahatnya zionis, yang menjadi mangsa Amerika. Yang jahatnya ameno, yang menerima akibatnya sekarang ialah istana!

Ampun Tuanku, patik faham dilemma yang dihadapi Tuanku, tetapi membenarkan juak2 ameno ini menolak Tuanku ke depan setiap kali berbuat kesalahan adalah satu tindakan yang menghina Tuanku. Dan patik sebagai rakyat merasakan bahawa penghinaan dari juak2 ameno mempermainkan Tuanku seharusnya diberhentikan dengan segera agar institusi istana dapat dijernihkan semula. Ampun Tuanku.

Jika ini tidak dihentikan, aku khuatir ameno akan betul2 menjadi seperti Menteri Pasola, menghambat istana pula keluar, yang akhirnya terpaksa bersemayam di bawah pokok dek kerana kegilaan ameno mempermainkan semua perkara. Negeri akan menjadi huru-hara sebab diperintah oleh Pasola yang gila perempuan dan kuasa (*eheemm*).

Inilah yang sebenarnya ameno nak. Ameno nakkan rakyat memusuhi Sultan. Ameno nakkan Sultan memusuhi rakyat. Ameno nakkan kedua2 ini bercakaran yang mana akhirnya ameno boleh “menjadi orang tengah penyelesai masalah”. Bagaimana? Dengan mengurangkan kuasa rakyat dan juga kuasa Sultan. Maka kembalilah kita kepada satu sistem yang sangat2 didambakan oleh ameno selama ini. Sistem yang memastikan satu bangsa dan satu kuasa sahaja bermaharajalela. Sistem yang menjadikan bangsa ameno sebagai bangsa ultimate. Sistem yang membolehkan mereka menyisihkan bangsa lain berdasarkan akal semata. Sistem yang telah dianuti oleh Nazi dan Zionis dalam memastikan bangsa mereka sebagai “bangsa perkasa”.

Zam zam… Alakazammm!

http://perakexpress.com


Respon

  1. Ini semua salah Sultan Azlan Shah. Jika baginda bersetuju bubarkan DUN dan adakan piliharaya semula, rakyat akan buat penentuan. Sultan Azlan patut dipertanggungjawabkan atas segala kecelaruan yang berlaku di Perak. Jangan dok diam je. Pemerintah yang zalim akan terlebih dahulu dihumban ke dalam neraka. Nantikan hukuman daripada Allah.

  2. sultan perak hampeh….dok ikut telunjuk najib mongolia watpe…bukan tak reti undang2….saje nak tngok rakyat perak mengamuk…hampeh..takdak pasai cari pasai

  3. Salam tuan blog,

    Alangkah geniusnya Tan Sri P.Ramlee,
    pandang tembus,

    Menteri pasola yang digambarkan adalah seorang menteri pertahanan,suka berpoya-poya,merogol anak gadis……………

    Kesudahan episod negeri perak adakah mengikut skrip filem do re mi ???

    Kita tunggu dan lihat.


Tinggalkan komen

Kategori