Posted by: pinkturtle2 | Mei 23, 2009

Rampasan Kuasa Di Perak: Surat Husam Kepada Perdana Menteri

Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan - Husam

Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan - Husam

Husam: Rampasan Kuasa Umno-BN Di Perak Ala Lanun Somalia

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa meletakkan kesalahan ke atas Umno dan Barisan Nasional berhubung krisis politik terburuk dalam sejarah negeri Perak moden.

Dalam sepucuk surat bertarikh 16 Mei kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, beliau berkata tercetusnya kemelut politik Perak adalah kerana Umno dan Barisan telah membelakangi prinsip-prinsip perundangan dan demokrasi demi meragut kuasa daripada sebuah kerajaan pilihan rakyat yang sah.

Surat beliau itu dihantar sebagai menjawab kenyataan Datuk Seri Najib di bawah tajuk “Perak Sultan Should Not Be Blamed” oleh Bernama dan “Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib” oleh Utusan Malaysia.

Berikut disiarkan surat Datuk Husam kepada Perdana Menteri:

YAB Dato’ Seri Najib Razak
Perdana Menteri Malaysia
Putrajaya
YAB Dato’ Seri,

UMNO Lantik Menteri Besar Perak Sebelum MB Nizar Digugurkan Secara Yang Sah

Saya telah membaca kenyataan panjang lebar YAB Dato’ Seri di bawah tajuk: Perak Sultan Should Not Be Blamed: Najib,

laporan yang dikeluarkan BERNAMA juga dipetik oleh Utusan Malaysia pada hari ini di bawah tajuk: Sultan Perak Bukan Punca Kemelut Politik – Najib.

Penjelasan YAB Dato’ Seri ternyata menunjukkan YAB Dato’ Seri mengalami kekeliruan yang amat asas dalam isu krisis di Negeri Perak sekarang.

Bukan Sultan Perak yang dipersalahkan oleh orang ramai. UMNO dan secara khususnya, YAB Dato’ Seri lah yang dipersalahkan kerana telah mengesyorkan perlantikan Zambry Abdul Kadir untuk mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak pada waktu Menteri Besar yang dilantik secara sah belum lagi digugurkan sebagai Menteri Besar!

Dari situ, timbul istilah dua Menteri Besar! Itulah yang dikatakan rampasan kuasa membelakangkan undang-undang khususnya undang-undang tubuh Negeri Perak yang menyatakan dengan jelas Menteri Besar yang telah dilantik hanya boleh gugur dengan empat cara iaitu;

a. Meletakkan jawatan.
b. Meninggal dunia.
c. Dewan Undangan Negeri dibubarkan.
d. Melalui undi tidak percaya oleh ahli-ahli Yang Berhormat di dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri.

Di dalam kes di Perak, keempat-empat perkara di atas tidak berlaku. Nizar masih lagi Menteri Besar Perak pada waktu Zambry mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar.

Inilah asas yang digunakan oleh Mahkamah Tinggi ketika mengisytiharkan Nizar adalah Menteri Besar Perak yang sah sepanjang masa material, baru-baru ini.

Atas prinsip yang sama, penaung YAB Dato’ Seri, Tun Dr. Mahathir menyatakan bahawa UMNO gopoh dalam pelantikan Zambry.

Pemimpin UMNO yang lain, YBM Tengku Razaleigh Hamzah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa perlantikan itu tidak sah kerana membelakangkan prosedur undang-undang berkaitan.

Betul Barisan Nasional melalui tiga wakil bebas yang bersama BN mempunyai lebih majoriti. Tetapi BN tidak boleh menggunakan kelebihan majoriti mudah ini sama seperti keadaan Menteri Besar belum terlantik selepas pilihanraya baru diadakan. Pada waktu itu, Menteri Besar belum ada. Sekarang, Menteri Besar sudah ada.

Undang-undang mengkehendaki Menteri Besar yang sah dihilangkan jawatannya melalui undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri secara rasmi dan bukan sekadar membilang berapa bilangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang membuat pengakuan bersama BN di luar Dewan.

Ini pernah berlaku di Kelantan dalam peristiwa turn about about turn pada tahun 1968 di mana UMNO telah menculik dan mengugut empat orang ADUN PAS dan mereka telah membuat pengakuan menyokong UMNO/Perikatan untuk menggulingkan kerajaan PAS pada waktu itu, di luar dewan.

Oleh kerana Speaker yang dilantik oleh PAS juga telah berpaling tadah pada UMNO/Perikatan, beliau memanggil satu sidang Dewan Negeri Kelantan untuk tujuan itu. Malangnya, bila usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar dibawa, ADUN yang tadinya mengaku akan menyokong usul itu telah berpaling tadah sekali lagi dan usul tidak percaya itu dapat dipatahkan.

Itulah proses yang digunakan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak pada waktu itu. Pegawai-pegawai YAB Dato’ Seri boleh menyemak rekod ini untuk tujuan perbandingan. Proses yang sama mesti digunakan oleh UMNO/BN di Perak tetapi itu tidak dilakukan.

Dewan Undangan Negeri Perak di bawah YB Sivakumar selaku Speaker, tidak menggantung Sultan Perak atau mengambil apa-apa tindakan atau membuat apa-apa kecaman kepada Tuanku Sultan Perak kerana mereka tahu Tuanku tidak bersalah.

Yang bersalah ialah ADUN-ADUN berkenaan yang telah mengangkat nama mereka kepada Tuanku untuk angkat sumpah ahli-ahli Exco Negeri pada hal mereka semua tahu ia bertentangan dengan kehendak undang-undang tubuh Negeri Perak.

Mereka digantung kerana melanggar undang-undang tubuh Negeri Perak, bukan kerana Pakatan Rakyat mahu mengurangkan majoriti BN dalam Dewan Undangan Negeri.

Zambry pula bersalah kerana bersetuju untuk mengangkat sumpah sedangkan jawatan Menteri Besar belum dikosongkan.

Jika sekiranya UMNO/BN menggunakan proses yang dikehendaki oleh undang-undang dan satu usul tidak percaya telah diluluskan ke atas Nizar, mengikut undang-undang, Nizar boleh mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan membubarkan DUN Perak atas prinsip mengembalikan hak menentukan kerajaan mana yang rakyat kehendaki untuk memerintah Perak melalui pilihanraya semula.

Ini kerana, rakyat telah memilih Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Perak. Tiga ADUN yang melompat bertindak demikian bertentangan dengan pilihan rakyat dan ia adalah ambil alih kuasa menerusi pintu belakang. Sebab itu, penyelesaian terbaik ialah memulangkan semula kuasa itu kepada rakyat.

Pemimpin komponen BN sendiri semakin ramai yang menyuarakan hal ini secara terbuka.

Adalah amat malang bagi negara ini mempunyai Perdana Menteri yang tidak memahami prinsip undang-undang dalam isu ini dan juga prinsip-prinsip demokrasi. Apa lagi untuk menghormatinya.

Negara akan berhadapan dengan lebih banyak krisis jika sikap ini berterusan.

Segala-galanya bermula dari ketamakan untuk mendapat kuasa memerintah melalui jalan belakang. Jika ia berpunca dari ketamakan politik, penawarnya ialah politik juga iaitu UMNO dan BN bersama PR mengadap Sultan Perak untuk mencadangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak. Tidak ada rompakan ala lanun Somalia tetapi kepatuhan kepada undang-undang dan hasrat rakyat. Ini selari dengan kehendak Islam yang memberikan hak kepada yang berhak dan Islam sama sekali tidak mengizinkan pencabulan dan pemerkosaan hak rakyat.

Sekian Terima Kasih

Husam Musa
Naib Presiden PAS

21 Jumadal Ula 1430H
Bersamaan 16 Mei 2009
http://www.tvantara.com


Respon

  1. TAYANGAN SERENTAK DI SEMUA PAWAGAM DI SERULUH NEGARA.

    MAT LANUN

    dibintangi oleh:

    1. najib
    2. zam,ber,ry kralla
    3. 2 ekog yang dapat sedekah sex

    pelakon tambahan:

    1. ati panass anak jinah jakun
    2. logo ijau
    3. dsai jambantaik 5 bintang

    tayang percumer untuk beghok2 jambantaik

  2. Tun Daim Zainuddin has personally told Dr Mahathir that Singapore possesses all the evidence that Najib, Razak Baginda and Altantuya met at the Oriental Hotel in Marina Square one year before she died. This means, with the evidence that Singapore possesses, they would be able to blackmail Najib…..

  3. Anak kecil main api,
    Terbakar hatinya yang sepi,
    Air mata darah bercampur keringat,
    Bumi dipijak milik orang.

    Nenek moyang kaya raya,
    Tergadai seluruh harta benda,
    Akibat sengketa sesamalah kita,
    Cinta lenyap di arus zaman.
    Indahnya bumi kita ini,
    Warisan berkurun lamanya,
    Hasil mengalir ke tangan yang lain,
    Peribumi merintih sendiri.

    Kita rumpun bangsa Melayu,
    Menganut agama yang suci,
    Semangat bangsa berlandaskan Islam,
    Teras capai kemerdekaan.

    Masa depan sungguh kelam,
    Kan lenyap peristiwa semalam,
    Tertutuplah hati terkunci mati,
    Maruah peribadi dah hilang.

    Kini kita cuma tinggal kuasa,
    Yang akan menentukan bangsa,
    Bersatulah hati, bersama berbakti,
    Pulih kembali harga diri.

    Kita sudah tiada masa,
    Bangunlah dengan gagah perkasa,
    Janganlah terlalai teruskan usaha,
    Melayu kan gagah di nusantara

  4. Salam.

    Rasanya kesilapan bermula dari PR juga.
    PR war2 untuk menubuh kerajaan apabila dapat majoriti dari lompat.
    Ketika itu, Husam tidak pun mengingatkan member2nya.
    Bila berlaku di Perak, maka semua mencari apa yang tak kena.

    Rasanya semuanya dibangkitkan di mahkamah.
    Perkara pun dibawa oleh PR juga.
    Proses mahkamah berjalan satu persatu.
    Setuju tak setuju, tunggu.

    Bukankah Nizar sudah mengadap Sultan?
    Mengatakan ia kehilangan majoriti.
    Betulkah Sultan minta Nizar letak jawatan?
    Kalau betul, masih tak mau, gantilah jawabnya.

    Kalau surat Husam dapat yakinkan Najib.
    Pelik bin ajaiblah jawabnya.
    Najib sudah tentu ada penasihat2nya.
    Apa Najib nak kisah surat lawannya.

    Percayalah.
    Orang2 Perak masih waras.
    Orang2 Perak masih percayakan Sultan.
    Tak usahlah nak diapi2kan lagi.

    Tunjukkan yang PR bagus.
    Next round, tentu boleh bentuk kerajaan lagi.
    PAS tunjukkan kehebatan di Kelantan dan Kedah.
    Dan DAP dan PKR di PPinang dan Selangor.

    Salam perjuangan.

    • ATAS SEBAB YANG SAMA BUDAK TADIKA HIJAU MASIH TAK DAPAT NAIK KELAS LAGI..MASIH TERPEROSOK DITADIKA,KESIAN SUNGGOH.

      APA YANG BERLAKU DI PERAK ADALAH PERMAINAN JIJIK BAKAL PM KETIKA ITU,
      MELAKUKAN ‘MODUS OPERANDI’ YANG HAMPIR SAMA SEBAGAIMANA YANG DILAKUKAN OLEH ALLAHYARHAM BAPA NYA SAPERTI YANG DIGAMBARKAN OLEH HUSAM

      DENGAN PERMAINAN YANG LICIK INI BAGINDA SULTAN PERAK BERJAYA NAJIB
      ‘JERATKAN’ SEBAGAI PAYUNG RAKYAT PERAK BAGINDA SULTAN TIDAK LAGI MAMPU UNTOK MENGALIH KEMBALI KEPUTUSAN YANG TELAH DIBUAT.. ALANG
      ALANG SELUK PEKASAM BIAR SAMPAI KEPANGKAL LENGAN..INILAH DILEMA BAGINDA SULTAN

      DENGAN CENGKAMAN PENGARUH YANG KUAT, KJAAN UBN PIMPINAN NAJIB TELAH MENGGUNAKAN SEGALA KUASA YANG ADA UNTOK MEMPENGARUHI SETIAP AGENSI YANG ADA TERMASUK MEDIA CETAK DAN LITRONIK MALAH MAHKAMAH
      SEBAGAI BADAN MENEGAKKAN KEADILAN PUN TELAH DIPENGARUHI..

      PERKARA INI DILAKUKAN DENGAN SISTEMATIK DAN MODUS OPERANDI HAMPIR SAMA SAPERTI YANG DIGUNAKAN OLEH MAHATHIR SEMASA MEMECAT ANWAR

      HAKIM AGUSTINE PAUL HANYALAH HAKIM MAHKAMAH RENDAH DI MELAKA TELAH DINAIKKAN PANGKAT KE HAKIM MAHKAMAH TINGGI HANYASANYA UNTOK MENGADILI PERBICARAAN KES ANWAR..

      BEGITU JUGALAH YANG BERLAKU APABILA HAKIM RAMLY DARI MAHKAMAH TINGGI DINAIKKAN PANGKAT KE MAHKAMAH RAYUAN PADA 27’APR09 DITUGASKAN UNTOK KES ZAMBRY MEMINTA PENANGGUHAN KEPUTUSAN MAHKAMAH TINGGI YANG MENGISYTIHARKAN NIZAR SEBAGAI MB YANG SAH

      TIDAK KAH INI SEMUA MENJADI SKOP PENELITIAN BUDAK TADIKA HIJAU DAN RENTETAN BAGAIMANA CEPATNYA BELIAU MEMBUAT KEPUTUSAN BERKENAAN?

      GAMBARAN SEMAKIN JELAS APABILA MAHKAMAH YANG SAMA TELAH MEMANJANGKAN TEMPUH UNTOK MENDENGAR KES RAYUAN YANG DIBUAT OLEH NIZAR DARI 18MEI KE 21MEI..MASIH TIDAK NAMPAK KAH SIGNIFIKAN INI..?

      BAGAIMANA PERMINTAAN NIZAR UNTOK MENDAPATKAN 5 ORANG HAKIM MENDENGAR KES RAYUAN BERKENAAN DI TOLAK OLEH MAHKAMAH TERSEBUT
      SEMUA INI TELAH DIRANCANG DENGAN BEGITU TELITI NAMUN TETAP TIDAK
      MEYAKINKAN SELUROH RAKYAT MALAYSIA KECUALI UBN

      TERAMAT MALANG SEKALI BAGI SELUROH RAKYAT MSIA APABILA HARAPAN RAKYAT UNTOK MELIHAT HAKIM HAKIM MENJALANKAN TUGAS DENGAN PENUH
      RASA TANGGUNGJAWAB,AMANAH DAN TIDAK MEMIHAK TELAH DIKHIANATI

      BUKANKAH PARA HAKIM DISEMUA PERINGKAT SEWAJIBNYA MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB SEADIL ADIL NYA TANPA DIPENGARUHI OLEH SESIAPA SEKALIPUN..?

      KEADILAN MESTI DILAKSANAKAN,DAN IA JUGA HARUS DILIHAT DILAKSANAKAN..
      BUKAN KAH ITU INTIPATI YANG TERPAHAT DALAM IKRAR PARA HAKIM SEKELIAN…?

      KEWIBAWAAN SESEBUAH NEGARA AKAN TERLEBIH PARAH APABILA UNDANG UNDANG UNTOK MENDAULATKAN UNDANG UNDANG TELAH DIKOYAK RABAKKAN..!

      MAKA BERMULALAH EPISOD YANG AMAT MALANG DAN GELAP BAGI SISTEM KEHAKIMAN NEGARA..

      NEGARA SERANTAU SEDANG TERUS MEMACU KEHADAPAN NAMUN KITA TELAH
      MEMILIH UNTOK TERUS MUNDOR DAN KETINGGALAN DIBELAKANG..

      ‘INNA LILLAHI WAINNA ILAIHI RA JIUN’

  5. hapsengkong

    adakah apa yang anda tulis ini sahih atau persepsi/fitnah semata2?

    • bukan persepsi manis oi…fakta belaka..rujuk balik kes terhadap anwar pada tahun 1998…pasti jumpa,

  6. jinjiaman! mcm aku kenal je bait2 ayat yg ko taip tu..ala lagu kolej profesional mara kan..aku study kat situ jugak..bila dgr lagu tu je,aku akan ckp kt kwn2 aku ‘lagu bagus but mcm perkauman la..’

  7. Zambri tidak salah …
    Tok Najib tidak salah …
    UMNO tidak salah …
    Budak Tadika Hijau tidak salah …
    Pencacai BN tidak salah …

    Jadi, Yang salah dan bingung ialah RAKYAT PERAK kot.

    Sudah sampai masanya RAKYAT PERAK yang bodoh dan bangang tu bangkit menyatakan pendirian mereka. Kalaulah depa masih tidak bertindak, janganlah salahkan orang lain kecuali diri sendiri. Jangan jadi dayus.

    Bagi janjiaman, cuba-cubalah buat lagu yang menaikkan semangat cintakan agama Islam dan bukan lagu menaikkan semangat perkauman. Kau ni nak jadi orang Islamkah atau Melayukah?

    AKU minta maaf kalau kata-kata AKU tadi tersinggung perasaan RAKYAT PERAK. AKU cuma membuat perbandingan siapakah yang bersalah? Dahlah semua orang tak mengaku salah, jadi kita yang salah sebab memilih orang yang salah tapi mengaku tak bersalah terutamanya ZAMBRI 786 yang munafik. Dahlah India mengaku Melayu dan guna pulak hak keistimewaan Melayu. Ini ialah salah satu sebab orang bukan Melayu marah dengan hak istimewa orang Melayu. Diberi kepada orang yang bukan haknya. Fikir-fikirlah saudara AKU yang seketurunan dan seagama dengan AKU.

  8. Salam.

    Najib tu cerdik dan pintar orangnya.
    Bukan tak baca, tengok pun tidak surat tu.
    Habis2 pembantunya baca sikit saja.
    Sampai takat TDM dan Ku Li, berhenti kat situ.

    Ramai yang dok nasihat Najib.
    Dia ada “think tank” nya sendiri.
    Tak ada sebab nak dengaq Husam.
    Dalam PAS pun, Husam tak pas lagi.

    Surat Husam buat ramai bermimpi.
    Ada bermimpi di cekerawala.
    Ada bermimpi di alam maya.
    Dan ada juga yang bermimpi di siang hari.

    Sekadar nak pesan.
    Jangan dok bermimpi.
    Atur strategi.

  9. husam, hang tulis jugak lah pada sahabat karib hang, bapak anwar bin ibrahim tu. kan dia punya idea nak bentuk kerajaan melalui pintu belakang. kenapa tak dipertikaikan perkara ini. kenapa senyap jer. kenapa tak hentam orang yang nak bentuk kerjaaan melalui jalan belakang oleh orang yang suka main belakang. kenapa , kenapa HUSAMSENG


Tinggalkan komen

Kategori