Posted by: pinkturtle2 | Januari 20, 2012

MB Degil… Apa jawapan kamu pada Pemuda PAS dan Mahasiswa

Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik,Pendirian kami tidak berubah dan tegas Malah beberapa kali saya kemukakan kenyataan kepada menteri besar sendiri ataupun kepada KUIN menggesa bertindak wajar dan tidak menggantung lima mahasiswanya – Ketua Pemuda PAS

Kerana Kedegilan MB Kedah,Mahasiswa Menjadi Mangsa

Kenyataan Ketua Pemuda PAS…..

Menggunakan AUKU bukanlah langkah bijak sebagaimana menafikan hak mahasiswa bersuara juga bukan langkah yang baik.

Jelas pendirian kami sehingga kini tidak berubah iaitu mansuhkan AUKU. Pendirian ini bukan kepada kes-kes tertentu atau universiti dan kolej tertentu tetapi meliputi semua termasuk KUIN yang berada di bawah kerajaan negeri Kedah dan ia ditadbir Pakatan Rakyat manakal menteri besarnya dari PAS.

Pendirian kami tidak berubah dan tegas Malah beberapa kali saya kemukakan kenyataan kepada menteri besar sendiri ataupun kepada KUIN menggesa bertindak wajar dan tidak menggantung lima mahasiswanya – Ketua Pemuda PAS

…………………………………………….

Oleh kerana kedegilan dan keegoan MB kedah ini berterusan kelima-lima pelajar KUIN itu mengambail keputusan mencabar Keputusan KUIN di Mahkamah…sepatutnya kes ini boleh diselesai cara baik dengan pelajar2 kalaulah MB  azizan  dari PAS  ini tidak degil dan bongkak sombong.ini tak ,tak nak dengar langsung pandangan umum, pandangan orang dalam PAS sendiri.Sedih sungguh…ada juga MB PAS yang perangai macam  UMNO ni…

………………………………………………………….

Nada ketua pemuda PAS pun lain sedikit bunyinya selepas kes ini di bawa ke Mahkamah…

Namun hasrat itu tergendala apabila saya dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa ke mahkamah oleh pihak mahasiswa. Maka biarlah mahkamah yang membuat keputusan kerana kes ini telah dihadapkan kepada mahkamah.

“Saya mengambil sikap jika itu adalah keputusan yang dianggap wajar oleh adik-adik mahasiswa KUIN yang digantung pengajian mereka oleh pihak KUIN maka saya akur dan mendoakan agar mereka peroleh kejayaan,”

Pengurusan KUIN dan lima mahasiswa itu pasti mempunyai hujah masing-masing semasa perbicaraan kes bermula.

“Saya tidak mengambil sikap menghukum siapa benar dan siapa pula salah dalam hal mahasiswa lawan KUIN ini. Kerana pastinya kedua-dua belah pihak mempunyai hujah masing-masing dalam mempertahankan sikap dan tindakan yang diambil, tetapi saya mempersoalkan bentuk hukuman dan cara ia diambil….

………………………

Inilah faedaahnya kalau tak nak dengar pandangan Jemaah atau pimpinan ..Kita ni ada parti,buatlah mengikut apa yang parti nak,dan menjunjung apa yg telah dipersepakati didalam dasar Pakatan Rakyat..jangan pula nak tunjuk pandai kita sendiri mcm hasan ali tu.tahulah kita tu MB. Tapi parti kita yang lantik kita…tu kamu kena FAHAM.BODOH SANGAT KE NAK FAHAM BENDA MACAM NI.cerdik tu biarlah bermanfaat pada orang ramai.jangan sampai menyusahkan orang ramai atau mahasiswa….Kamu kena ingat juga…ini zaman it…bukannya zaman 60an 70an zaman kamu muda dahulu..zaman sekarang anak2 muda,mahasiswa laju macam jet..rugilah kamu kalau dengan mahasiswapun kamu cari pasal…

……………………………………..

Taufik dan hidayah itu milik Allah…Biarpun bergelar ustaz dan dari kalangan ahli agama belum tentu mereka mendapat hidayah dari Allah dan belum tentu mereka bebas dari godaan syaitan laknatullah…EGO dan SOMBONG adalah sifat syaitan laknatullah..Ahmad Suhaizal

………..

Tindakan Azizan itu sedikit sebanyak” menjejaskan imej Pakatan yang mulai diterima rakyat walaupun sebelum ini menjanjikan untuk memansuhkannya seperti yang janjikan dalam buku Jingga jika memerintah.

“Persoalannya adakah Kedah bukan sebahagian dari Pakatan Rakyat? Jika ya, maka Kedah perlulah mengisytiharkan bahawa Kedah juga bebas daripada AUKU seperti Selangor. Janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga.

“Saya yakin mahasiswa akan menolak Ustaz Azizan dalam PRU 13 ekoran kenyataannya yang tetap ingin melaksanakan AUKU di KUIN dan sedikit sebanyak akan menjejaskan imej Pakatan Rakyat yang mula diterima rakyat sekarang,”

Saya juga yakin lima mahasiswa KUIN tersebut tiada masalah untuk berbincang dengan baik berkaitan isu tersebut jika MB Kedah membuka ruang perbincangan.

“Mahasiswa insan yang terdidik. Saya yakin tidak akan berlakunya sebarang protes dan demonstrasi oleh mahasiswa terhadap Ustaz Azizan jika ianya bermula dengan pintu perbincangan yang baik.

“Silalah layan mahasiswa seperti anak bukannya musuh,” – Mohd Syahid ,presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya.


Respon

  1. Ambo..skong..kalu dah MB pun jangan berlagak macam semua betul!! Nak tgk ada hati budi MB kita ni nak mintak maaf dgn student atau x..sombong x kena tempat!

  2. Bila bertanya pendapat, tanyalah org yg alim dan arif tentang perkara tersebut. Jangan sembrono saja bagi komen. DS MB ada alasan yg munasabah demi kemaslahatan ramai. Kalau budak-budak KUIN dibiarkan sebebas-bebasnya membentuk acuan sendiri, maka lingkuplah semua yang dibina atas kebijaksaan ilimu. Fikiran mereka tidak sejauh yg difikirkan oleh org yg lebih dewasa yg telah lalui jatuh bangun dan selok belok kehidupan dan siyasah kepimpinan.


Tinggalkan komen

Kategori