Posted by: pinkturtle2 | Ogos 20, 2008

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Kerajaan Hong Kong Rampas Wang Musa Aman?

Oleh: ‘Deep Throat’ Sabah

Penangkapan adik angkat Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman iaitu Michael Chia di Hong Kong pada jam 2.35 petang khamis (14 Ogos 2008) telah membongkar misteri di sebalik enigma.

Michael Chia ditangkap polis Hong Kong di Lapangan Terbang Chek Lap Kok, Hong Kong ketika ingin menyertai penerbangan ke Kuala Lumpur.

Menurut sumber rapat Polis Hong Kong dan Interpol, mereka telah memantau kegiatan haram Michael Chia sejak tiga tahun lalu dan akhirnya berjaya menangkap Michael bersama bukti wang tunai Singapura bernilai RM16 juta yang diseludup keluar daripada Hong Kong di dalam beg pakaiannya.

Setelah disoalsiasat, Michael merayu agar dibebaskan kerana wang berkenaan milik Musa Aman dan beliau hanyalah agen membawa keluar wang berkenaan ke Kuala Lumpur bagi membantu meringankan beban kewangan Barisan Nasional dalam proses penamaan calon di Permatang Pauh dan sebahagiannya untuk kegunaan pilihanraya kecil berkenaan.

Penangkapan ini membuatkan Musa Aman berang dan bimbang beliau akan terjerat berikutan penahanan Michael Chia bersama bukti dan lebih malang lagi apabila akaunnya di beberapa bank di Hong Kong dibekukan serta merta.

“CM (Musa) marah betul atas kebodohan Michael Chia kerana bawa wang tunai. Kenapa tidak TT (Telegraphic Transfer) saja? Saya rasa CM kita dalam bahaya,” ujar Datuk Amin Khan, seorang proksi Musa Aman ketika memberitahu rakannya yang juga Datuk melalui telefon di sebuah coffe house hotel terkemuka yang sempat didengar wakil Malaysia Today di Sabah yang secara kebetulan menikmati makan malam di situ.

Penangkapan suspek ini mengejutkan semua pihak terutama Badan Pencegah Rasuah Sabah kerana Michael Chia tidak boleh meninggalkan Negara ini tanpa mendapat izin BPR kerana pasportnya dalam simpanan BPR atas beberapa pertuduhan rasuah bersama Loh Man Heng.

Michael yang sebelum ini ditangkap bersama rakan kongsi Musa Aman, Loh Man Heng dan Chong ‘Khung Long’ (Chong Dinasour) kemungkinan akan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Hong Kong pada hari ini bagi menghadapi pertuduhan penyeludupan wang dan pengurupan wang haram (Money Traficking dan Money Laundering).

Penangkapan Michael ini memberi tamparan hebat kepada Ketua Pengarah BPR, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kerana desas desus yang tersebar meluas mengatakan bahawa Kes Rasuah Loh Man Heng telah ditutup berikutan pengakuan Loh Man Heng sendiri bahawa beliau telah membayar sejumlah RM4 juta melalui pegawai kanan BPR, Mohd Jamidan Abdullah yang sebelum ini menutup kes Musa Aman dalam kegiatan pembalakan haram di Keningau.

Sebelum ini, Pengurus Besar Operasi Kumpulan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong yang sering kelihatan bersama dengan Michael Chia di Hong Kong dan Singapura untuk menjalankan transaksi kewangan bagi pihak Musa Aman.

Namun bak kata pepatah modern, sepandai-pandai ayam melompat, akhirnya menjadi KFC, Michael Chia terjebak walaupun sebelum ini telah berjaya melakukan traksaksi pemindahan wang dalam jumlah yang besar, namun kali ini tertangkap kerana gelojoh membawa wang tunai dengan jumlah melebihi had yang dibenarkan.

Musa Aman begitu mempercayai Michael Chia kerana syarikat bapa Michael, Chia & Sons telah banyak membantu Musa di era beliau membina kerjaya dalam bidang pembalakan dan kontrak, terutama penyewaaan skau (tongkang) untuk menarik kayu balak Musa.

Apabila Musa menjadi Pengarah Yayasan Sabah dan Ketua Menteri Sabah, Michael telah menjadi ‘Taiko’ dalam bidang perhutanan terutama di konsesi Yayasan Sabah.

Michael turut dibantu oleh Chong ‘Khung Long’ atau yang digelar ‘Dinosour’ kerana kegiatannya dalam bidang pembalakan haram untuk membekalkan balak kepada Michael selain daripada konsesi dengan kerjasama Pengarah Perhutanan Sabah, Datuk Sam Mannan @ Sam Singh.

Berita penangkapan Michael Chia belum diketahui umum namun tidak mengejutkan penduduk Sandakan kerana selama ini beliau menunjukkan kekayaan luar biasa dan hidup mewah dengan memiliki sekurang-kurangnya dua bungalow dan 17 kereta mewah, selain harta yang dibeli di Hong Kong dan Singapura.

“Satu sport rim keretanya sama nilainya dengan sebuah proton wira,” ujar William, seorang mekanik yang menyelenggara keretanya sejak tujuh tahun lalu.

Dalam pada itu, hubungan antara Daud Tampokong dan Michael Chia terlalu rapat kerana mereka sering dilihat bersama di Shang Hai, Shang Zen, Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Quang Zhou untuk menguruskan ‘ang pau’ untuk Musa Khan yang kebanyakannya dimasukkan ke dalam akaun Hajjah Rosmawati Haji Lasuki (Gundik Musa Aman) yang juga Pengurus Sumber Manusia dan Pentadbiran Yayasan Sabah.

http://gundohing.netfirms.com


Respon

  1. Sah depa umpan duit,duit-duit tu mai dari mana dari songlap projek dan banyak lagi,jadi pengundi P.Pauh sokong DSAI 100%.Untuk Merdeka minda dan lain-lain…….lagi……Kami disini pun dah naik basi dengan UMNO tolong……….beri undi sekali saja untuk DSAI lepas tu lantak lah dia dengan cita-cita dia.Ini pengalaman di hospital baru Kepala Batas sebuah rumah mayat dan hospital tersakit yang ada di Kepala Batas.Nak tau masuk sekali baru tau hospital besar tapi rawatan terhad.Letak kain perentang (baner) konon ISO lah kepala bapa depa servis kalau dibanding dengan hospital Alor Star dan Klinik Simpang Kuala,KliniK USM K.Batas dan Klinik Kepala Batas servis yang di beri tak sampai tahap baik ada kut 10 % lain -lain semua buat kerja macam kalut tapi pesakit akan dapat rawatan pada wad kecemasan belah petang ke malam paling kurang 2 jam jadi kalau nak mati atau nak sakit teruk lagi datang ke Hospital canggih ini.

  2. Cerita tentang angpau Musa Aman ni dah lama aku dengar. Maklumlah, cerita dari mulut ke mulut atau hearsay. Tapi bak kata Jampok, kalau tak ada angin masa kan pokok bergoyang?

  3. pulun jangan tak pulun m`sia kaya bila tak kuasa besok hidup bagai raja m`sia di luar negeri sudah jadi budaya m`sia. DSAI jadi PM siap kamu semua bersiap sedia balik lokap m`sia syabas m`sia boleh

  4. jangan harap dapat dakwa babi babi yang dah melahap duit negara tu!!! cuma kalau ditakdirkan ds anwar jadi pm, tolonglah semua rakyat malaya yang susah. tak kira bangsa apa, agama apa tolong kasi sama rata layanan. rezeki yang Allah berikan adalah untuk di nikmati bersama oleh semua hambaNya….. semoga sdr Anwar berjaya melaksanakan amanah Allah dengan sokongan dan dokongan rakyat…. Amin!!!

  5. Bila masa Datuk Musa ada “Khan” dibelakang? Heran, heran..Apa2 pun. Biarlah si luncai dengan labu-labunya..:D

  6. Rakyat hanya mampu mendengar dan membaca apa2 berita melalui TV, radio mahupun dalam mana2 newspaper. But one thing for sure people cannot pastikan it is true or no.

  7. Banyak yang telah beliau lakukan untuk memajukan Sabah. Cerita ini hanya akan merosakkan nama beliau. Jadi jangan lah memanaskan lagi cerita ini. Diharap Sabahan akan terus menyokong beliau.

  8. Hahaha… ada2 saja idea orang ni…
    Ba, rehat2 la ya… Biarlah pihak yang bertanggungjawab siasat ke ni dengan aman… heheheehe

  9. Sebagai rakyat kita perlu lebih berhati-hati dengan isu seperti ini…
    Biasalah arena politik tidak lepas dari rasa cemburu so tidak mustahil kes ni timbul dari rasa iri hati terhadap Musa 🙂

  10. Musa Musa u the best ever jgn kamu fitnah km kami k


Tinggalkan komen

Kategori