Posted by: pinkturtle2 | November 4, 2009

Royalti: Mengapa Pusat menzalimi Rakyat Dan Kerajaan Kelantan

map-a18-edar

Kalau pantai Kelantan dengan JDA ialah 150 km, manakala Sabah pula 210 km tetapi masih lagi layak menerima royalti. Jadi isu jarak dan perairan luar pantai adalah tidak berbangkit.Kelantan juga menuntut royalti di PM301 kerana berada di perairan Kelantan, pelantar itu akan mulakan pengeluaran pada 2012, jadi kita awal-awal mengetengahkan royalti ini supaya Kelantan tidak terabai menerima bayaran royalti.Alih-alih mereka nak bagi dalam bentuk wang ehsan macam yang mereka tan kedarah di Terengganu.hanpa jawablah depan tuhan nanti walaupun satu sen duit rakyat kelantan yang hanpa tan kedarah...

Najib umum pemberian wang ehsan untuk Kelantan mulai 2010

KUALA LUMPUR: Kelantan akan menerima wang ehsan daripada kerajaan pusat hasil pengeluaran minyak di luar pesisir negeri itu mulai tahun hadapan, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hari ini.

Perdana Menteri berkata sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.

“Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemiskinan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Najib berkata demikian bagi menjawab sekali gus soalansoalan yang dibangkitkan oleh beberapa Anggota Parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu.

Perdana Menteri berkata kerajaan Persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara. BERNAMA

…………………………………………………………………………………………………………………………………….

Bukan royalti, hanya wang ehsan

Kerajaan Kelantan menuntut wang royalti, tadi di Dewan Rakyat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan hanya wang ehsan yang diberikan dan disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Ahli-ahli Parlimen PAS terutama Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abd Samad membantah keras keputusan itu. Tapi macam biasa la, kan ada Speaker!

Soalan asal Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub ialah bilakah tuntutan royalti minyak kerajaan negeri Kelantan akan dibuat pembayaran oleh Petronas?

http://penarikbeca.blogspot.com

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat pada hari Rabu.

Walau bagaimanapun tidak disebut mengenai tunggakan wang royalti yang berjumlah RM1 billion yang pernah dituntut oleh Kerajaan kelantan sebelum ini.

Kerajaan negeri Kelantan telah menuntut antara RM850 juta dan RM1 bilion daripada kerajaan pusat mengikut Akta Petroleum 1974, yang membolehkan negeri menerima royalti minyak sebanyak 5 % daripada hasil perolehan petroleum.

Pada 1975, perjanjian telah ditantangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan dan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah. Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun – dibayar tunai dua kali setahun – untuk hasil minyak yang ditemui kawasan pantai dan pesisirnya

3 pelantar minyak yang dimaksudkan perlu dipastikan dalam sempadan atau perairan negeri Kelantan. Hal ehwal tanah adalah dalam bidang kuasa kerajaan negeri Kelantan, sebagaimana juga di Terengganu , Sabahdan Sarawak.

Pelantar minyak negeri Terengganu terletak 220 kilometer di perairan Laut China Selatan menerima bayaran royalti minyak. Sedangkan pelantar minyak di Kelantan terletak 170 kilometer di Zon Ekonomi Ekslusif yang diusahakan antara Petronas dengan kerajaan Thailand di Laut China Selatan / Teluk Siam. Pelantar minyak itu diberi nama Pelantar bunga raya, Pelantar cakerawala-1,1A, 2,3 dan Pelantar bintang.Kesemua nama pelantar di dalam bahasa Melayu membuktikan ia milik syarikat Malaysia sekaligus Kelantan juga berhak membuat tuntutan royalti minyak. 3 pelantar ini sudah pasti tidak dalam perairan negeri Terengganu kerana bersempadan dengan negara Thailand.

Pelantar ini hasil usaha antara Lembaga Petroleum Thailand dengan Petronas Carigali (50 %) dan Triton Oil Thailand (50 %) bagi mengeluarkan 290,000 mm cfpd gas menurut perjanjian Disember 2002. Triton Oil dimiliki bersama oleh BP dan AS’ Amerada Hess.

Dari segi teknikal ia terletak di Blok A-18 Teluk Thailand berhampiran Songkhla. Kerja-kerja pemasangan dimulakan pada April 2003 dan operasi pengeluaran pada 2004.

Blok A-18 seluas 290,590 hektar (726,474 ekar), terletak di 450 km dari Kuala Lumpur, Malaysia, dan 750 km dari Bangkok, Thailand, di utara Lembangan Melayu.

Pelantar Cakerawakala boleh mengeluarkan 3002 barrel minyak mentah setiap hari melalui 3 inci choke. Minyak ini terletak di 37 degrees API graviti. Batang gerudi ke dasar sedalam 180 kaki. Jumlah keseuruhan 9,814 kaki.

Pada 4 Ogos 2009, rombongan disertai oleh Dato’ Husam Musa,Salahuddin Ayub, Dato’ Mahfuz Omar,Dato’ Kamarudin Jaffar dan Saifuddin Nasution Ismail dan lain-lain pergi dengan 3 buah bot ke pelantar minyak Cakrawala.Tengku Razaleigh Hamzah bekas pengerusi pertama Petronas menggesa Kerajaan Pusat membayar royalti kepada Kelantan.

Tujuan kerajaan Kelantan itu bagi memastikan kedudukan sebenar pelantar minyak sama ada berada di perairan negeri ini atau sebaliknya. Ia turut disertai beberapa Adun, anggota Parlimen Pakatan Rakyat, pegawai kanan kerajaan negeri, profesor dari universiti tempatan, juru ukur perunding, petugas media dan blogger.

http://greenboc.blogspot.com


Respon

  1. aku doh kata, bn ni memang jahat dari dulu. baru sekarang nak bagi. mu ingat org akan undi bn lah tu. pooorraah lu bn haprak. selamanya bersama PAS

  2. Dahulu TDM menukar royalti kepada wang ehsan kerana beliau menganggap orang PAS tidak tahu menggunakan duit apabila diberi kesempatan memerintah. ‘Precedent’ yang sama digunakan untuk negeri Kelantan. Demikian juga apabila minyak dijumpai di Kedah. Jika minyak dijuampai di Selangor atau Pulau Pinang, ‘precedent’ ini perlu ditafsirkan semula oleh NTR.

    • amboi……amboi…….. amboi……..

      kapiag ni……. pakai spek bighu noooooo.

      kapiag………..kapiag……
      tadak royti pun tadak apa2 pun. selama ni pun rakyat kelantan tadak mati haih
      pasai tadak royti pun. rakyat kelantan idup aman makmug pasai tgna merintah
      ikut ugama.

      royti untuk kelantan tu….. pakai bagi dekah buat najib bayag komisyen apa2
      lah…… bagi malaun2 jambantaik kaut pitih masuk pokot dia. sprm tada amik peduli punya.

      kapiag tau dak……. akibat mentekedarah hak orang lein tu lah sabik buat bangunan….. bangunan runtuh. buat stadium , stadium runtuh….. buat jambatan, jambatan runtuh. sabik tu lah umnojambataik beransug2 runtuh tuh.

      he he he
      abang kelabu bergurau sambil nasihat

  3. BISMILLAH…
    KAMI ingin mengetahui mengenai perihal berikut :

    I~ Kedudkan haq dan kuasa sesebuah negeri di dalam Persekutuan Malaysia.
    (a) Geografi : sempadan walayah daratan dan air dan laut segi undang-undang antara bangsa terutama Bangsa-bangsa Bersatu ;
    (b) Bagaimana kedudukan setiap negeri, seperti Kelantan ini jika ia tidak masuk dalam negara Persekutuan ? Minyak atau hasil galian yang dianugerah oleh Allah itu kepunyaan siapa ?
    (c) Apa erti ihsan ? Siapa yang mengemukakan
    istilah dan konsep itu. Bagaimana bunyi AYAT” atau “kelus” berkenaan ?

    II~ Apa butiran mengenai wang “royalty” dan tunggakannya ? Jika atas kapsul ‘WANG IHSAN”
    apakah ia berbentu mata-benda (basikal, komputer, bangunan, taman hiburan atau segala macam projek yang telah siap diprojekkan dalam “kerta kerja” koperat.. KELANTAN tunggu sahaja ?

    lll~Apakah KELANTAN sudah mempunyai persiapan “pembangunan” ekologi : MANUSIA, TANAMAN dan HAIWAN (semua makhluk) yang diatur menurut pertumbuhan “nature” sesuai dengan HAQMILIK tanah, air, api dan angin (alam sekitar dan komunikasi). Untuk memahami ini kembalilah kepada FITRAH dan tuntutan alam ini.
    sekian ~Maaf ahmadnun@gamil.com 041109.

  4. Salam.

    Tahniah Husam.
    Rasanya.
    Usaha ini dibuat oleh Husam.

    Yang lain.
    Sebok dok berceramah.
    Kecam sana sini.

    TGNA kena pencen.
    Husam dah boleh jadi MB.

    Tolong bisik pada TG.
    Serah MB pada Husam.
    1 Januari, 2010.

    TG boleh berceramah.
    Boleh tolong “repair” PAS.
    Yang dok gi, dok gi, tak gi.
    Dok ngesot, ngesot, seperti penyu.
    Pak mat menyempit tahu.
    Mat merempit pun tahu.

    Just want PAS to be strong.

  5. Salam

    Husam pun tidak pandai
    Tapi perjuangan

    Aku pandai
    Perjuangan demi keuntungan
    untuk siapa?

    PAS tidak kuat
    UMNO,MCA,MIC dan sekutu semunya kuat-kuat
    Kuat rasuah
    Kuat menipu
    Kuat buat projek
    Kuat beri cina kaya

    Umno kaya?

    Siapa kaya? – tauke

    Siapa tauke?

    Sekadar nak beritahu wahai melayu ku.

    Betul? Betul?

  6. Salam.

    Isu royalti ini pun tak zalim.

    Yang zalim.
    Kereta 15 tahun ke atas.
    Kena pemeriksaan Puspakom.
    Tiap2 tahun.

    Memang bijak cadangan ini.
    Bijak.
    Nak menyusahkan rakyat.

    Mana tak susah.
    Nak kena beratuq kat Puspakom.
    Dengan kakitangan kepala angin.
    Sehari suntuk belum tentu selesai.
    Cakap pandailah.
    Kat Jerlun bolehlah kot.

    Jangan dok pilih lagi.
    Menteri yang macam ni.
    Tolak dia.
    Dia zalim kat rakyat.

    Sekadaq kita dok perati.

  7. Wahai melayu
    ini bukan untuk sekadar dok perhati.

    Berhati perut la sikit.

    Ini projek kayakan siapa?

    umno? mca? mic?


Tinggalkan komen

Kategori