Posted by: pinkturtle2 | Mac 26, 2010

Beberapa Orang Hamba Allah Yang Gilakan Kuasa Punca Krisis Istana Berlarutan…

https://pinkturtle2.wordpress.com/wp-content/uploads/2009/12/tengkufarispetra.jpg

Kepincangan krisis Istana Kelantan yang berlarutan sampai hari ini adalah berpunca dari beberapa orang hamba Allah (termasuk dalam kategori Makhluk Allah Juga) yang gilakan kuasa… tanpa memikirkan undang-undang tubuh kerajaan Negeri Kelantan mereka semahunya memperkosa undang-undang yang ada demi mencapai hasrat nafsu mereka tanpa memikirkan perasaan rakyat jelata negeri serambi Mekah yang hidup aman damai di bawah pentadbiran Pemangku  Raja Kelantan (Yang dipilih secara Sah sehingga keadaan Sultan kembali pulih)dan Tok Guru Menteri Besar kelantan ..

Perlu diingat!!! Kita sekarang ini bukan lagi berada di zaman 30an atau 50an…menelan apa sahaja yang datang dari atas,bawah dan belakang…Rakyat sudah cerdik.. rakyat bukannya buta undang-undang.. maklumat hanya di hujung jari sahaja… kita tidak akan menelan  kebatilan walaupun ianya disaluti dengan emas kebenaran…

Jangan kita langgar semboromo undang-undang Tubuh Negeri Kelantan… Rakyat jelata sedang memerhatikan dan menilai tingkah laku buruk kita itu…

KAMI RAKYAT KELANTAN BERDIRI TEGUH DAN TAAT SETIA YANG SEPENUHNYA PADA PEMANGKU RAJA KELANTAN TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA SULTAN ISMAIL PETRA

………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

Setiausaha Sulit Palsu Telah Ditahan Polis Kelantan…

Pegawai Kanan Istana Bergelar Datuk Ditahan Polis

KOTA BAHARU: Polis menahan seorang pegawai kanan Istana yang bergelar datuk di kediamannya, di Taman Sri Aman, Kubang Kerian di sini, hari ini dipercayai berhubung pengumuman pemecatan jawatan Tengku Muhammad Faris Petra Sultan Ismail Petra sebagai Pemangku Raja.

Sumber polis berkata lelaki itu ditahan pada 9 malam dan disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan iaitu melakukan penipuan.

“Kita telah menahannya pada malam ini untuk mengambil keterangan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Yahya Petra didakwa melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Pengerusi Majlis Perajaan Negeri Tengku Abdul Aziz Hamzah dan dibacakan oleh Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud di Istana Mahkota di sini hari ini.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, berita itu disambut tenang oleh Tengku Muhammad Faris Petra apabila tiba dari Singapura di Lapangan Terbang Sultan Ismail, di sini. – BERNAMA

…………………………………………………………………………………………………………………………………..

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang wayang kulit yang Wan Hashim main ini?.

Datuk Wan Hashim ni langsung takdak simpati kepada Baginda Sultan yang masih lagi gering itu.

(Mengenai keadaan Sultan Kelantan, Wan Hashim berkata: “Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus.”)

Ini 2 petikan kenyataan Wan hashim.

Katanya Tengku Abdul Aziz berpendapat bahawa tidak perlu dipanggil ahli MPN untuk diadakan mesyuarat bagi berhubung keputusan pemecatan Tengku Muhammad Faris kerana Sultan Kelantan sudah boleh bertitah dan sihat serta tindakan itu tidak salah.

(Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta. Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.)

Isu ini adalah isu penting kepada kerabat istana yang ada hubungkait dengan takhta negeri Kelantan. Menduduki takhta, adalah sesuatu yang meletakan tuan punya diri dan keluarganya mendapat keistimewaan darjat bila dilantik sebagai sultan.

Kalau Wan Hashim mendakwa yang baginda

” Mengenai keadaan Sultan Kelantan, : “Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatannya bagus.”

Bukankah lebih baik dia memohon supaya sultan meneruskan pentadbirannya di negeri Kelantan, atau Wan Hashim buat satu sidang akhbar tunjukan kepada rakyat dan jemput semua media hadir untuk membuktikan dakwaannya.

Siapa sebenarnya yang menjadi dalang wayang kulit yang Wan Hashim main ini?.


Kiriman: Kucing Kota

……………………………………………………………………………………………………………………………………

Dalangnya bukan saya sahaja yang tahu, namun mungkin sekadar sementara menghormati ianya tidak dipaparkan dengan jelas dalam media. Yang pasti ianya menjadi bualan majoriti rakyat Kelantan. Maklumlah saya tidak mahu mendahului masa dan orang lain, bila orang tidak segan menyebutnya saya pun akan menyebutnya sama… Idham Lim blog cina Islam



Respon

  1. Ini agenda rampas kuasa.
    Jawapan yang sangat mudah untuk N3 blog ini.

    Siapa yang dijadikan teladan oleh makhluk ini?
    Tanya SU kerajaan negeri Perak atau Zambery kadir!!!yang lebih tepat tanya Najib lahhh…

    • apa saja yg jadi dlm dunia semua kerja BN
      dasat BN ni…memang POWER.
      kucing pun dah jadi kucing kurap
      sbb tu tak leh nak pikir…dok kat tong sampah sj.

      • Berdasagkan ayat di bawah:
        لَنْ تَرْضٰى عَنْكَ الْيَهُوْدُ وَلَا النَّصٰرٰى حَتّٰى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ
        Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah sesat itu). [Al-Baqarah 2:120].
        DAH JELAIH YAHUDI DAN NASARA TADAK BERBALAH APALAGI NAK BERMUSUH NGAN PUAK UMNOJAMBANTAIK SABIK PUAK NI MEMANG DOK IKUT PUAK DIA. KALU NAK HABAG BETUI2 SATU PERSATU PAYAH NAK NAK DIEKPLEN KAT ADIK2 KAPIAG DALAM BLOG NI.
        PUAK2 JAMBATAIK TAK SEDAG YANG PUAK DIA DAH DIIKTIRAF OLEH YAHUDI SABIK DAH SEGHUPA NGAN PUAK DIA. YAHUDI DAN NASARA
        SUDAH MERESAP KE DALAM UMNOJAMBANTAIK MELALUI HIBURAN, SUKAN DAN PERMAINAN.
        TAK PERLU UMNGOK ISTIHAG KAPIAG KALU DOK IKUT PUAK2 TU MEMANG BULIH MENYELAMATKAN
        PUAK2 TUH.
        SATU2 PUAK YANG TIDAK DIIKTIRAF OLEH YAHUDI DAN NAGARA DI MESIA INI IALAH PARTI PAIH. SO TOSAH LA KITA NAK HARAP PUAK2 UMNOJAMBANTAIK NAK MELAKUKAN BIOKOT SABIK DEPA YANG YAHUDI SATU JALAN. SEHATI SEJIWA DALAM MEMARTABATKAN SUKAN DAN HIBURAN YANG SUMA ITU MENGUNTUNGKAN YAHUDI.
        KALU NAK HARAP ADIK2 KAPIAG AUTAR, REMPAH KAPIAG, KAPIAH HAJI RONIE……FUHHHHHH PUAK2 NI PUN KAPIAG YANG BILA2 MASA AKAN MENGAHNCUGKAN ISLAM. TAPI DEPA RASA DEPA ISLAN SABIK DEPA SOLAT.

        KUI KUI KUI KUI
        abang kelabu sedang bergurau senda ngan adik2 kapiag suma
        fffTIDAK MENGKAFIRKAN m22eedf

      • jalang tua lord rape
        cuba jgn dok meratuih di sini
        tahap anjing kurap toksah lah dok bawak mai
        cerita yahudi nasrani ni semua…
        cit puihhhhh!!!!

  2. kami rakyat kelantan berdiri teguh DI BAWAH PEMANGKU RAJA TENGKU MOHAMAD FARIS PETRA., DAULAT TUANGKU 7X. buangkan anasir yang menporakranda ISTITUT ISTANA KELANTAN termasuk blog yang sering melemparkan FITNAH yang mana macam ada udang sebalik mee.

  3. seperti cerita wan hashim, ia menidakan sultan seperti yang di cerita (“Dia boleh bertitah, boleh bercakap dan ingatanya bagus”) adakah wan hashim penderhaka? TUANGKU AL SULTAN di panggil ” Dia” adakh itu setiausaha sulit?inikah orang yang hendak di jadikan SS, di depan bercakap sopan tapi di belakang, bukan main lagi… DAULAT TUANGKU, KDYMM TUANGKU AL SULTAN dan KDYMM TENGKU MAHKOTA

  4. Salam..

    inilah jadinya
    bila beriman pada harta,tahta dan wanita.
    dosa pahala tak dipedulikan
    kuasa menjadi idaman

    buka mata buka lah hati
    setiap yang bernyawa pasti akan mati
    biarpun sapa dalangnya nanti
    azab Allah pasti menanti

    kita hidup hnya sementara
    entah esok, lusa pasti akan mati
    jika hidup bergelumang dosa
    tak dan bertaubat neraka menanti

  5. Kerana wang kuasa, orang sanggup melampaui batas dan kewajaran. Mereka sanggup menangguk di air yang keruh dan menjadi batu api melagakan orang lain demi kepentingan peribadi. Insaflah orang dah tahu tembelang anda sekalian. Patuhilah undang2 dan peraturan. Sepatutnya berilah kepada yang berhak iaitu Tengku Faris.

  6. Hidup Tengku Faris !! Daulat Tuanku !!Rakyat bersama Tuanku..moga Allah selamatkan Tuanku….

  7. Slm…..mmg di sebalik semua yg berlaku dlm Istana Kelantan skang ni ada org yg menjadi ‘PENGARAH’ nya…….

    KIta semua tau siapa ‘pengarah’ drama ni…..si w.hashim ni cuma ‘pelakon’nya saja…..berlakon dgn setia drama yg diarahkan……

    Kita jgk sedia maklum hubungan antara Pemangku Raja Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘Pengarah’ drama ni mmg tidak sendik sudah byk tahun………

    Pemangku Raja Tg Faris bukanlah insan yg mengikut telunjuk dan setia membuta tuli…..itu lah yg menyakitkan hati si ‘Pengarah Drama’ ni….

    Kata si Pengarah Drama, baru jd Tengku Mahkota sudah ketara tak mau ikut perintah….belum lagi ada kuasa penuh di tangan……

  8. Krn nk pastikan kuasa kekal di tangannya lah ‘pengarah’ ni dgn kuasa veto nya 5 tahun lalu telah ‘mewajib’kan Tg Faris Petra menerima si gadis dr kerabat Patani,Thailand……

    Harapan si ‘pengarah’ ni kelak bila Tg Faris Petra sudah menjadi sultan maka bolehlah pompuan yg jd bini Tg Faris tu memainkan peranannya dgn memujuk Tg Faris dlm apa2 hal supaya pemerintahan Tg Faris kelak tidak akan mengenepikan segala kepentingan si ‘pengarah’ drama ni…..

  9. Tapi Tengku Faris ni rupanya sgt lah tak makan pujuk….bukan mcm adindanya si Tg Temenggong yg boleh dipujuk…….

    Tengku Faris Petra benar2 mengotakan janjinya bahawa baginda TIDAK AKAN menyentuh perempuan pilihan si ‘pengarah’ itu…….

    Panas dan tegang hubungan antara Tg Faris & ‘pengarah’ ni Tuhan sj yg tau…..akhirnya krn tak tahan masih berterusan menjadi ‘anak dara’ walaupun sudah berkahwin, si kerabat Patani yg nama Melayunya ialah Tg Zubaidah itu merajuk, pulang ke tempat asalnya tanpa mahu kembali lagi……..

    Si ‘pengarah’ drama hantar org supaya pujuk Tg Zubaidah tp dia enggan datang……’pengarah’ kemudian arah Tengku Faris supaya pergi ke Thailand dan pujuk si pompuan itu tp Tengku Faris berkeras hati benar……enggan pergi……..

  10. Akhirnya berlaku jg apa yg ditakuti oleh si ‘pengarah’ ni iaitu PERCERAIAN……bg ‘pengarah’, perceraian adalah sesuatu yg memalukan tp Tengku Faris tak kisah akan itu…..

    Bila si ‘pengarah’ ni ke New York….maka di waktu itu lah Tengku Faris Petra mengambil keputusan utk menceraikan secara sah pompuan itu!!!!

    Bila ‘pengarah’ sudah pulang ke tanah air, tak ada gunanya…….LAFAZ CERAI dah pun sah……

    Sejak hari itu lah hubungan Tengku Faris Petra yg dikasihi dgn ‘pengarah’ ni menjadi koho panas…..bagaikan tak akan sendik sampai bila2………

  11. Sekarang Pemangku Raja Tg Faris Petra byk juga menyerahkan tugas tertentu kpd adindanya,Tengku Bendahara Tengku Faiz Petra…..

    Alhamdulillah……sesejuk mata memandang….Tg Bendahara Faiz Petra begitu setia menjalankan amanah yg diberi oleh kekandanya……maklumlah pula org nya mmg berpendidikan tinggi…bahkan lbh tinggi dr Pemangku Raja sendiri……

    Marilah kita sama-sama mendoakan agar kedua beradik ni iaitu Tengku Faris Petra & Tengku Faiz Petra sentiasa kuat semangat,tabah,sentiasa beroleh taufiq hidayah dr Allah utk terus mentadbir negeri Kelantan ini dgn penuh kemakmuran………..

    Juga sentiasa lah kita doakan semoga Tuanku Al-Sultan Ismail Petra segera sembuh dr kegeringan kembali bahagia di sisi anakanda2 baginda dan juga rakyat jelata……..

    Juga moga Che Puan Elia Suhana terus tabah hati dan setia di saat Tuanku Ismail Petra berada dlm kegeringan ini……..ini lah tika dan saatnya utk Che Puan tunjukkan bahawa KASIH dan CINTA Che Puan kpd Tuanku Ismail Petra adalah suci dan hakiki dan bukannya krn darjat baginda……..

  12. Dan kpd pengendali blog ni tolong la jgn edit komen saya…….

    Kalau tulisan saya ni diberi tempat, byk lagi hal2 yg saya sanggup berkongsi di sini……

  13. Man

    Izinkan abe din highlightkan di blog mountdweller.

  14. Rasanya banyak lagi yang tersirat dan tersurat dari tulisan ” nor zaida”.

    Dari tulisan anda kami percaya anda adalah orang yang rapat dengan istana.

    Kami sedang menanti maklum siapakah ‘pengarah’ itu?.

  15. tak kan tahu sapa pengarahnya… kalau awak ore kelate…. demo tahu sendiri atau kita bagi tempat nor zaida cerita. memang panas dan hot. memang tu lah ore kelate tahu,,, pada abe din,, ambillah, DAULAT TUANKU 7X

  16. Salam 1Malaysia.
    Salam Kucing Kota.
    Salam GUBIQ.

    Semua orang nak kuasa.
    Kuasa akan beri fulus.
    Semua orang suka fulus.
    Baik dari raja hingga ketua kampong.
    Semua seropa.
    Jadi.
    Tak payah dok kisah, kisahlah.

    Itu lah manusia.

    • salam,

      Itu bagi manusia yg
      above the law……..
      Jgn. pokoi borong macam
      market selayang….
      Tok tak perturun ka atau
      cikgu terar tak habaq…..

  17. salam, ana amat sedih dgn senario kelantan la ni..ana rasa terpanggil utk berkata2 kerna ana juga berhak bersuara..kita hanya sementara di dunia ini petualangnya adalah penjajah jadi bacalah buku sejarah..jgn lupa kita bangsa bermaruah ada adat dan sendinya arakian kita celik it ..megah menjulang kata dek sejarah melayu kembalilah kepada adat lama hatta tebal kitab didada ..siapalah kita yang suka berpesta…buka pekong di dada last sekali menang sorak kampung tergadai..

  18. Slm….sj saya memencilkan diri…saya pun takut jgk walau byk citer yg saya berhajat nak kongsikan kt sini….

    Sabar lah….nanti keadaan sejuk saya masok balik kt sini……

  19. Askum….lama tak jenguk kat sini…..apa kbr pembaca setia pink turtle? takut pulak saya nak berkongsi cerita…..simpan dlm hati kita sudah leeee……hihihi……


Tinggalkan komen

Kategori