Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2008

Awas…UMNO tidak akan sekali-kali mengizinkan Anwar menang !

Sekilas pandang Anwar boleh menang. Tetapi UMNO adalah sebuah parti yang terkenal dengan licik, lincah, pengamal tegar teori macheaveli dan ada kalanya sangat brutal.

Sekilas pandang Anwar boleh menang. Tetapi UMNO adalah sebuah parti yang terkenal dengan licik, lincah, pengamal tegar teori macheaveli dan ada kalanya sangat brutal.Anwar Ibrahim hanya akan menang jika, Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh dikendalikan oleh SPR dengan penuh keadilan, berintegriti ATAU pihak Anwar Ibrahim mampu mematahkan helah licik dan jahat UMNO/BN

Awas…UMNO tidak akan sekali-kali mengizinkan Anwar menang !

Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh semakin hampir. Kempen semakin kencang. Pengundi Permatang Pauh menunggu masa untuk membuat keputusan antara calon BN dan calon Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berbagai pandangan dan analisis dihamburkan dan disuakan kepada khalayak khususnya kepada para pengundi sendiri. Ada yang yang tension, ada yang cemas, ada yang bersahaja dan tenang, ada yang teruja dan berbagai-bagai emosi bergolak di Permatang Pauh pada waktu ini.

Benar. Pilihanraya Kecil Permatang Pauh ini sangat penting. Sama ada pengundi-pengundi Permatang Pauh akan mengundi untuk Malaysia atau hanya untuk Permatang Pauh . Semuanya itu akan dapat dilihat apabila keputusan diumumkan nanti.

Kepada pengundi Permatang Pauh wajar menganalisa secara mendalam, siapakah Arif Shah dan siapakah Anwar Ibrahim? Persoalan inilah yang akan menentukan kemenangan calon. Pengundi Permatang Pauh harus melihat dan memikirkan calon yang manakah jika menang bukan sahaja mampu memayungi Permatang Pauh malah lebih jauh mampu merobah lanskap politik negara, memperbaiki kemusnahan sosio-budaya, memulih dan memacu ekonomi dalam persaingan global, merapatkan kembali jurang sosio-ekonomi dan integrasi antara kaum, menghapuskan kemiskinan, membebaskan tahanan zalim ISA dan memulih jatidiri bangsa Melayu. Apakah Arif Shah dan UMNO/BN yang mampu atau Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat yang mampu ?

Sekilas pandang Anwar boleh menang. Tetapi UMNO adalah sebuah parti yang terkenal dengan licik, lincah, pengamal tegar teori macheaveli dan ada kalanya sangat brutal (?). Betapa tidak bermoral dan jahat tindakan cuba merobohkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak sehari dua ini ? Justru itu, UMNO tidak akan sekali-kali mengizinkan Anwar Ibrahim menang. Dan UMNO akan menang jika perkara di bawah ini gagal dilaku atau dikekang atau diatasi oleh Pakatan Rakyat.

  1. Jika sekiranya daftar pemilih di bangsal barong dan di bilik mengundi tiba-tiba berbeza. Ini boleh sahaja berlaku !
  2. Jika sekiranya mereka berjaya memasukkan pengundi hantu mynmar (?), siam (?), cina (?), ahli-ahli UMNO/BN dari negeri-negeri lain (?), SB (?) dan lain-lain dengan ramainya ke bilik-bilik mengundi.
  3. Jika pengundi yang menaiki bas di bawa ke Balai-balai Polis dan kemudian dibawa keluar dari Balai-balai Polis ke tempat mengundi oleh berpuluh-puluh kereta mewah dan mungkin kereta-kereta VIP dan VVIP.
  4. Jika sekiranya pihak polis menangkap petugas-petugas PR yang cuba menghalang mereka yang disyakki pengundi hantu.
  5. Jika sekiranya polling agent PR tidak cekap dan tidak tegas.
  6. Jika sekiranya counting agent PR tidak mengambil borang 14 yang disahkan oleh Ketua tempat mengundi, ditempat-tempat pengundian setelah tamat tempoh pengundian, penipuan akan berlaku bila-bila masa sahaja kerana UMNO ialah United ‘Menipu, Merasuah, Menindas, Meliwat, Muka tak malu (dan macam-macam lagilah) National Organisation’
  7. Jika sekiranya ada gerombolan-gerombolan jahat putera dan puteri UMNO/BN yang menghuni rumah pengundi-pengundi dan menghalang pengundi keluar mengundi dengan berbagai-bagai alasan dan alasan yang paling ampuh ialah “jangan keluar mengundiakan berlaku rusuhan !”
  8. Jika pihak-pihak jahat yang semua orang tahu itu, mengambil dan menyimpan kad-kad pengenalan pengundi pengundi tidak akan dapat keluar mengundi.
  9. Jika petugas-petugas PR tidak ikut semasa peti undi dibawa keluar.
  10. Jika berjaya di bawa masuk peti-peti undi yang bukan dari pusat-pusat mengundi. Sebagai langkah pengawasan, beri perhatian kenderaan-kenderaan yang keluar dari bilik Pengarah Piliharaya, Balai-balai Polis, Bilik mesyuarat gerakan daerah dan sebagainya.
  11. Jika sekiranya dirasuah wang kepada pengundi-pengundi khususnya pengundi wanita dan pengundi tua di dalam kenderaan pengangkutan mereka.
  12. Jika sekiranya wang rasuah yang agak besar nilainya mampu dihantar kepada pengundi-pengundi di rumah pada waktu tengah malam dan awal pagi hari pengundian.
  13. Jika sekiranya tempoh pengundian dilanjutkan oleh SPR tanpa alasan yang munasabah.
  14. Jika diumum calon BN menang walaupun kiraan undi calon Pakatan Rakyat yang menang. Pengurus Pilihanraya boleh buat tersasul umum tetapi dia tidak perbetulkan.
  15. Jika sekiranya dilambatkan kiraan hingga ke waktu malam kemudian akan berlaku ‘blackout’. Pihak PR mesti sediakan ‘mobile spot light’ yang banyak.
  16. Dan jika mereka ada ruang untuk melakukan berbagai-bagai lagi penipuan atau tindakan dengan sewang-wenangnya. ! Berhati-hatilah setiap saat kerana kempen-kempen yang mereka lakukan hanyalah wayang gambar sahaja. Sudah pasti ada perancangan lain yang akan mereka lakukan. Perancangan mereka kadang-kadang tidak terfikir atau dirasakan tidak tergamak oleh akal kita. Contohnya, dulu rakyat tak tahu tapi hari ini semua rakyat tahu apa itu C4. Fuuh…bahaya !!

Anwar Ibrahim hanya akan menang jika, Pilihanraya Kecil P44 Permatang Pauh dikendalikan oleh SPR dengan penuh keadilan, berintegriti ATAU pihak Anwar Ibrahim mampu mematahkan helah licik dan jahat UMNO/BN (dan proxy-proxynya) yang disenarai di atas.

http://www.tranungkite.net


Respon

  1. UMNO-SPR BERSEKONGKOL

    Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil (Mafrel), sebuah badan pemerhati pilihanraya yang diiktiraf oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR), mengesan beberapa rumah kampung di Permatang Pauh yang mempunyai jumlah pengundi yang tidak munasabah.

    Sebuah rumah di Kampung Bagan Serai di Seberang Jaya, umpamanya, mempunyai 83 pengundi berdaftar di kalangan lelaki keturunan India dan India Muslim.

    Sementara itu bercakap dalam sidang media yang sama, penyelaras Mafrel, Jamaluddin Abdullah berkata, pihaknya mengesan kira-kira 700 pengundi yang tidak dikenali.

    “Beberapa keluarga di kawasan perumahan di Seberang Jaya pula mendakwa alamat rumah mereka telah didaftarkan dengan pengundi baru yang mereka tidak mengenalinya,” katanya.

  2. Memang kita tau umno dengan apa cara pun akan menafi kan kemenangan untuk DSAI.
    1-Najib,Saiful dan Tajul Rosli dipanggil untuk berlakun bersumpah.
    2-Nallakaruppan di panggil untuk membantu kempen unmo.
    3-Penceramah undangan yang satu lagi konsul Malaysia di Monggolia.
    Nampak nya umno@beend sudah tidak mampu. lagi mempertahankan diri dari serangan dari PR tentang isu2 yang sudah lama bertapak dalam diri umno@beend dan juak2nya.

  3. betul….kita boleh tengok bermacam-macam helah dan pennipuan sedang dirangka……
    cthnye…..
    isu liwat…
    isu penangkapan Exco kerajaan Perak….
    sumpah sesumpah say fool…
    sumpah politik terdesak najib altantuya…
    dan penghantaran UTK,dan benrmcm -mcm jenis polis yg telah dianjingkan oleh Umo-BN yg mungkin satu sumber utk memasukkan hantu didlm undi pos…..maka kini undi pos pun ade pengundi pos hantu……betapa kotornye pembohong-pembohong BN nie……awas Pakatan Rakyat……gunakan seluruh tenaga utk menyekat penipuan mereka……mereka merancang….Allah merancang….perancangan Allah adalah sebaik-baiknya…..

  4. be end kalau tak menipu dlm pilihan raya memang dah lama bungkus.

  5. Nak tanya sikit….tak boleh ka…Undi pos tu…pada satu kawasan…..yang tak ramai orang mengundi….mcm dalam berapa ratus..tu..pakat kira masa tu jugak disaksikan oleh…kedua wakit parti..

    Rancang la…yang ni bukan pilihanraya umum…tp pilihan raya kecil..saja… Kira berapa stesen undi pos tu katakan ada 50 pusat undi pos..untuk PDRM, ATM dalam Malaysia..kita kira masa tu jgk. Kemudian bagi tau dekat Pusat. At least tak le…dok canang tak adil..ler. Tukar peti undi ler, Tukar guni undi ker.. Tgk mangga dekat Beg Undi tu kecil.. alahai boleh katok pecah…

    Tolong le .pertimbangkan …saja tak sedap hati.

  6. kalau la arif shah ngan dsai main bdminton..kj pulak jd pengadil..umno x kan sesekali bagi dsai menang..silap2 org yg duk kt kusi tinggi kena smash.. x pun kena sumbat mlt dgn raket

  7. kalau BN yang selama ini memerintah diklasifikasikan sebagai jahat@tidak adil kenapa negara kita aman damai sehinggalah muncul manusia hampeh tuuuu…..


Tinggalkan komen

Kategori