Posted by: pinkturtle2 | Ogos 24, 2008

Nallakaruppan VS DSAI

Nalla: Anwar is a good actor

Intipati Ceramah Nallakaruppan : Saya pernah memberi wang kira-kira RM60 juta kepada DSAI?

PERMATANG PAUH: Bekas rakan tenis Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S. Nallakaruppan mendakwa mempunyai lima pita rakaman, yang kini disimpan di luar, yang jika didedahkan boleh menjejaskan kerjaya politik Ketua Umum Pakatan Rakyat itu.

“(Saya) ada lima pita rakaman di luar negara… kalau saya mati hari ini (kerana telah menerima ugutan dibunuh) ia akan terbang (ke Malaysia),” kata beliau ketika berceramah untuk calon Barisan Nasional (BN) di kawasan Permatang Pasir malam tadi.

Dalam ceramahnya itu, Nallakaruppan berkata, beliau menerima ugutan mati jika berkempen untuk BN, tetapi bersedia untuk berkorban kerana negara.

Nallakaruppan pernah ditahan dalam penjara kira-kira setahun selepas Anwar dipecat daripada kerajaan dan parti 10 dekad yang lalu.

Beliau telah keluar PKR tahun lalu selepas tidak menerima tiket untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Ijok, Selangor.

Malah dalam ceramah itu kata Nallakaruppan, beliau pernah memberi wang kira-kira RM60 juta kepada Anwar.

“Beliau ada angkat (terima RM60 juta). Suruh dia datang ke sini (Permatang Pasir) dan bercakap.

“Dia ada angkat (ambil), saya beri dia… Kalau saya ada terima wang RM60 juta, saya tak perlu berada di sini,” kata beliau.

Nallakaruppan ketika itu merupakan pengarah perhubungan awam Magnum Corporation Bhd.

Beliau berkata, pendedahan ini dibuat kerana rasa cintakan negara ini dan tidak mahu pemimpin yang tidak boleh dipercayai menerajui negara ini.

Nallakaruppan berkata, beliau tidak sedikit pun terkejut apabila timbul pelbagai tuduhan terhadap Anwar kerana beliau mengetahui siapa sebenarnya bekas Menteri Kewangan itu yang digauli 30 tahun.

“Selepas main tenis saya tahu mana dia pergi, sebab itu saya tidak terkejut,” kata beliau.

Malah, menurut Nallakaruppan, beliau juga ada menerima ugutan supaya tidak berkempen dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Beliau telah menerima lebih daripada 10 khidmat pesanan ringkas (SMS) ugutan supaya meninggalkan Permatang Pauh.

Nallakaruppan berkata, ugutan-ugutan itu diterimanya sejak beliau menjejakkan kaki ke Permatang Pauh sejak seminggu lalu dan yang terbaru bilik gerakannya di Seberang Jaya didatangi beberapa lelaki India yang membawa bendera Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengancam dua petugasnya.

“Saya terima SMS hampir setiap hari dan hari ini pun ada. Saya telah membuat lima laporan polis setakat ini,” kata beliau dipetik Bernama, yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) dan menambah, SMS itu mengancam nyawanya.

http://www.mstar.com.my


Respon

  1. Pening dengar speech macai nie..bahasa malaysia
    tahap mamak jual roti…mgkn sesuai jadi pak lawak…malulah dapat gelaran datuk…balik rumah
    pi dengar speech sendiri

  2. deyyy mamat kurapan!!! awat la hang tak dedahkan 10 tahun dulu anwar tibai duit magnum???? awat hang pertahankan dia dulu??? awat hang join pkr duluu??? awat hang tak jadi calon pkr dlm p/raya kecik ijok????? pastu awat hang kuaq pkr??? awat la ni hang tibai anwarr???? deyyyypaadiyapaa poorrraahh!!

  3. Hello anie masa lu jaga magnum lu banyak baik sama DSAI sebab dia menteri kewangan sebab senang mau buka cawangan magnum.Lu tak tau ka T.K.Lim Multi-Porpose punya boss sudah gunakan lu sebagai kuda tunggangan.Sekarang DSAI sudah tiada apa2 kuasa lu hantam sama dia.Ini macam kawan ka?Itu ugutan mau bunuh sama lu sebab lu lebih bahaya dari ular.

  4. hallo pundek,
    bawa itu lima pita datng malaysia la, apsal mau simpan dekat itu INDIA,kau sayang malaysia ka kau ada masyukkk sokong BN…

  5. betulla lu pundek munni….. kalau jumpa ular sama lu, saya musti hantam lu dulu. ada harti ka adei chit poooorah dey!!!!

  6. dei tambi…lu betul2 celaka punye org la… tarak guna punye org…kwn mau bunoh kwn…brp juta lu d[t dan brp nyk projek umno kasi sama u [undek monek?


Tinggalkan komen

Kategori