Posted by: pinkturtle2 | Disember 26, 2008

YB Jenis Apa Ni… Bagi Kerusi Roda Tapi Ambil Balik

YB Azan (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang) dan Saudara Yusri (PAS), bergambar bersama dengan mangsa terbabit

YB Azan (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang) dan Saudara Yusri (PAS), bergambar bersama dengan mangsa terbabit

Buruk Siku: Ahli Parlimen BN Paya Besar Rampas Semula Kerusi Roda Yang Telah Diperuntukkan Kepada Orang Kurang Upaya Di Felda Panching!!

KUANTAN – Para penduduk Felda Panching Utara dekat sini gempar apabila satu berita yang tidak sepatutnya di dengar berlaku di perkampungan itu baru-baru. Berita tersebut yang sungguh memalukan dan amat tidak wajar berlaku. Ini berkaitan dengan kes yang melibatkan seoarng penduduk itu ditarik balik kemudahan oleh puak-puak UMNO dan Barisan Nasional tatkala mereka mendapat maklumat bahawa individu terbabit bukan menyokong UMNO dan BN dalam pilihanraya umum ke-12 yang lalu. Isu ini timbul tatkala YB Manan, Ahli Parlimen Paya Besar mengarahkan anak-anak buahnya supaya “merampas” kembali “kerusi roda” yang telah diberikan kepada beliau sebelum ini. Kes ini melibatkan seorang penduduk iaitu Sulaiman Hitam, 69 tahun iaitu seorang peneroka di tanah rancangan felda terbabit. Menurut sumber, beliau beliau kini mengalami masalah kesihatan dan juga merupakan orang kurang upaya. Beliau kini dipercayai terpaksa menggunakan pampers untuk membuang air besar sejak sekian lama.

Ahli Parlimen Paya Besar itu dipercayai telah memberi sumbangan “kerusi roda” terbabit kepada beliau dalam satu majlis yang diadakan oleh UMNO dan BN di kawasan terbabit baru-baru ini. Namun arahan itu telah ditarik balik apabila mereka mendapat maklumat bahawa penerima itu iaitu Encik Sulaiman Hitam adalah penyokong Pakatan Rakyat. Maka dengan kuasa yang ada YB terbabit mengarahkan puak-puak UMNO untuk “merampas” kembali kerusi roda tersebut. Ini amat mengecewakan dan memalukan bagi sebuah parti yang melaung-laungkan kononnya mereka “membela rakyat”. Menurut anak mangsa, yang juga bekas Ketua Pemuda UMNO cawangan itu, berkata “Bapa saya telah menderita akibat penyakitnya sekian lama, saya juga telah memohon banyak bantuan kepada kerajaan untuk kemudahan kerusi roda terbabit. Namun, saya amat terkejut apabila kerusi roda yang telah diberikan kepada ayah saya itu diambil balik, kerana mereka mengesyaki bapa saya penyokong pembangkang”.

Dalam pada itu, krew kami yang sempat berada di lokasi terbabit amat terkejut tatkala melihat pemimpin Pakatan Rakyat seperti YB Azan Ismail (Ahli Parlimen Indera Mahkota), Dato’ Fauzi Abd Rahman (Pengerusi Perhubungan Negeri PKR Pahang) dan Saudara Yusri dari PAS yang telah menziarahi mangsa turut menghadiahkan sebuah “kerusi roda” kepada beliau. Kami difahamkan kerusi roda yang baru tersebut telah dihadiahkan oleh Ahli Parlimen Indera Mahkota, YB Azan. Kami sempat bertemu beliau selepas itu, menurut YB Azan beliau terpanggil untuk membantu kerana melihat perkara itu adalah masalah kemanusian. “Biarpun mangsa tidak berada dalam parlimen Indera Mahkota, namun saya terpanggil untuk membantu atas sifat kemanusiaan”. Justeru itu, nampaknya kini terbuktilah bahawa UMNO dan Barisan Nasional telah melakukan satu penindasan terhadap rakyat. Mereka hanya akan membantu para penyokong mereka sahaja dan membelakangkan rakyat yang berpihak kepada parti pembangkang dalam pilihanraya umum ke-12 baru-baru ini.

http://pahangdaily.blogspot.com


Respon

  1. apa punya haprak yb umno ni..membela nasib rakyat dan pejuang melayu kunun…ptuuiiiiii!!!

  2. tarak tipu tarak Untuk Melayu No….slogan rasmi mereka….tak caya ? tanya Ezam dulu-dulu

  3. talak malu wo lu
    umno.masa ada duit bg tarak duit ambil balik.

  4. Aku dah tau sejak dulu lagi.Aku dilahirkan tahun 50an lagi, kat kampong aku dulu pun macam tu gak, orang melayu hidup melarat, macam2 janji kalau menang tapi habuk pun tarak tapi silkap orang melayu kampong gak, bodoh sgt konon nak jaga marwah. Masa pemimpin UMNO datang melawat bagi mereka makan yg sedap2, anak kat rumah makan lauk ikan kering. Kampong aku berdekatan dengan FELDA Pancing Utara. Padan muka…. nak sokong sangat UMNO.

  5. sebab benda ni tak tersebar jadi org kampung masih bodoh kayu..sama gak kat kampung nu di Perak…

    zaman awal 80an…zaman umno gah…dtg makan sedap sedap…puluhan tahun jalan tak buat…bagi air…lepas tu api..lepas tu jalan tapi berperingkat..rakyat macam pengemis lak…ni le bangsat mereka ni….main puluhan tahun..berklahi ada yg masuk lokap hanya sebab nak push buat jalan……tak heran kalau tempat lain buat cmtu…PR buat le contoh kemanusiaan….makan rasuah puluhan juta..bagi kerusi roda pada yg memerlukan pun boleh tarik balik…TU PASAL ALLAH TAK AKAN BERI KEBERKATAN PADA MEREKA TU…HIJAB MASIH TERTUTUP LAGI.orang kampung ni masih bendul…nak sangat sokong puak korup…melayu haprak didikan umno ni makin meluat aku tengok…

  6. itu lerr perangai umno, hati bangkai

  7. Jika benar bagai dikata = umno tetap ZALIM. Arwah bapa ambo dulu alami nasib yang sama. Semua orang kampung keliling diberi baja padi subsidi. Tapi bapa ambo sengaja tak diberi malah disisih. Waktu itu ambo tak ngerti apa2 bab politik umno pukimak (bahasa yang paling layak untuk engkau orang). Namun tak jadi masalah, dia usaha cara tradisional buat baja sendiri seperti selalunya dulu2 (baja abu bakar + tahi lembu sedikit) ambo dan semua adik2 juga yang tolong bantu buatkan….Hasil padi alhamdulillah lebih bernas daripada BERNAS PUKIMAK.

    Moral dari cerita ini ialah, baru sekarang ambo dan semua adik beradik faham apa yang sebenarnya kerajaan umno perbuat (ZALIM) kepada rakyatnya. Sebab itulah generasi terkehadapan ini TAK TERLIUR kepada umno. Jadi engkau orang janganlah nak salahkan rakyat apabila rakyat TIDAK menyokong agenda ZALIM engkau orang.

    Ingatan kepada YB Manan, kamu jangan lupa YB satu hari kamu akan jadi TUA KEREPOT. Di kala itu kamu tidak lagi mempunyai apa2 kuasa. Kamu akan dihina dan diabaikan oleh anak2 kamu sendiri, anak mukim kamu sendiri dan rakyat kamu sendiri yang selama ini kalau zalimi.

  8. ITULAH SEBUAH PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL MENARIK BALIK KEMUDAHAN RAKYAT. ITU PUN MAHU PERCAYA LAGI PADA BARISAN NASIONAL.

  9. aparaa..punya org ..dah la kita pilih dorg …blh wat camtue kat kte…ingat pru 13 ..kite sapu sapu masuk tong sampah

  10. Tengok dari gambar, rumah Pak Sulaiman Hitam ni cantik juga. Dah bukan lagi rumah asal masa dia mula-mula masuk Felda dulu, rumah kayu dua bilik.

    Sekarang dah ada 10 ekar kebun sawit, getah, suku ekar tapak rumah. Hasil pun beberapa bulan sebelum ni, kalah gaji pegawai kerajaan.

    Kenyataan yang benar. Tak bersyukurkah Pak Leman?.

    Nak tanya satu perkara, Pak Leman ikut tak rancangan tanam semula seperti rakan2 lain?.

  11. Wira, engkau tanya soalan2 tu buat apa dik. Dia orang tua. Orang tak upaya. Hidup harap bantuan anak2. Tengoklah rupa dia dan bini dia macam mana. Aku ni orang kampung pernah susah hidup kerja bapak aku petani, peladang, pesawah, aku boleh nilai dari rupa orang2 yang pernah hidup susah, menderita sakit, apa rupa mereka. Kau ni suka sangat tengok dan menilai benda2 hanya dari luar. Tengok dari jauh. Tapi bodoh punya soalan tu. Kalau kau orang elit, mak bapak kaya tak pernah hidup di kampung bergelumang dengan kesusahan orang2 kampung, kau jangan nak sentuh hati kami orang2 kampung ya. Kau jaga diri kau tu sendiri. CELAKE KAU!

  12. Anakdagang,

    Soalan saya mudah. Lihat para akhir, apa yang saya tanya?.

    Bagi orang yang biasa dengan masyarakat Felda, jawapan dari soalan saya ini akan jelas mentafsirkan latar belakang peneroka berkenaan.

    Kalau Anakdagang biasa dengan mereka, cuba lihat ladang mereka yang tidak mahu bersama Felda untuk membangunkannya semula. Bagaimana keadaannya?

    Saya bangga kalau Anakdagang bersama rakan2 seangkatan dapat membuat assignment mengenai peneroka2 seperti ini.

    Saya minta maaf pada Pak Leman kiranya beliau tidak termasuk dalam kelompok peneroka yang saya katakan tadi.

  13. Kesian….kerusi roda pon kena tarik balik. Takpe, janji muslihat BN sekarang terdedah.

    Pasal kerusi roda, harganye pon tak semahal sangat, second hand punya harge lebih kuang RM200. Buatan Taiwan….Kira boleh pakai lah…Atuk aku pon guna jenis yg second hand.

  14. ya la rumah pak leman bukan rumah kayu dua bilik.mungkin Hasil sumbangan dari anak beranak.Nak harapkan rancangan felda tu boleh hidup ja.Tanam semula org asal yg awal2 dulu tu dah pon beruban dan bercucu…kederat mana nak sama macam pemulaan dahulu….

    ada otak pakai..tak dak otak tak terpakai
    jgn. jadi bangkai bernyawa……

    Pak penakan tak cari tak makan ada di sg. pancing selatan..masih hidup lagi..nak ikut pi survey …mai la..

  15. Bro wira,
    Aku anak felda.
    Memang betul apa bro kata,
    patutnya memang boleh benar beli sendiri kerusi roda tu.
    Tapi No. 1:
    Bukan semua yang tanam semula sendiri kebunnya tak terurus. Ini kena tgk attitude memasing la…
    Tapi No. 2:
    Isunya sekarang ni ialah, dah bagi ambik balik!

  16. Kalau dah fikir setakat mcm nabil, tak payahlah awk bg pendapat dalam foram ini. Awk baca setakat ambil tahu sajalah ye. Buang masa aku layan orang mcm kau wirawaja. Kau tu perasan sendiri bijak pandai. Tetapi kau tidak faham apa masalah rakyat peneroka sebenarnya. Kau tahu buat projek atas titahperintah agen kong lo merat korporat yang kau wakili semata. Sebab kau makan gaji. Duduk di kerusi empuk. Bilik berhawa dingin. Tak perlulah aku duduk sama dalam merangka assignment mengenai peneroka2. Semua rakyat dah tahu apa matlamat karutnya felda (koporat) selama ini. Aku bukan anti pembangunan. Semua warga termasuk ingin rakyat kita dibangunkan. Terutama dalam pembangunan felda, felcra, risda, kesedar, kejora, ketengah dll. Kau tahu tak apa dah jadi dengan LPN setelah jadi BERNAS?. Tetapi felda juga sudah menyimpang dari matlamat asal sewaktu dibentuk oleh Tun Razak. Kalau ada kalangan peneroka tidak menyahut seruan tanam semula felda (koporat) maknanya ada sesuatu cengkaman yang tak kena dengan pengurusannya. Team kau juga gagal membuat aktiviti pengembangan (extension division) kepada semua peneroka. Jadi jangan kau nak salahkan para peneroka mentah2. Jangan nak katakan mereka tak nak ikut program yang diaturkan sehingga kau sindir Pak Sulaiman Hitam yang sudah berusia hampir 70 tahun. Patut kau pergi jumpa dia, menziarah dia, tanya dia apa masalah, bantu dia apa yang perlu. Jangan hanya nak guna ruang ini untuk hampur dia dan peneroka2 lain sekadar nak lepaskan geram napsu napsi kau saj..Tak ada ke item/program bantuan dalam u all punya team assignment tu……Hoeh! budak-budak mentah bercakaaaaaap……………………………………….

  17. bro esdi..gua tabik sama lu…!!

  18. Aku dulu pun seperti juga wirawaja. Tetapi oleh kerana doa seseorang mungkin aku dah berubah. Semua orang akan berubah bila Allah menghendakinya berubah.Tak ngapelah ada nama, kita sama2lah berdoa supaya orang2 mcm wirawaja ini diberikan taufik dan hidayahNya. Sesamalah kita doakan untuk dia berubah ke haluan berfikir yang lebih baik dari hari ini. Kalau dia tak nak berubah juga kita antar dia ke GAZA biar dia jadi wirawaja di sana.

  19. kenkadang YB tak de masaalah..yg buat keputusan macam tu selalunya ketua KG je…maklum la ada SPM…tak pepasal je YB yg kena…

  20. Ni lah politik, selalu yang buat hal ketua kampung, rasanya pak lebai ni tak berbaik dengan ketua kampung kot,tapi tak pa la kalu di tengok keadaan rumah tu boleh beli sendiri, tentang YB tu kalau betul bagai di kata Insyaallah tuhan akan beri balasan yang setimpal.


Tinggalkan komen

Kategori