Posted by: pinkturtle2 | September 12, 2010

Sosilawati dibunuh,mayatnya bersama tiga yang lain dibakar

Sosilawati dibunuh, tujuh ditahan

KUALA LUMPUR 11 Sept. – Misteri kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lagi lelaki sejak 30 Ogos lalu, hampir terungkai dengan tertangkapnya tujuh suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tersebut.

Difahamkan, seorang daripada suspek yang ditahan merupakan peguam bergelar Datuk berusia 40-an yang dinamakan polis sebagai suspek paling dikehendaki dalam kes kehilangan usahawan wanita terbabit bersama tiga yang lain.

Hasil soal siasat ke atas suspek, polis mendapat maklumat bahawa kesemua mangsa sudah dibunuh dan dibakar manakala abu mayat mereka dibuang ke dalam laut di Pantai Morib, Selangor.Utusan

………………………………………………………………………

Empat mayat dipercayai termasuk jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga rakannya yang dilaporkan hilang sejak 13 hari lalu ditemui dekat pantai Morib, Selangor semalam. Kesemua mereka dibunuh dengan kejam sebelum dibuang dan dibakar di ladang ternakan ayam dekat Tanjung Layang, Morib. Setakat ini polis sudah menahan enam individu berhubung penemuan mayat-mayat tersebut.

Motif pembunuhan belum dapat dipastikan. Kehilangan Sosilawati, 47, bersama tiga lelaki lain dipercayai didalangi seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang dikatakan individu terakhir yang ditemui jutawan kosmetik itu ketika urus niaga tanah dijalankan di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu.

‘Datuk’ berkenaan yang mempunyai ramai kenalan di kalangan orang kenamaan dipercayai berperanan sebagai broker dalam penjualan tanah bernilai RM4 juta di Pulau Pinang. Satu sumber memberitahu, ahli perniagaan itu dipercayai mempunyai banyak petunjuk bagi membantu siasatan kes, termasuk mengesan lokasi keempat-empat mangsa disembunyikan.

“Dia dikatakan pernah terbabit dalam kegiatan penipuan jual beli tanah, dipercayai didalangi sindiket terancang. Malah, beberapa laporan polis pernah dibuat terhadapnya sebelum ini berkaitan urus niaga tanah.

“Difahamkan, ahli perniagaan terbabit mahir ‘menghilangkan’ pelanggannya,” kata satu sumber ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Jelasnya, sebelum ini dua pelanggan dilaporkan hilang selepas mengadakan urus niaga tanah dengannya dan sehingga kini masih belum ditemui, namun lelaki tersebut menafikan semua dakwaan itu. Ujar beliau, maklumat turut menyatakan ahli perniagaan itu sering terlepas daripada tindakan undang-undang kerana mempunyai hubungan istimewa dengan orang kenamaan, selain mahir dalam bidang perundangan.

Sosilawati yang merupakan pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dilaporkan hilang pada 30 Ogos lalu. Turut hilang ialah peguamnya, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38; dan seorang lelaki, Kamaruddin Shansuddin, 44, yang dikatakan pemandu peribadi jutawan itu.

Sementara itu, tinjauan dibuat keluarga Sosilawati masih belum mendapat apa-apa perkembangan berkenaan kehilangan jutawan itu dari pihak polis. Tengah malam tadi siaran berita Tv1 pukul 12.00 telah menyiarkan secara ringkas, 4 mayat rentung dijumpai di Morib.


Respon

  1. Arghh!!!! Sungguh mengelirukan dan menjadi tanda soal..Kes ini dikatakan didalangi seorang yang bergelar Datuk yang dibantu oleh lapan orang lain.

    Setelah ditahan reman 8 orang yang dikatakan terlibat dengan pembunuhan Datuk Sosilawati berserta tiga mangsa lain. Maka terbit pengakuan dua dari orang yang ditahan reman ini telah membawa unit forensik polis ketempat berlakunya pembunuhan..Mayat mangsa telah dibakar.
    Abu dan debu mayat telah dihanyutkan kedalam sungai..Bila disebut debu, ia lebih halus dari daging mayat yang berkecai setelah diletupkan dengan bahan peletup C4…

    Ertinya disini ada kehebatan polis penyiasat yang dapat mengesan siapa yang telah membunuh Datuk Sosilawati dan tiga mangsa lain itu.

    Kelirunya fikiran kita. Kenapa jadi sulit pihak polis mencari dalang yang melibatkan pembunuhan gadis Monggolia Altanthuya yang kalau dibandingkan mayat hamba Allah ini yang daging dan tulang tubuhnya hanya berkecai, boleh dikutip dan tetu lebih mudah untuk dibuat kajian siasatan.. Tiba2 polis dan pendakwa telah menyebabkan mahkamah menjatuhkan hukum bunuh kepada 2 orang anggota polis tanpa dapat mempastikan siapakah dalang disebalik pembunuhan itu….

    Aduyai… sungguh biol akal dan fikiran dibuat oleh kedua dua peristiwa ini…..

    • Salam Kucing Kudung.

      Plan, plan.
      Kayuh.
      Guna Low Gear Engine.
      Jangan dok krosot.

      Polis kita, hebat.
      Tahniah.

      Sekadaq jangan dok menangkala.

  2. salam…

    “Ertinya disini ada kehebatan polis penyiasat yang dapat mengesan siapa yang telah membunuh Datuk Sosilawati dan tiga mangsa lain itu.”

    hi, masih berusaha untuk memutar belitkan fakta nampaknya…

    ada beza antara 2 kes ni,

    kes pertama…tiada siapa mengaku membunuh mangsa..mahkamah digunakan untuk menentukannya.

    kes kedua… anda kata 2 dari 8 suspek mengaku dan membantu polis menemukan mangsa… rentetan itu polis mahu gunakan kehebatannya untuk menentu mangsa tu benar2 mangsa yang dimaksudkan…

    putar statement tu kc..dah biasa dah kut no?

  3. Salam si manis.

    Manis pernah bertanya pada individu yang bertugas sebagai polis penyiasat?
    Apa yang dimaksudkan tahanan reman?
    Apa yang dibuat semasa ditahan reman?

    Siasatan semasa tahanan reman polis bukan sahaja menggunakan bahasa yang lunak kepada orang yang disyaki, mereka ada yang ego degil dan keras kepala… tambah lagi mereka dari kumpulan penjenayah..Tak jalan dengan bahasa manis!!!

    Siasatan biasa bertukar menjadi introgate ganas.
    Telor orang yang disyaki akan dipicit, bahasa jiwang akan akan menjadi bahasa ancam ancaman.. Yang ego dan berlagak macho sudah jadi gementar, yang degil dan mempertahankan kebenaran akan belebam biji matanya…

    Maka yang cuba berdalih dan menipu akhirnya akan cair luntur dan baru bersedia berkata benar.

    Dalam kes pembunuhan Altanthuya, hamba Allah ini juga ada kumpulannya ada master mindnya. Mana mungkin dua orang polis yang dihukum, mengaku tidak kenal Althantuya dan tiada hubungan personal tetapi mengaku membunuh Altanthuya. yang peliknya disepanjang perbicaraan dijalankan telah OKT telah mamakai mask menutup muka, sehingga sekarang rakyat tiada mengenali mereka..
    Apakah polis ada cara yang berbeza beza untuk membuat introgate untuk mengesan dan mempasti siapakah Dalangnya?

    Berbanding dengan kumpulan pembunuh Datuk Sosilawati yang dikatakan ada hubungan dengan puak atasan sudahpun dikesan dan direman.

    • still typical.

  4. salam………

    hilup pun susah……..
    mati pun susah……………

    hilup sinang-sinang………
    mati pegang bendela……………

    susah kalau terlalu senang………
    teramat susah kalau memang dah jenih susah…….

    apa yg penting……
    bersederhana dlm segala hal kebendaan……….
    utamakan keyakinan beragama……..
    faham sepakterajang siasah dan wayang kulit……..
    I know you Berahieng…….
    grombolan=perkasam=wayang kulit=Bt=manis…….

    kesan dari peristiwa di atas……….
    malaisia sudah goyah keamanannya………
    sudah jadi mcm Bolivia……..

    • Salam nasik kandaq.

      Sebut Bolivia.
      great chief syok.
      teringat kat sukusakatnya.
      kat sana.

      Sekadaq plan2 kayuh.

  5. apa la korang ni.hal mcm ni pun nak di politikkan.bebal sungguh..pala otak korang hanya tahu politik..tp tak tahu harga diri sbg seorang insan..hampeh

  6. http://myvitrd.blogspot.com/2010/09/gambar-suspek-bunuh-bakar-dan-buang.html

  7. Ha..mmg polis kita hebat..hebat bg kes yg x mlibatkan 0rg2 yg brkenamaan. Duniawi semuanya..Allah lbeh mengetahui.

  8. ….dah kena baling tahi kat muka pun boleh kata sabaaar!!!….dayyusss!…

  9. Jenayah generasi berpaksikan nafsu dan harta kini telah mencapai puncak kezaliman. Didikan media dan pembelajaran yang tidak berteraskan Islam telah menguasai negara. Hanya insan yang sedar sahaja yang akan mencari Jalan Allah SWT dan Sunnah Rasulullah SAW. Mereka yang berada dibawah kawalan dan tunggangan syaitan pasti mereka hanya merasakan satu tindakan biasa dan fenomena kezaliman biasa dan tidak perlu kembali kepada Syariat Allah SWT dan Sirah Junjungan SAW.
    Ya Allah jauhilah kami dari golongan yang menyembah dan menuruti tingkah laku syaitan. Amin Ya Rabbal Alamin.

  10. al fatihah utk mereka….allah saja yg tau apa yg berlaku diantara mereka semua…

  11. Al-Fatihah..untuk roh mereka.Dunia telah mula kembali ke zaman jahiliyyah…wallahu’aklam

  12. mainan politik

  13. zaman skrg nyh org sanggup buat apa2 utk dpt harta biarpun dgn cara salah.skrg nyh aq hilang mykad.hrp ada lg org baik hati d’bumi ni utk pulang kan balik barang tuh.Ya Allah,wallahusamiun alim,tolonglah aq.

  14. kesian nye sosilawati lawiya,…=(


Tinggalkan Jawapan kepada budak tadika Batal balasan

Kategori