Posted by: pinkturtle2 | Jun 28, 2017

Laporan Audit Jelas menunjukkan kerajaan Kelantan dan Rakyat telah ditipu dalam projek Lembah Sireh.


Mengikut Perjanjian Projek, Kerajaan Negeri akan menyerahkan tanah seluas tidak melebihi 1,000 ekar secara pajakan selama 99 tahun dan Syarikat bersetuju memberikan sumbangan seperti berikut:

 

i. Sebuah masjid bernilai RM20 juta.


ii. Sebuah jambatan baru (Kg. Cina – Palekbang) bernilai RM150 juta.


iii. Sebuah jambatan berkembar (Jambatan Sultan Yahya Petra) atau gantian wang tunai setara kos semasa yang akan ditentukan oleh JKR.


iv. Sebuah stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.


v. Tabungan untuk Skim Perumahan Kos Rendah bernilai RM15 juta.


vi. Menyediakan tanah seluas 25 ekar di sebelah kiri dan kanan Jambatan Sultan Yahya Petra.


vii. Sumbangan sagu hati dan gerai kepada petani.


viii. Lain-lain sumbangan selain daripada di atas akan diputuskan oleh kedua pihak atas persetujuan bersama dari semasa ke semasa.


Laporan Ketua Audit Negara

 

Semua yang dijanjikan oleh pemaju diatas tidak dilaksanakan dan kerajaan negeri sendiri mengakui di dalam dewan bahawa projek ini merugikan kerajaan .

Sepatutnya Kerajaan Kelantan dapat RM389 juta jika berjaya serah 1000 ekar tanah rakyat kepada pemaju. – Laporan Ketua Audit Negara


Selepas Kelantan review balik agreement, seperti yang Dato Mohd Amar akui silap.

ADAKAH

I. Masjid bernilai RM20 juta akan dibina lagi?

II. Stadium Tertutup WANITA akan dibina RM25 juta?

III. Jambatan Kg Cina – Palekbang RM150 juta tidak akan dibina lagi?

Ruginya rakyat Kelantan, tanah rakyat sudah diambil beratus ekar. Kapitalis kaut keuntungan ratus juta dengan dapat tanah strategik dalam Bandar Kota Bharu

KERUGIAN INI KERAJAAN DAN PAS PERLU JAWAB DAN BENTANGKAN KERTAS PUTIH DALAM SIDANG DUN JULAI NANTI.


Untuk laporan yang lengkap sila lihat DI SINI


Tinggalkan komen

Kategori