Posted by: pinkturtle2 | Disember 6, 2008

GAMBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

A rescuer inspects a residence damaged by a landslide in Kuala Lumpur December 6, 2008. A landslide occurred early Saturday in a housing estate in Kuala Lumpur and police confirmed three people killed, according to Malaysia's official Bernama news agency.

A rescuer inspects a residence damaged by a landslide in Kuala Lumpur December 6, 2008. A landslide occurred early Saturday in a housing estate in Kuala Lumpur and police confirmed three people killed, according to Malaysia's official Bernama news agency.Reuters Pictures

A woman delivers a bouquet of flowers to a residence damaged by a landslide in Kuala Lumpur December 6, 2008. A landslide occurred early Saturday in a housing estate in Kuala Lumpur and police confirmed three people killed, according to Malaysia's official Bernama news agency.Reuters Pictures

A woman delivers a bouquet of flowers to a residence damaged by a landslide in Kuala Lumpur December 6, 2008. A landslide occurred early Saturday in a housing estate in Kuala Lumpur and police confirmed three people killed, according to Malaysia's official Bernama news agency.Reuters Pictures

A general view of a landslide in Kuala Lumpur December 6, 2008. A landslide occurred early Saturday in a housing estate in Kuala Lumpur and police confirmed three people killed, according to Malaysia's official Bernama news agency. Reuters Pictures

A general view of a landslide in Kuala Lumpur December 6, 2008. A landslide occurred early Saturday in a housing estate in Kuala Lumpur and police confirmed three people killed, according to Malaysia's official Bernama news agency. Reuters Pictures

MALAYSIA/

MALAYSIA/

MALAYSIA/

Malaysia Landslide

Malaysia Landslide

MALAYSIA/

TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA 6 DIS 2008

About these ads

Respon

  1. salam untuk semua…
    semoga apa yg terjadi 6 Dis 2008 menjadi satu permulaan untuk kita menginsafi diri bahawasanya kita hanya hanya makhluk kerdil. Tahniah juga pada anggota MARES – MERCY dan sukarelawan lain yg terlibat menyelamatkan mangsa. Kini hanya tinggal seorang shj lg mangsa masih dalam carian pd 2348.
    salam 73.

  2. [...] Beliau berkata, terdapat 14 pasukan penyelamat di lokasi dan mereka akan turut membuat dua laluan alternatif supaya penghuni yang tinggal di kawasan berhampiran boleh keluar.LAGI..GAMBAR TRAGEDI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA [...]

  3. Apabila manusia tidak mahu bersahabat baik dengan ‘alam maka akan jadi porak poranda lah dunia ini.Tanah runtuh di Bukit Antarabangsa didiami olih residen yang kaya raya. Mereka tidak menghormati ‘alam…mereka hanya menghormati diri mereka sendiri…apabila ‘alam membantah..maka buruklah padah nya..Sejarah berulang..dan akan berulang lagi…manusia lupa!!

  4. Di mana pun kita tinggal, kita terdedah kpd bencana alam. Tinggal berdekatan dgn laut terdedah kepada hakisan pantai. Tinggal di tanah daratan terdedah kpd banjir. Tinggal di kawasan tinggi terdedah kpd tanah runtuh.

    Tapi bencana alam tidak selalu berlaku. Ia hanya berlaku di kala2 tertentu, di tempat tertentu & kpd org2 tertentu. Ia akan menimpa terutama kpd org2 yg lalai.

    Inilah dia tanda2 kehidupan manusia kat dunia ini dipantau oleh Yang Maha Berkuasa (bukan pihak berkuasa!) Ya itu yg memberikan kehidupan & menurunkan rezki kpd sekalian makhluk-Nya.

    Maka carilah rezki drp sumber yg halal. Jgn la hidup terlalu menurutkan hawa nafsu & melampaui batas. Ingatlah selalu bahawa kejayaan & kekayaan yg kita miliki bukan tanda kita hebat. Tapi dgn izin Allah semata2.

    Tingkah laku, moral & akhlak diri hendaklah dijaga selalu. Hidup jgn terlalu pentingkan diri sendiri sehingga mencemar & merosak alam sekitar.

  5. ia sebagai peringatan kepada manusia, memberi pengajaran kepada kita, tapi manusia mudah lupa. Lupa akan asalnya, lupa akan tujuannya hidup di dunia dan lupa kepada hari kehidupan selepas mati.

  6. Segala kejadian adalah kehendak Illahi. Manusia di beri akal fikiran agar berfikir untuk melakukan anjakan paradigma dalam hidup agar sentiasa berlandaskan ajaran Islam. Jangan lupa kita sentiasa diperhatikan olehNya…………

  7. Assalamualaikum!…tumpuan penyelamat jangan hanya tertumpu di tempat rumah ranap sahaja. Apa dah berlaku kepada lebih 5 ribu lagi yang terputus hubungan itu. Bayangkanlah warga emas yang uzur, orang tidak upaya/OKU, kanak2 kecil, ibu mengandung dan lain2. Dengarnya pihak berkuasa sudah hantar bantuan. Tetapi kenapa dalam temubual orang awam terlibat dengan R24 BERNAMA ada yang melaporkan (Sdr Badlishah dll. yang ditemubual oleh R24 secara langsung pagi ini), tiada sebarang arahan, tiada sebarang bantuan yang mereka terima sehinggakan penghuni sendiri dan ramai lagi berusaha mencari jalan keluar meredah hutan dan cerun bukit yang berbahaya keluar menyelamatkan diri dan keluarga. Maklumat ini berbeza dari apa yang dilaporkan oleh pihak penyelamat dari masa ke masa. Sedang laporan yang rakyat terima ialah sebaliknya. Mana satu yang BETUL. Bukankah pasukan penyelamat kita adalah di antara yang terbaik seperti smart, aman malaysia, FRU, JPA3, Bomba dan Penyelamat, Bulan sabit, palang merah, PGA dsb…….kita pernah juara dalam menyelamatkan rakyat luar negara yang ditimpa bencana tanah runtuh, bangunan runtuh, gempa bumi, tsunami dll. Bagai mana bila rakyat sendiri yang ditimpa malang seperti ini, keadaan semacam tidak dapat dikawal sebaik-baiknya. “Malulah kita kalau macam ini?”…anakdagang menyeru kepada semua rakyat ayuh!!1 bantulah mereka yang malang ini seberapa yang termampu yang boleh kita lakukan. Ketepikan sebarang perbezaan fahaman politik mahu pun agama.

    Memanglah, dalam situasi gawat seperti ini akan timbul kecelaruan, kepanikkan dan seribu satu macam salah faham lagi. Namun di sinilah ujian kepada semua pihak terutama pihak berkuasa yang sepatutnya lebih cekap bertindak pantas menangani kecelaruan ini. Sekurang2nya hantarlah bekalan makan/minum, air bersih, peralatan baby, ubat2an serta menempatkan bilik gerakan lengkap dengan keperluan logistik termasuk pegawai2 perubatan untuk penduduk yang terputus hubungan itu juga. Jangan biarkan mereka terkapai2 mencari arah haluan masing2. Jangan hanya tumpu kepada korek2, gali2 dan apa lagi????. Bagai manapun takziah kepada keluarga yang malang…sesungguhnya pembalasan dari Allah itu amatlah pedih. Muhassabahlah diri kita bersama sebelum menerima satu lagi pembalasan di hari akhirat yang sememang tidak terbandingkan lagi azabnya. Wallahualam!.

  8. Ini Semua petunjuk daripada tuhan kepada orang yang mahu beringat samaada dari peringkat pemimpin hingga ke rakyat marhain.

  9. Tahziah kpd yang terlibat, sabar bagi kami yg melihat,mereka yg menimpa adalah kerana Allah tahu mereka kuat menghadapinya,tapi manusia memang selalu lupa… bila dah berlaku semua kesalahan ditunding kpd org lain, tapi kita selalu lupa

  10. Saya merupakan antara yang terlibat secara tidak langsung dengan trajedi yang memilukan ini. Saya mempunyai sebuah unit kondo disitu, adik saya juga tinggal disitu dan adik ipar juga disana. Apa yang saya kesal dengan kejadian ini ialah usaha menyelamat mereka yang terperangkap sama ada dibawah runtuhan ataupun yang beribu lagi yang tidak ada jalan keluar di Kyoto Garden, Oakleaf Park, Laman Oakleaf amat tidak memuaskan. Yang paling terserlah ialah kelemahan dari segi koordinasi menguruskan bencana. Tidak ada satu pun coordinated effort. Sepatutnya ada satu pasukan yang ditubuhkan di tempat kejadian untuk coordinate pasukan penyelamat baik bomba, polis, ambulans, sukarelawan mahupun jentolak. Dalam situasi begini komunikasi jelas sekali tidak tersebar. Bayangkan didalam berita penduduk kononya diarah kan berpindah dan kononnya ada yang berdegil tidak mahu berpidah. Memang benar ada segelintir yang begitu namun kebanyakkannya tidak begitu. On the grond keadannya huru hara. Mereka yang terperangkap tidak menerima berita atau maklumat kerana bekalan elektrik terputus. Tiada radio atau TV. Cuma harapkan sms dari saudara mara, panggilan telefon atau kepada yang ada laptop dan masih ada bateri boleh la cuba dapatkan sedikit maklumat melalui intenet. Bila mereka ditelefon diberi arahan berpindah (kerana TV melapurkan penduduk sekita diarah berpindah) dan cuba berpindah, polis on the ground tak benarkan dan suruh balik ke kediaman masing masing keranan kononnya masih merbahaya, jadi arahan mana yang perlu diikut. Saya yang menonton TV dan mengikuti perkembangan terpaksa menelefon berulang kali. Bila ada lapuran tentera sudah membuat jalan denai, mereka yang terperangkap tidak boleh keluar tidak tahu pun adanya jalan alternatif kerana tiada maklumat, dan dimana jalan denai itu pun tidak diberitahu. Berbagai lagi lah kelemahan yang tak larat saya nak hurai kan satu persatu. Apa yang membosankan ialah this is not the first time kita dilanda trajedi alam. Tanah runtuh, banjir, tsunami ini belum lagi berlaku perang jadi kenapa tiada pengurusan bencana yang baik. Tak pernah belajar padahal dah berkali kali berlaku. Polis, tentera, ambulans sukarelawan tidak dapat dimenfaatkan sepenuhnya kalau masing masing ada ketua berlainana dan ikut arahan berlainan. Mesti ada satu task force di tempat itu yang mengkoordinasi kesemuanya. Maklumat juga haru disampaikan secara baik, helikopter begitu banyak berlegar dikawasan satu pun tak ada hailer untuk ber arahan pada penduduk.

  11. tu la kalu blagak sangat apabilan kaya ckit dah nak dok jauh dari orang biasa apabila x kenang budi alam semula jadi tu la jadinya

  12. Jgn lah lupe kita hidup ini hanya lah sementara dan hendaklah berpada pada….tmpt lain pun ada juga rumah atas bukit, tapi tak semewah di kawasan ini , mereka bersederhana dan hanya buat untuk selesa sekeluarga….tapi tiada pula kejadian sebegini…..renungkan , fikirkan ,

  13. Saya salah seorang penduduk di Riverdale Blok B yang berhampiran juga mengalami pengalaman yg menakutkan dipagi itu sekitar pukul 3.45. Saya terjaga apabila bekalan elektrik terputus. Selang beberapa minit terdengar bunyi letupan. Saya menjenguk keluar tingkap dan terlihat siren polis. Perasan saya bertambah takut apabila melihat suami saya masih belum pulang dari kerja. Saya menerima panggilan dari suami dan dengan suara cemas, dia mengatakan yg dia berada diluar dan terdapat tanah runtuh yg telah menenggelamkan beberapa rumah banglo. Dia bersama rakan nya telah cuba menggoncang2 kan pagar rumah beberapa banglo berhampiran surau utk cuba menggerakkan penduduk, tetapi terpaksa mengalah apabila tanah mulai mengejarnya dan kawannya. Namun, dia berjaya mengejutkan seorang penduduk yg kemudiannya diikuti oleh beberapa penghuni lain. Alhamdulillah suami saya juga terselamat. Saya juga menyaksikan mangsa pertama dan kedua yg dibawa keluar dari tmpt kejadian. Keadaan begitu menyayat hati dan kelam kabut. Dalam keadaan yg masih gelap..pasukan polis yng tiba cuba untuk menenangkan semua penduduk yg sudah memenuhi jalan raya. Apa2 pun kami masih lagi menunggu pihak berkuasa untuk mengisytiharkan samada Apartment Riverdale masih selamat untuk didiami. Smoga tuhan melindungi kami penduduk di Bukit Antarabangsa ini.

  14. innalillahiwa inna ilahirojiun…
    semoga bencana ini memberikan pengajaran kepada kita dan menginsafkan diri kita yg kerdil ini…

  15. semoga bencana ini memberikan pengajaran kepada kita semua….

    p/s:
    semoga kita sabar menghadapi dugaan yang menimpa diri…..

    sekian…
    assalamualaikum….

  16. …bersabar sajalah al alim. Berlakunya sesuatu itu ada sebab musabbabNya. Ada hikmah di sebaliknya. Berlakunya tanah runtuh ini juga atas kehendakNya jua. Coordinate itu sudah ada tetapi lemah. Ramai penghuni sekitar yang terputus laluan bersungut. Maklumlah dalam keadaan panik. Apa jua salah faham boleh terjadi. Pihak pasukan penyelamat juga inginkan yang terbaik. Ketua Polis Selangor selaku ketua penyelaras bencana ini telah bertungkus lumus dengan pelbagai cara sedaya upaya inginkan yang terbaik dilakukan untuk semua pihak. Maklumlah kes melibatkan nyawa manusia. Tindakan perlu berhati-hati. Semua pihak penyelamat juga begitu. Mudah-mudahan ini menjadi pengalaman terbaik untuk kita semua. Kita sama-sama belajar dari pengalaman.

    Biasanya setiap komuniti di taman-taman perumahan/kondominium/appartment mempunyai Ketua Komuniti yang dilantik dalam bentuk persatuan penduduk bagi menangani segala masalah yang timbul. Di sinilah peranan dan fungsi yang sepatutnya dijalankan dan untuk menjadi saluran utama penerimaan atau penghantara segala maklumat atau arahan. Para penguhi sepatutnnya sudah mempunyai pasukan padu yang mampu menyatukan semua orang untuk berkomunikasi di antara semua penduduk dengan pihak penyelamat. Jelas, inilah sebahagian masalah kita yang duduk di kota-raya apa lagi di sudut kediaman mewah begini. Sukar sekali membentuk kesatuan penduduk yang bersepadu. Inilah masa dan ketikanya kita perlukan persepakatan sesama sendiri tanpa hidup mementingkan diri sendiri atau berpecah. Sikap lu lu gua gua selama ini sebenar2nya telah merugikan kita semua dan telah mengajar kita betapa pentingnya kita kembalikan bersatu menghidupkan kerjasama erat antara satu sama lain bukan hidup secara individualistik terlalu kebendaan. Dari apa yang diperhatikan seolah penghuni/penduduk tiada persepakatan sesama sendiri. Masing-masing berpecah mencari dan membawa haluan sendiri-sendiri untuk menyelamatkan diri dan keluarga masing-masing sahaja tanpa mengambil kira kepentingan jiran2 atau orang-orang yang lain juga. Tidak ada coordinate sesama penduduk.

    Kalaulah begini caranya, sampai bila pun kita akan tewas sekiranya benar-benar berlaku peperangan. Pihak penyelamat tidak mampu datang memberitahu setiap orang, setiap pintu rumah, setiap pintu/tingkat kondo/appartment, akan apa yang perlu dibuat oleh penghuni atau untuk keselamatan penghuni. Inilah perkara yang perlu kita sama-sama pelajari bermula dari sekarang. Maaf, ini pandangan ikhlas saya yang kasih dan sayang pada semua kalian seperti mana saya sayang pada diri saya sendiri dan keluarga saya juga. Terima kasih.

  17. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mangsa tanah runtuh yang kehilangan orang tersayang. Banyak bersabar dan redha akan ketentuan Illahi.
    Sesuatu musibah yang berlaku tentu ada hikmahnya, sambil kita perlu muhasabah diri dan keluarga. Semoga kita semua ingat bahawa segala harta yang kita miliki adalah sementara sahaja dan pinjaman belaka, kepadaNya kita akan dikembalikan.
    Selamat menyambut Idil Adha kepada semua muslimin dan muslimat. Korbankan harta dan nyawamu untuk menegakkan Islam. Janji Allah itu benar.

  18. harta karun ditelan bumi. harta rasuah ditimbus tanah. Setia malapetaka yang berlaku ada hikmahnya. allah maha mengetahui apa yg kita tidak ketahui. Bala allah bukan diturunkan pada pesalah sj, bahkan pd semua kelompok yg berdekatan. semoga kita bermuhasabah.. jangan sampai allah meranapkan bumi malaysia hanya kerana kesalahan sebilangan kecil drpd kita. nauzubillahi min zalik

  19. Sabar dan redza dengan ketentuan Ilahi. Semuga kita semua akan diampuniNya ayas keterlanjuran kita selama ini.

  20. Sabar dan redza dengan ketentuan Ilahi. Semuga kita semua akan diampuniNya atas keterlanjuran kita selama ini. Selamat Hari Raya Aidil Adha untuk semua pejuang yang bertungkus lumus memerah tenaga untuk menyelamatkan saudara kita.

  21. Takziah kepada seluruh penduduk yang ditimpa bencana. Bersabar, berusaha,berdoa dan bertawakallah kepada Allah.

    Kita selalu lupa . Kita berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan semasa kita ditimpa kesusahan.Namun apabila kita senang kita lupa akan janji kita.

    Pemeliharaan alam sekitar hanya jadi omongan kosong. Berbaliklah kita kepada prinsip asas dalam urusan seharian. Pemimpin yang tidak amanah dan pemaju yang rakus, kemusnahan yang terjadi terpikul di bahu anda.

  22. subahanallah…..maha besar kuasa allah….tiada siapa yang boleh menahan langit dengan jari telunjuk………

  23. Bersabarlah wahai mangsa-mangsa. Saya pasti ramai yang faham keadaan saudara-saudari semua. Marah, takut, geram, bingung dsbgnya.

    Allah swt hendak menjadikan, tiada siapa dapat menghalang.

    Negara kita sudah menempuh pelbagai kesusahan akhir-akhir ini. Tsunami, banjir besar, ribut taufan, tanah runtuh, jerebu, bencana di jalan raya dan sebagainya.

    Usah kita khuatir, alam ini semakin mencecah ke hujungnya. Apa yang kita boleh buat sewaktu bencana ialah bertaubat dan mensyukuri nikmat Allah swt kerana membenarkan kita hidup lagi di dunia ini mencari bekalan ke alam barzakh dan akhirat yang kekal abadi.

    Akhir kata, sudah-sudahlah. Berhentilah mencipta syurga dunia. Sudah lebih dari cukup apa yang ada. Carilah yang lebih baik dari ini dan tentangilah mereka yang masih tamak haloba.

    Maaf jika menyinggung perasaan mangsa. Berhijrahlah… mungkin itu lebih baik untuk kamu. Berkorbanlah… balasannya ada di alam akhirat.
    Itu lebih besar dan lebih mewah dari apa yang ada di dunia ini.

  24. Hanya kepada engkau (Allah) kami menyembah dan hanya kepada engkau (Allah) kami memohon pertolongan. Semuga talian silatulrahim kami
    penduduk Bukit Indah akan lebih erat selepas bencana ini. InsyaAllah

  25. harap maaf, bukit antarabangsa, kesilapan dikesali

  26. salam buat semua…..kepada mereka yg terlibat dgn kejadian di bukit a’bangsa..takziah di ucap kan…..walau pun saya salah seorang dari yg terlibat dgn kejadian tersebut,bg sy ini semua ketentuan nye….kena terima dan redha dgn ape yg terjadi….kejadian tersebut menyedar kan kita betapa kita sekarang tgh mengejar dunia sehingga lupa akan hari yg akan kekal selama nye…..syukur kita masih di beri peluang untuk melihat alam sekali lagi…..dan belajar dari kesilapan…..masih lagi di beri peluang untuk memohon keampunan dari nye……

  27. Takziah kpd keluarga mangsa….
    terima kasih kpd badan2 kerajaan yang banyak membantu.
    Lps ni semua kontarktor, jurutera yang dah masyuk fikir la dulu sebelum buat projek di lereng2 bukit. Fikir keselamatan manusia, jgn gila duit.
    fikir la ckt ada akal.
    ape kata ko plak yang buat rumah kat lereng bukit, ada bran…..

  28. gua panas la ngan semua kontraktor…..
    ingat gua pesan, lu buat rumah kat lereng bukit lu siap…
    kepada keluarga mangsa sabar la
    ujian dari allah…..

  29. gambar tragedi tanah runtuh

  30. Teringat isi tazkirah tak lama dulu..

    [Bukit dan gunung ganang - dijadikan tuhan sebagai pasak bumi.

    Tiadalah kerosakan dimuka bumi ini selain dari tangan manusia - tangan manusia .]

    Sehebat mana teknologi yang kita mampu adakan untuk menahan nya runtuhan tanah?

    Apa hiraki kawalan risiko yang kita mampu lakukan ? Elimination , Isolation , Engginering control ,Administration ? Hanya elimination that risk saja yang efektif ..so duduk kat bawah ajelah takyah duduk kat cerun takde risiko.setakat banjir tu harta je musnah ..

    . coz kawalan yang lain tu selagi makluk bernama manusia ..even engineering control risiko runtuh akan berlaku kerna tidak dapat elak adanya faktor $$$, harta , bangga , kuasa ,rasuah , dan sifat lalai …

    Takdir boleh berubah dengan doa dan usaha .. jadi 1st usaha ,semua kena faham ketetapan hukum alam diatas . Gunung dan bukit bukan lah tempat untuk kita tinggal .

    Oleh itu manusia ( pihak berkenaan , kontraktor , pemaju , bank , lawyer dan pembeli etc yang dikategorikan manusia yang terlibat secara langsung dan tidak langsung ) . berkorban lah dan berhijrahlah …

    Takziah kepada yang ditimpa bencana . Hari ini adalah peringatan buat semua … Semoga Malaysia Aman Sejahtera Aminnnnnnn

  31. Takziah kepada keluarga yang kehilangan orang tersayang.
    Kepada yg terselamat…..bersyukur kehadrat Allah & muhasabah diri…..! Fikirkanlah pula jalan pulang yang kekal abadi….
    lelaki_itu,
    saya amat tersentuh hati dgn rendah diri anda…..bersabarlah kerana setiap musibah yang menimpa, ada hikmah yg tersembunyi…. Wallahualam.

  32. Salam semua…

    Kena wajibkan subjek geografi diperingkat menengah atas supaya rakyat tahu menghargai alam sekitar daripada terus di musnahkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh-roh mereka yang terkorban dalam tragedi yang menyayat hati ini.

  33. salam

  34. [...] Banjir 3 kaki. Bukit Antarabangsa 1 BA2 [...]

  35. jgnla byk sgt komen yg bukan2…bila kita dah diarahkan utk rescue..means that kita pergi dgn ketua kita…polis,tentera,bomba dan agensi lain lagi semuanya ada leader masing2…so kepada mamat yg komen dlm tv ntah apa2 tu x payahlah nak tunding jari jer…bukannya nak offer bg bantuan ker,cdgn penyelamatan ker atau apa2 lagilah idea…it is because of yg duk kat situ pun semernya educated pers…jgn ckp cam org x sekolah… THINK THE BEST BY DISTRIBUTING THE BEST NOR BEST COMMENT …TQ


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Kategori

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 61 other followers

%d bloggers like this: