Posted by: pinkturtle2 | Disember 21, 2008

Dato Ma’amor Ketuai Pembakaran Babi-Babi


2.

3. Bekas juara silat sedunia mengepalai bacaan doa

4.

5. Sampai menggigil berdoa

6. Peserta dengan topeng “Bau Busuk”

7.

8.

9 – 10 Ahli Parlimen Masjid Tanah menerima Memorandum dari Timbalan Presiden Pewaris, Sdr Rahimuddin. Nasib baik YB tu datang, kalau tidak para peserta bercadang akan berarak beramai ramai ke kediaman beliau

10.

11 – 16 Segmen luahan rasa oleh wakil penduduk kawasan2 yang terlibat dengan ternakan babi

13.

14. Mahaguru Silat Gayong, Ismail Jantan mahu ISA di Kekalkan

15.

16.

17. Dato Ma’amor

18. Bacaan doa munajat

19 – 23 Upacara simbolik “Pindah Babi” keluar dari Sungai Tuang

20.

21.

22.

23.

24.

25.

26.

27.

Majlis Pembakaran Babi-Babi Di Melaka

PEWARIS  akan menyerahkan memorandum dan memfailkan aduan kepada Biro Pengaduan Awam di bawah Jabatan Perdana Menteri mengenai isu babi di negeri Melaka untuk melihat kemampuan Biro ini menyelesaikan masalah rakyat. Pihak Badan Pencegah Rasuah ( BPR ) juga diminta mengesan samaada wujud salah guna kuasa dalam kes ladang babi di Melaka.

PEWARIS seperti yang dituntut di dalam resolusi yang disertakan bersama memorandum bantahan memberi masa sebulan kepada pihak – pihak yang terbabit untuk menyelesaikan masalah ladang dan ternakan babi ini.

Penternak babi-babi ini dingatkan supaya jangan menguji kesabaran umat Islam berhubung perkara ini. Penternak babi – babi ini harus memberikan kerjasama bagi menyelesaikan masalah ini kerana ia juga melibatkan isu alam sekitar.

Gambar-gambar dari minaq jinggo

http://pewarisummah.blogspot.com

Replika babi dibakar di Melaka

Empat replika babi yang dibuat daripada kertas, dibakar di perkarangan Hotel Samudera Resort Riverside, Masjid Tanah hari ini, sebagai membantah perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang menggantung kepala babi pada kain rentang Majlis Permuafakan Ummah (Pewaris), Rabu lalu.

Naib Pengerusi Pewaris, Rahimidin Md Harun berkata, majlis membakar replika babi itu diketuai oleh Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Maamor Osman dan disaksikan oleh kira-kira 800 orang.

Beliau berkata, sekiranya isu tersebut tidak diselesaikan, pihaknya akan membawa satu replika babi ke perhimpunan Umno Mac depan.

Di samping itu, katanya, Pewaris juga akan menuntut pemimpin PKR dan PAS supaya berusaha menghapuskan ternakan babi di kawasan berkenaan.

Ketika dihubungi petang ini, Rahimidin berkata, PPIM merupakan anggota gabungan Pewaris.

Menurutnya, Pewaris juga menyampaikan taklimat penduduk tempatan mengenai isu ternakan babi di kawasan tersebut, dalam satu majlis tertutup di hotel berkenaan.

‘Kami juga menyerahkan memorandum kepada Ketua Umno bahagian Masjid Tanah, Datuk Abu Seman Yusof  meminta kerajaan menutup semua ladang babi di kawasan Masjid Tanah,” katanya.

Rabu lalu, penduduk dilaporkan menemui bangkai kepala babi hutan digantung pada kain rentang tersebut, berhampiran bulatan Tanjung Bidara-Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Penggantungan kepala babi kelmarin merupakan insiden ketiga. Pada 18 Oktober lalu, peniaga dan pengunjung menemui bangkai kepala babi di tepian Pantai Pengkalan Balak.

Pada 13 November lalu, kepala babi dilaporkan digantung di atas pintu pagar rumah seorang ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Masjid Tanah, Md Rawi Mahmud.

Ketua Polis Melaka, Datuk Mazlan Mansor sebelum ini dilaporkan memberi amaran kepada mereka yang terbabit menggantung kepala babi di kain rentang Pewaris itu.

Beliau juga dilaporkan berkata, sebuah skuad khas juga telah ditubuhkan untuk menyiasat insiden berkenaan.

http://www.malaysiakini.com


Respon

  1. Muka semua macam muka UMNO. kekekek.

  2. hmmm dalam lubuk pas tentulah khairy tak akan dipuji…cuba dalam lubuk umno pulak….yg lapor pun bias ni….

    urusetia penerangan tu abe yang buat kertas kerja dulu sebab abe jadi pengarahnya semasa jadi su akhbar mat yaakob.

    prof agus tu… adek abelah sebab masa nak buat ma kat england dulu abe hantar dia kat subang…manja tu dengan abe.

    tak apalah kalau takdir bn/umno kalah maka jadilah malaysia ni plestin atau singapura…sebab husam dan pas tu pandai berdebat sama sendiri dengan melayu aje… dengan dap – cina dan india hmmm kalah… telor pun masuk dalam punggung dooo… takut. lihatlah si nizar dan khalid tu…..

  3. apa lakss kaitan anwar & hadi dlm hal ni ???

    apsal ko tak tny dgn KM melaka tu ???

    apa laa bangang punya org2 tua semua ni.

  4. Dah siasat ke siapa yg gantung kepala babi tu?? Rasanya puak yg kecoh ni punya kerja. Dulu kecoh kat S’gor, skrg dkt Melaka plak. Mungkin satu M’sia kot. Hentikanlah kerja mengapi-apikan ni woi. Contohilah kepimpinan S’gor dlm menyelesaikan isu babi ni. Umnolah yg menjadi punca pada masalah yg berlaku skrg.

  5. korang suruh umno setelkan sendiri la bongok…korang yg pandai api apikan isu babi ni…barua betul la umno ni

  6. negeri melaka majority ahli parlimen dr parti UMNO apa kejadahnya nk suh DSAI and Hadi Awang settlekan pasal babi tuh… bodo punya pewaris. Nasib x jd pewaris babi..

  7. Kalau kuncu2 umno yang punya kerja tu (gantung kepala babi), teman memang tak heran langsung. Puak umno bila buat macam tu, orang Melayu marah. Lepas tu taksokonglah PR kununnya disamping niat nak nak melaga-lagakan Melayu-Cina. Apalah nak diharap kepada pemimpin umno, rasuah sudah dihalalkan. Tak gitu Mike Tyson, Ali, Muhyiddin dan ramai lagi!
    Perangai cara syaitan umno, baling batu sembunyi tangan tu, dah lama sangat kita ketahui. Bila dia upah budak2 sekolah buat, esoknya buat lapuran polis. Panggil media, sensasikan dalam Berita Bullshit Utama! Dah jemu tengok perangai jelik umno! Hanya aberamly dan penjilat umno saja yang akan telan bulat2 semua berita rangkaian Media Prima, terutama TV3 suku. Kesian aberamly dan spesies yang sewaktu dengannya, jadi Melayu berpendidikan…tapi dungu akan kebenaran dan helah politik UMNO yang memperbodoh2kan orang Melayu dulu kini dan selamanya!

  8. BAKAR PATONG BOLEH LAA

  9. bakar teloq babi lah dol..bahlol dan tongong semua orang melako dan orang tua tui..ptuii1

  10. KENAPA SEKARANG DI BESAR-BESARKAN ISU INI…MESTI ADA UDANG DISABALIK MI..SETELAH LEBIH 40 TAHUN UMNO BE END MEMERINTAH..

  11. woi lan gajoh eh Lan BABI (pukida bukit bintang!)
    ko bagitau paklah suruh babi tu dibela kat umah ko la!! kat bukit bintanbg tu banyak PELACUR ko xnak jagaa? nak jaga ranting orang buat apa? MELAYU konon!! melayu taik kucing la UMNO!!
    JGN kaitkan PR la! ko rangla anjing2 yang start isu babi ni kan? korang sembelih buat kenduri pekida makan babi ramai2!@!

  12. Masalahnya depa tak tau sapa ketua menteri kat situ.
    Ka depa kalut dok buat patung babi tu sampai lupa dok negeri mana.
    Awat depa x berani beli babi betoi empat ekor lepaih tu bakaq la lagi sempoi kan ka?
    Buat kejutan sekali. Bush pun org berani baling kasut…apa kes takat bakaq babi.
    Bukan apa dah pakat nak tunjuk berani. Alang-alang seluk pekasam terjun teruih la dalam tempayan ..he he he…

  13. agak2 korang siapa pemegang saham babi kat melaka tu?

  14. rasuah politik lebih teruk dari babi. Menerima dan memberi rasuah jadi darah daging…natijahnya akan menyondol lebih teruk dari babi. Babi menyondol sekadar cari makan… rasuah politik menyondol kemewahan -“Takhta, Harta, Wanita”. Allah menegah manusia makan suap @ rasuah… tetapi tidak melarang makhluk babi makan. Bakar perasuah dahulu kerana perasuah membiakkan babi dan babi mudah membiak…

  15. kalau tak bangang bukan Untuk Melayu No namanya….babi membiak di bawah pemerintahan Untuk Melayu No….PR terpaksa tanggung (macam Selangor)…dah dapat janda…

  16. MasyaAllah komen-komen di atas ni datangnya dari orang melayu ke,kalau inilah komen yang orang melayu sendiri yang buat hancurlah orang melayu,apa kena mengena dengan UMNO pulak,dia orang tu dari PEWARIS dan PPIM semuanya orang melayu,sekurang2nya ada lagi orang melayu yang mampu bertindak begitu,kau orang kalau dah tak mau tolong orang melayu nak tolong siapa lagi.Fikir lah wahai orang melayu yang bagi komen di atas dalam perkara ini jangan ada kompromi dan perbezaan politik harus diketepikan, saya puji DAP mereka tidak pernah kutuk MCA dan GERAKAN. Itulah perbezaannya fikirlah sendiri

  17. tah komen tu semua dari bebudak umur 25kebawah tu bodoh punya org

  18. Yob,
    Komen komen macam tu menunjukkan yang mereka tak puas hati dengan sikap bermuka muka PPIM, Pewaris dan entah apa apa NGO lagi. Jelas mereka alat Umno.

    Mengapa sekarang baru sebok fasal babi ni???? Selepas Umno kalah banyak negeri la kan???? Semasa Umno kuat dulu tak ada babi ke kat Malaysia ni???? Jawab hak tu dulu.

    Nak ajak Melayu bersatu???

    Semasa Umno kuat dulu, tak peduli pun bab penyatuan orang Melayu, mereka bunuh orang Melayu PAS di Memali. Bila dah mula kalah, ajak orang Melayu bersatu.

  19. Tambah sikit lagi,

    Dah tu kempen suruh kerajaan Umno kekalkan ISA pula. Memang la barua Umno setuju dengan ISA sebab orang Umno kalau jahat macam mana pun tidak akan kena ISA.

    Yang dok kena ISA adalah ahli dari bukan Umno/BN. Bukan orang Umno, baik macam mana pun belum jamin tak kena ISA.

    ISA untuk pertahan Umno, bukan untuk pertahan negara.

  20. Yang hangpa pi bakaq replika babi tu buat apa???? Kalau bakaq babi betul, boleh juga buat cicah ayaq asam.

  21. masuk nerakalah..orang yang menyokong kezaliman ISA dan mengapi2kan semangat bangsa…

  22. persatuan pengguna Islam apa macam ni..buat malu jer…tukarler..jadi persatuan melayu makan babi

  23. MUKA…depa ni..keruh…heii….ada tanda ahli neraka…keruh..lagi keruh daripada minyak hitam…

  24. testing2

  25. pewaris ni semuanya mai dari kalangan umno. dok kalut pasai babi apa pasal.. yang dosa2 besar mcm arak,judi,zina kenapa tak ambil perhatian?? bukan nk burukkan bangsa sdiri…tp ni la yg umno tanamkan dalam pmikiran org2 melayu selama 50thn… klu org melayu minum arak,zina merata tempat,judi sana sini tak pulak kamu sungguh2 nak lawan.. maka jadi la begini !! klu minum arak,zina,main judi rasa xbsalah…. padahal itu semua dosa besar !! tp try bagi lauk babi tengok…. sepak pun dia sepak !!! itu la yg diwarisi dalam pmikiran org melayu slama 50thn… bknnya pmikiran org islam yg sbnr… hakikatnya…umno perosok dalam pmikiran bangsa dan agama sdiri..

  26. Bakar je Ali Ketam itu lagi baguih

  27. kalau macam ni lah sampai bila pun melayu tak kan bersatu,sekurang-kurangnya pada satu-satu perkara yang diperlekehkan oleh bangsa lain melayu kena bersatu supaya bangsa lain tidak berani memperbodohkan orang melayu. Tapi yang komen guna nama ‘Drmakmor muka macam BABIi’ tu pastinya bukan islam kalau dia tu islam harap Allah beri petunjuk pada dia.

  28. alamak ni taktik lama. rakyat marhaen dah tak percaya dah.

    Selalunya tiap program yg nak suruh melayu/Islam hadir ni memang tak de sambutan .. pasalnya org dah tahu … ramai ahli politik yg berselindung disebalik ketuanan melayu, rakyat dah menyampah.

    bila cakap bagai nak runtuh langit tapi takat bakar babi kertas …… buat malu je.

  29. saudara Yob.komen2 di atas adalah dari org yang dah celik mata dalam selok belok politik sekarang .Babi nni bukan sekarang wujud,dah lama.Tapi baru skarang jadi isu .Kenapa?Cuba saudara fikirkan .Fikir dan terus fikir .

  30. kah kah kah kelakornya mamamat mamat UMNo nih.depa nak jadi juara membakar babi.peh tu politikkan pulak tentang perpaduan melayu.woi korang muka dah tak laku….ada ke dalam ISlam suruh bakor babi.mana buleh…babi tu makhluk Allah juge.spesies deme dalam UMNO la dulu yang
    bagi muke bagi bela babi ikut suka.la bila deme nak kambuih masuk lubang deme pulok yang bising.bersatu tu memang la ditunntut agama tapi bukan le bersatu dengan kaki kapurrr..kaki perompak harta rakyat…kaki fitnah..kaki auta…aii berapa banyak kaki daa…pelik bin ajain deme x kena ISA plak …dr maamor dulu memang aku respek.harapkan lah dia boleh berkecuali dengan politik sempit nih..tapi la bila aku tengok tv di keluar statement tang subsidi …hancusss..apa punya setiausaha PPIM lagu nih.rakyat ni kira pengguna la.kami beli harga yang mahal untuk jadi rakyat yang hidup dalam demokrasi..kita taat pada negara dengan tidak mau menimbulkan kekacauan.kita dah terlalu banyak bersabaq dengann kerenah UMNO dan Be End..Harga barang makin naik..subsidi makin turun tapi pemimpin hidup bermewah..Hey dr maammor aku menasihatkan ko keluar je la dari PPIM.KO buat Persatuan Pengguna UMNO lagi baguih la.Jangan nak guna nama ISlam tapi ko pilih pilih bulu.Tang makan minum ko sibuk halal haram…tapi tang pemimpin zalim tahap gorgom ko cakap lain plak…nak ajak bersatu mestilah dengan ISlam dan ko nak ajak pilih pilih la orang beb.jangan la ko main belasah je…Aku pun sayang bangsa aku ..aku pun melayu gak…aku pun nak bersatu tapi bukan dengan orang munafik ..Aku pun nak berbaik baik dengan bangsa lain.diorang pun hamaba Allah gak..diorang kapiaq sebab x dapat hidayah Allah.Kalu korang terer sangat agama pi la berdakwah dengan mereka..jangan dok bakar replika babi camtu .ni menyebabkan orang kapiaq confuse.deme ingat Islam ajar macam tu…Dr Maamor betulkanlah tasawwur Islam mu..tunjukkan akhlaq sebagai seorang aktivis Islam yang ikhlas.dulu wajahmu kulihat disinari nur walaupun dalam tv.tapi la ko dapat title Dato’ habis caca merba…Aku sayang pada dr maamor nih…aku tegur atas sifat persaudaraan ISlam…OPPS bukan sebab ko melayu yer…


Tinggalkan komen

Kategori