Posted by: pinkturtle2 | Mac 14, 2009

Takkanlah dari 900 aduan.. Ini saja yang lekat

utusan-14

Takkanlah dari 900 tak lekat 90 atau 9 orang PERASUAH UMNO? Peliknya UMNO!

Bila membaca komen Che Det di sini, saya pun memang dah lama terfikir, kemana gerangan menghilangnya SIASATAN kepada aduan sebanyak itu dalam sekelip mata? Tinggal beberapa hari sahaja lagi dan tinggal beberapa orang sahaja yang masih teguh mempertahankan prinsip tidak menggunakan wang sebagai umpan undi perwakilan yang ‘KEBULUR’ dan ‘MELAHAQ’ musim pemilihan seperti ini, masih tiada sebarang dakwaan, tindakan dan apa sahaja ke atas aduan yang dikemukakan itu.

Benarkah UMNO sebuah parti ulung di Malaysia yang ‘MAHABERSIH’ dan ‘MAHASUCI’ dari kebobrokan dan kejahatan tangan-tangan manusia yang menjadi ‘PERWAKILANNYA’?

Mungkinkah juga Che Det sekadar memfitnah parti yang mana dia sendiri sebagai pengasasnya? Mungkinkah Che Det sengaja hendak memburuk-buruk pimpinan semasa yang takkan muncul lagi dalam UMNO selepas ini dek dendam yang tak sudah? Mungkin Che Det memang pembohong dan penipu besar bila bersuara tentang hal ini dahulu?

Jawapannya mungkin umum sudah tahu tetapi persoalannya tetap sama dan seolah-olah tiada penyelesaiannya kerana hari besar UMNO hampir tiba tetapi mereka yang bertanding sudah boleh dikatakan bertandang ke seluruh negara ‘memancing’ undi perwakilan yang majoritinya ‘celaka’ dan ‘haramjadah’ kerana menyalahgunakan amanah yang diberikan ahli UMNO yang setia dalam bahagian masing-masing.

Bagi saya, perwakilan yang bermuka-muka ini dan mengambil kesempatan untuk mencari durian runtuh sempena pemilihan kali ini layak dipanggil ‘haramjadah’ dan ‘celaka’ kerana sikap mereka yang begitu. Walaupun bukan semua tetapi saya yakin, majoritinya sebegitu. Tak hairan kalau ada tokoh-tokoh dan nama besar dalam UMNO semasa akan tumbang kerana prinsip perjuangan mereka yang ‘ketinggalan zaman’ itu.

Sayangnya UMNO…

http://perfectwater75.blogspot.com


Respon

  1. alah yg kena dakwa pun ikan bilis…paus hampa x dakwa pun…pelik-pelik.

  2. So, menjelang sidang UMNO ni, maka ikan paus melompat2 kegirangan, lembu2 kekenyangan… dan orang Melayu terus berada dlm kehampaan. Oh kaum Melayu… Sungguh malang nasibmu!

  3. Dalam konteks UMNO/BN memerangi rasuah, tu dah kira bagus dah tu !!!

  4. Ingin di nyatakan disini… bahawa yg sebenarnyer…aduan rasuah 900 kes…. dan stelah disiasat…didapati 1,783kes drp 900 kes yg di adukan tiada bukti kukuh a.k.a ” No kes”….jadi ahli umno masih ada belen 883 untuk dilaporkan kpd jk disiplin umno/sprm.

    Oleh kerna pemilihan umno dah dekat….belen ini akan di carried forward ke pemilihan akan datang.

    Kepada sesapa x paham boleh buat aduan kpd saya…sbb saya masih ada belen aduan x paham sebanyak 18,984,341 yg di bring forward sejak 50 tahun lalu….

    Sekian dimaklumkan.

    Yg iklas…Ajk Aduan

    p/s: pecah kaca pecah gelas…bla..bla…bla…


Tinggalkan komen

Kategori