Posted by: pinkturtle2 | Julai 13, 2009

TPM merasuah pengundi-pengundi di Manek Urai.. mana SPRM?

MANEK URAI – ANTARA DUA JAMBATAN, MANA ANDA PILIH?

Aku mendapat berita terbaru dari blog Pinkturle, bahawasanya Umno telah mula memainkan taktik lamanya iaitu rasuah pilihanraya akibat terdesaknya Umno untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai. TPM di dalam pengumuman pentingnya sebentar tadi mengumumkan projek jambatan bernilai RM7 juta untuk Manek Urai SEKIRANYA Umno menang di dalam PRK Manek Urai Selasa ini. Aku sudah agak, akhirnya Umno akanmengekalkan budaya lamanya iaitu `merasuah’ pengundi-pengundi di Manek Urai. Tidakkah itu rasuah namanya jika menjanjikan pembangunan SEKIRANYA menang sahaja? Jika bukan rasuah, tolong ajar aku apa erti rasuah sebenarnya.

Tumpuan kini tertumpu kepada SPRM dan SPR. Apakah kedua-dua badan ini akan berdiam diri? Umno kehilangan segala tumpuan dan idea mereka untuk mendapatkan sokongan pengundi-pengundi di Manek Urai sehingga sanggup memberikan janji sedemikian. Umno tidak pernah berubah dan tidak akan berubah. Memang benar kata orang, Umno dan rasuah tidak dapat dipisahkan, jika dipisah sumbanglah Umno. Ternyata 11 bungkusan `hadiah’ dari Najib yang baru diumumkan semalam tidak sedikit pun mempengaruhi selera rakyat terutamanya di Manek Urai. Penghapusan PPSMI yang diumumkan oleh TPM juga tidak memberi kesan langsung malahan dipandang penuh curiga oleh rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan yang saban hari dimainkan oleh Umno di dalam kempen di Manek Urai ini ternyata memakan diri Umno sendiri. Mereka `terbogel’ di Manek Urai. Lakonan `penoreh-penoreh getah’ taraf `mee segera’ juga dijadikan bahan lawak jenaka penduduk Manek Urai.

Hanya tinggal esok dan lusa hari penentu, Umno begitu tertekan di Manek Urai. Umno tidak lagi sanggup `ditelanjang’kan dan dipertontonkan kepada umat Melayu khususnya dan juga akan dijadikan bahan ketawa oleh rakan-rakan mereka di dalam Bn jika Umno tewas kali ini. Maka, Umno tiada pilihan dan mereka terpaksa `merasuah’ pengundi dengan sebuah jambatan. Rakyat Manek Urai akan makan dan hidup dengan jambatan itu nanti, fikir Umno. Umno tetap dengan janji keduniaannya.

Pas juga menjanjikan `jambatan’ kepada Manek Urai. Jambatan yang dijanjikan oleh Pas adalah `Jambatan Siratul Mustaqeem’. Inilah jambatan yang boleh menyelamatkan manusia tidak kira Melayu atau bukan Melayu asalkan mereka beriman kepada Allah dan Rasulnya. Pas menjanjikan dunia dan akhirat, maka `jambatan Siratul Mustaqeem’ adalah penghubungnya. Apakah rakyat di Manek Urai masih mahu kepada jambatan bernilai 7 juta itu jika dibandingkan dengan `jambatan’ ciptaan Allah ini? Memilih jambatan bernilai 7 juta yang ditawarkan secara `rasuah’ ini sama erti dengan menerima rasuah. Penerima rasuah sudah tentu ditempatkan di Neraka Jahannam. Nau’zubillah.

Berfikirlah dengan akal dan iman. Pilihlah di antara dua jambatan yang ditawarkan oleh Umno dan Pas ini. Seandainya pengundi-pengundi tetap yakin bahawa Umno tidak menawarkan rasuah dengan jambatan ini, maka undilah Pas kerana jambatan tersebut tetap akan dibina oleh Umno sekiranya Umno ikhlas. Tetapi, jika hanya dibina sekiranya Umno menang, pengundi-pengundi yang mengundi Umno dianggap bersubahat dengan janji rasuah seperti ini. Aku yakin, rakyat di Manek Urai tidak pernah diajar oleh MB Kelantan untuk mendekati amalan rasuah seperti ini. Maka, buktikan nanti semasa mengundi.

http://armormech.blogspot.com


Respon

  1. Ini la SPRM zaman sekarang. Semuanya tidak boleh dirunding.

    Sprm celaka

    • TAK BOLEH TANGKAP PASAI MAKAN BABI
      BUKAN MAKAN RASUAH.

      KECUALI KENYATAAN CEK DET KALAU
      DI GUNA PAKAI

      MAKAN RASUAH = MAKAN BABI

      SPRM JADI SPBM

      SURUHANJAYA PENCEGAHAN BABI MALAYSIA.

  2. Laaa….awat buat tak faham, tafsiran rasuah dalam kamus dewan Umno ialah. Tidak dikatakan rasuah kalau bagi duit atau janji bagi duit atau apa juga barangan yang bernilai yang dibeli dengan duit atau janji buat pembangunan kepada individu atau kumpulan atau rakyat selama mana perbuatan itu disampaikan atau diucapkan oleh pemimpin Umno dibuat dalam majlis2 anjuran Umno.

    Yang boleh menentukan atau yang akan diambil mengambil tindakan samada perbuatan atau ucapan seseorang pemimpin Umno itu rasuah, bukan SPRM tetapi hendaklah dirujuk kepada Lembaga Disiplin Umno.

    Oleh yang demikian sesiapa yang tidak berpuashati dengan tafsiran tersebut hendaklah menyimpan niat dan berusaha supaya Umno mesti dikuburkan.

  3. biaqpila..sekurang2nyer dia tipu depan depan xpakai agama tipu orng kampung lg teruk hahahaha…

  4. membaca jambatan ilmu..he…he..he

  5. aku dari dulu,sekarang dan selama-lamanya tidak percaya kpd puak ni…..bentuklah apa nama sekalipun..akhirnya jadi kertas layang-layang saja.


Tinggalkan komen

Kategori