Posted by: pinkturtle2 | Ogos 15, 2009

Selsema Babi: Malaysia di tangga ke 9 dunia,angka kematian mencecah 59 orang

Selsema Babi: 3 lagi kematian direkodkan hari ini

PETALING JAYA: Sebanyak tiga lagi kematian akibat Influenza A (H1N1) direkodkan hari ini menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu kini mencecah 59 kes.

Sebanyak 209 jangkitan baru direkodkan melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

Perkara itu dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican, sebentar tadi.

Mstar

…………………………………………………………………………………………………………………

Selsema Babi: Malaysia Tangga Ke 9 Dunia

Wabak Influenza A (H1N1) atau selesema babi semakin mengganas di negara ini apabila tiga lagi kematian dicatatkan sehingga jam 9 pagi tadi.

Peningkatan kes itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan seramai 54 orang dengan 2,253 kes positif seperti yang dilaporkan Kementerian Kesihatan, sekali gus meletakkan kematian akibat H1N1 kita di tangga kesembilan dunia.

Dengan kematian 54 orang ini, negara kita berada pada kedudukan kesembilan dalam kalangan negara-negara dunia yang mencatatkan kes kematian akibat H1N1.

Tiga negara dunia yang tertinggi jumlah kematian adalah Amerika Syarikat dengan 436 orang, Argentina 386 orang dan Brazil dengan 274 orang. Hanya satu negara Asia yang di atas kita iaitu Thailand di kedudukan ketujuh dengan 97 kematian.:

Lebih membimbangkan, jumlah kematian H1N1 di negara kita jauh lebih banyak berbanding negara-negara yang mempunyai populasi penduduk yang lebih tinggi umpamanya seperti China, India, Indonesia dan United Kingdom.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sehingga semalam, jumlah kes positif seluruh dunia mencatatkan 226,618 orang dengan 2,047 kematian.

Dalam statistik itu juga jelas menunjukkan jangkitan positif H1N1 negara lain jauh lebih tinggi, tetapi mencatatkan kematian yang rendah seperti Hong Kong dengan 6,210 kes, hanya 4 kematian; Filipina 3,207 kes (9 kematian) dan Jepun 5,022 kes, tiada kematian.

Mengulas perkembangan itu, Ahli Parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw berkata, kerajaan seharusnya mengambil langkah pencegahan yang lebih drastik umpamanya mengawal dengan lebih ketat kemasukan orang asing ke dalam negara.

Beliau turut menggesa supaya kakitangan perubatan ditambah bagi menangani wabak yang semakin menular ini kerana banyak laporan mengatakan orang awam terpaksa menunggu giliran terlalu lama.

“Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mengikuti langkah pencegahan yang ditetapkan dan mengamalkan persekitaran dan gaya hidup yang bersih.

“Selain itu, majlis awam dan tempat orang ramai berkumpul haruslah dielakkan untuk menghindari penyakit ini,” katanya, semalam.

Ditanya sama ada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir perlu ditangguhkan akibat wabak H1N1, Seng Giaw menyerahkan keputusan itu sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

Greenboc


Respon

  1. Pada 13 ogos yang lalu jumlah kematian 51, 51 orang dimasukan kewad2 hospital. 29 dimasukan ke ICU, 16 orang daripadanya berisiko tinggi, dalam maksud lain, sedang nazak.
    Pada 14 Ogos semalam jumlah kematian 54 orang.
    ICU 29 orang +
    Nazak 16 orang
    ””””””””””””””””
    Jumlah 45 orang (Sedang Nazak)

    Maklumat hari ini 15 Ogos jumlah kematian
    59 orang.
    13 Ogos Nazak 16. Mati 5 = 11
    14 ogos Mati 54
    ””””””””””””””””””””””””””
    Jumlah mati 59
    ICU 29 orang +
    Nazak 11 orang
    ””””””””””””””””
    Jumlah 40 (Sedang Nazak)

    Jumlah sedang nazak 40 orang ini akan semakin rendah sekiranya berlaku kematian hari demi hari dan bukan mustahil 40 orang ini akan mati semua sekiranya kerjaaan tidak mengambil langkah2 yang lebih berkesan atau tidak mengistihar dharurat diseluruh negara. Dan dipercayai dalm tempoh 5 hari dari hari ini, kematian akan meningkat kepada hampir kepada 100 orang.

  2. http://republikkini.blogspot.com/2009/08/nik-aziz-wajar-di-sunatkan-lagi.html

    • KAPIAG NI MEMANG JAHIL, TADAK NGAJI AGAMA LA. IDUP TADAK TUJUAN
      MELAINKAN MAKAN NASIK DAN MAI NAK PROVOK SAJA.

      SIA2 MAK HANG BEGHANAK SAMPAI KOYAK PUKI, DAPAT ANAK SEJAHAT HANG.

      DUDUK BUMI ALLAH,
      MENTEKEDARAH REZEKI ALLAH,
      BERNANYAWA DENGAN UDARA ALLAH.
      TIME MERINTAH ,,, LORD RIED JADI PILIHAN.

      jika orang pasik dipuji, allah murka dan kerananya arasy bergegar – hadis.

      KAPIAG – syak, dhan dan waham akan kesempurnaan allah, kitab, rasul, kadha’ dan qadar, hari kiamat.

      yakin – percaya 100%
      syak – banyak tak caya dari caya
      dhan – antara caya dan takcaya 50-50
      waham- banyak caya dari tak caya

      PASIQ- caya yang stiap hukum samada wajib,sunat harus, makruh,haram adalah
      perintah allah. maknanya depa beriman
      tapi tak nak beramal.

      MUNAFIQ – berpura2 islam tapi peganganya kapiag

  3. najib sibuk tgh cari modal untuk n.permatang pasir,dia tak senang nak uruskan kes selsema babi ni.
    baru tangga ke 9 apa kisah,kut tangga ke kubur baru ada kisah gamaknya.

  4. salam teman semua…
    minta tolong klik link dibawah….
    dari klik tersebut dapat gak saya 10 sen…
    http://jutawanklik.com?a_aid=9420077a
    tolong yer… terima kasih


Tinggalkan komen

Kategori