Posted by: pinkturtle2 | Jun 11, 2010

UMNO BN Membawa Malapetaka Kepada Negara – Presiden PAS

Malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan UMNO

UMNO yang menjadi teras Barisan Nasional (BN) juga
mendabik dada, kononnya merekalah parti penyelamat orang melayu
beragama Islam dan memimpin negara yang bermasyarakat majmuk.
Hakikatnya, ternyata mereka telah gagal dan mengundang padah
malapetaka kepada orang melayu yang telah beragama Islam dan
membawa wajah yang salah terhadap masyarakat majmuk yang
menjadi realiti negara Malaysia. Hasilnya, imej Islam yang begitu murni
telah tercalar akibat dari kegagalan dan ketidakadilan yang dibawa
UMNO dalam negara kita ini.

Inilah malapetaka dahsyat yang diasaskan oleh kepimpinan
negara kita selama lebih dari 50 tahun diberikan amanah menjaga
pemerintahan oleh rakyat. Hasilnya, kita melihat orang melayu dan
Islam semakin lemah pemahaman politik mereka setelah pemikiran
mereka diasak dengan pemahaman perkauman yang sempit selama
puluhan tahun. Dalam aspek ekonomi pula, pemilikan ekonomi yang
sebenar dan seimbang tidak berlaku kerana harta negara menjadi
modal pusingan di kalangan sesama pemimpin mereka sahaja. Rakyat
terus menerus dihimpit oleh pelbagai skandal yang melangsaikan
harta negara. Kawasan blok minyak negara yang bernilai ratusan
billion ringgit pula diserah milik kepada orang lain sebagai bahan
pertukaran.

SEBAHAGIAN DARIPADA UCAPAN DASAR PRESIDEN PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS) Pada Muktamar Tahunan PAS ke – 56
2010“ISLAM ADIL UNTUK SEMUA”


Respon

  1. Lesen Judi Bola ni sama saja dgn Lesen Jual Arak dekat Kota Bharu bandaraya Islam..yg diperkenankan oleh TG Nik Abdul Aziz. Alasan diberi takut nanti puak2 Cina merajuk tak sokong PAS pulak kalau diharamkan jualan arak..Memang arak dijual secara terbuka di jalan Padang Garong..dan pok nik pernah tengok orang melayu pun tunggang jugak..

    Jadi kalau Nik Aziz haramkan penjualan arak di seluruh Kelantan, tanah comel tanah serendah sekebun bunga ni..apa akan jadi? Adakah Cina akan angkat senjata melawan kerajaan negeri maka berlakulah pertempuran 7 hari tujuh malam antara Cina (peminum arak) dengan kerajaan Tok Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat???

    Dari halalkan penjualan arak secara terbuka di Kelantan baik halalkan Judi Bola TETAPI HANYA untuk orang-orang Kafir saja (Cina etc). Pengawasan rapi perlu dibuat..memang boleh buat..kalau tidak Melayu pun togok arak jugak di KOTA BHARU BANDARAYA ISLAM NIK AZIZ..So…

    Dari arak pergi ke berzina..kemudian membunuh.. Ko Guano Tok Guru Nik Aziz?? Dok gitu…

    • ALOOOOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU…

      BEWAK2 SUMA CAYA KA LANI ZAMAN KEBANGKITAN ISLAM? SAPA2 YANG DOK ATAIH JALAN ISLAM DEPA ADALAH MENGIKUT ARUS. SAPA2 YANG DOK ATAIH JALAN ISLAM SUKU POLITIK SUKU, DEPA ADALAH MELAWAN ARUS.

      YAHUDI DAN NASARA YAKIN BAHWA ISLAM AKAN BANGKIT AKHIR ZAMAN.SABIK TU LA DEPA BUAT MACAM2 SUPAYA BULIH MEMPERLAHANKAN KEBANGKITAN ISLAM.AKIDAH ISLAM DEPA TAKLEH NAK GODAM OOOIII…
      DEPAN RANCANG PROGRAM2 LAGHA YANG BULIH MENCELAGHUKAN AKIDAH. ADIK2 BEWAK TAU DAK RANCANGAN TUH……
      TAK LEIN DAN TAK BUKAN 1. PAKAIAN 2. SUKAN DAN PERMAINAN DAN 3. HIBURAN. SUMA KETIGA2 MEDIUM NI
      DIULI, DIGAUL DAN DIHIGHLIGH BEGITU GHUPA SUH KITA LALAI NGAN RANCANGAN DEPA TUH.SEBAHAGIAN DARI RANCANGAN DEPA BUKAN SAJA LAGHA TAPI ADA JUGAK YANG SYIRIK. CONTOHNYA LARIAN OBOR. ADIK2 BEWAK TAW DAK LARIAN OBOR TU ADALAH UPACARA PEMUJAAN DEWA OLYMPUS DALAM SUKAN OLYMPIK DI ROME. INI BERSESUAIAN NGAN MAKSUD AYAT” YAHUDI DAN NASARA TAKKAN BERDIAM DIRI SEHINGGA KAMU MENGIKUT MEREKA”

      SEDAQ ATAU TIDAK ADIK2 BEWAK, DI MALAYSIA EJEN UNTUK MERUSAKKAN AKIDAH ORANG MELAYU ADALAH PARTI BEWAK……SABIK SUMA RANCANGAN2 YAHUDI DAN NASARA ITU MASUK KE MALAYSIA MELALUI UMNO. TAK CUKUP NGAN PENYANYI TEMPATAN…JEMPUT GEMULAH MAIKEL JEKSEN.

      ADIK2 BEWAK TENGOK LA SAPA2 YANG BERGIAT DAM KETIGA2 BIDANG NI MISTI MUDA2 LAGI DAPAT GELARAN DATUK. KALU USTAZ2 YANG BERJASA NGAN ISLAM……. NAK MAMPUIH PON TAK BAGI GELARAN DATUK… RUGI KOTA JER.

      BENGONG LA ALI RUSTAM BAGI PINGAT KAT SHAH RUKH KHAN, SABIK JASA SHAH RUKH KHAN TU BANYAK JASA KAT MELAKA TUH. DAPAT JUGAK SEMAH KATIB TU PELUK SHAH RUKH KHAN TU.

      he he he
      gurau ngan puak2 bewak

  2. salam

    cubalah tuan faham dan teliti akan ucapan TGNA tu dulu sebelum tuan mengomel tak tentu arah. Fikirlah apa yang tuan perkatakan. Lesen judi dan arak tu bukan diluluskan oleh Kerajaan Negeri Kelantan. Masalah yang ditimbulkan adalah tentang kesejahteraan negara dan kedaulatan undang-undang, perlembagaan dan kesucian agama Islam.

    Di Selangor saja semasa pemerintahan BN/UMNO Kerajaan Pusat telah meluluskan 4,500 lesen judi dan arak, belum lagi dikira lesen rumah-rumah urut, kelab malam dan berbagai-bai pusat hiburan yang merangsang kepada kerosakan akhlak rakyat, sehinggakan pusat pelacuran depan balai polis pon beroperasi tanpa sebarang tindakan.

    bawak-bawak lah berfikir dengan waras, segala sumbangan maksiat dan gejala sosial itu adalah warisan dan “harta pusaka” pemerintahan BN/UMNO di Kelantan sebelum TGNA.

  3. salam bro n sis……….

    aloo sukusakat grombolan……….. dah kumpul duit ka untuk berjudi…..???

    Berjudilah, tak perlu risau n bimbang, puak hangpa dah jamin judi bola tu ada “Sijil Halal”.

    kah kah kah

    • Salam nasik kandaq.

      Awat hang dok marah sangat.
      Hang nak kerajaan halalkan judi.
      Untuk hang main kot.

      Orang kata, orang Islam tahu, judi tu haram.
      Hang nak main jugak.
      Hang nak kerajaan halalkan untuk hang.
      Mana boleh.
      Hang tu Islam.

      Sekadaq TGNA kena cerita.

      • salam BT,

        Dah ada lesen jadi halal.
        Lepaih tu monitor plak org islam
        main tak main.Sama la kalau tak
        lulus lesen tu …kena monitor juga.
        Yang mana lebih senang kalau pukoi
        rata semua haram main.Lagi senang monitor.

        Ini nak kena kelaih kelaih.Ini muslim ini bkn.
        Macam kelaih buah sawa..belit lebih kuat dari
        ulaq sawa gomen kita ni.Serupa lah ngan
        geng hang semua.

  4. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Dah.
    Dah tercemaq dah.
    Muktamar PAS ini.
    Kalau asyik dok kata kat UMNO.

    Sepatutnya.
    Dalam majlis yang sebegini mulia.
    Dalam majlis yang sebegini ropa.
    Tidak ada tuduh menuduh.
    Tidak ada kata mengata.
    Semua, sepatutnya.
    Menceritakan kehebatan PAS
    memerintah Kelate dan Kedah.
    Menceritakan rancangan PAS.
    Menampilkan kehebatan pemimpin2 PAS.

    Sekadaq TGNA kena cerita.

    • ALOOOO BEWAK2 PEJUANG MELAYU….

      SAMBUNG SIKIT LAGI HAIH…….

      SEBELUM ISLAM NEIK ALLAH MEMATIKAN ULAMAK2 DAN ORANG SOLEH, YANG TINGGAL HANYA MALAON2 TERMASUK ADIK2 BEWAK SUMA. DI KALA MAKSIAT BERLELUASA. BERZINA DI TEPI JALAN SAJA, MAKA TIMBULNYA DAJJAL. DAJJAL NI HEBAT. TUHAN KASI KAT DIA
      KEHEBATAN SIHIR. DIA BULIH WAT HUJAN DAN KEMARAU, DIA BULIH BAGI EMAS DAN BERLIAN TAPI KENA NGAKU DIA TUHAN. MASA NI PUAK2 BEWAK JOLI SAKAN. NAK MAKSIAT APA PON ADA. KALU JUDI LEBIH BEIK DARI JUDI BOLA SEPAK PON ADA.

      DAJJAR MERINTAH DUNIA DALAM MASA 40 HARI…. ADA RIWAYAT KATA 2 TAUN.
      MASA TURUN LA NABI ISA UNTUK MELAWAN DAJJAL DAN MEMBEKI KEROSAKAN YANG DILAKUKAN DAJJAL.

      NAK HABAQ NABI ISA MERINTAH NGAN HUKUM HAKAM MAKNUSIA KA….. OH….
      BUKEEEEEEN, BUKEEEN. TENTU LA NABI ISA MERINTAH HUKUM ALLAH.
      KIAMAT PULA PUAK2 BEWAK NI…

      MASUK UTAN NEIK POKOK, MASUK GUA DOK PERASAP KERIH LA…. SABIK MASIH LAGI KETAGIH UNDENG2 LORD RIED.

      KATA ABANG….. BUAT LA MENDE2 YANG ADIK2 BEWAK SUKA.

      he he he
      gurau ngan puak2 bewak

  5. Baca dan faham

    Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Nik Aziz Nik Mat pernah meluluskan 44 lesen arak di negeri Kelantan. “PAS mengakui meluluskan 44 lesen penjualan arak di negeri ini dan tidak berhasrat untuk mengharamkan penjualan minuman itu dengan alasan Islam tidak menegah masyarakat bukan Islam menikmatinya” demikian ulasan pihak kerajaan negeri Kelantan. ini kenyataan Nik Aziz

    “Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan kerajaan mengambil duit dari mana.” – kata Nik Aziz dalam Harakah 26 November 1994.

    “Pada mula saya masuk dahulu saya dapati daripada empat jenis judi dikeluarkan tetapi apabila Anwar menjadi Menteri Kewangan, judi yang telah dihalalkannya telah bertambah menjadi sembilan jenis termasuk judi lumba kuda. Dahulu ada tiga tempat judi lumba kuda iaitu Ipoh, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. Apabila dia menjadi Menteri Kewangan, ia telah bertambah di Sabah sehingga menimbulkan kemarahan ahli-ahli Parlimen di sana dan juga menimbul bantahan di Sarawak apabila judi lumba kuda juga hendak diwujudkan di sana.

    Anwar Ibrahim pernah luluskan empat jenis judi dan judi lumba kuda semasa menjadi Menteri Kewangan, Nik Aziz pula pernah luluskan 44 lesen arak di Kelantan. Cerita ini mungkin tidak diketahui oleh orang-orang PAS dan PKR. Apa pendapat mereka jika tahu cerita ini?

  6. Aslkm,

    Cerita pasal lesen judi dan lesen arak ni saya dah tahu lama dah….. bagus juga la budak yang gelar diri dia nikazizbodoh bawak keluar kat sini…. Jadi kita sentiasa ambil iktibar…

    Mungkin PAS Kelate pun ada buat silap … DSAI waktu tu pun ada buat silap….. Saya pun waktu tu yang tak paham sangat kenapa TGNA benarkan arak kat KElate pun buat silap juga bila saya tumpang mengutuk dia waktu tu….

    Ulamak ulamak PAS dan ULAMAK ULAMAK NEGARA lebih arif tentang isu ini dan dia orang pun tak bising bila TGNA buat cam tu… Jadi saya andaikan TGNA betul dalam hal ini….

    Apa apa pun kalau dah buat silap… kita bertaubat dan perbetul keadaan… jangan nak tambah buruk keadaan dengan tambah lesen tu lesen ni…. Kilang arak kat negara ni tutup semua….Kilang GUINESS dan CARLSBERG dulu siapa yang lulus??

    Nak kuat kuasa tangkap orang ISLAM masuk pusat judi dan pusat arak ni tanggungjawab pihak berkuasa seperti POLIS, RELA, PGA, MUIS, JAIS dsb…. SOALANNYA: adakah jabatan jabatan tersebut akan menolong buat tangkapan seperti yang dipinta oleh PBT??

    Pasti jawabannya TIADA ARAHAN DARI PUSAT…
    ( tidak akan ada arahan punya… sebab PUSAT benarkan orang ISLAM jadi director dalam syarikat syarikat ni… )

    JADI…. UNTUK UBAH KEADAAN KITA CUBA LA UBAH PEMERINTAH PUSAT..

    Pada yang MENGAKU ISLAM tapi dok kutuk FORUMER yang dok hentam kerajaan fasal isu ni… tolong renung renungkan lah…

  7. Para pemimpin Pas jangan terlalu taksub menuduh UMNO atau BN membawa malapetaka pada negara .Pak hadi dan pemimpin pas yang lain harus cermin diri sendiri, Tengok dalam rumah tangga sendiri apadah jadi macam – macam kes . Perhatian saya Pemimpin pas yang menghancur perpaduan antara saudara islam . Kita harus ikut Islam yang Allah dan Rasul bukan apa yang kita mau. Pelajari lah sejarah islam kita hancur kerana sesama kita berebut kuasa, harta & wanita. Fikirlah.

    • benar kata en. Baharudin,
      mutamar semacam ini telah dicemari dgn adengan mengutuk sesama islam…
      sepatutnya melaungkan untuk penyatuan umat yg bertelagah,
      menyeru kepada yg berpecah supaya bersatu..

  8. Dan apa jua jalan kehidupan yang tidak bertunjang pada pertunjuk Allah dan pertunjuk Rasul Nya,pasti jalan itu akan menemui jalan kebinasaan dan kehancuran didunia apalagi dihari akhirat nanti.Dan akan menjadi malapetaka yang dasyat bilamana pemerintah yang mengakui diri nya sebagai seorang islam namun masih berpegang teguh pada jalan yang menyimpang jauh dari landasan islam.

  9. Salam…

    kenapa dalam persidangan umno… tak ada perbincangan mengutuk pas…
    tapi dalam muktamar pas mesti ada usul untuk mengutuk umno…
    mesti ada yang tak kena…

    • salam,

      Tak dak sbb. masing2 sibuk
      dok melobi utk. jadi ketua.
      Ada mengutuk waktu PRK
      dan PRU……..SAHIH……

      TV3 & UTUSAN HEBAT.

      • Salam…

        kan lebih baik kalau masa untuk mengutuk tu kita gunakan dengan membuat perancangan bagi memperhebatkan dan memperkasakan Islam.
        supaya mereka yang menyertai dewan yang baru ditubuhkan tu terus memeluk Islam… bukan hanya masuk parti untuk dapat peluang bertanding…

  10. salam

    wali band mesti tak pernah pi perhimpunan agung umco……..
    wali band pi buat konsert jerrr…

    dok dlm umco jadi pak turut cam tu laaa
    tehanguk2 tegeleng2
    he he

    sekadaq ala kadaq dok tengok dlm tv3suku……
    tak payah……
    bangang punya wali band

  11. setahu aku kuasa meluluskan lesen judi dan arak dibawah bidang kuasa kerajaan pusat. dan lesen premis adalah bidang kuasa kerajaan negeri..isu lama yang cuba dibangkitkan adalah satu fitnah yang nyata…di kelantan,lesen premis judi telah dimAnsuhkan bermula 1 januari 1993 manakala lesen premis arak telah dihadkan.

    Perlembagaan Persekutuan
    JADUAL KESEMBILAN [Perkara 74, 77] Senarai Perundangan Senarai I—Senarai Persekutuan 4. Undang-undang dan tatacara sivil dan jenayah dan pentadbiran keadilan, termasuk— (l) Pertaruhan dan loteri Dan negeri hanya kawal panggung wayang sahaja.. Senarai II—Senarai Negeri (f) Pelesenan panggung, panggung wayang dan tempat hiburan awam. Lesen Perniagaan (perjudian) di seluruh negeri adalah diproses dan dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pelesenan di bawah kuasa-kuasa dalam Akta Perlesenan Perniagaan 1948. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah Presiden-Presiden Majlis Perbandaran, Pegawai Daerah dan Pegawai-Pegawai yang dilantik oleh Menteri Persekutuan sebagai Pihak Berkuasa Pelesenan. Pihak Berkuasa Pelesenan adalah melaksanakan tugas- tugas mereka di bawah kawalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Persekutuan. Ini adalah disebabkan bahawa Akta Perlesenan Perniagaan 1948 telah pun diisytiharkan sebagai undang-undang Persekutuan sebagai mengikut Perlembagaan Persekutuan. Di bawah Ordinan tersebut, Kerajaan Negeri tidak ada kuasa di sisi undang-undang untuk memberi apa-apa arahan kepada Pihak Berkuasa Pelesenan supaya tidak mengeluarkan Lesen Perniagaan yang dipohon oleh pemegang Lesen Pertaruhan Pool. Dan kerajaan negeri, hanya ada kuasa hadkan premis judi melalui Pihak Berkuasa Tempatan iaitu melalui Undang-Undang Kecil [Penggunaan Premis- Premis]. Undang-Undang Kecil ini adalah dibuat di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1961, dan oleh itu ditadbir oleh Kerajaan Negeri. Harus diingat, kerajaan negeri hanya boleh hadkan premis atau tempat judi, bukannya lesen judi. Jadi kerajaan negeri hanya boleh kawal judi untuk umat islam sahaja, bukannya lesen judi… ini boleh dilihat dalam enakmen negeri masing-masing..

    jd tak berasas tgna meluluskn lesen judi dan arak..hehe..sekian


Tinggalkan komen

Kategori