Posted by: pinkturtle2 | Oktober 1, 2010

10 Anggota Polis Terlibat Curi 40Kg Dadah…

KDN Teliti Untuk Dakwa 10 Anggota Polis Terlibat Curi 40Kg Dadah – Hishammuddin

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang meneliti kes salah laku 10 anggota polis berhubung kes rampasan dadah seberat 753,539 kilogram bernilai RM254 juta di dalam sebuah lori di Rompin, Pahang, Mei tahun lepas, untuk didakwa mengikut Kanun Kesesakan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata beliau bersetuju dengan cadangan Majlis Peguam Negara supaya kes itu didakwa di bawah Kanun Keseksaan.

“Ketua Polis Negara (Tan Sri Ismail Omar) pun telah membuat kenyataan tegas untuk menyiasat kes itu secara menyeluruh. Ketua Polis Pahang, Datuk Robiah Abdul Ghani juga sedang menunggu keputusan penolong pendakwa raya,” katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri kementerian itu di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di sini hari ini.

Hishammuddin berkata perkara ini perlu dipandang serius dan tidak boleh dibiarkan berterusan kerana jelas ia boleh menjejaskan integriti dan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM) di mata masyarakat, yang pastinya mengharapkan ketelusan dalam setiap siasatan.

“Perlu sesuatu tindakan diambil, walaupun terhadap pegawai kita sendiri. Ini penting. Kita mahu rakyat yakin, bukan sahaja dengan kemampuan PDRM tetapi juga dapat lihat mereka yang mungkin segelintir, yang tidak jalankan tanggungjawab mereka juga diambil tindakan tegas,” katanya.

Hishammuddin mengulas kes seorang pemandu lori, Lee Yong Toe, 48, yang telah dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuantan semalam atas tuduhan mengedar dadah yang bernilai RM254 juta.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Akhtar Tahir semasa menjatuhkan hukuman tersebut pada Rabu lepas turut berkata mahkamah dimaklumkan terdapat laporan bahawa beberapa anggota polis mengaku mencuri dadah dirampas yang dianggarkan seberat 40 kilogram daripada dadah yang dirampas itu.

Akhtar juga berpendapat anggota polis yang bersubahat menyediakan laporan polis, dan mereka yang melakukan salah laku itu perlu dikenakan hukuman berat daripada hukuman yang dijatuhkan ke atas mereka oleh PDRM, iaitu hanya dikenakan tindakan tahan kenaikan pangkat dan pergerakan gaji.

Hishammuddin turut mengingatkan orang ramai agar tidak mengaitkan isu kes berprofil tinggi yang berlaku di dalam negara ini dengan perkauman kerana ia boleh memecahbelahkan agama, bangsa dan negara.

Menyentuh mengenai kes jenayah berprofil tinggi seperti kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, dan “Namewee yang didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah dalam posting di You Tube,” Hishammuddin berkata: “jangan dipolemik sesuatu yang boleh pecah-belahkan kita.”

“Tak boleh kata dimonopoli orang Melayu, Cina dan agama-agama tertentu. Dalam hal sebegitu rupa, jangan kita polemikkan sesuatu yang boleh pecah belahkan kita.

“Dalam kes berprofil tinggi ini juga, kita cepat dalam tindakan, kita lakukannya secara profesional, (seperti) yang rakyat mahu, dan kita mahu ia disiasat tanpa rasa takut dan pilih kasih, secara efisien, profesional dan adil,” katanya.

Beliau juga berkata kadang kala siasatan kes berprofil tinggi melibatkan pelbagai agensi iaitu kesalahan berkaitan dengan teknologi maklumat seperti paparan di You Tube adalah di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan memerlukan nasihat teknikal. – BERNAMA


Respon

  1. kerajaan terlalu manjakan polis.bagi kenaikan gaji tinggi tiap tahun.kakitanagn kerajaan lain dilupakan.polis curi dadah kena tahan kenaikan gaji saja.kalau orang awam dah tentu kena tahan dalam penjara.mana keadilan

  2. salam bro n sis………….

    selamat pagi malaisia………….
    mesia cukup ceria sari dua nie………
    macam-macam ada……….

    Mera Dil Bhi Kitna Pagal Hain……….
    Mera Naam Joker……….
    Jeena Yahan Marna Yahan-
    jom kita pi bollywood…………

    kalah gambaq hindustan you…

  3. Salam…sebagaimana peribahasa melayu ada mengungkapkan dan selalu diutarakan ‘harapkan pagar pagar makan padi’ jika benar perkara ini terjadi tentu terpalit kepada semua warga polis sungguh memalukan. Diharap pihak berkuasa dapat mengatasi masalah ini dengan seberapa segera dan bijaksana.

  4. harapkan pagar,pagar pun kaki samun,hidup dalam semalaysia ni mana ada selamat lagi sejak zaman cek Det jadi PM.Habis lambaga yang ditubuhkan pun sama dan begitu juga lembaga yang beraja pun takda makna.Menghabiskan RM rakyat adalah ,yang kaya oun semua kroni Umnopco.Ada jakim,perkim makin ramai yang murtad,nak harap sapa lagi?Jabatan agama! janji pemimpin islam kena amanah tapi takda yang amanah pun mereka lah yang engkar sebab buat janji takda yang betul.Kalau RM yang masuk kocek pakat pakat cepat je jalan projek bukan nak berjuang pertahankan Akidah umat Islam dan memelihara kesejahteraan ummah.Pada penyokong dan pengampu Umnopco bukakanlah mata hati kamu,dan renunglah segala kejadian hari ini betapa parahnya penyakit anak anak melayu dek kerana kepimpinan yang kauorang sokong dulu dan kini hingga selamanya.Kembalilah pada syariat Islam yang sebenarnya dan berpegang dengan hadis dan Alquran kerna itulah kunci pintu pintu syurga yang telah Allah janjikan pada hambanya yang bertakwa.

  5. Anjin2 kerajaan tu patut dilucutkan jawatan..
    Anjin2 tu suruh apa pun depa mau, asalkan pulangannya RM..
    Setelah didapati benar mereka mencuri dadah tersebut dan ianya berada dalam jagaan mereka, sepatutnya seksyen 39B..

    Apa pun rakyat nak tengok..

  6. Sabar Tuanx. Samax kita tunggu apa hukuman yg setimpal mengikut undangx 1 Malaysia.

    Ada campur tangan ke 3?.Seperti mana yg di kabarkan oleh mantan KPN 1 Malaysia.

  7. rindukan suasana di Malaysia semasa Tun Mahathir jadi Perdana Menteri/Menteri Dalam Negeri….!

  8. kita tak lah nak marah polis kerna kes nila sebelanga…hakikatnya diantara pegawai polis ada jugak yang jahat…polis yang jahat KPN kena ambik tindakan…jamgan pejam mata…nanti lebih parah dan undang2 ciptaan sendiri akan hancur..salam

  9. tak cukup kut gaji polis kita ni…atau memng tamak dan gelap mata.aau memang dah biasa buat, atau memang JAHAT TAHAP DEWA kata bebudak sekarang..bukan kali pertama dadah yg jadi bahan kes hilang..kat shah alam dulu pun lebih kurang macam ni..

    nampaknya tak boleh percaya dgn polis ..barang kes hilang, orang hilang, lapuran hilang, pendatang asing ‘hiang’, tahanan yg di bawa ke mahkamah pun lari, hilang dari lokap pun ada..jadi nak percaya kat siapa ? kita yg bayar gaji mereka tapi mereka kerja untuk siapa??

  10. Salam 1Malaysia aka
    Salam TGNA suka.

    Harap kat nasik kandaq komen.
    Bukangnya komen pun.
    Mengomel, merapu.
    Adalah.

    Mana pi, suku2sakat2tua2.
    Yang lain, lain.
    Yang malais membaca.
    Tak komen pun.
    Tak reti nak komen, la tu.

    Ini semua, budaya great chief.
    Yang chief, chief, mana ada masa.
    Nak monitor.
    Kalau berasa great, lagilah.
    Tak dak masa.

    Sebenaqnya, sepatutnya, seharusnya.
    Bila melibatkan 40kg dan 245 juta.
    Kejadian sebegini rupa.
    Tak mungkin berlaku.
    Kalaulah.
    Ada situation reports.

    Bukang monthly.
    Daily Situation Reports.
    Laporan Keadaan Harian.
    Orang putih kata.
    Daily Sitrep.

    Tapi, rasanya ada koot.
    Cuma.
    Macam suku2sakat2tua2.
    Dok malais membaca.
    Ada pun.
    Macam tak ada lah.

    Kalau nak jadi chief.
    Kenalah great.
    Bila kita dah great.
    Perkara sebegini.
    Tak lah berlaku.

    Sekadaq apa yang tak sepatut jadi.
    Dah terjadi.

  11. HEHEHE AKU PALING SUKA BT PUNYA KOMEN.. MESTI NAK COVER AMENOAPCO PUNYA.. SYABAS INSPEKTOR SHAAB.. MCM CERITA HINDUSTAN DA….

    • Yes, LEJAS. Ini olang bukan olang. tapi hantu.
      Dia ingat dia sahaja banyak pandai. Serupa itu mahadead.

  12. Salam 1Malaysia.

    Ya Allah.
    Tolonglah ya Allah.
    Jadikan PDRM.
    Sebagai pasukan polis yang terbaik.
    Berilah keselamatan kepada.
    Anggota2 polis dan keluarga mereka.
    Ya Allah.
    Amin.

    Sekadaq doa ikhlas dari kita.

  13. amin…… BT jgn lupa doa2kan lar pemimpin2 ameno supaya jadi pemimpin yg takut pada Allah.. dan jalankan syariat ISLAM sepenuhnya..

  14. Salam adik-beradik semua,

    Kita bukan tak mau nak pulon topik ni.
    Sekadaq jengok sambil senyum saja.Bukan apa
    sebab aruah Pak kita pon PAK DOYOK.3 calit
    bukan 3 line.

    Pak kita masa tu la setahu kita nak beli sekat utk. anak2 pi sekolah pon payah.Apa tah lagi moto.
    Meleleh ayaq lioq saja la tgk. orang naik.Kalau
    pakai keta habuan semua sekeluarga jadi bulan Ramadhan la sepanjang tahun.

    La ni Pak Doyok semua ..ooi hebat2.
    Hanphone pon canggih…keta at least proton mesti ada…tak tau la..mungkin semua dah upgrade …kita berenti takat ni saja lah.
    Kalau dok meratuih banyak2 nnt. org. tak suka.
    Kita plan-plan kayuh….chao chin chao dulu……

    “””PANDAI TOK BOND MENIAGA”””

    • Salam chief.

      Hang ni, satu la.
      Tu, zaman dulu2.
      Zaman orang tua hang.
      Manalah ada handphone.
      Manalah ada proton.

      Sekarang lain.
      Sekarang dah canggih.
      Tengok, macam hang.
      Dah mengaku, jadi chief.
      Tak cukup dengan chief.
      great pulak.
      Dulu mana ada.
      Dulu mata, mata.
      Saja.

      Sekadaq plan-plan fikiq.

  15. Salam BT,

    Mengkala kata dunia dgn. serba canggih
    Maka bila dah pakai keta proton
    Tayaq std. asalnya saiz 13 x 60
    Nampak tak sporty
    Kena upgrade pi rim besaq skit
    DGN. TAYAQ LOW PROFILE.
    Bila dah lagu tu dia kacau plak suspension
    dok gedegut gedegut macam naik kuda
    Kena lah balance up balik tukaq absorbar
    Baik punya……

    Habih nak buat lagu mana
    Melainkan meniaga tak payah pakai modai la
    Sana upgrade poket sendiri pon kena upgrade la
    dAH NAK SEREBA CANGGIH
    Tapi jgn. la kantoi ..macam yg dok ada …

    Tak perenah di buat org. masa mata-mata dulu..

    “”””awat la tooongong sangat””””
    dok pikiaq lubang golf ka atau lubang jamban
    PLAN-PLAN ADJUST

    • Ya Allah.
      Tolonglah, ya Allah.

      Ada sorang yang mengaku great chief.
      Tak great tera mana pun.
      Sendiri mengaku chief.
      Chief apa pun, tak tau lah.

      Tolonglah, ya Allah.
      Perbetoikan fikirannya.
      Kerana selalu dia dok ingat kat.
      lubang jamban.
      Amin.

      Sekadaq nak betoikan fikirannya.

  16. OOHH PAK MENTERI, PAK KETUA POLIS, ….. NAK TANYA NIE…
    KENAPA POLIS YANG CURI DADAH 40 KG TAK KENA GANTUNG SAMPAI MATI?
    KAMU SEMUA DAH TIDOR KE… JADI MACAM PAK leLAH….

  17. Salam satu penipu kepada polis terlibat…..
    anda seorang penghianat negara, semoga bala Allah turunkan kepada anda tak sudah-sudah sampai ke lubang neraka (kubur sempit)….
    anda menghianati amanah negara, anda layak untuk segala hukuman… 40kg bahagi 10=4kg seorang… anda lebih binatang dari binatang…. binatang jadi buas sebab hutan kena tebang tak ada makan… anda diberi gaji oleh pembayar cukai…. tapi tetap jadi binatang!!!!!!!

  18. aku tak naik pangkat walau kerja lama tapi tetap setia pada negara…. perlakuan penghianat ini amat memalukan negara,polis…..dan masyarakat…

    walau apa pun alasan….maruah polis tergadai kerana penghianat…

  19. Alah!..x pyh dk tngu..memang dasar p0lis mlysia..lau puak2 dia buat apepn xpe..lau 0rg laen buat salah,sikit pn,dia k0rek smpai l0bang cacing..hampeh!! P0lis mlysia ni,sbijik cam cite hindustan..teng0k,kes hak lama2 pnye,tembak 0rg awam mati katak pn,x kne tindakan ape2pn..ni,stakat hilang dadah kt blik kebal,lg la semp0i bg d0rg nk x plain kt media..cube tah,0rg awam yg wat cm tu,huh! Mampus ke tali gantung la agaknye..bg sy..memang p0lis mlysia x b0leh diharap,lau berkaitan ngan 0rg2 kenamaan n sbgainye..juz 0rg yg x ada kdudukan jek,yg d0rg siasat btl2 pun..yg xsalah pun,d0rg adjust jgk bg npak slah..cis!..mati bes0k puak2 mu,nti tng0k la..rase la plak,berbicare kt mahkamah ALLAH SWT..


Tinggalkan komen

Kategori