Posted by: pinkturtle2 | Ogos 23, 2009

Mengapa SPRM takut untuk siasat Datuk Seri Musa Aman

musa aman

BETULKAH MUSA AMAN KALIS SIASATAN SPRM?

RAKYAT Sabah terasa sangat hairan kerana para pemimpin UMNO Sabah mempunyai rumah ala-mansion atau istana, namun tidak pun disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ?

Yang paling menghairankan dari mana mereka mendapat duit sebanyak itu untuk membina rumah ala mansion itu sedangkan gaji mereka hanya mampu untuk membeli rumah yang bernilai RM1 atau RM2 juta melalui pinjaman bank. Rumah yang mereka miliki bernilai lebih RM20 hingga RM100 juta!

Datuk Seri Musa Aman dikhabarkan mempunyai beberapa buah mansion walaupun menggunakan nama anak, isteri, menantu atau proksi. Begitu juga dengan Datuk Seri Yahya Hussin yang turut memiliki koleksi beberapa buah rumah bungalow dan mansion; yang diikuti oleh jemaah menteri kabinet, namun oleh kerana prinsip ‘NO CASE TO ANSWER’ maka mereka kalis siasatan SPRM.

Berbanding rakyat biasa yang berhempas pulas memburu hidup di penjuru nasib yang sekadar memiliki lesen PKK kelas F dan memiliki rumah pangsa atau dua buah proton saga kelabu, pasti akan diburu SPRM dan Lembaga Hasil Dalam Negeri bagaikan pesalah yang mencuri berjuta ringgit harta kerajaan.

Bukan sahaja Ketua Menteri yang kalis siasatan, malah Jemaah Menteri Sabah juga kalis dari sebarang pertuduhan rasuah dan tidak pernah disiasat, melainkan melalui khabar angin sahaja. Kalaupun Musa Aman didatangi Pegawai Siasatan SPRM, hanya sekadar untuk berbasa basi yang dibalas dengan pengurniaan Pingat Kebesaran Negeri termasuk Datuk Seri Panglima ataupun Datuk ataupun ASDK yang lebih kurang bermaksud ‘Angkat Semua Dua Kaki’ atau remaja kita menggelarkannya sebagai ‘Aku Suka Dengan Kamu’.

Untuk meyakinkan orang ramai, satu reformasi harus dilakukan iaitu sistem penyiasatan SPRM terhadap pemimpin politik UMNO dan pembangkang, mestilahlah dibuat dari satu badan berkecuali, bukan terdiri daripada kaki tangan Kerajaan yang boleh dipengaruhi dari pertalian persahabatan dan sama-sama cari makan dengan Kerajaan “you scratch my back, I punch your ribs”. Tutup kes, maka jadilah “No case to answer” walaupun daripada 81 Dalil yang difailkan Datuk Dr Jeffrey Kitingan terhadap Musa Aman, sekurang-kurangnya 10 Dalil mempunyai asas yang kukuh untuk pendakwaan.

Ironinya, Menteri Besar Selangor, Kerajaan Pakatan Rakyat yang menyedekahkan lembu korban pula akan dituduh rasuah, sehingga Tan Sri Khalid mahu mengganti  kereta lama pun dituduh menyalahguna kuasa, namun SPRM di Sabah hanya membisu seribu bahasa apabila melihat kapal di laut, pesawat di udara dan Gedung harta di Darat serta Kayu balak di rimba semuanya milik Musa Aman dan kroni, sedangkan gajinya sekadar mampu beristeri dua dan memiliki harta ala kadar yang setaraf dengan Ninja King atau Kong.

Kewibawaan SPRM sebagai sebuah badan berkecuali kini sangat diragui oleh rakyat Malaysia, begitu juga dengan polis yang tidak lagi diyakini rakyat, kerana mereka tidak menjalankan penyiasatan ke atas semua harta Datuk Seri Musa Aman di Singapura, Hong Kong, Australia dan sebagainya kerana sebelum menjadi Ketua menteri Sabah, beliau telah mengisytiharkan diri bernilai RM300 Juta atau ‘Three Hundred Million Dollar Man’ lebih hebat daripada siri TV, ‘Six Million Dollar Man’.

Namun menurut sumber yang dipercayai, saya bersyukur kerana Musa Aman adalah salah seorang yang terkaya di Asia dengan asset luar negara bernilai USD 16 Billion, namun tidak diisytiharkan. Hanya Allah dan orang tertentu sahaja yang tahu! Kalau tidak percaya tanya Richard Barnes atau Michael Chia. Mungkin Daud Tampokong pun tahu tetapi buat-buat tidak tahu.

Bukankah lebih baik jika Kerajaan Malaysia melantik Badan Bebas atau pihak berkecuali untuk menyiasat mereka yang berpengaruh seperti ‘Raja Bersiong’  Musa Aman; terutama tokoh yang dipercayai masyarakat antaranya, Tan Sri Lee Lam Thye dan Professor Khoo Kay Kim untuk mengulangi penyiasatan yang dibuat oleh kakitangan Datuk Seri Ahmad Said Hamdan yang selama ini amat diragui ketelusannya?

Kes paling menjolok mata ialah pemilikan bangunan Wisma Bandaraya oleh Musa Aman dan Isterinya yang disewakan oleh Kementerian Pembangunan Sumber dan Teknologi Maklumat Sabah serta subsidiarinya; sedangkan pada dasarnya Musa menyedarinya tugasnya sebagai Menteri Kewangan ialah memastikan semua sewa bangunan kerajaan negeri dibayar oleh Kementerian Kewangan dan wang tersebut masuk ke koceknya!.

Ramai rakyat mendesak agar Panel Khas yang dilantik turut menyiasat jasa-jasa Datuk Seri Ahmad Said Hamdan kepada Negeri Sabah sehingga dikurniai pingat Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (S.P.D.K) tidak lama setelah beliau selesai membuat penyiasatan ke atas Datuk Seri Musa Aman yang bukan sahaja didapati BERSIH daripada sebarang Skandal rasuah, malah berbau bersih daripada sebarang skandal lain di Sabah.

Kemungkinan keberangkalian kalau Musa Aman menyedekahkan sejuta lembu menggunakan wang kerajaan negeri untuk dikorbankan sekalipun beliau akan tetap kekal bersih, kelihatan bersih dan berbau bersih. Itulah kehebatan Musa Aman yang tidak dimiliki oleh Semua Menteri Besar atau Ketua Menteri di Malaysia. Wallahualam!

http://www.sabahkini.net


Respon

  1. Saala.PAS for ALL
    Membangun Bersama ISLAM

    SPRM- Suruhanjaya Penipu Rakyat Malaysia.

    Badan ini adalah suatu badan yang ujud kerana kepentingan UMNOBN dan pemimpin mereka yang rakus.

    Badan ini suatu badan yang lesu dan tidak bermaya bila berhadapan dengan isu salah laku pemimpin-pemimpn UMNOBN.

    Badan ini akan melindungi pemimpin-pemimpin UMNOBN.

    Bukan sahaja Musa Aman lihat pemimpin-pemimpin UMNOBN yang lain serta kuncu-kuncunya.

    Khir Toyo,Rafidah Aziz,Najib(kes kapal selam),kes Lingam correct,correct,correct,Perwaja, dan banyak lagi yang dilindungi.

    Tak hairanlah jika badan ini hanya menghabiskan wang rakyat untuk membiayai kehadiran mereka ini.

  2. tak beik posa2 ni nak tipu orang. aku dah klik pun.
    nak kata menega tada barang dinegakan. bayag
    daftag rm 100 ……. klik dapat sposen sekali klik.
    ini kalu tak judi misti tipu orang ini.

    islam tak ajag bila nak kaya wqat kija lagu tu.
    kalu nak kaya kija misti kuat. nega misti besag.
    ada barang yang diperniagakan. baru lah sah nega tu.

    adik lili pi cari kija lein lah. tak kayu tak pa, asalkan
    halal. duit halal berkat bulan posa ni.

  3. apabila bertuhankan manusia takut la sekelian manusia kepada manusia yg umpama tuhan boleh memudaratkan rezki dan kesihatan.fikirannya mengaku tuhan sedang jiwanya resah ingkar untuk bertuhankan Allah.inilah ibu segala penyakit yg menjangkiti umat manusia.merosakkan peraturan2 tuhan dan memusnahkan adab2 manusia kepada binatang.
    tentulah takut bila melihat manusia dah jadi tuhan yg maha berkuasa.

  4. Sabah adalah satu2nya negeri yang cukup susah nak disiasat, jika ada ketua menterinya salah guna kuasa atau terlibat dengan rasuah, dari zaman Tun Dato’ Mustafa dari dulu sampailah kehari ini Dato’ Musa Aman.

    Parti mana yang menang sekalipun mulanya pembangkang, tak berapa bulan kemudian parti tu jadi komponen BN, lepas tu presiden parti tu jadi Ketua Menteri, lepas tu depa rembat harta rakyat negeri Sabah. Pembangkan lain buat kecoh pulak, mai pilihanraya pembangkang baru pulak menang, kemudian joint BN jadi KM dan sampailah Umno ambik peluang masuk Sabah.

    Lagi kuat lah tukang rembat, sebab modai dah ada, buat macam mana pun tak dak apa punya sebab SPRM dan Umno dari parti yang sama.

    Kalau rakyat Sabah nak dapat pembelaan sebenarnya, depa kena tunggu sampai ada seorang pemimpin rakyat yang ikhlas dan berani lahir di Sabah. barulah Sabah benar2 akan maju.

  5. huhhh…lagi2 SPRM..xdak agensi lain kaa…puak2 ni pon sama jaa mentekadarh rasuah gak..hangpa caya ka kl puak2 sprm ni x mkn rasuah..umngokk msh bkuasa sb puak2 6 jahanam nilaa…kl x da lma umngokk & the gang lingkup…sepupu aku kja sprm pon habaq..kami ni cma menurut arahan jaaa…ekonomi down..mna nk cri kja lain..aku ajk sepupu aku bela lembu kt felda..dia habaq satgi jdi cam tan sri khalid lak..lembu kna jdi saksi kt mahakamah…hehehe..bkn stakat tilam nuaq ja jdi saksi..pasni ayam,itik,kucing,burung unta..habih depa semua usung wk p mahkamah plak…

  6. nak termuntah la dengar nama SPRM ni, tak de nama lain ke. buat apa ada sprm kalau membazir duit bayar gaji dan elaun, menyusahkan rakyat saja membayar cukai.

    semua dah kena beli, lihat la pegawai tinggi kerajaan punyai harta melebihi kemampuan. lihat juga ahli politik dan wakil rakyat pun punyai harta melebihi kemampuan.

    Puncanya segala projek kerajaan mereka mengetahui terlebih dahulu, lalu atur-mengatur lah, jadinya kau satu aku pun satu, kau banyak samun aku pun samun banyak juga…………….
    RAKYAT DIBODOHKAN BERTERUSAN

  7. ha ha ha ha bila pulak SPRM berani.ada ke org2 ni berani,ada tolor,jantan2 atau hero.kalau ada yg berani dah runtuh plaza masallam dah.diorang ni badan je lelaki dlm seluar tak tahu lagi.ha ha ha ha

  8. yerlh..menyemak je :p

  9. Camna….orang SPRM pun makan gaji kat UMNOBN…memang kenajaga periuk-belanga, rakyat yang susah… ati panass tetap kepanasan asik bela UMNOBN.

  10. Semuanya terpulang pada diri sendiri… susah juga nak salahkan mana-mana pihak dalam hal ni..
    Apapaun saya berharap agar SPRM dapat jalankan tugas dengan lebih telus dan amanah 🙂

  11. Saya rasa sekarang ni Sabah da bertambah maju… Jadi tak kisahlah apa apa anggapan orang lain terhadap Musa, yang penting Musatelah laksanakan tanggungjawabnya sebagai CM dengan baik…

    • Sapa lah cakap maju.,…..
      jalan pecah2 di kuala menggatal…sabah maju….
      lalu lintas di inanam sesak tiap petang…mana polis trafficnya membantu?…sabah maju…
      Jejantas kenderaan di petagas….mengambil masa bertahun mau siap…sabah maju…
      jalan raya dari kota kinabalu > ranau > sandakan > lahad datu suma pecah2…kau ada pernah lalu tu jalan?Lebuh raya di semenanjung malaysia suma cantik2 belaka….sabah maju lagi…
      Pendatang asing bertambah…rumah setinggan bak Cendawan tumbuh selepas hujan…mana pihak berkuasa?….duduk opis, punch kad in out je,sebab poket dah “penuh”….maju Sabah
      kalu kau rasa sabah maju…tu bukan sabah…Tu MUSA AMAN YANG MAJU,RAKYATNYA(termasuk kau and family kau)MUNDUR TERRSEKSA..Open you mind brother, dont be a He follower until 4Ever…

  12. Saya pun rakyat Sabah juga… kalau pasal tertipu @ x… hmmm no komen la… tapi bagi saya buat apa la SPRM nak siasat Musa kan kalau tak bukti? hehehhee

  13. Tanpa bukti yang nyata susah juga nak paksa SPRM siasat Musa kan… SPRM pun ada peraturan yang perlu dipatuhi untuk menjalankan tugas… So kalau boleh serahkan saja la kes ni kepada pihak yang bertanggungjawab… The rest tunggu ja la hasil siasatan k 🙂


Tinggalkan Jawapan kepada tumpang lalu Batal balasan

Kategori