Posted by: pinkturtle2 | Disember 7, 2008

Cerita Dan Keluhan Mangsa Tragedi Tanah Runtuh

PINDAH... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat bersama anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia membantu membawa keluar barangan milik penduduk yang diarahkan berpindah dari kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, hari ini. - fotoBERNAMA

PINDAH... Anggota pasukan Bomba dan Penyelamat bersama anggota Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia membantu membawa keluar barangan milik penduduk yang diarahkan berpindah dari kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Mewah dan Taman Bukit Utama di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat sini, hari ini. - fotoBERNAMA

Keluhan Mangsa Tragedi Tanah Runtuh Bukit Antarabangsa

Saya merupakan antara yang terlibat secara tidak langsung dengan trajedi yang memilukan ini. Saya mempunyai sebuah unit kondo disitu, adik saya juga tinggal disitu dan adik ipar juga disana. Apa yang saya kesal dengan kejadian ini ialah usaha menyelamat mereka yang terperangkap sama ada dibawah runtuhan ataupun yang beribu lagi yang tidak ada jalan keluar di Kyoto Garden, Oakleaf Park, Laman Oakleaf amat tidak memuaskan.

Yang paling terserlah ialah kelemahan dari segi koordinasi menguruskan bencana. Tidak ada satu pun coordinated effort. Sepatutnya ada satu pasukan yang ditubuhkan di tempat kejadian untuk coordinate pasukan penyelamat baik bomba, polis, ambulans, sukarelawan mahupun jentolak. Dalam situasi begini komunikasi jelas sekali tidak tersebar.

Bayangkan didalam berita penduduk kononya diarah kan berpindah dan kononnya ada yang berdegil tidak mahu berpidah. Memang benar ada segelintir yang begitu namun kebanyakkannya tidak begitu. On the grond keadannya huru hara. Mereka yang terperangkap tidak menerima berita atau maklumat kerana bekalan elektrik terputus. Tiada radio atau TV. Cuma harapkan sms dari saudara mara, panggilan telefon atau kepada yang ada laptop dan masih ada bateri boleh la cuba dapatkan sedikit maklumat melalui intenet.

Bila mereka ditelefon diberi arahan berpindah (kerana TV melapurkan penduduk sekita diarah berpindah) dan cuba berpindah, polis on the ground tak benarkan dan suruh balik ke kediaman masing masing keranan kononnya masih merbahaya, jadi arahan mana yang perlu diikut. Saya yang menonton TV dan mengikuti perkembangan terpaksa menelefon berulang kali. Bila ada lapuran tentera sudah membuat jalan denai, mereka yang terperangkap tidak boleh keluar tidak tahu pun adanya jalan alternatif kerana tiada maklumat, dan dimana jalan denai itu pun tidak diberitahu.

Berbagai lagi lah kelemahan yang tak larat saya nak hurai kan satu persatu. Apa yang membosankan ialah this is not the first time kita dilanda trajedi alam. Tanah runtuh, banjir, tsunami ini belum lagi berlaku perang jadi kenapa tiada pengurusan bencana yang baik. Tak pernah belajar padahal dah berkali kali berlaku. Polis, tentera, ambulans sukarelawan tidak dapat dimenfaatkan sepenuhnya kalau masing masing ada ketua berlainana dan ikut arahan berlainan.

Mesti ada satu task force di tempat itu yang mengkoordinasi kesemuanya.Maklumat juga haru disampaikan secara baik, helikopter begitu banyak berlegar dikawasan satu pun tak ada hailer untuk ber arahan pada penduduk.
alalim@gmail.com

Pengalaman yg menakutkan  sekitar pukul 3.45Pg

Saya salah seorang penduduk di Riverdale Blok B yang berhampiran juga mengalami pengalaman yg menakutkan dipagi itu sekitar pukul 3.45. Saya terjaga apabila bekalan elektrik terputus. Selang beberapa minit terdengar bunyi letupan. Saya menjenguk keluar tingkap dan terlihat siren polis. Perasan saya bertambah takut apabila melihat suami saya masih belum pulang dari kerja.

Saya menerima panggilan dari suami dan dengan suara cemas, dia mengatakan yg dia berada diluar dan terdapat tanah runtuh yg telah menenggelamkan beberapa rumah banglo. Dia bersama rakan nya telah cuba menggoncang2 kan pagar rumah beberapa banglo berhampiran surau utk cuba menggerakkan penduduk, tetapi terpaksa mengalah apabila tanah mulai mengejarnya dan kawannya.Namun, dia berjaya mengejutkan seorang penduduk yg kemudiannya diikuti oleh beberapa penghuni lain. Alhamdulillah suami saya juga terselamat.

Saya juga menyaksikan mangsa pertama dan kedua yg dibawa keluar dari tmpt kejadian. Keadaan begitu menyayat hati dan kelam kabut. Dalam keadaan yg masih gelap..pasukan polis yng tiba cuba untuk menenangkan semua penduduk yg sudah memenuhi jalan raya.

Apa2 pun kami masih lagi menunggu pihak berkuasa untuk mengisytiharkan samada Apartment Riverdale masih selamat untuk didiami. Smoga tuhan melindungi kami penduduk di Bukit Antarabangsa ini.

.

ziqfiqris@yahoo.com.my

.

Sejumlah Mangsa Tidak Dipedulikan

Apa yg saudara tulis saya sokong kebenaranya. Saya tinggal di Oakleaf Park dan saya telah keluar bersama isterri dan anak saya yang berumur 2 tahun. Tiada satu pun pasukan petugas yang selaraskan kawasan dimana penduduk terkandas. Pada mulanya saya hanya ikut orang ramai yang menuju kondo impian selatan utk keluar tapi bila samapi distu diberitahu jalan disitu telah ditutup dan terpaksa berpatah balik menuju bukit berhampiran puncak athaneum.

Oleh kerana semalan saya keluar sehelai sepinggang jadi hari ini saya cuba masuk semula utk mengambil beberapa helai pakaian kami sekeluarga. Cubaan pertama gagal kerana dihalang petugas dipintu masuk. Saya berjaya menyelinap masuk dan kemudian dibenarkan masuk setelah mendaftar di khemah petugas yang berda didlm kawasan dimana saya dihalang tadi.

Dikawasan tersebut beratus petugas hanya duduk melepak dengan makan minum disediakan keadaan seperti berkhelah sahaja. Apabila tiba dikawasan kondo oakleaf lebih kurang pukul 10.00 pagi saya dimaklumkan sarapan pagi masih belum tiba dan mereka diberitahu utk mengambilnya dikawasan berhampiran puncak athaneum. Mereka yang masih tinggal itu terdiri daripada wanita tua, kanak-kanak dan ibu-ibu yang suami mereka outstation dan tak tahu apa yang patut dilakukan.

Jika mereka boleh berjalan keluar apa perlunya mereka mengambil sarapan dan pulang semula kekediaman mereka? apa salahnya petugas yang beratus orang dan tanpa tugas khusus datang membantu.

Semasa keluar saya ditegur oleh seorang ahli majlis MPAJ. Beliau menyatakan kehairanannya mengapa masih ada penduduk yang degil tidak mahu keluar. Saya bertanya samada dia sudah masuk berjumpa penduduk tersebut. Bila dijawab tidak saya tanya lagi bagaimana beliau boleh jangka semua orang keluar sedangkan beliau sendiri tak sanggup jalan kaki masuk kekawasan tersebut.

Saya menerangkan segala masalah yang dihadapi dan minta beliau mencatatkan dan mengemukakannya kepada pihak yg terlibat. Alhamdulillah tadi saya lihat di televisyen ada helikopter masuk dan mendarat membawa bekalan makanan utk penduduk yg terkandas.
RickyO_2005@yahoo.com


Respon

  1. laporan ini memberi kita gambaran sebenar apa yang sedang berlaku/dihadapi oleh mereka yang terlibat. tidak wujudnya task force dalam operasi menyelamat adalah sesuatu yang amat malang. kenapa jadi begini? tanpa task force semua tindakan dibuat tanpa sebarang rancangan yang teratur (coordinated) dan akan lebih bersifat adhoc… kalau trajedi highland towers dahulu dibuat liputan tv yang meluas, kali ini ia sebaliknya, seolah ianya trajedi di negara lain… satu sebab untuk menutupkan segala kelemahan, mungkin.

    simpati dan doa saya kepada semua yang terlibat, semoga pihak berwajib sudah mewujudkan task force yang diperlukan…

  2. diharap semua yg terlibat bersabar dgn dugaan yg allah swt berikan…allah lebih mengetahui..

  3. bersabarlah dengan dugaan besar ini…ujian ini perlu diadili dengan sabar …ada kebaikan nya


Tinggalkan komen

Kategori