Posted by: pinkturtle2 | Disember 16, 2008

Proton Perdana V6 vs Toyota Camry 2.4

tindakan dan pendirian Kerajaan Perak ada lah serampang dua mata. Pertama, untuk memberitahu rakyat bahawa Exco BN Perak sebelum ini korup dan menyalahgunakan kuasa bagi tujuan penyelenggaraan. Kedua, menyindir kerajaan BN Terengganu yang memilih kereta Mercedes. Untuk maklumat, Kerajaan Trengganu membeli 14 buah Merz E200 dengan kos RM3.43 juta, manakala Kerajaan Perak pula 16 buah Toyota Camry 2.4 dengan kos RM2.7 juta.

tindakan dan pendirian Kerajaan Perak ada lah serampang dua mata. Pertama, untuk memberitahu rakyat bahawa Exco BN Perak sebelum ini korup dan menyalahgunakan kuasa bagi tujuan penyelenggaraan. Kedua, menyindir kerajaan BN Terengganu yang memilih kereta Mercedes. Untuk maklumat, Kerajaan Trengganu membeli 14 buah Merz E200 dengan kos RM3.43 juta, manakala Kerajaan Perak pula 16 buah Toyota Camry 2.4 dengan kos RM2.7 juta.

Proton Perdana V6 vs Toyota Camry 2.4

Sebelum ini Kerajaan Trengganu di bawah pimpinan Menteri Besar nya Datuk Ahmad Said menjadi ‘punching bag’ kerana membeli 14 buah Mercedes E200 Kompressor bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan negeri. Beliau memberi alasan bahawa pembelian itu adalah kerana kos penyenggaraan Proton Perdana V6 terlalu tinggi kerana mudah rosak dan ini merugikan untuk jangka panjang. Beberapa bulan selepas itu………………..

……….dalam beberapa hari ini, heboh pasal pembelian kereta baru oleh Kerajaan Perak bagi menggantikan Proton Perdana V6. Nampak nya MB Perak mengikut jejak langkah MB Trengganu. Cuma beza nya MB Perak tak beli Merz tapi nak beli Toyota Camry. Bila di tanya pemberita, MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira

kos membaiki serta menyelenggara Proton Perdana yang begitu tinggi dan sering mengalami kerosakan, alasan yang sama dengan MB Trengganu.

Ketika mengulas isu berkaitan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Manong dan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) menyifatkan tindakan

Kerajaan Perak itu sebagai pengkhianat dan tidak patriotik. (Ini lah masaalah nya, kalau dah masak tak sedap tapi disuruh juga kata sedap.) Habis tu, Kerajaan Trengganu patriotik ke beli Merz ??

Dalam Berita TV3 malam tadi MB Kedah pun ada bayang kan nak beli Toyota Camry. Beliau berkata lebih kurang begini ”

tengok lah tahun depan macam mana.. kalau ada duit lebih kita beli la..

“Yang pasti kami tidak akan membeli Proton (Perdana).” Demikian reaksi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng apabila ditanya mengenai pendirian kerajaan negeri itu ekoran keputusan Perak menggantikan Proton Perdana V6 dengan Toyota Camry. Selain perkhidmatan yang tidak memuaskan, kos penyelenggaraan sebuah Perdana V6 mencecah kos RM30,000 setahun, kata beliau lagi.

Nampak nya semua nya senada dalam memperkatakan tentang mengapa mereka tidak mahu menggunakan Proton Perdana V6.

Pada pendapat aku tindakan dan pendirian Kerajaan Perak ada lah serampang dua mata. Pertama, untuk memberitahu rakyat bahawa Exco BN Perak sebelum ini korup dan menyalahgunakan kuasa bagi tujuan penyelenggaraan. Kedua, menyindir kerajaan BN Terengganu yang memilih kereta Mercedes. Untuk maklumat, Kerajaan Trengganu membeli 14 buah Merz E200 dengan kos RM3.43 juta, manakala Kerajaan Perak pula 16 buah Toyota Camry 2.4 dengan kos RM2.7 juta.

Kalau di beri pilihan, aku memang akan pilih Toyota Camry. Aku tak pernah beli kereta baru. Semua kereta yang aku pernah beli adalah kereta terpakai dan aku tak pernah beli kereta Proton sebab pengalaman kawan kawan yang menggunakan Proton. Mereka beli kereta baru, bukan terpakai macam aku. Banyak sangat masaalah kata mereka. Walau pun masaalah kecil tapi kalau dah kerap, bosan juga.

Aku tak patriotik ??. Patriotik atau tidak bukan hanya bergantung pada kereta sahaja. Pergi tanya pemimpin kerajaan dan bekas pemimpin kerajaan anak beranak, mereka pakai kereta apa??. Anak Tun Mahathir pun pakai Porsche Cayenne. Ada orang pergi rumah terbuka Tun Mahathir sempena Hari Raya Aidilfitri nampak. Rasa nya tak salah kan , sebab itu kereta peribadi dan bukan kereta rasmi. Tak gitu……..


http://ahmadtarmizi.blogspot.com/

Photobucket

Porshe Cayenne Turbo di percayai milik Dato’ Mukhriz berpandukan kepada stiker Pemuda UMNO – Lokasi rumah terbuka Tun Mahathir di The Mines Resort City

Respon

  1. Menteri2 dan MP BN yang kata MB Perak tak patriotik memang hipokrit dan bangang serta memperbodoh-bodohkan rakyat. Puak pemimpin BN hanya pakai kereta Perdana Eksekutif V6 tu sajalah kununnya urusan rasmi sementelahan pula bil servis kereta ditanggung kerajaan. Cuba tengok di rumah depa, semua kereta mewah jenama mahal berderet-deret sampai tak muat garaj. Jangan harap puak2 BN ni nak pakai Perodua atau Proton, maklumlah duit songlap pun dapat banyak…tak habis makan 7 keturunan.
    Perkara kedua-Tanya menteri2 BN, kemana dia orang hantar anak selepas darjah 6 di sekolah kebangsaan? Paling dekatpun depa hantar Australia untuk level Form 1. Patriotik ke macam tu? Tanya Hisyamuddin, Najib, Mat Taib dan ramai lagi Menteri BN yang kununnya patriotik dan membela Melayu!
    Menteri BN ni memang selalu cakap tak serupa bikin, maklumlah dah biasa makan duit haram! Ptuuuiii!! Hancur BN di Kuala Trengganu!

  2. Aku setuju dgn tindakan Kerajaan Perak bertukar drp mengguna kereta Proton Perdana kpd kereta Toyota Camry. Bukan saja kereta buatan Malaysia, bahkan kereta buatan Jepun pun bukan semuanya bagus.

    Berdasarkan pengalaman peribadi aku yg pernah mengguna kereta jenama Suzuki, Daihatsu, Mitsubishi & Proton silih berganti, kesemua kereta nie 2X5 je.

    Kereta Proton saya belum habis bayaran ansuran dah ada masalah. Kereta Suzuki & Daihatsu lak spare part dia susah nak dpt & harganya mahal. Mitsubishi lak, enjin dia selalu leak & mahal belanja nak bela kereta nie.

    Tapi ramai makanik yg bagi syor kat aku supaya beralih kpd kereta Toyota. Aku pun akhirnya belilah kereta Toyota. Memang kereta Toyota tahan lasak & mudah dpt spare part. Value kereta terpakai Toyota di pasaran juga tinggi berbanding kereta jenis lain.

    Sayangnya Proton tak buat joint venture dgn Toyota. Sebaliknya dia joint venture dgn Mitsubishi. Mungkin sebab tu la kereta Proton tak berapa bagus. Itu pandang aku la

  3. Pemimpin surruh rakyat pakai proton…
    Pemimpin sendiri pakai BMW, Mercz, Lexus.
    Huh cam ketam ajar anak berjalan betul.

    jom masuk http://www.webpanas.blogspot.com
    terima kasih

  4. aku pun pakai toyota jugak…toyota hilux,aaku rasa keta aku ni memang cukup lasak.kalau korang tak percaya korang try le pakai.member2 aku ada yang pakai nissan frontier,ada yang pakai ford ranger,isuzu dmax,mitsubishi triton…tapi diorang punya keta semua dah ada problem.keta aku masih gagah lagi kat jalan raya,kat dalam air pun boleh jalan…harga baru rm93ribu jer…susah2 aku syorkan semua k’jaan negeri pakai toyota hilux jer.boleh jalan sejauh mana yang depa nak pergi…nak pi gurun sahara,afrika untuk mesyuarat pun boleh sampai…pendek kata keta jenama toyota memang best! lasak! bentuk pun kalah mercedes! apa pendapat korang???

  5. hhhhaaaa….hhhhaaahh…. nak tukar kereta enjin cc sampai 2.4 liter tu nak buat ape? Beli le kereta toyota prius ke… tak pun honda civic hybrid ke… tak pun upah geng-geng mekanik kita yang tak cukup makan kat malaysia ni cipta kereta guna angin je ke… barulah kita boleh panggil depa menteri!!!! Ada contoh baik yang boleh diikut.

    Menteri…ooohh…menteri… marilah berjimat cermat. Itu semua duit rakyat. Yang BN ke PKR ke PAS ke DAP ke atau yang lain-lain… ka Amerika tu, kete Toyota semua dah tesadai kat port. Tak de orang nak beli. Mercedes pun same. Kalau dah macam tu keadaannya, minta sajalah dari Toyota secara percuma. Depa makan duit maintenance saja cukuple…

  6. sama ja la depa ni semua…dapat kuasas emua nak menyalahgunakan, tu semua duit rakyat la,nak bebetul jimat pakai je la myvi ka kancil ka viva ka.. ni nak pakai camry la merce la apa ni ???kahak ptuih orang politik sama je

  7. Bawak Exco BN Perak ngan bas jer. kalo ade duit lebih bole pasang air con, atau kalo nak pasang alat karaoke. hehehe

    Apa kurangnya naik bas? Janji semua sampai selamat, on-time, jimat duit dan masa. Semua sekali harung. Apakah Exco BN Perak merasai perkara naik bas tu ialah perkara yang low-class??

    So, sesiapa nak naik bas Exco BN Perak…silakan. Kalo taknak, bawak la kete sendiri…..Cayenne ke, Merc ke, Proton ke, kapchai pon takpe.

    Janji kerja and tugas dipertanggungjawabkan untuk berkhidmat utk rakyat di laksanakan.

    Amacam?

  8. elnino,
    saya setuju dgn anda,…..saya pakai Toyota KE20….ok apa, orang rumah pergi pasar, hantar anak sekolah dll…..no problem…..mantap….cuma tak bole masuk kat F1 Sepang je……pasal kereta tu dah tua sangat dah…..!

  9. Bagi aku kerajaan malaysia menderhaka kepada rakyat…sebab kereta yang dijual dlm negara tak selamat dan merbahaya (itu sebab banyak rakyat yang mati bila kemalangan), jika dibandingkan kereta untuk jual keluar negara…pulak tu jaminan sepanjang hayat. Tak ke belot pada rakyat namanya ????

  10. toyota tahan lasak…..

  11. Saya bersetuju dengan kawan- kawan. Kalau nak persoal bab patriotik, kenapa:

    1. Harga kereta proton kat Malaysia mahal sgt. Spec rendah. Kalau export quality lagi bagus dan harga tak ada mahal sgt.

    2. Ketahanan kereta proton teruk sgt. Kalau eksiden je walaupun sikit, kemeknya bukan main lagi.

    3. Apa sumbangan Proton kepada rakyat Malaysia? Walaupun sekarang nih banyak benor proton kat jalan raya di Malaysia tapi standard x berubah.

    4. Maintenance banyak benor. Aku pakai kereta proton thn 2003. Thn lepas aje.. Maintenance nak cecah 3k. Tuh baru wira 1.3.. tak termasuk lagi insurance, roadtax dan sebagainya. Tayar pun belum berganti lagi.

    5. Kenapa menteri tak pakai proton? Patriotik sgtkah..

    Proton dah lama hidup dan sepatutnya boleh berdikari. Rakyat Malaysia dah bg terlalu banyak support untuk proton. Tetapi apabila terlalu dimanjakan maka proton dah jadi semakin lembab… kurang daya saing. Kalaulah proton betul2 mantap… maka susah tentu rakyat “terliur dan berbangga dgn jenama ini”. Tetapi lain pulak jadinya.

  12. Jangan hipokrit dengan patriotik.Cuba tengok kereta pak menteri dan MP UMNO/BN di seluruh negara.Semua pakai Merc,BMW,Porche,Lexus dan kereta continental (export).
    Cuba tengoh anak cucu pak menteri, di mana mereka hantar anak bersekolah.Ramai hantar ke sekolah antara bangsa dan ke luar negara.Patriotik apa!!!!!
    Biarlah Perak pakai kereta selesa sikit dan murah.Terengganu lagi teruk exco dan pegawai Tinggi Kerajaan pakai Merc (Buat ‘do know’ Exconya pakai setiap hari,walaupun ditegur oleh Pak Lah dan Perbendaharaan jangan pakai).
    Kerajaan pusat pun satu masalah juga, kenapa tak beri ‘pengecualian cukai’ kepada kereta yang dibeli oleh Perak.
    Proton pula lagi masalah.Sebab apa tidak peka dengan komplen pengguna yang pakai proton.Perkara ini bukan baru, dah lama.Masalah pintu,cermin,gearbox,keselamatan dll.Cuma pengalaman saya pakai proton, yang best adalah lampu dan aircon boleh dipuji.Yang lain ‘komang’ belaka dan tidak boleh menyaingi toyota, nissan dan honda.Jauh sekali nak banding dengan Merc dan BMW

  13. sama saja, kalau nak jimat jalan kaki naik bicycle,
    kalau BA buat semua tak betul. kalu begitu jangan import kereta luar. biar rakyat malaysia duduk dalam proton & perodua, naza yg cut & paste itu.

  14. Pakai yamaha je la…….
    Lagenda ke..135LC ke…., laju gak. Cepat sikit sampai, tak payah tempuh jem, tak payah bayar tol…
    Apa? Nanti kutipan tol kurang? Lantak kan ler…..

  15. Hebat-hebat. Yang jadi hebat tu pasal patriotik atau tidak aje. Aku sendiri tak pasti sebab apa nak beli keta ni? Agaknya pasal ada duitlah. Kalau ikut pendpt aku, elnino betul. Keta tu aku tak mampu beli tetapi HILUX ni lasak. Boleh tahan lama dan banyak barang boleh bawak. Tak payah YB suruh orang bawak beras bantuan banjir. Sebaliknya cuba fikir kalau tak yah beli keta. PR sepatutnya mengubah corak yang dibuat oleh BN. BN beli keta, PR pun nak beli jugak ke?
    BN beli helicopter nanti, PR pun nak beli ke? Duit tu duit rakyat. Jngan sewenang2nya nak beli sesuatu. Kata jadi YB adalah yang berkhidmat untuk rakyat. Jangan habiskan duit rakyat begitu sahaja. Gaji dan Elaun YB dah besar. Guna aje kereta sendiri. Tgk TGNA guna keta apa? Hidup ini bukan untuk bermegah-megah. Memang ada peruntukan untuk itu tetapi siapakah yang menghalalkan perkara tersebut? BN telah membuat kemudahan tersebut supaya mereka dapat menghabiskan harta rakyat dan negara. Kalau betul nak berkhidmat, biarlah ikhlas. Beli HILUX tentu lebih sesuai kalau keta tu mesti kena beli.

  16. Pada pendapat teman le,bior le dema pakai camry atau cap bintang ke.Sebab masa beend memerentah negeri Selagnor, Perak dan Kedah dulu pun dema memang gunakan kereta V6 executive.Tapi kereta tu kerajaan sewa dari sebuah syarikat yang sudah tentu di monopoli oleh suku sakat beend.Itu lah sebab nya kos penyelengaraan nya tinggi.Teman tak le pandai pasal kereta ni walau pun teman ada honda.Tapi honda cup.

  17. 🙂 ..
    baru tahu, mengapa..

    saya ada menulis berkenaan hal ini, pertama kali menulis bab yang ada kaitan dengan kerajaan..

    http://umaralfateh.wordpress.com/2008/12/16/teguran-buat-kerajaan-negeri-yang-memerintah/

  18. Kalau nak pakai apa pun nanti la dulu,tunggu la selepas PRU13 akan datang,kalau menang lagi boleh perintah lagi negeri perak kome pakai la,sebab rakyat memang menyokong kome,kalau macam ni nampakanya kena serah balik la perak kat UMNO nanti melopong la Ngeh dan Ngah.

  19. Salam.

    Pada pandangan saya, kalau kereta beli sendiri lantaklah nak pakai kereta apa sekalipun.

    masalahnya kereta tu dibeli kerajaan negeri.

    kenapa nak banding dengan terengganu ? sudah terbukti ada korupsi sehingga naik kos selenggara menjadi begitu tinggi.

    Inilah masalahnya. Nak membenarkan perbuatan yang tak benar dan jelas salah.

    Apa kata beli sendiri buat kereta peribadi ??? kan gaji dah beribu ribu takkanlah tak mampu nak bayar ansuran jika berhajat sangat nak naik kereta camry.

    Membandingkan dengan kerajaan Terengganu yang dah jelas ada penyelewengan di dalam claim kos selenggara memang tak patut..

    Atau ada antara pembaca yang tak baca suratkhabar isu pendakwaan tersebut atau pura pura lupa ?

    ni dia ada saya salin untuk yang reti membaca ….

    KUALA TERENGGANU, 14 Sept (Bernama)– Dua pemilik bengkel hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas pertuduhan memalsukan dokumen untuk tuntutan penyelenggaraan Proton Perdana V6 Executive milik kerajaan negeri Terengganu.

    Tor Kok Siong, 52, pemilik bengkel di Bukit Kecil dan Choong Yuen Sang, 48, pemilik bengkel di Chendering dekat sini dihadapkan ke mahkamah secara berasingan bagi tujuan pendakwaan.

    Di Mahkamah Sesyen 2, Tor yang diwakili peguam Osman Bakar menghadapi empat pertuduhan memalsukan dokumen tuntutan penyelenggaraan kereta Proton Perdana V6 Executive melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM72,230.73.

    Bagi pertuduhan pertama, tertuduh pada Ogos tahun lepas di Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Terengganu didakwa telah memberikan kepada Penolong Pegawai Tadbir negeri Hashim Abdul Rahman satu invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68.

    Tuntutan itu adalah untuk kenderaan Proton Perdana V6 Executive bernombor pendaftaran TAG 7979 yang sebenarnya pembekalan itu tidak dilakukan dan tuntutan itu dibuat dengan tujuan mengelirukan pemiliknya.

    Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa melakukan perbuatan sama dan di tempat yang sama pada Jun tahun ini dengan menyerahkan invois kepada Pegawai Tadbir Pejabat SUK A Rahim Jusoh yang mengandungi tuntutan palsu bagi pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.68 melibatkan kenderaan bernombor pendaftaran TT3.

    Tor turut didakwa menyerahkan invois yang mengandungi butiran palsu mengenai pembelian 1 PC Auto Transmission V6 berjumlah RM18,057.69 untuk kenderaan bernombor pendaftaran TT7 kepada individu dan tempat yang sama.

    Tertuduh didakwa melakukan perbuatan yang sama pada November 2006 di tempat yang sama dengan menyerahkan satu invois mengandungi tuntutan palsu kepada Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Terenganu (Am/Kewangan) Zulkifly Isa.

    Tuntutan palsu itu dilakukan untuk pembekalan 1 PC Auto Transmission V6 untuk kereta bernombor pendaftaran TAG 8778 berjumlah RM18,057.68 sedangkan kotak gear itu merupakan kotak gear asal dan tidak ada penggantian dilakukan.

    Bapa dua anak itu mengaku tidak bersalah ketika pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim M Bakri Abd Majid.

    Dia didakwa mengikut Seksyen 11 (c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 6 akta yang sama yang memperuntukkan hukuman penjara 14 hari dan denda lima kali nilai suapan.

    Timbalan Pendakwa Raya Badan Pencegah Rasuah Mohd Sophian Zakaria memohon supaya mahkamah mengenakan ikat jamin RM20,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin memandangkan Tor menghadapi pertuduhan memperdayakan kerajaan negeri Terengganu.

    Bagimanapun Osman membantah dengan alasan wang jaminan dikenakan bukan bertujuan untuk menghukum tetapi memastikan keadilan dapat ditegakkan dan dalam kes ini, Tor tidak akan melarikan diri memandangkan dia telah lama menetap di Terengganu dan mempunyai perniagaan serta keluarga di sini.

    Hakim M Bakri kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk setiap pertuduhan serta menetapkan 23 dan 24 Dis ini untuk perbicaraan.

    Di Mahkamah Sesyen 3 pula, Choong didakwa memberikan invois mengandungi butiran palsu mengenai pembekalan Auto Transmission Assy (New) berjumlah RM19 119.91 melibatkan kereta bernombor pendaftaran TAK 415 sedangkan tidak ada penggantian kotak gear dilakukan.

    Invois itu didakwa diberikannya kepada Hashim di Pejabat SUK Terengganu pada 2 Ogos lepas.

    Tertuduh diwakili oleh peguam Siti Saleha Mohd Tahir manakala pendakwaan dilakukan oleh Mohd Sophian di hadapan hakim Mohammad Khalid Abd Karim.

    Mahkamah membenarkan tertuduh diikat ikat jamin RM7,000 dan menetapkan 14 Dis ini sebagai tarikh perbicaraan.

    — BERNAMA

    Jadi kenapa kita nak kaitkan lagi dengan kerajaan terengganu isu tempoh hari ?

    Setakat nak kata kerajaan terengganu pakai juga kereta Merc tu tanpa menunjukkan bukti, keje tu budak sekolah rendah pun pandai buat..

    Masalahnya, perlukan kita membuat orang semakin benci kepada lawan politik kita walaupun ia tidak berlandaskan fakta yang nyata ???

    Adakah sekarang ramai tidak kisah lagi berpolitik seolah olah ‘matlamat menghalalkan cara ‘ ????

    Ingat ingat juga Tuhan dalam apa juga kerja kita seharian.

    Benci jangan terlalu benci dan sayang jangan terlalu sayang..

    Salam ukhwan !!

  20. maaf ada lagi tambahan :

    KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) — Proton, pengeluar kereta nasional, mengulangi pendiriannya yang kos selenggaraan bagi model Proton Perdana adalah munasabah berdasarkan rekod daripada pusat servis dan cawangannya yang berdaftar.

    Katanya purata kos selenggaraan bagi setiap unit Proton Perdana milik kerajaan negeri Terengganu yang dihantar ke Proton ialah RM542 setahun, berdasarkan rekod bagi 35 kereta yang diservis di pusat servis Proton yang berdaftar.

    “Umumnya, biasanya perbatuan perjalanan sebuah kenderaan bagi penggunaan biasa ialah antara 20,000km hingga 30,000km setahun. Berdasarkan ini, kos purata selenggaraan bagi tempoh itu dianggarkan RM2,300 dan kos ini akan meningkat dengan penggunaan lebih kerap,” katanya dalam kenyataan hari Jumaat.

    Pengarah Urusan Proton Holdings Bhd, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata Proton memandang serius perkara itu dan sedang menyemak semua data dan rekod servisnya bagi semua kenderaan Proton yang diserahkan kepada kerajaan, khususnya Perdana.

    “Kami sedia memberikan semua bantuan yang diperlukan kerajaan-kerajaan negeri jika mereka memerlukan penjelasan berkaitan dengan model Perdana, atau mana-mana kenderaan Proton yang dibeli mereka,” said Syed Zainal.

    — BERNAMA

  21. harga spare part proton memang gila babi mahal sama ada kilang buat barang tu dari emas atau pusat servis naikkan harga…pastu kedai-2 eon yg dipunyai oleh pemakan babi ni memang ada masaalah tamak nak kaya raya tanpa peduli org lain yg dimana nak cari duit RM1 pon susah.. aku tukar steering pump waja 1.8 kena RM 2800 di kedai eon dimiliki pemakan babi ini…jangan sampai org melayu malaysia ni jadi macam German di perang dunia ke-2…

    p/s seketul 2 je kedai repair org melayu punya..ambik ubat..

  22. Susah juga aku nak kata. Tapi berdasarkan pengalaman tahun 1990-an yg lalu, aku pernah memiliki sebuah kereta proton. Aku beli secara loan selama 4 thn. Perbatuan dia tak la jauh sgt sebab aku tak guna kereta tu ke tempat kerja sebab dekat sgt dgn rumah aku. Hanya sekali sekala aku berjalan jauh balik kg isteri aku. Service kereta pun ikut cadangan buku manual kereta tu.

    Tapi selepas 1 thn, kereta tu dah mula ada masalah. Mula2 pintu dia susah nak tutup rapat. Lepas tu, boot dia lak masuk air. Lepas tu, enjin dia leak & minyak hitam selalu melilih keluar. Bila aku cerita masalah nie kat kawan2 yg ada kereta Proton, rupanya masalahnya sama je. Masuk thn ke-5, aku jual kereta Proton tu.

    Tahun 1997 aku beli kereta Toyota. Cara aku guna Toyota tu serupa juga macam aku guna Proton. Kalau berurusan di sekitar KL, aku lebih selesa naik bas, komuter, monorail atau yg seumpana dgnnya.

    Kini dah nak habis tahun 2008, tapi enjin kereta tu masih elok lagi & tak leak. Pintu kereta semua masih ok. Tak ada bahagian yg masuk air. Aku acah2 nak jual kat kedai terpakai, value dia masih tinggi. Aku rasa beruntung la org yg beli kereta Toyota aku nie kalau aku jual. Tapi aku rasa aku tak jual sebab kereta aku nie elok lagi.

    Itulah perbandingan antara kereta Proton dgn Toyota berdasarkan secebis pengalaman aku. Walau pun Toyota lebih mahal drp Proton (sebab dicukai dek kerajaan BN) tapi dia lebih bagus. Kesimpulannya, aku tetap mengatakan tindakan kerajaan Perak membeli kereta Toyota sbg sederhana & praktikal.

  23. Panglima Cyber tak payah membela Proton dan Kerajaan Terengganulah kalau tak tahu hujung pangkal.Kawe bukan fitnah,dema boleh pergi Seberang Takir,tengok YB Razif ADUN Seberang Takir ( Exco Pelajaran), guna Merc Compressor TAR 76 setiap hari.Pergi pula ke Batu Ra tengok AUN Batu Rakit (Exco Agama),YB Khazan guna Merc Kompressor EXCO setiap hari.Bukankah PM dan Dato Shahrir Samad tegur tak boleh pakai.Kereta itu boleh guna untuk bawa pelawat sahaja.
    Isu pegawai SUK makan rasuah itu memang aku bersetuju.Jadi kes mahkamah

  24. aku juga hairan,Merc Kompressor TAR 76 warna hitam parking di rumah exco tu setiap hari.Dia tu bekas cikgu dah berangan lama nak naik merc.


Tinggalkan komen

Kategori