Posted by: pinkturtle2 | Januari 1, 2009

Wahid Endut Pilihan PAS Untuk Parlimen K.Terengganu

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi "satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan

CALON PAS... Mohd. Abdul Wahid Endot selepas diumumkan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Batu Burok malam tadi. - foto The Star oleh M. AZHAR ARIF

CALON PAS... Mohd. Abdul Wahid Endot selepas diumumkan sebagai calon PAS bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu di Stadium Negeri, Batu Burok malam tadi. - foto The Star oleh M. AZHAR ARIF

ADUN Wakaf Mempelam pilihan PAS tanding di Kuala Terengganu

[DIKEMAS KINI] PETALING JAYA: Dilihat sebagai pengumuman mengejutkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Wahaf Mempelam lima penggal, Mohd. Abdul Wahid Endot akan mewakili Pakatan Rakyat bertanding pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu bulan ini.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu dan juga Bendahari PAS Terengganu.

Pemilihan calon PAS itu, yang dilihat sebagai keputusan mengejut oleh banyak pihak, diumumkan di Kuala Terengganu pada pukul 10.55 malam tadi oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi “satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan.”

Akhirnya, kata Ahli Parlimen Marang itu, beliau membuat pemilihan calon menggunakan “kaedah-kaedah Islam.”

Antara nama yang disebut mempunyai peluang cerah unutk menjadi calon PAS sebelum ini ialah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan ADUN Batu Buruk, Dr. Syed Azman Syed Ahmad yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Mohd. Abdul Wahid, 52, merupakan bekas graduan jurusan sains perikanan dan marin dari Universiti Putra Malaysia.

Dengan itu, Ketua PAS Bahagian Kuala Terengganu itu dijangka menghadapi saingan calon Barisan Nasional (BN), Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

BN mengumumkan calonnya dua minggu lalu dan persaingan kali ini dijangka empat penjuru termasuk dua calon Bebas.

Wakaf Mempelam merupakan salah satu bahagian DUN dalam kawasan Parlimen Kuala Terengganu.

Tiga DUN yang lain ialah Bandar, Ladang dan Batu Burok.

Hari penamaan calon bagi pilihan raya kecil Kuala Terengganu adalah pada 6 Januari ini dengan 11 hari berkempen.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Razali Ismail, Aahli Parlimen bahagian itu yang juga Timbalan Menteri Pelajaran ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands pada 28 November lalu.

Jumlah keseluruhan pemilih berdaftar sehingga 4 Disember lalu dan layak mengundi ialah seramai 80,229 termasuk 1,035 pengundi pos.

Sebanyak 36 pusat mengundi disediakan di Parlimen Kuala Terengganu.

http://www1.mstar.com.my


Respon

  1. Wartawan ni bukan orang PAS, mesti dia ingat PAS pun guna bahagian macam UMNO.

    PAS ada Ketua Bahagian?

    YDP Kawasan ?

  2. kenapa? tak percaya ker???

  3. TERKEJUT SEKEJAP,,,,CALON PILIHAN DEN TAK DIPILIH….WALAU APA PUN,I TETAP SOKONG PR

  4. Memang macam tu STAR tu, ada maklumat besar yang salah, salah sampai sekang dok ulang ulang, tak pernah nak tanya…Jawatan orang tu apa? ,Main hentam je…

    Wartawan STAR? cakap berabuk..tulis pun “berabuk” jugak.

  5. Semoga majoriti pengundi di PRK KT menerima & mengundi calon Pas yg telah diumumkan itu. Apa yg penting ialah BN/Umno kalah dlm PRK ini agar para pemimpinnya yg bersikap arrogant mendapat pengajaran.

    Kpd para petugas kempen PR di KT, katakan kpd para pengundi bahawa kita tak sokong Wan Ahmad Farid bukan sebab batang tubuh dia. Tapi sebab dia bersekongkol dgn Najib & Khairy Jamaluddin. Jadi kita tak nak sama ada Najib atau Khairy atau mana2 pemimpin Umno take advantage drp kemenangan Wan Ahmad Farid nanti.

    Ingatlah, kemenangan Wan Ahmad Farid tak boleh tidak akan meningkatkan lagi sikap ego, perasan, sombong & lupa diri yg telah sedia ada pada diri para pemimpin Umno. Sedangkan yg akan merana ialah rakyat Malaysia & para pengundi KT.

  6. kite sama-sama pakat pegi KT sokong calon Pas

  7. … Hadi yang membuat pengumuman itu di Stadium Negeri di Batu Burok berkata, memilih calon PAS memang sukar tetapi “satu-satunya yang berada dalam fikiran kami merupakan calon yang berkebolehan.”

    Kenyataan yang tidak tepat, wartawan ni tak faham bahasa melayu ke?, atau telah diedit sakan oleh editor?

  8. aku meluat juga tengok wahit dut dipilih calon p 036. kalau calon lain aku akan keluar undi . tapi wahit dut aku rasa malas nak keluar undi. napa tamak sangat puak2 pas ni

  9. Walaupun calon ‘favourate’ adalah YB Dr Syed Azaman bagi PRK KT.Tapi para pengundi P.036 boleh menerima YB Hj Abd. Wahid Endut kerana beliau telah lama berjuang dalam PAS.Beliau berpengalaman dalam pentadbiran Kerajaan yang pernah menjadi EXCO semasa PAS memerintah Terengganu 1999-2004 dan sangat popular di DUN Wakaf Mempelam dan yang sangat berjiwa rakyat.Beliau seorang ‘educated’ lepasan UPM dan anak jati K.Terengganu dan sangat aktif sebagai pemimpin pelajar semasa belajar di Universiti Pertanian Malaysia (Sekarang Universiti Putra Malaysia).Di atas ketokohannya kita yakin dapat mengalahkan rakan sekolahnya semasa Belajar di SM Sultan Sulaiman. Dan InsyaAlah MP PRK akan bertambah menjadi 83 pada 17 Januari 2009.Sama-sama kita berdoa untuk meraih kemenangan.Allahu Akbar.

  10. Kita bersetuju dengan SOHOK.Pengundi di Kuala Terengganu sudah mengenali nama Wahid Endut kerana lantang berbahas di DUN Terengganu dan pernah diajak ‘bertumbuk’ oleh MB MatSaid semasa ‘gedebe’ dulu tetapi sekarang dah kurang gedebe cuma kadang-kadang sahaja.Pengundi atas pagar boleh menerima Wahid Endut sebagai wakil ke Parlimen mengganti Dato’ Razali Ismail.Bagi penyokong PR menerima siapa sahaja calon PAS yang diletakkan.Itulah semangat murni Pakatan Rakyat termasuk pengundi Cina dan India.Kemenangan Dato’ Razali bukan disebabkan oleh UMNO/BN tetapi disebabkan oleh peribadi Dato’ Razali dan beliau bukan ahli UMNO sebelum bertanding PRU12.Beliau mengisi borang UMNO selepas menjadi MP.Beliau adalah kumpulan Reformasi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dipilih calon PRU 12.

  11. InsyaALLAH Be End akan kalah dan PR menang dengan majoriti Besar. Syarat UMNO/BN jangan main kotor.
    BN/UMNO banyak sangat isu yang boleh ‘Be End’ dan berkubur tidak berapa lama lagi.Apatahlagi UMNO Terengganu bergolak sama sendiri. Nampak ok di luar tetapi di dalam membara seperti ‘api dalam sekam’.Ada kumpulan Mat Said dan kumpulan Dato’ Yeh.Dua kumpulan tersebut tunggu masa saja untuk berkecai. Kumpulan ‘expired’ UMNO semasa zaman Dato’ Yeh menguasai balik pejabat perhubungan UMNO seperti Dato’ Zuber Embung, Datuk Roslan Awang Chik, Datuk Rusli Mat Hassan, Datuk Rahman Bakar dan Datuk Tengku Putra.Kedua-dua kumpulan tersebut tidak lagi duduk semeja dan tidak bersama-sama dalam majlis-majlis UMNO, kalau datangpun duduk jauh-jauh.Itulah perangai huduh UMNO yang rakyat sudah tahu.

  12. Kita bersetuju dengan SOHOK.Pengundi di Kuala Terengganu sudah mengenali nama Wahid Endut kerana lantang berbahas di DUN Terengganu dan pernah diajak ‘bertumbuk’ oleh MB AhmadSaid semasa ‘gedebe’ dulu tetapi sekarang dah kurang gedebe cuma kadang-kadang sahaja.Pengundi atas pagar boleh menerima Wahid Endut sebagai wakil ke Parlimen mengganti Dato’ Razali Ismail.Bagi penyokong PR menerima siapa sahaja calon PAS yang diletakkan.Itulah semangat murni Pakatan Rakyat termasuk pengundi Cina dan India.Kemenangan Dato’ Razali bukan disebabkan oleh UMNO/BN tetapi disebabkan oleh peribadi Dato’ Razali dan beliau bukan ahli UMNO sebelum bertanding PRU12.Beliau mengisi borang UMNO selepas menjadi MP.Beliau adalah kumpulan Reformasi penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum dipilih calon PRU 12.

  13. aku malas nak leluar undi

  14. oii member pas carilah orang yang tak pegang jawatan sebagai ahli dewan . banyak lagi calon

  15. Dalam pertarungan yang dijangka sengit ini kita perlukan orang yang benar2 hebat dan popular. Bukan orang yang dianggap hebat tapi tidak popular. Aku faham calon tu pun dikatakan hebat tapi malangnya tidak popular walaupun beliau adalah ADUN kerusi Wahaf Mempelam lima penggal tapi kalau lima penggal dok tidur nak buat apa!!!!KECEWA sebab gelanggang P036 kali ini sepatutnya bukan gelanggang sekadar nak ACU CUBA TEGHA TEST….Hai!!!gganu gganu!!!Nasib engkaulah Labiiiii(Datuk Seri Abdul Hadi Awang).

    Aku harap para pengundi tetap tengok lambang BULAN bukan tengok orangnya. JANJI HA!!!!

  16. betul gak kata anak dagang,kalau kita lihat analisis yang dibuat ,48% adalah pengundi muda,,ini yang merisaukan…..bukannye apa,kalau Dr Syed Azman dipilih,,,insya Allah,kemenangan akan berpihak kepada PAS,,,kalau ustaz wahid,belum tentu lagi ,Allah sahaja yang mengetahui…….Walau apa pun,saya tetap respek dengan kelantangan dan idealisme ustaz Wahid dalam DUN dan diharap pihak PAS dan PR yang lain dapat merencanakan strategi yang berkesan dalam mendekati pengundi muda

  17. Siapa pun calon, PAS tetap punyai harapan yang cerah untuk menang, sebab PAS adalah paksi yang kukuh dalam Barisan Keadilan Rakyat bukan dalam Barisan Nayai Rakyat. Calon BN bukanlah hebat, julang je lebih. Tapi harus diingat bahawa seramai 6 ribu anggota polis sudah dikerahkan ke sana kononnya untuk jaga keselamatan P 036 (tapi aku duga lebih dari angla itu). Untuk apa seramai itu anggota keselamatan polis diturunkan oleh pemerintah?. Kalau pergi perang kat Palestine lagi bagus. Mereka sudah belajar dari pengalaman Permatang Pauh. Kalau hari tu mereka kecundang dan malu tetapi kali ini mereka tidak mahu lagi menerima kekalahan untuk ke sekian kalinya di Parlimen KT ini. Ingat, mat said akan berbuat apa saja demi kecemerlangannya. Ini satu rekod samada baik atau buruk untuk dia. Najib lagi susahati dengan menggalas situasi terkini. Dia juga akan memastikan dapat menuai hasil yang sangat cemerlang untuk meyakinkan seluruh umat manusia di muka bumi ini….garis penentu untuk bangkitkan imej BN umumnya dari PR12 yang lalu dan khususnya PRK permatang Pauh. Masing2 saling bergantung harap, apatah lagi Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh yang sedang mempertaruhkan jawatannya yang sedia ada. Malangnya, mereka bukan saja sedang berperang dengan musuh di luar bahkan juga mereka sedang berperang dengan musuh di dalam diri mereka sendiri…….oleh itu Barisan Keadilan Rakyat perlu manambah kekuatan lebih 10 kali ganda jika anda mahukan kerusi P 036. Biar putih tulang, jangan putih mata…………………LIBAH BAGI REBOH DEMO TU!!!!!!!!


Tinggalkan komen

Kategori