Posted by: pinkturtle2 | Januari 12, 2009

Perangai Ezam Macam Budak Tadika

Umum sudah tahu Ezam meninggalkan PKR dan Anwar kerana masalah dia dengan Azmin. Amaran dan permohonannya kepada Anwar supayah mengenepikan Azmin atau tidak memanjakan Azmin adalah asbabnya. Itulah kerananya, Ezam mengaku kalah bukan kerana soal pengkhianatan perjuangan oleh Anwar tetapi kerana pembisuan Anwar untuk meluluskan permohonannya.

Umum sudah tahu Ezam meninggalkan PKR dan Anwar kerana masalah dia dengan Azmin. Amaran dan permohonannya kepada Anwar supayah mengenepikan Azmin atau tidak memanjakan Azmin adalah asbabnya. Itulah kerananya, Ezam mengaku kalah bukan kerana soal pengkhianatan perjuangan oleh Anwar tetapi kerana pembisuan Anwar untuk meluluskan permohonannya.

Perihal Ezam Yang Tidak Lulus Exam

PILIHAN RAYA kecil P36 Kuala Terengganu telah menjadi ruang untuk Mohamad Ezam Mohd Nor menyambungkan berahi dendamnya memarahi bekas idolanya Anwar Ibrahim yang dimulakan sewaktu pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak lama lalu.

Ramai orang bingung kenapa Ezam menjadi seakan kurang siuman menghentam Anwar. Khayalak politik yang rendah daya fikir pun terpaksa menelanubat penahan sakit memikirkan sikap Ezam itu.

Dulu Ezamlah hulubalang Anwar nombor wahid yang sanggup berkorban apa saja. Kata Ezam dia masuk penjara kerana mendedahkan dokumen semata-mata untuk mempertahankan dan membela Anwar.

Masa dan kerjaya politiknya juga turut musnah kerana Anwar. Saya sering memakai istilah Ezam dan Mohamed Azmin Ali sebagai pasangan kembar Siam ysng ulit memperjuangkan nasib dan jihad reformasi yang dibawa Anwar.

Tetapi bila alih-alih beliau menentang Anwar dan rujuk semula ke dalam Umno itulah menyebabkan ramai orang terkejut beruk.

Apakah sikap Ezam itu kerana beliau merasakan Anwar akan gagal atau merasakan bekas TPM itu tidak akan berjaya meloloskan diri untuk menyelinap semua ke dalam Umno? Maka beliau kena berbuat begitu? Boleh difahamkan hati, jiwa dan roh Ezam masih bersama Umno, ertinya Ezam menolak politik baru dan reformasi itu sendiri?

Justeru kalau begitu kemasukan semula Ezam ke dalam perjuangan Umno bukan memelikkan bahkan kemasukan itu tepat. Cuma yang menjadi keliru sikit beliau tetap dengan prinsip kebertanggungjawabannya mengenai rasuah. Beliau sering berkata beliau konssiten dengan isu itu. Tetapi apakah tepat untuk beliau terus konsisten dalam parti yang rasuah?

Jika ini benar bermakan Ezam silap. Beliau tidak sebenarnya belum lulus exam dalam menilai poltiik masa kini dan masa akan datang. Kehebatannya berpidato dan mampu mempengaruhi rakyat tidak setanding dengan jangkauan politiknya yang dipacu Anwar.

Alasan Ezam kenapa beliau minggat daripada Anwar ialah kerana Anwar mengkhinati bangsa Melayu. Anwar memusnahkan harapan Melayu menerusi politik baru, bercampur dengan India dan China. Alasan Ezam itu sangat dangkal dan ‘ketadikaan’.

Soalan campur gaul Melayu dengan Cina dan India dalam PKR bukan perkara baru. Apakah orang-orang seperti Tian Chua dan Gobalakrishnan itu wajah dan muka baru dalam PKR.

Apakah Ezam bersedia menolak Gobala tetapi rela mengambil dan bersahabat dengan
Nalakarupan? Apakah kerana Nala lebih kaya daripada Gobala maka Ezam nampak Nala lebih putih daripada Gobala?Sebagai seorang anak muda Ezam sepatutnya harus mempunyai tapak pemikir yang luas dan mampan. Beliau tidak sepatutnya mudah goyah dengan rasa-rasa dan sentimen kedirian yang amat personal sifatnya.

Saya ingin bertanya apakah kerosakan bangsa Umno yang dilakukan oleh Anwar dan PKR lebih besar berbanding kerosakan Melayu yang dilakukan oleh Umno?

Saya rasa Ezam bukan naif mengenai strategi dan matlamat politik baru – yang dilanggangi Anwar itu. Saya rasa beliau juga faham dengan pengubahan ketuanan rakyat yang dibuat oleh Anwar itu. Ezam mungkin tidak sedar di daerah mana dia berdiri taktakala dia mengambil keputusan itu. Dia terlupa bahawa dia dan Anwar sendang bermain politik.

Beliau boleh terus bermain politik tetapi jangan sampai mengadai diri dan kerjayanya yang sudah diiktiraf ramai. Ezam juga sedar namanya menjulang tinggi kerana beliau bersama Anwar dan kerana Anwar memberi blesing.

Kenapa harus kita picingkan mata dan sanggup munafik dengan sifir politik kita hanya kerana hal-hal peribadi yang sangat personal? Lama saya melontar persoalan ini kepada anak muda macho dan romantik ini.

Umum sudah tahu Ezam meninggalkan PKR dan Anwar kerana masalah dia dengan Azmin. Amaran dan permohonannya kepada Anwar supayah mengenepikan Azmin atau tidak memanjakan Azmin adalah asbabnya. Itulah kerananya, Ezam mengaku kalah bukan kerana soal pengkhianatan perjuangan oleh Anwar tetapi kerana pembisuan Anwar untuk meluluskan permohonannya.

Hari ini Anwar tidak ada apa-apa emosi dengan Ezam. Yang sibuk ialah Ezam masih menggunakan Anwar sebagai modal untuk memperlihatkan dirinya hebat. Dalam erti kata lain Ezam terus juga membaca nota-nota memburukkan Anwar untuk mengambil semula peperiksaan politiknya. Dan pilihan raya kecil Kuala Terengganu nampaknya menjadi gelanggang sementara untuk Ezam menggilap dirinya dalam habuk dan kuca ombak Umno.

http://msomelayu.blogspot.com


Respon

  1. Raja Sesumpah Kotak nampak gempal sekarang, banyak Fulus UMNO masuk kantung gamaknya..hehehe…

    Apa pun, tak sabar nak tengok penampilan Raja Sepak Tong pula, mungkin gempal juga adanya…

  2. Alasan Ezam kenapa beliau minggat daripada Anwar ialah kerana Anwar mengkhinati bangsa Melayu. Anwar memusnahkan harapan Melayu menerusi politik baru, bercampur dengan India dan China. Alasan Ezam itu sangat dangkal dan ‘ketadikaan’.

    Ezam, PKR tu parti berbilang kaum, bukan parti perkauman. Kalau dah tahu parti itu bercampur dengan india dan cina, kenapa kamu masuk parti itu? PKR membela semua kaum. Bukan menghianat kaum melayu. Ini bukan zaman dulu, nak memerintah kena pecah belahkan dan menakut2 kan kaum2.

  3. agaknyer kalau anwar x de…. ezam x de keje dlm UMNO… ye la… modal dia dlm UMNO… anwar… anwar… anwar….

  4. Apa bezanya parti BN dgn PKR? Kalau dlm PKR ada Cina & India, dlm BN pun ada MCA (Cina) & MIC (India).

    Tahun 1950 dulu bila Dato Onn nak buka Umno kpd bukan Melayu, org Melayu tentang. Anehnya bila Tunku gabungkan Umno dgn MCA & MIC dlm Perikatan pd tahun 1955, org Melayu suka lak.

    Padahal ianya hanya perbezaan mitodologi politik. Dato Onn telus & terlalu berterus terang. Tunku lak berlapik. Padahal hasilnya lebih kurang sama. Politik Malaya turut dikongsi oleh kaum2 bukan Melayu.

    Tapi selepas tahun 1969, kebanyakan calon MP MCA & MIC menang di kawasan majoriti Melayu. Bukan di kawasan Cina. Sejak itu MP Melayu berkurangan sebab Umno serah banyak kawasan Melayu kpd MCA & MIC, demi menyelamatkan parti2 berkenaan drp pupus.

    Kpd saudara ku para pengundi PRK KT, inikah dia parti yg membela ketuanan Melayu? Adakah tuan2 & puan2 masih terlior nak mengundi calon BN yg dtg drp Umno? Bukankah lebih baik tuan puan undi calon Pas?

  5. Bagi saya, Ezam adalah satu ‘wasted talent’.

  6. Budak Ezam ni keliru dengan perjuangannya. Dia nampak matang tetapi tiada jati diri, tiada prinsip hidup yang jelas. Yang dia nampak glamour dan perjuangan ‘FULUS’. Kesian Ezam, takda siapa nak dengar ceramah dia. Budak Enam kotak…he.hee..

  7. Ini budak dah tak boleh pakai langsung jika diambil kira apa yang diucap semasa menjadi pemimpin AMK Keadilan dan ketika menjadi pecacai UMNO.

    Dulu Anwarlah segalanya. Dia pertahankan Anwar kerana prinsip perjuangan Anwar untuk membawa perubahan kepada Malaysia sehingga sanggup di penjara dan menentang rasuah habis-habisan. Kini sipecacai UMNO itu berkokok dengan nada yang berbeza.

    Cuma saya nak ingatkan bahawa tindakan Sdra Ezam, membenam rasa kagum para pendokong PR kepadanya dan menimbulkan rasa curiga di kalangan pemimpin2 UMNO serta pendokongnya.

    Ingatlah Ezam bahawa perjuangan anda telah tersasar jauh hingga menyebabkan diperlekehkan oleh seluruh rakyat yang berfikir.

    Wassalam/

  8. Pandangan sdr Syed Al Qudsi terhadap Ezam, satu pengamatan yang tajam.. Tahniah !!

  9. Malulah Ezam…DSAI tak pernah pun cakap pasal engkau dalam setiap ceramahnya. Engkau saja yg buat hal. DSAI lebih berhemah dan bermaruah, engkau memang tak ada integriti.

  10. Raja Sesumpah ni berani dan pandai main isu ketika bersama Anwar. Kini tidak lagi bersama Anwar, dia jadi bankrap isu. Nak pidato pun macam tak ada modal. Maklumlah dulu lawan, sekarang jilat balik kata kata nista yg dihamburkan kepada UMNO. + – akhirnya orang akan kata kita pembohong, kaki temberang dan pengkhianat bangsa, agama. Dengar pun rasa jelek,jijik, pelik dan macam macam lagi.

  11. […] Perangai Ezam Macam Budak Tadika Perihal Ezam Yang Tidak Lulus Exam PILIHAN RAYA kecil P36 Kuala Terengganu telah menjadi ruang untuk Mohamad Ezam Mohd […] […]


Tinggalkan komen

Kategori