Posted by: pinkturtle2 | Februari 2, 2009

Kenyataan Pertama Dua Ekor Adun,Tapi Tak Mengaku Dan Merapu

MENTERI Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (tengah) menjawab soalan wartawan selepas mengadakan mesyuarat tergempar dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Pakatan Rakyat di kediamannya hari ini. – foto The Star oleh ZABIDI TUSIN

2 ADUN PKR: Kami masih wakil rakyat, mahu cabar Speaker

Menafikan ada hantar surat letak jawatan hari ini

[DIKEMAS KINI, 12.30 TENGAH MALAM] PETALING JAYA: Kerajaan negeri Perak pimpinan Pakatan Rakyat, yang berusia 11 bulan, kini menuju ketidaktentuan dengan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), yang diisytihar telah melepaskan kerusi masing-masing semalam, mahu mencabar kesahihan kenyataan Speaker.

Pendirian kedua-dua ADUN Behrang dan Changkat Jering itu, dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang menafikan telah menghantar surat letak jawatan, dijangka mengusutkan senario politik Perak.


[KEMUNGKINAN PERKEMBANGAN PAGI INI]– Menteri Besar Perak dijangka menghadap Sultan Perak

– Sidang media PKR Perak

– Kenyataan susulan ADUN Behrang dan Changkat Jering

– Speaker DUN Perak memaklumkan SPR tentang kekosongan


Kira-kira dua jam selepas kenyataan Speaker Dewan Undangan Negeri, V. Sivakumar, ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan rakan sejawatannya dari Changkat Jering, Mohd. Osman Jailu berkata, surat letak jawatan yang dimaksudkan beliau itu sebenarnya telah ditandatangani 8 Mac lalu.

“Surat tanpa tarikh itu ditandatangani oleh tujuh ADUN PKR kerana kerajaan negeri bimbang kami akan menyertai Barisan Nasional (BN).

“Nampaknya surat ini telah diguna pakai untuk mengumumkan kononnya kami meletak jawatan.

“Ini satu pembohongan dan saya akan berbincang dengan peguam untuk tindakan selanjutnya,” Jamaluddin berkata demikian ketika dihubungi Bernama beberapa jam selepas Speaker mengumumkan mereka meletakkan jawatan.

MASIH ADUN PKR“Saya dan Mohd. Osman sehingga kini masih ADUN PKR dan belum pernah mengisytiharkan untuk keluar daripada parti, calon Bebas pun tidak, ataupun mengumumkan menyertai Umno,” kata Jamaluddin.

Mengenai dakwaan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa mereka hilang sejak Isnin lalu, Jamaluddin berkata, beliau sebenarnya mengambil cuti sakit sejak Rabu.

“Surat cuti sakit ada di pejabat saya, jadi saya bukan hilang,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya di mana beliau berada semasa dikatakan “hilang”, Jamaluddin enggan mengulasnya.

Petang tadi, kata Sivakumar, dua ADUN berkenaan yang didakwa “hilang” dan “tidak dapat dihubungi” sejak lima hari lalu, meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat berkuat kuasa semalam.

mStar Online difahamkan ada wakil rakyat yang menandatangani surat letak jawatan sebagai ADUN, yang tidak bertarikh.

Perkembangan terbaru itu diketahui kira-kira enam jam selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan ada kemungkinan mereka akan sertai BN manakala Menteri Besar Perak pula mencabar kedua-dua ADUN berkenaa keluar dan mengisytiharkan jika benar telah memasuki BN. Perkembangan petang ini membuka laluan kepada pilihan raya kecil – pilihan raya kecil peringkat negeri yang pertama sejak pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Dua pilihan raya kecil kerusi Parlimen telah diadakan di Permatang Pauh, Pulau Pinang Ogos lalu dan Kuala Terengganu, Terengganu bulan lalu.

Dengan keputusan meletakkan jawatan itu, Jamaluddin dan Mohd. Osman tidak boleh bertanding semula dalam pilihan raya untuk tempoh lima tahun akan datang.

Jamaluddin, 52, adalah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Usahawan, Koperasi, Pertanian dan Perladangan manakala Osman, 57, pula pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Pembangunan Insan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan.

Sebelum ini kedua-dua mereka menghadapi tuduhan rasuah melibatkan kelulusan sebuah projek pembangunan bernilai RM180 juta di Seri Iskandar dan perbicaraan kes berkenaan akan didengar di Mahkamah Sesyen pada 10 Februari ini.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Jamaluddin menerima 6,771 undi untuk menewaskan calon BN, Datuk M. Ramasamy yang mendapat 5,744 undi.

Mohd. Osman pula menang dengan majoriti 1,102 undi bagi merampas kerusi DUN Changkat Jering. Beliau memperoleh 9,411 mengalahkan penyandang dari BN yang juga Yang Dipertua DUN Perak sebelum itu, Datuk Mat Isa Ismail yang mengumpul 8,309 undi.

DISAH SPEAKERIa dinyatakan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V. Sivakumar di Ipoh pukul 5.45 petang tadi.

Kata beliau, kedua-dua mereka menghantar surat menggariskan keputusan itu menerusi faks yang dihantar ke rumahnya.

“Kedua-dua Mohd. Osman dan Jamaluddin meletakkan jawatan sebagai ADUN berkuat kuasa serta-merta dan saya menerima peletakan jawatan mereka di bawah Perkara XXXV Perlembagaan Negeri.

“Sebagai Speaker, saya akan mengumumkan kedua-dua kerusi N14 Changkat Jering dan N59 Behrang kosong secepat yang mungkin,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Speaker akan memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara rasmi esok untuk memaklumkan perkembangan tersebut.

Pakatan Rakyat mempunyai 32 anggota di Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk ADUN Bota, Datuk Nasarudin Hashim yang menyertai PKR pada Ahad lalu manakala BN dianggotai 27 wakil dan walaupun dua Adun PKR berkenaan keluar, kerajaan negeri masih mempunyai majoriti satu kerusi.

REAKSI MB PERAKMenteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan akan meminta supaya SPR mengadakan pilihan raya kecil.

“Sah kedua-dua mereka (ADUN) letak jawatan… saya telah dimaklumkan mengenainya sebentar tadi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kecewa dengan keputusan mereka, pemimpin dari PAS itu memberitahu: “Bukan soal kecewa tapi ini menunjukkan Umno dan BN bertindak jahat memancing orang kami.”

SPR TUNGGU NOTISDalam pada itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pihaknya akan mengambil tindakan susulan termasuk memanggil pilihan raya kecil jika menerima pengesahan rasmi mengenai kekosongan yang wujud.

“(Berdasarkan maklumat media)… maknanya sudah ada kekosongan… SPR apabila menerima surat tentang kekosongan akan mengambil langkah-langkah perlu,” katanya.

http://www1.mstar.com.my

.

Dua Adun hilang letak jawatan, Adun DAP dijangka turut letak jawatan

Menurut laporan The Star Online, Jamaluddin dilaporkan menafikan yang beliau telah meletakkan jawatan sebagai Adun. Beliau juga mencabar kesahihan surat peletakan jawatannya itu.

Sebaliknya, kata beliau, ia merupakan surat tidak bertarikh yang mana beliau dan enam lagi Adun PKR diminta tandatangani pada Mac tahun lalu.

Katanya, surat itu hanyalah satu ikrar taat setia, yang menyatakan jika mereka (Adun) keluar dari PKR, maka mereka akan secara automatik mengosongkan kerusi masing-masing.

“Saya masih Adun Behrang,” Jamaluddin dipetik sebagai berkata.

Oleh itu, katanya, beliau dan Osman masih Adun PKR dan tidak pernah menyatakan hasrat untuk meninggalkan parti itu atau menjadi wakil bebas, atau hendak menyertai Umno, lapor Bernama.

Ini merupakan kali pertama beliau memperjelaskan keadaan sejak dilaporkan hilang lima hari lalu, di tengah-tengah spekulasi yang mereka menyertai BN.

Jamaluddin juga berkata, beliau mengambil cuti sakit sejak hari Rabu, dan menafikan beliau hilang.

Beliau bagaimanapun enggan menyatakan di mana beliau berada semasa dikatakan ‘hilang’ itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Adun Changkat Jering Mohd Osman Mohd Jailu meletak jawatan sebagai Adun dengan kadar segera, demikian lapor TV3 yang memetik Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar yang juga Adun Tronoh.

Terima kasih kerana kelihatannya beretika.

N59 BEHRANG
Jumlah Pengundi: 18,552
Peratusan Kaum: M: 57.09% C: 23.44% I: 19.25L: 0.22%
1. Jamaluddin Mohd Radzi (PKR) (6,771)
2. Datuk M Ramasamy (BN) (5,744)
Majoriti: 1,027
Jumlah undi: 13,027
Peratus mengundi: 70.22%
Undi rosak: 512

N14 CHANGKAT JERING
Jumlah Pengundi: 24,864
Peratusan Kaum: M: 63.55% C: 25.80% I: 10.58% L: 0.06%
1. Mohd Osman Mohd Jailu (PKR) (9,411)
2. Datuk Mat Isa Ismail (BN) (8,309)
Majoriti: 1,102
Jumlah undi: 18,054
Peratus mengundi: 72.61%
Undi rosak: 334

http://penarikbeca.blogspot.com


Respon

  1. speaker umum hangpa dah letak jawatan baru nak keluaq noo…kahkahkah..

    sblom ni org call pun xdpt…keluarga pun tatau hangpa pi mana…tup tup habaq cuti sakit…oii hangpa xreti nak call balik ka??

    pemimpin bkn jenis mcm hangpa ni…

    elok la hangpa terus ‘hilang’ dan beramboss dr pakatan rakyat…TQ

  2. kepada DSAI lain kali kalau nak pilih calon bertanding kena pilih betul-betul jgn tangkap muat saja. Contohi PAS dlm memilih calon .

    Segala kejadian yg berlaku ini membuang masa dan membazir duit rakyat sahaja.

    Dua org adun PKR or ex adun PKR ni mcm drug addict tak berguna langsung.

  3. ya betui, depa ni la babi dan barua pencacai taik…

  4. eee…eee..eee…

  5. Aku dok terfikir cenggini la plak…kalao tak betul jangan marah aaa

    Strategi PR kat Perak wa respek sungguh la…

    Dalam dok Najib dah senyum 2 ADUN PR nak masuk UMNO…tup tup tup….PR Perak umum 2 ADUN dah serah surat resign..

    Tup tup tup tu gak 2 ADUN tu tetiba je keluar dari persembunyian selepas depa telah ‘DILETAKAN JAWATAN’…saja guna istilah diletakan jawatan tu sebab 2 ni nafikan depa hantar surat tu..

    Sorang bagi alasan bukan hilang…tapi MC…ahhh yang sorang lagi nak bagi alasan apa? MC gak ke…kih kih kih…sakit sampai anak bini call pun tak bleh nak jawab…kah kah kah

    Najib sure dah gelabah gak..sebab dr chance 100% dapat 2 ADUN UMNO ..dah jadi 50-50 sebab kena bertempur dalam pilhanraya kecil plak tu….

    Apa apa pun buat rakyat Behrang dan Changkat Jering…mintak la apa apa yang mike nak mintak nanti sebelum tarikh undi nanti…

  6. KALAU UMNO/NAJIB /SURUHANJAYA RASUAH DAPAT BEBASKAN MEREKA DARI TUDUHAN MAHKAMAH, NAMPKANYA SEMUA PENJAHAT KENA MASUK UMNO LEPAS NI. KES DIGUGURKAN. ALTANTUYA PUN SELAMAT … SELAMAT DILETUPKAN OLEH MEREKA YANG KEBAL DENGAN UNDANG2 KERANA MALAYSIA NI MAK BAPAK MEREKA PUNYA

  7. Bebal dan bengap sungguh 2 makhluk perosak ini… orang keluar dari tong najis (or najib), kamu pula masuk dalam tong tahi….
    Pakatan Rakyat especially PKR harus meneliti calon2 mereka sebaiknya selepas ini…
    Rakyat akan marah jika ia berlaku lagi…..

  8. kua…kua… kua…

  9. KITA SEPATUTNYA MERAKAMKAM JUTAAN TERIMA KASIH TDK TERHINGGA PADA NAJIB KERANA MENYELESAIKAN MASALAH 2 ADUN PERAK NII. PASTINYA JIKA KEJADIAN INI TIDAK BERLAKU PKR AKAN MENGHADAPI MASALAH YG MEMENINGKAN KERANA MENYIMPAN 2 ADUN YG MEMANG SAKI BAKI BE END….YANG BERMASAALAH KPD PKR DAN ALHAMDULILLAH TELAH SELESAIPUN SEBELUM DAKWAAN 10FEB2009. TAHNIAH JIB…ENGKAU BAKAL CALON PERTAMA DI MSIA YG MENDAPAT
    UNDI MAJORITI SEBAGAI PRESIDEN TAPI TAK DAPAT….JAWATAN PERDANA MENTERI.

  10. pastinya ulamak besar hadhari negara iaitu PakLah menghalalkan: matlamat menghalalkan cara. semua2 tu dengan perancangan. telah direstui pucuk pimpinan tertinggi umno. Najib bukan penyelesai masalah tp pencetus lebih banyak masalah……sebab Najib tidak punya kekuatan kecuali hanya dikawal oleh Napsu Serakah (Penasihat Najib) semata2. akhirnya dia akan HANCUR…

  11. alahai…siannye pak lah awai-awai dah buat pengumuman. mane nak letak muke yob? dua ekor beruk tu aku ingat kome cari le bumi lain nak duduk sebab kt perak ni dh xde tempat lagi dah..kot2 le pos melesia buleh bagi balik jawatan lama mike jamal oi..pasni PR letak le calon yg bebenor letak mr os pun xpe lah…hua..hua..hua…

  12. depa dua tu dok test market kut??? Buat bargain dgn BN harga tak tip top so buat2 tak letak jwtn…atau lompat parti.???
    oi kalu PRKecil mau mengelabah BN nak support pengundi… harap2 jd lah PRK senang org dlm DUN tu. Ada gak rezeki dlm ekon lembab ni….
    Masa tak anak isteri tak dpt kesan tu depa rumah no2 atau no3. Tah tah buat trick je … buka cawangan baru apa???
    Mcm mana pun harap PR masih maintain di Perak. Biaq Najib struggle kuat sikit.. tgk strategi apa pulak lepaih ni…

  13. Masa kalut di Perak dua org ADUN ni pegi mana? Kenapa senyap? Tak respon pd kerajaan PR? Membiarkan dilema? Membiarkan rasa takut dan gelisah? Tak peduli pasal kerajaan PR? tak peduli tugas dia sendiri? Menghilangkan diri…!

    Tup-tup dah serah surat letak jwtn, baru ada nyawa? aku ingat dah mampos barua ni…tak guna langsungla barua ni jd ADUN dan EXCO….bila ingat jawatan dia, periuk nasi dia…hah! tau pulak keluar tunjuk diri….apa ni….?
    Buan je ADUN dua ekor ni….tak guna…

  14. PKR kena lebih teliti memilih calon…saring betul2 …ada yang masih pekat UMNOnya…calon gini CUT terus….tak guno…habih bogheh den yo…tak guno boto…bodo

  15. Isu dua ADUN ni buat aku malu….kalau berita ini diikuti oleh dunia…. mana nak letak muka. Logik ke empat hari dihubungi tak dapat-dapat. Bukan calang-calang orang yang hubungi…. MB depa sendiri dan dah tentu bos-bos PKR tapi tak berangkat h/p tu. Kes ini boleh mengambarkan kepada masyarakat luar bahawa :
    1. Coverage telefon amat kritikal sama macam kat Ethiopia dan setaraf dengannya.
    2. Adun pakai telefon zaman “Hang Tuah”… Jadi orang macam kita ni lagi lah “Kokak” h/p kita. Maknya Malaysia ni ketinggaan teknologi.
    3. Kalau betul MC….bimbang pula kredibiliti doktor kita nanti dipertikaikan kalau terbukti bukan MC sebenarnya. Takut nanti orang cakap doktor Malaysia semua doktor palsu.
    4. Menggalakkan dan memberi contoh negatif kepada generasi muda bahawa kalau nak tuang kerja…. guna alasan MC.
    Kesimpulannnya:
    LU dua orang boleh belah…. aku dah tengok macam mana Roslan Kassim sekarang ini. Begitu juga dengan Ezam raja kotak dan kini raja surat.

  16. Seronok dan menarik mengikuti politik Negeri Perak. UMNO memang tengah lapar dan kemaruk. Dia tidak kira lagi apakah jenis makanan yang nak dimakan. Hampas pun ditelannya. Mungkin esok lusa tahik pula dikunyah mereka. Meloya sungguh melihat gelagat puak desperado UMNO.

    Saya cuma nak nasihatkan mereka supaya hormatilah DYMM Sultan Perak yang akan menyambut perayaan Jublee Perak. Esok 3hb Feb 2009 adalah hari cuti umum buat rakyat negeri Perak. Wahai UMNO!!! budak sekolah pun tahu bahawa punca segala yang berlaku hari ini adalah kerja jahat kamu yang sangat busuk lagi bernanah. Yakinlah UMNO sedang menggali kuburnya sendiri. Sabarlah wahai pemimpin UMNO ini hanyalah politik iaitu cara mentadbir dan mengurus negeri mengikut majoriti. Kalau kamu tak suka tunggulah secara gentlement lima tahun lagi.

  17. tempat aku streamyx macam sial…..bil x pernah miss aku bayar…..aku nak komen banyak pun x boleh…

  18. streamyx memang penipu ikat pelanggan dengan kontrak 1 tahun, suka tak suka pun kena bayar sehingga habis kontrak. Pelanggan sentiasa bertambah, dah bersumbat, server tak bertambah, mana tak line macam sial……semua orang dah terkena bukan tenggiling seorang saja yang kena. itulah perniagaan namanya. Janganlah kecewa. Harap bersabar.

  19. Fuh.. menarik.. menarik. Macam biskut – sekejap ada sekejap tidak.

    Samalah macam isu KLIA-EAST, sekejap jadi-sekejap tidak. Lepas ni tak tau lagi samada jadi pilihanraya kecil di Perak atau tidak.

    Paklah pun tak tau lagi samada nak lepas jawatan atau tidak. Dan kereta aku pun tak tau lagi nasibnya samada dapat RM625 (rebet tunai) atau tidak pada bulan Mei ini sbb harga minyak dah turun.

    Macam-macam hidup kat Malaysia ni. Macam dalam tin biskut. Marilah kita nyanyi ramai-ramai lagu ‘bangau-oh-bangau’!

    http://adliayob.wordpress.com

  20. SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD{ Februari 3, 2009 @ 12:02 pm } · { Majlis Ilmu }
    { Tags: SEMINAR PEMBINAAN UMMAH DAN MEMBASMI MURTAD } · { Komentar }

    ANJURAN BERSAMA UIA (MAHALLAH REPRESENTATIVE COMMITTEE(MRC)ALL MAHALLAH IN PETALING JAYA AND NILAI CAMPUS AND FOUNDATION STUDENTS COORDINATION COUNCIL – FSCC), JAKIM, JAWI DAN YAYASAN SOFA
    TARIKH: 11 SHAFAR 1430H / 7 FEBRUARI 2009M (SABTU)
    MASA: 8.00 PAGI – 11.45 MALAM
    TEMPAT: DEWAN MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR, JALAN DUTA.

    ATURCARA:
    7.30 pagi : Ketibaan para peserta
    7.45 pagi : Ketibaaan tetamu khas dan juga para penceramah. Tetamu kehormat: Dato’ Pengarah JAKIM, Dato’ Mufti Wilayah Persekutuan dan Penaung Yayasan Sofa

    8.15 pagi : Majlis Perasmian Seminar dan ucapan para tetamu kehormat.

    9.15 pagi : Minum pagi

    9.45 pagi : Ceramah 1 oleh al-Fadhil Ustaz Zamihan bin Haji Mat Zin, Pen. Pengarah Pusat Pengajian al-Quran dan Ilmu Teras, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).
    Tajuk ceramah: Peranan Mahasiswa Dalam Memahami Serta Membenteras Penyelewengan Agama Dan Gejala Murtad

    10.45 pagi : Rehat

    11.00 pagi : Ceramah 2 oleh al-Fadhil Ustaz Haji Mahfuz bin Muhammad al-Khalil, Pendakwah Bebas.
    Tajuk ceramah: Kesamaran yang Perlu Dijelaskan dalam Memahami Agama

    12.45 t’hari : Makan tengahari dan shalat zohor

    2.00 petang : Ceramah 3 oleh Ustaz Ahmad Faidzurrahim bin Haji Muhammad Alwi, Pen. Pengarah Institut Pengajian Darul Hijrah, Pahang.
    Tajuk ceramah: Pegangan Jitu Seorang Muslim

    3.15 petang : Rehat

    4.30 petang : Suai kenal bersama Ulama. Tausiyah oleh al-Mukarram Syaikh ‘Afeefuddin al-Jailani; Tausiyah oleh al-Habib ‘Ali Zaenal Abidin al-Hamid dan persembahan Qasidah oleh Yayasan al-Jenderami.

    *************
    Ceramah Khas – مفاهيم يجب أن تصحح (Kefahaman Yang Wajib Diperbetulkan)

    7.45 malam: Ketibaan Tetamu Kehormat, penceramah dan para peserta seminar

    8.15 malam: Majlis bermula – bacaan al-Quran, bacaan Ratib al-Hadddad, Ceramah oleh Syaikh Muhammad Fuad Kamaluddin al-Maliki, Soal-Jawab

    11.15 malam: Bacaan Maulid Daiba’ie, Qasidah Nabawiyah oleh Kumpulan as-Sofa

    11.45 malam: Jamuan ringan dan bersurai.

    Untuk keterangan lanju, sila hubungi:
    Syed Muhd Saufi: 013-628 0251
    Ustaz Muhadir: 012 – 697 3893

    http://pondokhabib.wordpress.com


Tinggalkan komen

Kategori