Posted by: pinkturtle2 | Mac 2, 2009

Hadiah lembu, Ketua Pemuda PKR cabar SPRM dakwa

Hadiah lembu, Ketua Pemuda PKR cabar SPRM dakwa

PETALING JAYA: Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin menegaskan, pihaknya tidak akan memohon maaf kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas tindakan menghadiahkan lembu secara simbolik Rabu lalu, sebaliknya sedia berhadapan dengan tindakan mahkamah jika didakwa.

“Saya cabar untuk didakwa.. hendak dakwa di bawah seksyen apa? Saya juga tidak akan meminta maaf… saya tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata beliau mengulas kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan semalam.

Beliau turut menyelar keras kenyataan balas yang dikeluarkan secara biadap oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ahmad Said Hamdan dalam temu bual bersama Sunday Stardan mStar Online, yang disiarkan semalam.

Ahmad Said mempertikaikan tindakan AMK menghantar seekor lembu kepada SPRM sebagai tindakan yang ‘bodoh dan kebudak-budakan’.

Menurut Ahmad Said, tindakan AMK menghadiahkan lembu sebagai simbolik berhubung isu siasatan penyalahgunaan kuasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim “merupakan penghinaan kepada kerajaan.”

Malah katanya, menghina kakitangan awam yang menjalankan tugas mereka juga satu kesalahan.

Kata Shamsul Iskandar, kenyataan balas itu dengan jelas menggambarkan kejengkelan pemikiran Ahmad Said, sekali gus menghilangkan kelayakan beliau untuk memimpin badan bebas seperti SPRM.

“Apa yang dilakukan oleh AMK telah dijelaskan sebelum ini bahawa ia adalah satu bentuk peringatan dan sindiran kepada SPRM agar lebih profesional dalam mengendalikan kes-kes yang dikemukakan kepada SPRM.

“SPRM perlu membebaskan diri mereka daripada menjadi lembu dicucuk hidung.

“Apa yang mengelirukan ialah SPRM begitu mudah melakukan pendakwaan terbuka kepada mana-mana pemimpin atau ahli Pakatan Rakyat yang disyaki, tetapi mereka membisu seribu bahasa apabila berhadapan dengan kes-kes yang melibatkan Umno-BN.

“Puluhan, malah ratusan kes membabitkan pimpinan Umno-BN berserta bukti dan fakta-fakta impirikal yang telah dikemukakan oleh AMK dan Pakatan Rakyat sebelum ini, tetapi tidak ada satupun kes yang didedahkan hasil siasatan, malah tidak ada satu pun kes yang berjaya dibawa ke mahkamah,” katanya.

SPRM telah membuat laporan polis kononnya tindakan AMK itu dilihat sebagai penghinaan kepada penjawat awam.

Kata Shamsul Iskandar, AMK tidak gentar dengan sebarang laporan polis yang dibuat oleh Ahmad Said, malah sesiapa sahaja yang mempertikaikan tindakan sayap pemuda PKR itu yang bertujuan untuk memperingatkan mereka.

“AMK akan terus mendepani gerakan rakyat untuk memperingatkan SPRM khususnya Ahmad Said agar mereka lebih telus dan adil dalam sebarang tindakan yang diambil mereka.

“AMK masih mempunyai keyakinan kepada sistem yang sedia ada meskipun ia telah terpalit teruk dengan ‘Umnorisme’,” katanya.

Sehubungan itu, kata beliau, AMK secara rasmi mencabar Ahmad Said untuk mendedahkan hasil siasatan kes-kes yang melibatkan pimpinan Umno-BN seperti pendedahan laporan Ketua Audit Negara, puluhan kes rasuah yang membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, pembelian Eurocopter dan kapal selam Scorpene, penyelewengan wang royalti minyak negeri Terengganu dalam tempoh 48 jam.

http://www1.mstar.com.my


Respon

  1. Syabas AMK jangan gentar…menghantar seekor lembu adalah lebih bijak drp menghantar 30 ekor lembu dibangunan parlimen. Seekor lembu lebih bijak dari 30 ekor lembu yg membuat kacau diparlimen lebih bodoh dari 46 ekor lembu yg dijadikan korban raya haji. Sebaik2nya 30 ekor lembu yg membuang najis merata2 diparlimen tu
    ditangkap dan dikurung untuk dijadikan korban
    pada perhimpunan UMNO Mac nanti.

  2. Ada lagi lembu-lembu yang tak bertambat yang masih bebas meragut rumput secara haram di negeri Perak tu. Patut ditangkap dan dikurung dan dikasi baru padan muka depa. Tuan lembu tu pun masih bebas.

  3. Aslkm,

    Yea.. itu kenyatan bijak dari AMK.. ” KITA MASIH ADA KEYAKINAN DENGAN SISTEM SEDIA ADA WALAUPUN IA SUDAH TERUK TERPALIT OLEH UMNORISME”

    Sistem yang ada banyak yang dah bagus tetapi jadi tak bagus oleh tangan manusia sendiri…macammana pun itu tetap sistem sekular ler AMK. Tengah dok pikir-pikir bila kah UMNO nak laksana sistem terbaik iaitu… perundangan Islam

    Kita mesti yakin bahawa tidak ada yang lebih baik dari sistem perundangan Islam.

    Bukan lah saya ni gang taksub.. tidak… cuma sentiasa berdoa semua orang Islam akan terbuka hati menerima Islam sepenuhnya..

  4. Datuk Seri Ahmad Said Hamdan
    …tersenarai dlm individu yg akan didakwa bila BN tumbang nnt.
    01.mahathir
    02.Najis
    03.Rashit
    04.Rafidah
    05.Samy Bulu
    06.Ghani Petai
    07.Musang hassan
    08.Khir Toyol
    09.Ali Ketam
    10.Pak Lah
    11.Korek2..korek
    12.Musang x aman
    13.Ahmad Said
    14…….
    15……. 100 ,korang isi le sendiri.letih aku menulis

  5. yg last sekali
    ..1001.Berahim katak A.K.A berahim bewak 🙂

  6. belum last lagi lah
    1002.Zambrek kadiaq

  7. Rasanya strategi ini tak kena.

    Kadang2 niat/hasrat kita betul.

    Tetapi, cara kita tak betul.

    Jangan kita syok sendiri cukuplah.


Tinggalkan komen

Kategori