Posted by: pinkturtle2 | Mac 8, 2009

FRU,polis dan semua yang terlibat derhaka terhadap Raja!

Lebih mengecewakan tegas beliau, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.

Lebih mengecewakan, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato' A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.Tak kan lah orang tua macam tu pun nak halau dengan Gas pemedih mata... zalim,zalim dan zalimmmm...

Tajuk Harakah: FRU,polis derhaka terhadap Raja!

Tajuk pendikargunung : Perarakan Anti-PPSMI: PM, TPM, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran dan Ketua Polis Negara Penderhaka Raja!!

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Hrkh) – Tindakan FRU melepaskan gas pemedih mata terhadap rakyat yang berarak ke Istana Negara bagi mengiringi pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong disifatkan sebagai menderhaka terhadap raja.

ni kerana pihak istana telah memperkenankan pimpinan GMP menyerahkan memorandum tersebut dan diiringi rakyat yang turut membantah dasar tersebut.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato’ Mahfuz Omar menegaskan PAS mengecam dan kesal dengan tindakan zalim pasukan keselamatan terhadap rakyat yang menyatakan bantahan mereka terhadap dasar yang secara halus sedang membunuh bahasa Melayu.

Image“Isu ini merupakan isu yang disepakati oleh semua parti bukan hanya dari kalangan Pakatan Rakyat.

“Di kalangan pemimpin Umno bukan sedikit yang menentang dasar sia-sia ini dan mendesak agar ia dihapuskan,” tegas beliau.

Lebih mengecewakan tegas beliau, bila pihak keselamatan tidak menghiraukan dan tidak menghormati pejuang-pejuang bahasa seperti Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said yang berarak ke Istana Negara.

ImageSemalam, lebih 100 ribu rakyat berarak ke Istana Negara bagi menyatakan bantahan mereka terhadap perlaksanaan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Perarakan bermula dari Masjid Negara, Sogo dan Pasar Seni pada pukul 2.00 petang diketuai oleh Sasterawan Negara, Dato’ A. Samad Said yang memakai baju melayu berwarna merah jambu.

Pimpinan PAS Pusat turut sama berarak ke Istana bagi memberikan sokongan terhadap rakyat yang membantah dasar tersebut.

ImagePimpinan PAS diketuai oleh Presiden, Dato’ Seri Tuan Guru Hj Hadi Awang; Timbalan Presiden, Ustaz Nasharuddin Mat Isa; Naib Presiden, Mohamad Sabu; Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Salahuddin Ayub; Setiausaha Agung, Dato’ Kamaruddin Jaffar; Ketua Penerangan, Dato’ Mahfuz Omar dan Bendahari, Dr Mohd Hatta Ramli.

Selain itu beberapa ahli parlimen PAS turut kelihatan berarak ke Istana seperti Dr Dzulkifli Ahmad, Ustaz Mujahid Yusuf Rawa dan lain-lain lagi.


http://www.harakahdaily.net

Komen pendikar gunung kriang:

Bukan sahaja FRU yang menderhaka kepada Raja, tetapi ia juga melibatkan semua pihak yang merestui, mengetahui dan tidak menghalang tindakan FRU itu. Ini termasuk Ketua Polis Negara, Menteri Dalam Negeri, Menteri Pelajaran, malah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Ada sesiapa yang hendak buat laporan polis ke terhadap Menteri-Menteri dan KPN yang menjadi penderhaka Raja itu?

http://pendikargunung.blogspot.com


Respon

  1. Tok nak ulas sikit tentang GMP atau ringkasnya Gabungan Mansuhkan Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

    Impak bantahan PPSMI semalam oleh lebih daripada 100 ribu orang yang diketuai oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP dan mantan duta Malaysia ke UNESCO,Datuk Dr Hassan Ahmad telah mendapat liputan luas dalam dan luar negara.

    Dokongan kuat daripada Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said dan tokoh ilmuan seperti Profesor Emeritus Datuk Dr Nik Safiah Karim,Prof Emeritus Abdullah Hasaan,Dr Shaharil Mohamad Zain dan berpuluh-puluh lagi tokoh akademik dan cendekiawan menjadikan gerakan ini digeruni kerajaan UMNO-BN sehingga terpaksa mengerahkan FRU menangani arus kebangkitan pejuang-pejuang bahasa Melayu.

    Lebih menakutkan Pak Lah ialah GMP telah mendapat sokongan terbaharu daripada Majlis Permuafakatan Persatuan Ibubapa & Guru Nasional (PIBGN) yang mempunyai 8000 persatuan PIBG di seluruh negara. Pihak Suara Rakyat Malaysia(SUARAM) bersama 53 persatuan lain.Ini belum dikira Dong Zhong dan Persatuan Tamil.

    Apabila tokoh cendekiawan Melayu sanggup turun ke jalan berdemo dengan rakyat jelata dan terpaksa menerima bahana gas pemedih mata yang dilepaskan oleh FRU,hilanglah maruah UMNO yang selama ini mendakwa memperjuangkan nasib bangsa Melayu sedangkan golongan yang ingin memperjuangkan bahasa Melayu ditangkap dan dimasukkan ke dalam lokap.

    7 Mei 2009 adalah satu trajedi buat UMNO kerana sanggup mengarahkan FRU bertindak ganas terhadap bangsa sendiri,bangsa Melayu yang hanya ingin berarak ke Istana Negara untuk menzahirkan bantahan terhadap PPSMI.Rejim Yahudipun tak berlaku ganas terhadap bangsanya sendiri.Sekarang rakyat dapat melihat sendiri PDRM sanggup bertindak keterlaluan sehingga melepaskan gas pemedih mata ke dalam masjid negara.

    Pak Lah patut merasa malu dan sebagai PM,sepatutnya beliau mengarahkan Musa Hassan dan Ketua Polis KL meletakkan jawatannya.Kenyataan akhbar Pak Lah mendesak agar isu PPSMI ini diselesaikan segera sebelum menjadi lebih serius mengugat peluang Hishamudin memenangi perebutan naib Presiden UMNO dan ramai yang meramalkan sepupu Najib ini akan kalah dengan teruknya.

    Tok faham mengapa Pak Lah cukup berlembut.Krisis politik di Perak,Pak Lah tak mintapun diselesaikan segera.

    Sebenarnya Pak Lah sekali lagi ingin memperalatkan Pakatan Rakyat untuk menyokong usulnya menubuhkan Suruhanjaya Penambahbaikan Polis.Kali ni tok harap MP-MP Pakatan Rakyat jangan sokong kerana Suruhanjaya Perlantikan Hakim dan SPRM yang ditubuhkan baru-baru ini setelah mendapatkan sokongan MP-MP Pakatan Rakyat telah gagal berfungsi dengan baik dan sebaliknya memihak kepada UMNO.

    Pak Lah memerlukan majoriti 2/3 daripada ahli parlimen untuk menubuhkan suruhanjaya penambahbaikan polis.Tok percaya jika helahnya ini terlaksana,Musa Hassan akan dilantik menjadi Pengerusi Suruhanjaya ini.

    UMNO tak kira ketuanya Pak Lah ataupun Najib tetap sama cuma cara mereka menipu rakyat yang berbeza.

  2. malang sungguh nasib bangsa melayu.memperjuang kan bahasa ibunda pn di nyah spt hanjing kurap..
    sial punya UMNO!!!!

  3. Tok seperti bloggers rakyat memang bengang dengan tindakan kejam polis dan FRU yang ala-ala rejim Yahudi.

    Yahudi tak tembak gas pemedih mata kat bangsanya sendiri,tak pukul dan sumbatkan mereka kedalam lokap.yahudi juga tak menyerang rumah ibadat sendiri.Polis dan FRU sanggup buat sampai tembak gas pemedih mata kat dalam masjid negara.

    Tok nak bagi satu cadangan kepada bloggers semua.apa kata kita paparkan segala ketidakadilan mereka dalam blog sampai ke you tube biar satu dunia tahu.kepada yang mahir berbahasa inggeris tu forwardkan kepada al jazeera,BBc dan lain-lain.tak lupa kepada kesatuan eropah dan PBB.biar satu dunia tahu.

    Kita buat satu lagi gerakan iaitu gerakan membantah kekejaman dan ketidakadilan polis.

    Buat satu lama web khas dan paparkan segala ketidakadilan dan kekejaman mereka.Isu kugan dan berapa ramai tahanan yang mati dalam lokap,kes rasuah berprofail tinggi atau skandal pegawai kanan polis,demo yang UMNO buat polis tak halang pun.Buktinya ketika umno demo depan komtar tahun lepas,siapa dapat air mineral free.polis tak kacaupun.polis dan FRU tak bertindakpun terhadap penternak babi yang berdemo di Melaka.selebihnya korang boleh tambah.
    Lepas siap barulah kita berikan kat MP-MP Pakatan Rakyat bawak perkara ini ke dalam parlimen

    Tok juga cadangkan kita kumpulkan tandatangan desak Musa Hassan dan Ketua Polis KL kalau tak salah tok Saufi Osman letak jawatan dan sampaikan kepada MP-MP Pakatan Rakyat.

    Bagi tok inilah caranya untuk kita mengajar kebiadapan mereka.Jika tak semakin hari kemarahan rakyat terhadap polis akan bertambah dan mana tahu tak terkawal lagi.semalam tok ada dengan mereka yang kena sembur gas pemedih mata mencemuh polis sebagai yahudi dan macam-macam lagi.ada juga yang suruh isi borang masuk UMNO.
    Jelaskan..UMNOlah punca negara kita huru-hara selama ini.

  4. Aku tengok gambar tu bukan main seronok lagi puak-puak fru menghabiskan duit rakyat dengan menebak sesuka hati. kepada pembayar cukai yang berhimpun kalau terkena peluru (bom asap) tu boleh dikatakan peribahasa peluru makan tuan.

  5. Bila berlaku sering manusia menunding jari kepada mangsanya dan tidak pernah insaf seperti baling batu sembunyi tangan. Kesian jadi polis kerana mereka yang anti polis tidak sudah-sudah bukan sahaja menghina tetapi sampai mendakwa polis. Jika begini kita tidak perlu ada polis tetapi bagi peluang yang anti polis pula menjalankan tugas begitu fikirannya baik kita jangan bernegara jadi orang asal baliklah. Siapa kuat dia berkuasa. Soalannya senang jika demo tidak dibuat adakah perkara sebegini akan berlaku dan wang rakyat tidak membazir. Puak-puak yang hadir tak payah berbelanja. Bangla datang ke Malaysia boleh bercakap bahasa melayu itu aku bangga. bahasa melayu tersebar luas.

  6. Agak pelik juga hari2 ada2 saja cerita fitnah yg d gembar gemburkan oleh TV3 suku kpd 5 negeri PR. Negeri2 d bawah BN haprak tak ada langsung cerita buruk. Semuanya baik.
    Contohnya di Selangor kata pembaca berita tiga suku ada masalah moral pasal Elizabeth Wong. Tapi tidak d ceritakan pula Chua Soi Lek lagi tak bermoral. Wahai pembaca TV3 suku sanggup anda mencari makan dgn menjaja fitnah. Sebenarnya fitnah dan adu domba ini besar dosanya kerana ianya memecah belahkan masyarakat. Ambillah iktibar sempena Maulidur Rasul ni utk muhasabah diri moga2 d ampuni Allah. Yg mana tak tutup aurat tu, silalah tutup yg mana patut. Mufti d Malaysia ni patutnya lebih berani memberi teguran walaupun ianya melibatkan raja atau pun VIP hampas ni. Sepatutnya bukan hari kelahiran nabi saja kita mengingati baginda tetapi perlu d buat tiap2 hari. Atas dunia tiada orang yg lebih layak d beri gelaran baginda selain nabi Muhammad Rasullulah s.a.w. Baginda seorang yg adil dan saksama jauh berbeza dgn raja yg ada sekarang. Kadang2 ada PhD pun tak guna, sebab tak berapa cerdik. Cakap je lebih

  7. helo cooper
    polis yg adil patut kita puji, polis yg mengikut telunjuk patut di keji, tidak semua, fikirkanlah klu dah terang2ngan seperti yg disaksikan terjadi itu pun kau nak bela mmg patutlah otak kau tidak pernah berfikir, klu dah permintaan rakyat yg di sembahkan oleh adun2 yg mewakili rakyat tidak diendahkan mcmane lagi suara rakyat nak di diperdengarkan, apakejadah yg sibuk pegi halang suara ratusan ribu rakyat sebenar membawa kemahuan dan kehendak mereka, mereka berdemonstrasi bkn ajak berperang utk menuntut pembelaan tapi siapa yg menyerang?? bagus juga cadangan kau supaya biar tiada polis klu dah tau begini cara yg diamalkan, pd aku baik buang semua polis yg ada skrng ni dan pilih semula polis yg bole bertugas dgn jujur dan amanah yg plg penting dpt menjaga keselamatan rakyat bkn utk kepentingan bontot sendiri!

  8. aduhhhh..!!!!
    nie salah UMNO ke.?
    x kene mengene langsung la..
    cina duk relaks jea ngan india..
    x sibuk pun..
    kite plak sibuk ngan PPSMI..
    ak pn x setuju..
    tp lebih baik wat dwibahasa..
    sekurang²nye kite x la ketinggalan..
    kat Singapura plak korang x nak tnya bahasa ape ibunda mereka.???
    teruk la asyik nak gado jea..
    ade baiknye polis bersikap macam tu..
    klu x jd macam negara China.
    Banyak kongsi Gelap..
    korang lg suka macam tu ke..?
    KORANG KENE INGAT.!!!!
    KORANG KULI CINA JEA..
    INDIA PEGUAM..
    MELAYU PLAK.????
    KLU BERANI BUKA LA KILANG SENDIRI.!!!
    HAH.!!!
    MASIH TU AK RESPEK KAT KORANG SEMUA.!!!!
    JGN TAKUT AK ORG PETAMA YANG AKAN NAIKKN KORANG SMUA JD MENTERI..
    TAPI CITA² KORANG PUN..
    JADI KULI CINA NGAN INDIA.
    NAK WAT MCM MNE..
    HUHUHUHUHU…

  9. Dear Cooper, why are you so slow. Use your brain my friend. Don’t blame the rakyat, we are doing our rights. The police should monitor not to provoke. You were not there, that’s why you did not know the real situation. Damn idiot you Cooper…

  10. Tunjuk perasaan & perarakan bukan benda baru kat Malaya nie. Setau aku Umno dulu pun tunjuk perasaan berarak gak masa menentang Malayan Union tahun 1940-an.

    Cuma British lebih terbuka berbanding kerajaan BN yg diterajui oleh Umno. Tunjuk perasaan anti Malayan Union yg dianjurkan Umno tak diharamkan British & penyokong Umno tak dibelasah oleh polis.

  11. aku ni penyokong UMNO …tp bab ppsmi ni aku tak berkenan…pelik betul aper yg susah sgt kerajaan ni..tukar jer seperti dulu..kan senang baru lar aman skit…tak der bezanyer kiter nak mempertahankan b.inggeris tu…filipina tu pro b.inggeris..takder maju gak negara diorang..mahathir pon satu banggang…otak kebal susah nak bawa berbincang….ari tu suruh kiter pandang ke timur(jepun)org jepun pon tak layan bahasa inggeris….benggong tul..

  12. ko takyah sokong umno lagi la do re mi…nnt anak cucu ko plak jadi nasib do re mi dalam cite p ramlee tu kang

  13. ayuh pejuang mertabatkan ugama, bangsa dan bahasa. tegakkan daulat bahasa agar anak cucu kita tak hilang kan bahasanya.

  14. FRU yang menganas tu tak ada ke anak yang bersekolah? Bahalol punya orang…kita perjuangkan nasib untuk anak-anak dia, dibalunnya kita. CCCEEELLLAAAKKAAAA punya polis….banyak mentedarah duit haram…hati pun jadi hitam. Nasihat aku…kalau buat demo bawa lastik…bagi pecah biji mata polis tu….bila pencen orang kampung tau…kalau polis mata buta sebelah tu tandanya polis celaka…dan kalau dapat balun dengan batang tempinis bagi mampus ladi bagussss


Tinggalkan komen

Kategori