Posted by: pinkturtle2 | April 14, 2009

Setiausaha Sulit Kanan MB Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN

ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin (Gambar) memberitahu media mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS)

ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin (Gambar) memberitahu media mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS).apabila saya tengok SMS itu saya terkejut sebab SMS itu merupakan ugutan terhadap nyawa saya,”kata Abdul Halim

Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar Hantar SMS Ugut Bunuh – ADUN BN

Kuala Terengganu – Konspirasi bertujuan menjatuhkan Menteri Besar Terenggau, Dato’ Ahmad Said semakin jelas apabila dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) membuat laporan polis

ADUN Permaisuri Abdul Halim Jusoh dan ADUN Paka Zakaria Arifin (Gambar) memberitahu media mereka menerima ugutan bunuh melalui sistem pesanan ringkas (SMS) dari seorang yang tidak dikenali.

“pada lebih kurang 11.21 malam dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Gong Badak, untuk minum, tiba-tiba saya menerima SMS,

“apabila saya tengok SMS itu saya terkejut sebab SMS itu merupakan ugutan terhadap nyawa saya,”kata Abdul Halim kepada pihak media selepas membuat laporan polis di balai polis Kuala Terengganu, awal pagi hari ini 14 April.

Menurutnya SMS yang berbunyi “baik jangan teruskan YB, YB tak sayang nyawa?” adalah satu ugutan yang serius.

Katanya, dengan ugutan sebegitu, beliau merasakan nyawa beliau terancam kerana sebagai ADUN beliau sering berjalan kemana-mana.

Namun begitu, katanya, beliau merasa begitu sedih kerana apabila beliau menyemak nombor telefon yang menghantar SMS itu dari buku rasmi kerajaan negeri Terengganu, ianya datang seorang pegawai tinggi kerajaan.

“apabila saya check (semak) dari diari rasmi kerajaan negeri Terengganu rupa-rupanya SUSK ni, kita terima mesej ni, nombor yang saya terima ini adalah nombor daripada pegawai kanan kerajaan negeri Terengganu,”ujarnya.

https://i0.wp.com/www.buletinonline.net/images/stories/berita3/smsugugutbunuh.jpgKatanya individu itu adalah orang yang begitu rapat dengan Yang Amat Berhormat  dato’ Menteri Besar iaitu Setiausaha Sulit Kanan Menteri Besar.

Beliau berkata, pada anggapannya, ugutan tersebut adalah berkait dengan isu ‘undi tidak percaya’ terhadap Menteri Besar Negeri Terengganu.

“Ugutan ini, pada sayalah, saya tak tahu, sebab pada anggapan saya sebab, sekarang isu yang paling hangat adalah isu mengenai undi tidak percaya terhadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar kitalah…,”katanya

Bagaimana pun, katanya beliau tidak pasti samada ia benar atau tidak, kerana menurutnya beliau dan rakan-rakannya tidak ada rancangan tentang membawa usul undi tidak percaya tersebut.

“kami semua tidak ada rancangan mengenai benda ini (undi tak percaya) mungkin ada sesuatu yang meggerakkan mereka, jadi mereka mengancam kita, kalau benda ini berlaku dalam dewan, saya mungkin menjadi salah seorang pengundinya, tapi saya tak tahu apa-apa rancangan tentang benda ni,”tambahnya.

Beliau mengatakan turut sama menerima ugutan tersebut adalah ADUN Paka, Zakaria @ Mohd Ariffin Abdullah , yang turut hadir membuat laporan polis.

Menurut Zakaria, turut menerima SMS yang sama adalah ADUN Ajil Dato’ Rosol Wahid, yang menerima ugutan tersebut dari nombor lain, dipercaya hantaran melalui komputer.

http://www.buletinonline.net


Respon

  1. UMNO Terengganu dalam keadaan desprate.Adun-Adun UMNO dan barisan Exco dan MB tidak sejoint.Malahan di kalangan EXCO juga ada kem MatSaid dan Kem IdrisJusoh.
    UMNO menunggu masa lingkup.MB dah tunjuk gedebe dan pongoh iaitu tabiat asalnya.Rakyat sedang menonton.Advantage kepada PR untuk mengambil alih.Tsunami datang semula ke Trg.

  2. rakyat didahulukan…..?
    atau rebut kuasa didahulukan..
    dok nampak habuan lumayan..
    tuu yang pakat berebut..
    rakyat Ganu terabai, masih ditakuk lama, kekal sebagai sebuah negeri termiskin di M’sia walaupun royalty minyak berbillion RM.. pemimpin2 UMNO pulak berlumba buat mahligai..
    pemimpin2 macam ni bagi aku, amat layak dimaki hamun..

  3. SELAMAT BEREBUT

  4. bagus… gaduh la lagi…
    kita kasi flush semua…

  5. lakonan antara penyangak dan perompak. kalau dah gilakan kuasa, apa pun boleh jadi.
    Jangan lupa, dunia hanya pinjaman.

  6. Bila hati hati itu telah sarat dengan rasa tamak pada kehidupan dunia,mereka akan melupakan apa itu makna kawan atau sedara seperjuangan.Yang mereka junjung dan dewakan adalah hak dalam berkuasa.Mereka juga dapat kita ibaratkan sebagai telah hilang kewarasan dalam mencari pertunjuk Allah.
    mereka ini sebenarnya tiada layak untuk dimanahkan untuk diberi mandat dalam memegang kuasa.

  7. biar lantak depa.nak telungkup ke nak menangkupke..janji setiap PRK kita menang.

  8. hentam sajalah nak berebut mercedes benz kot?

  9. Kalu lah Su sulit kanan mat caid yg ator msej ugut mknanya mat caid tlibat gok lah…polis ble lg nok tggu…takap mat caid kalu x mat caid takap mung…pitih blake lake….bengung….

  10. punggah!!!!!!!!

    mengkalu gitu faraid siap2 la kontrak krj negeri Tganu… kira dah hujung nyawa la ni…

    idris jusoh masih memburu jawatan MB kut????

  11. Salam.

    Kalau sudah ada sms, apa susahnya.

    No. tel siapa punya.

    Kan itu lebih sahih.

    Susah sangat ke?

    Kalau susah, Malaysia tak canggih le.

  12. HAKIKAT kita PERLU PERUBAHAN
    • Berubahlah dari terus mengekalkan pemimpin2 rasuah
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai amalan politik wang
    • Berubahlah dari pemimpin2 yang mempunyai salah laku moral
    • Berubahlah kita daripada pemimpin yang suka menyekat kebebasan rakyat bersuara
    • Berubahlah daripada pemimpin2 serta kroni yang suka membuat laporan serta memutar belit fakta.

  13. TU BARU SMS ADUN DAP KENA HANTAR DENGAN PELURU PUN XTAKUT…MACAM MANA NAK BELA ORANG2 MELAYU PUNYA PEMIMPIN SEMACAM BERUK2 10 EKOR NIE..


Tinggalkan komen

Kategori