Posted by: pinkturtle2 | Mei 7, 2009

peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita – Prof Dr Aziz Bari

Riot police stand outside Perak state parliament on May 7, 2009. Dozens of protesters including several legislators were arrested outside the assembly where the government and opposition are tussling for control. Perak has been in political limbo since February 2009, when the Barisan Nasional coalition which rules nationally tried to oust the Pakatan Rakyat opposition alliance which won the state in general elections in 2008.

Jenice Lee, a Malaysian opposition state assemblywoman from the state of Selangor, is handcuffed as she is arrested during a protest outside the Perak state legislature in the northwestern city of Ipoh, 200 km (120 miles) north of Kuala Lumpur, in central state of Perak May 7, 2009. Malaysian police cordoned off the state legislature in Ipoh on Thursday and made at least 12 arrests ahead of a meeting of the Perak state assembly, according to eyewitnesses.Pakar Undang-undang bidas polis diguna untuk lengkapkan rampasan kuasa BN

Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita – Prof Dr Aziz Bari

Memalukan! Itulah ungkapan pakar-pakar perundangan berhubung tindakan polis mengheret keluar Speaker Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan Barisan Nasional menabalkan calon pilihannya sebagai pengganti.

Pensyarah Fakulti Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Aziz Bari menyifatkan kejadian yang berlaku itu sebagai detik hitam terbaru dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia.

“Apa yang kita lihat di DUN Perak pada hari ini sangat memalukan di segi demokrasi di negara kita. Saya fikir ini satu perkara yang salahnya BN sendiri kerana memulakannya. Mereka sepatutnya mengikuti peraturan dan amalan yang biasa dilakukan.

“Tindakan menggunakan anggota polis untuk mengusir keluar Speaker dan Adun daripada dewan merupakan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau membidas tindakan polis menceroboh masuk DUN Perak untuk mengheret keluar Spekaer V.Sivakumar dari Pakatan Rakyat.

Menurutnya, tindakan mematikan pembesar suara Sivakumar sejak awal lagi agak jelek dan tidak patut berlaku dalam sebuah demokrasi moden.

Secara keseluruhan Dr Aziz menegaskan bahawa apa yang dilakukan oleh Barisan Nasional adalah tidak betul.

Katanya, rampasan kuasa oleh BN dan tindakan susulan parti itu dalam cubaan menghalalkannya amat tidak disenangi oleh rakyat.

“Jadi saya fikir apa yang berlaku di Perak sejak kebelakangan ini, memang tidak sukar dihukum oleh rakyat,” katanya. tvantara

Gambar di atas dari wartawan Reuters Dan AP


Respon

  1. Mereka(umno) lah yang telah mengeruhkan dan mencemarkan nama baik sistem demokrasi berparlimen Malaysia.Cara mereka jelas mengambarkan telah menyimpang jauh dari hak pelembagaan yang telah sedia ada.InsyAllah Nizar akan masih tetap lagi sebagai MB yang sah,hanya dengan undi tak percaya baru dapat beliau digulingkan.Apa pun sebaiknya langkah pembubaran dun dalah langkah yang terbaik.

  2. Tepat sekali respon Prof Aziz Bari…..

    Lihatlah UMNO/BN macam penyamun lagak mereka….aduh…..!!! beginilah nasib kita rakyat biasa yg tiada siapa mampu menyelamt dan menolong kita….ada undang2 hanya utk golongan kuat dan kaya, ada pihak berkuasa hanya berkuasa menjaga org besar-besar…

    Pd aku…UMNO/BN hanya mengambil untung jangka masa pendek!!!!…mereka akan rugi selamamnya pd masa panjang nanti….InsyaAllah…

    • Salam hormat sdr bro N9,

      Kita sekarang sedang membincangkan pandangan Prof Dr Aziz Bari yang berhubung dengan peristiwa hitam dalam sejarah demokrasi dan hidup berpelembagaan di Negara kita. Sesungguhnya, betapa sejarah kewujudan melayu telah membentangkan suatu hikayat, hikayat panjang perilaku kelompok bangsanya yang jahat sentiasa menang dan hidupnya panjang.

      Manakala kelompok melayu yang baik sentiasa kalah dan dipendekkan umurnya dengan pembunuhan melalui instrumen fitnah jijik oleh kelompok melayu yang jahat seperti Si Kitol dan Raja Mamak Mahathir eh silap Mendaliar. Apabila kelompok melayu yang baik punah dibunuh, maka kelompok melayu yang hidup hanya tinggal penjahat, penyangak dan penjilat belaka.

      Malangnya, sejarah memberitahu generasi kini dan semasa bahawa, ramai pemimpin melayu silam yang dinamik dan cemerlang, namun menjadi mangsa fitnah busuk oleh melayu terkutuk yang diwakili oleh Si Kitol dan Raja Mamak Mahathir eh silap lagi Mendaliar. Tun Mutahir, Hang Tuah, Hang Nadim dan Mahsuri (sekadar beberapa nama) adalah nama-nama besar dalam Sejarah Melayu yang menjadi mangsa fitnah jahat oleh melayu silam yang munafik.

      Betapa kitab sejarah dan hikayat melayu juga telah membuktikan bahawa kelompok melayu yang jahat bukannya bijaksana. Lantaran itu, maka akhirnya kelompok melayu yang jahat tersebut telah dimalukan dan diaibkan sebagai bangsa yang hanya layak untuk dijajah dan terjajah beratus-ratus tahun lamanya. Namun begitu, semenjak 1957 bangsa melayu telah berpeluang bernegara dan bermasyarakat sendiri atas nama Persekutuan Tanah Melayu dan kini atas nama Persekutuan Malaysia semenjak 1963.

      Malaya merdeka dan dimerdekakan oleh British kepada kelompok melayu UMNO. Justeru, kelompok melayu UMNO sentiasa perasan, di samping mengidap penyakit Sindrom Malaysia Abadi Bertuankan UMNO. Yang demikian, seluruh instrumen negara bermakna instrumen UMNO juga. Betapa tingkah laku dan mentaliti kelompok melayu UMNO bagaikan Namrud, Firaun dan Komunis yang tidak boleh diganti oleh kelompok melayu yang lain, melainkan dari kalangan kelompok melayu UMNO.

      Betapa budaya jahat dan durjana bangsa melayu dalam hikayat melayu silam seperti tipu-menipu, bohong-membohong, belot-membelot dan fitnah-memfitnah yang diwakili oleh Si Kitol dan Raja Mamak Mendaliar, kini berlaku di depan mata khalayak negara dan antarabangsa. Tegasnya, semua budaya jijik para pembesar melayu silam kini telah dilakukan semula oleh melayu UMNO yang gigih dipertahankan oleh bidak-bidak politik standard kelas kambing sebagai pencacai upahan melayu UMNO.

      Ungkapan kata jasa sering dikumandangkan oleh para pencacai melayu UMNO untuk mewajarkan melayu UMNO terus-menerus berkuasa dan memerintah negara. Walau pun jasa pada pandangan saya bukan penanda aras untuk tidak mewajarkan perubahan kepimpinan dan kerajaan. Sementelahan, dalam usaha menukar pemerintah dan kerajaan dalam negara yang mendakwa demokrasi bukan suatu pengkhianatan yang layak untuk dihantar ke tali gantung.

      Amerika Syarikat yang dikatakan sebagai pengamal demokrasi terbesar dunia contohnya tidak ada halangan atau masalah untuk sering bertukar pemerintah. Di awal kemerdekaan Amerika Syarikat bermula dengan presiden tanpa parti, kemudian disusuli dengan presiden yang berparti Demokrat, seterusnya kepada presiden yang berparti Republik, kemudian bertukar lagi kepada presiden yang tanpa parti dan demikianlah seterusnya.

      Betapa warga Amerika Syarikat tidak pernah membangkitkan soal jasa mana-mana parti, atau menjadikan jasa mana-mana parti sebagai alasan untuk tidak mewajarkan pertukaran kerajaan Amerika Syarikat dari satu parti kepada parti yang lain. Untuk membuktikan kesahihan pandangan saya, maklumat berikut kiranya dapat membantu pencacai melayu UMNO yang berhubung dengan silih bergantinya presiden dan parti yang dianggotai oleh para presiden Amerika Syarikat dari awal mulanya hingga kini, sekarang dan saat ini.

      01. George Washington: 1789 – 1797 (Tanpa Parti)
      02. John Adams : 1797 – 1801 (Federalist)
      03. Thomas Jefferson: 1801 – 1809 (Democratic)
      04. James Madison: 1809 – 1817 (Democratic)
      05. James Monroe: 1817 – 1825 Democratic)
      06. John Quincy Adams: 1825 – 1829 (Democratic)
      07. Andrew Jackson: 1829 – 1837 (Democratic)
      08. Martin Van Buren: 1837 – 1841 (Democratic)
      09. William Henry Harrison: 1841 – 1841 (Tanpa Parti)
      10. John Tyler: 1841 – 1845 (Tanpa Parti)
      11. James K. Polk: 1845 – 1849 (Democratic)
      12. Zachary Taylor: 1849 – 1850 (Tanpa Parti)
      13. Millard Fillmore: 1850 – 1853 (Tanpa Parti)
      14. Franklin Pierce: 1853 – 1857 (Democratic)
      15. James Buchanan: 1857 – 1861 (Democratic)
      16. Abraham Lincoln: 1861 – 1865(Republican)
      17. Andrew Johnson: 1865 – 1869 (Democratic)
      18. Ulysses S. Grant: 1869 – 1877 (Republican)
      19. Rutherford B. Hayes: 1877 – 1881 (Republican)
      20. James A. Garfield: 1881 – 1881(Republican)
      21. Chester A. Arthur: 1881 – 1885 (Republican)
      22. Grover Cleveland: 1885 – 1889 (Democratic)
      23. Benjamin Harrison: 1889 – 1893 (Republican)
      24. Grover Cleveland: 1893 – 1897 (Democratic)
      25. William McKinley: 1897 – 1901(Republican)
      26. Theodore Roosevelt: 1901 – 1909 (Republican)
      27. William Howard Taft: 1909 – 1913 (Republican)
      28. Woodrow Wilson: 1913 – 1921 (Democratic)
      29. Warren G. Harding: 1921 – 1923 (Republican)
      30. Calvin Coolidge: 1923 – 1929 (Republican)
      31. Herbert Hoover: 1929 – 1933 (Republican)
      32. Franklin D. Roosevelt: 1933 – 1945 (Democratic)
      33. Harry S. Truman: 1945 – 1953 (Democratic)
      34. Dwight D. Eisenhower: 1953 – 1961 (Republican)
      35. John F. Kennedy: 1961 – 1963 (Democratic)
      36. Lyndon B. Johnson: 1963 – 1969 (Democratic)
      37. Richard Nixon: 1969 – 1974 (Republican)
      38. Gerald Ford: 1974 – 1977 (Republican)
      39. Jimmy Carter: 1977 – 1981 (Democratic)
      40. Ronald Reagan: 1981 – 1989 (Republican)
      41. George H. W. Bush: 1989 – 1993 (Republican)
      42. Bill Clinton: 1993 – 2001 (Democratic)
      43. George W. Bush: 2001 – 2009 (Republican)
      44. Barack Obama: 2009 Sekarang (Democratic)

      Terus terang, betapa segala tingkah laku durjana melayu silam yang telah diungkap dengan begitu jelas dalam sejarah, serta kini oleh para pencacai melayu UMNO adalah citra manusia hina tanpa maruah, yang laksana biawak komodo yang mulutnya dipenuhi dengan buih air liur yang beracun lantaran mengandungi berjuta-juta kuman.

      RAKYAT ADALAH MAHARAJA TANPA MAHKOTA
      UMNO SARJANA AGUNG DALAM BERBOHONG
      – Naspazi

  3. Sebagaimana yang kita tahu Malaysia adalah sebuah negara Raja berperlembagaan. Maka sewajarnyna ia diterjemahkan seiring dengan konsep ini di mana YDPA ialah Ketua Negara manakala PM adalah ketua Kerajaan. Sementara itu peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri. Perkara ini telah termaktub dengan jelas dalam Perlembagaan Malaysia. Mengikut konsep ulil amri pula sudah semestinyalah YDPA adalah pemimpin tertinggi kerana baginda merupakan Ketua Negara. Mari kita telitikan konsep ini melalui perlembagaan Malaysia.

    KETUA NEGARA DAN NEGERI

    Jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah jawatan yang diwarisi turun temurun. Malaysia mengamalkan sistem kerajaan Raja Berperlembagaan dalam demokrasi berparlimen pada dua peringkat iaitu peringkat Persekutuan dan peringkat Negeri. Pada peringkat Persekutuan, Ketua Negara ialah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, sementara ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Pada peringkat negeri pula, ketua negeri dikenali dengan pelbagai nama seperti Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Besar juga Yang Dipertua Negeri sementara ketua kerajaan pula ialah Menteri Besar atau Ketua Menteri.

    MAJLIS RAJA-RAJA

    Dalam Perlembagaan Persekutuan urusan pemilihan dan perlantikan Yang di-Pertuan Agong adalah terletak pada Majlis Raja-Raja. Dalam sistem kerajaan Persekutuan yang terdapat ramai Raja, sebuah Majlis yang dinamakan Majlis Raja-Raja telah ditubuhkan mengikut Perkara 38 Perlembagaan Persekutuan sebagai tempat bagi Raja-Raja dan Yang Dipertua-Yang Dipertua Negeri bertemu dan berbincang. Dalam beberapa perkara yang tertentu, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kerajaan supaya memperolehi nasihat daripada Majlis Raja-Raja.

    NASIHAT KERAJAAN

    Institusi pemerintahan beraja merupakan sumber kekuasaan dan kewibawaan, pemerintah dan kerajaan. Institusi ini merupakan sumber kekuatan rakyat dan tempat rakyat mencari perlindungan, keadilan, memberikan kesetiaan, kecintaan dan taat setia kepada negara. Di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah sistem kerajaan Raja berperlembagaan, kuasa rakyat terletak hak pada Parlimen yang kemudiannya meletakkan hak kuasa eksekutif kepada Jemaah Menteri. Walau bagaimanapun, setiap tindakan pihak berkuasa dilaksanakan atas nama Yang di-Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat kerajaan.

    Sebagai contohnya apabila sesuatu akta itu digazetkan sepertimana berikut:-

    Akta /Surat Pekeliling
    UNDANG-UNDANG MALAYSIA
    Akta 42
    AKTA KUMPULAN WANG PINJAMAN PERUMAHAN, 1971

    Suatu Akta bagi memberikuasa supaya beberapa jumlah wang didapatkan sebagai pinjaman bagi maksud Kumpulan wang Pinjaman Perumahan bagi Persekutuan dan bagi membuat peruntukan berhubung dengan acara kewangan mengenai Kumpulan wang Pinjaman Perumahan bagi Persekutuan dan Negeri-negeri.

    [ 3hb September, 1971]

    MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

    Pindaan Perlembagaan – bagaimanakah perlembagaaan boleh di pinda?

    Walaupun kita berpegang kepada konsep ketertinggian perlembagaan, kita masih boleh membuat pindaan terhadapnya kecuali beberapa perkara yang hanya boleh dipinda dengan izin Raja-Raja Melayu. Terdapat juga perkara yang hendak dipinda memerlukan persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Yang Dipertua Negeri Sarawak.

    Terdapat empat cara perlembagaan dipinda iaitu:
    1- perkara yang memerlukan lebib suara dua pertiga Parlimen dan mendapat keizinan Majlis Raja-Raja.

    2-perkara yang menyentuh kepentingan Sabah dan Sarawak yang memerlukan Parlimen mendapat lebih suara dua pertiga dan persetujuan Yang Dipertua Negeri.

    3-perkara yang boleh dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dalam Parlimen.

    4-terdapat perkara yang dipinda dengan hanya mendapat lebih suara dua pertiga dalam dewan Parlimen.

    Pindaan cara pertama ialah perkara yang membabitkan tugas dan kuasa Majlis Raja-Raja; melibatkan keutamaan Yang diPertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Raja-Raja dan Yang Dipertua Negeri; jaminan takhta; dan juga kedudukan istimewa orang Melayu serta bumiputera di Sabab dan Sarawak. Persetujuan juga diperlukan bagi sebarang undang-undang yang mengubah sempadan sesebuah negeri. Pada tahun 1971 misalnya, atas sebab kepentingan keselamatan dan ketenteraman awam, pindaan perlembagaan dibuat bagi melarang menyoal secara umum perkara sensitif, iaitu mengenai kerakyatan, Bahasa Kebangsaan, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak, dan mengenai kedaulatan serta hak istimewa Raja-Raja.

    Pindaan cara kedua ialah bagi perkara yang berkaitan dengan kepentingan khas Sabah dan Sarawak yang perlu mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri berkenaan. Antara perkara yang terlibat ialah keanggotaan dan bidang kuasa Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, perkara perundangan dan pemerintahan dalam kuasa negeri, hal agama, bahasa dan juga kedudukan istimewa bumiputera. Akta Imigresen tahun 1963 pula memberi hak dan kuasa kepada kerajaan negeri berkenaan menahan kemasukan orang yang bukan dari Sabah dan Sarawak.

    Pindaan cara ketiga ialah pindaan yang hanya memerlukan lebih suara Parlimen. Antara pindaan itu ialah pindaan jadual-jadual tertentu dalam Bahagian III Perlembagaan, pindaan yang melibatkan Perkara 74 dan 76 dalam perlembagaan. Dalam Perkara 74, Parlimen boleh membuat atau meminda undang-undang mengenai perkara yang disebut dalam Senarai Persekutuan atau Senarai Bersama. Hal yang sama juga boleh dilakukan oleh Dewan Undangan Negeri bagi perkara yang berhubung dengan Senarai Negeri atau Senarai Bersama yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Contohnya, Senarai Persekutuan dalam Perkara 74 ialah hal ehwal luar negara, pertahanan, keselamatan dalam negeri, dan undang-undang masalah jenayah. Senarai Negeri pula ialah hukum syarak, tanah, pertanian dan perhutanan, kerajaan tempatan, penyu dan perikanan di sungai. Perkara dalam Senarai Bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar dan burung liar, serta perancangan bandar dan desa. Dalam Perkara 76, Parlimen boleh membuat undang-undang dalam Senarai Negeri yang melibatkan pelaksanaan persetiaan, perjanjian atau konvensyen antara Persekutuan dengan mana-mana negara lain.

    Pindaan cara keempat ialah bagi perkara yang tidak termasuk dalam tiga cara yang tersebut di atas. Ini hanya memerlukan lebih suara dua pertiga dalam kedua-dua dewan Parlimen.

    Menurut Perkara 32(1) Perlembagaan Persekutuan mestilah ada seorang Ketua Negara Persekutuan yang digelar Yang di-Pertuan Agong. Baginda mengatasi semua orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh didakwa dalam mana-mana mahkamah kecuali Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15 (Perkara 182 dan 183). Selepas baginda, Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa Raja Permaisuri Agong hendaklah menduduki tempat kedua iaitu selepas Yang di-Pertuan Agong.

    Sebagai Ketua Negara, baginda mempunyai bidang kuasa yang luas seperti yang dikanunkan dalam Perlembagaan. Baginda juga mempunyai peranan dan fungsi dalam tiga cabang Kerajaan iaitu Eksekutif, Perundangan dan Kehakiman.

    Kedudukan Dan Kuasa Yang di-Pertuan Agong

    Perkara 32(1) dan 32(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan:

    “32. Kepala Utama Negara bagi Persekutuan, dan Permaisurinya.

    (1) Maka hendaklah ada seorang Kepala Utama Negara bagi Persekutuan digelarkan Yang di-Pertuan Agong, yang mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan dan yang tidak boleh dikena dakwa dalam apa-apa jua pembicaraan dalam mana-mana mahkamah kecuali dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Bahagian 15.

    (2) Permaisuri Yang di-Pertuan Agong (yang digelar Raja Permaisuri Agong) adalah mengambil keutamaan mengatasi segala orang lain dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong.”

    Perkara 182 dan 183 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan:

    “182. Mahkamah Khas.

    (1) Maka hendaklah ada suatu mahkamah yang hendaklah dikenali sebagai Mahkamah Khas dan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, yang hendaklah menjadi Pengerusi, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan dua orang lain yang memegang atau pernah memegang jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan atau Mahkamah Tinggi yang dilantik oleh Majlis Raja-Raja.

    (2) Apa-apa prosiding oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri atas sifat peribadinya hendaklah dibawa dalam Mahkamah Khas yang ditubuhkan di bawah Fasal (1).

    (3) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa eksklusif untuk membicarakan segala kesalahan yang dilakukan di Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri dan segala kes sivil oleh atau terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri walau di mana pun kuasa tindakan berbangkit.

    (4) Mahkamah Khas hendaklah mempunyai bidang kuasa dan kuasa-kuasa yang sama seperti yang terletak hak pada mahkamah-mahkamah bawahan, Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan melalui Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang persekutuan dan hendaklah mempunyai pejabat pendaftarannya di Kuala Lumpur.

    (5) Sehingga Parlimen, melalui undang-undang, membuat peruntukan khas yang berlawanan berkenaan dengan prosedur (termasuk pendengaran prosiding secara tertutup) dalam kes-kes sivil atau jenayah dan undang-undang yang mengawalselia keterangan dan pembuktian dalam prosiding sivil dan jenayah, maka amalan dan prosedur yang terpakai dalam mana-mana prosiding dalam mana-mana mahkamah bawahan, mana-mana Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan hendaklah terpakai dalam mana-mana prosiding dalam Mahkamah Khas.

    (6) Prosiding dalam Mahkamah Khas hendaklah diputuskan mengikut pendapat majoriti anggota dan keputusannya adalah muktamad dan konklusif dan tidak boleh dicabar atau dipertikaikan dalam mana-mana mahkamah atas apa-apa alasan.

    (7) Yang di-Pertuan Agong boleh, atas nasihat Ketua Hakim Negara, membuat apa-apa kaedah yang difikirkannya perlu atau suaimanfaat untuk membuat peruntukan bagi penghapusan apa-apa kesulitan atau anomali jua pun dalam mana-mana undang-undang bertulis atau dalam pelaksanaan apa-apa fungsi, perjalanan apa-apa kuasa, penunaian apa-apa kewajipan, atau pembuatan apa-apa perbuatan, di bawah mana-mana undang-undang bertulis, yang mungkin disebabkan oleh Perkara ini, dan bagi maksud itu kaedah-kaedah itu boleh membuat apa-apa pengubahsuaian, adaptasi, penggubahan, pertukaran atau pindaan jua pun kepada mana-mana undang-undang bertulis.

    “183. Tiada tindakan boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.

    Tiada tindakan, sivil atau jenayah, boleh dimulakan terhadap Yang di-Pertuan Agong atau Raja sesuatu Negeri berkenaan dengan apa-apa jua yang dilakukan atau ditinggalkan daripada dilakukan olehnya atas sifat peribadinya kecuali dengan keizinan Peguam Negara sendiri.”

    Fungsi Eksekutif (Perkara 39)

    Walaupun Perlembagaan (Fasal 39) memberi kuasa eksekutif kepada Yang di-Pertuan Agong, namun menurut undang-undang Persekutuan dan Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan, Parlimen boleh memberikan fungsi eksekutif itu kepada orang lain.

    Sungguhpun terdapat beberapa pengecualian dalam Perlembagaan tentang kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong namun lazimnya baginda menerima nasihat dari Kabinet, lebih tepat lagi, Perdana Menteri. Walaubagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berhak dan atas kemahuannya meminta segala maklumat mengenai kerajaan Persekutuan yang diberikan kepada Kabinet.

    Walaupun Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat Kabinet atau Menteri atau selepas berunding atau atas cadangan seseorang ataupun sesuatu pertubuhan (yang lain dari Kabinet) tetapi dalam pelaksanaan tiga fungsi Perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara baginda. Ketiga-tiga fungsi itu ialah:

    Melantik seorang Perdana Menteri;
    Bersetuju atau tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen;
    Meminta supaya diadakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu.

    Pelantikan Perdana Menteri adalah berdasarkan kemampuan calon tersebut mendapat suara terbanyak dalam Parlimen. Pemilihan ahli-ahli Kabinet dan Timbalan-Timbalan Menteri adalah atas nasihat Perdana Menteri.

    Perlembagaan Persekutuan Perkara 39 dan 40 menyatakan:

    “39. Kuasa pemerintah Persekutuan.

    Kuasa pemerintah bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-Pertuan Agong dan tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh Jemaah Menteri atau oleh mana-mana Menteri yang diberikuasa oleh Jemaah Menteri, tetapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas pemerintah kepada orang-orang lain”.

    “40. Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat.

    (1) Pada menjalankan tugas-tugasnya di bawah Perlembagaan ini atau di bawah undang-undang persekutuan, Yang di-Pertuan Agong hendaklah bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri atau nasihat seseorang Menteri yang bertindak di bawah kuasa am Jemaah Menteri, kecuali sebagaimana diperuntukkan selainnya oleh Perlembagan ini; tetapi Yang di-Pertuan Agong adalah berhak, atas permintaannya, mendapat apa-apa maklumat mengenai pemerintahan Persekutuan yang boleh didapati oleh Jemaah Menteri.

    (1A) Pada menjalankan fungsi-fungsinya di bawah Perlembagaan ini atau undang-undang persekutuan, jika Yang di-Pertuan Agong dikehendaki bertindak mengikut nasihat, atas nasihat, atau selepas menimbangkan nasihat, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menerima dan bertindak mengikut nasihat itu.

    (2) Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan tugas-tugas yang berikut iaitu:

    (a) melantik seorang Perdana Menteri;

    (b) tidak mempersetujui permintaan membubar Parlimen;

    (c) meminta supaya di adakan suatu mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan ini.

    (3) Undang-undang Persekutuan boleh membuat peruntukan bagi mengkehendaki Yang di-Pertuan Agong bertindak pada menjalankan tugas-tugas yang lain daripada yang berikut, selepas berunding dengan atau atas syor mana-mana orang atau kumpulan orang yang lain daripada Jemaah Menteri:

    (a) tugas-tugas yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya;

    (b) tugas-tugas lain jika untuk menjalankannya peruntukan ada dibuat dalam mana-mana Perkara lain.”

    Fungsi Perundangan (Perkara 44)

    Kuasa perundangan Persekutuan adalah terletak kepada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Oleh kerana Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen Parlimen, maka baginda mempunyai kuasa-kuasa berikut:

    -Memanggil Parlimen bermesyuarat dari masa ke semasa;
    -Memberhentikan dan membubarkan Parlimen;
    -Boleh memberi ucapan dalam mana-mana Majlis Parlimen dalam kedua-dua Majlis Parlimen bersama; dan
    -Memperkenankan Rang Undang-Undang.

    Yang di-Pertuan Agong juga mempunyai kuasa untuk melantik dua orang senator untuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan seorang untuk Wilayah Persekutuan Labuan. Di samping itu baginda juga mempunyai kuasa untuk melantik empat puluh orang senator lagi.

    Para senator yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ini adalah, pada hemat baginda, terdiri daripada orang-orang yang terkemuka dalam masyarakat dan banyak memberi sumbangan kepada masyarakat. Selain dari tokoh-tokoh yang terkemuka dalam bidang ikhtisas seperti perdagangan dan industri, pertanian, kegiatan kebudayaan dan sosial, tokoh-tokoh yang mewakili kaum minoriti seperti orang asli juga dipilih.

    “44. Keanggotaan Parlimen.

    Kuasa Perundangan Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi Yang di-Pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat”.

    “45. Keanggotaan Dewan Negara.

    (1) Tertakluk kepada Fasal (4), Dewan Negara hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dipilih dan dilantik seperti berikut:

    (a) dua orang ahli bagi tiap-tiap satu Negeri hendaklah dipilih mengikut Jadual Ketujuh; dan

    (aa) dua orang ahli bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Labuan dan seorang ahli bagi Wilayah Persekutuan Putrajaya hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong; dan

    (b) empat puluh orang ahli hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

    (2) Ahli-ahli yang akan dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong ialah orang-orang yang pada pendapatnya telah berbuat jasa cemerlang dalam perkhidmatan awam atau telah mencapai kepujian dalam lapangan profesyen, perdagangan, perusahaan, pertanian, kegiatan kebudayaan atau perkhidmatan masyarakat atau yang mewakili kaum-kaum yang kecil bilangannya atau yang mempunyai kebolehan mewakili kepentingan orang asli.

    (3) Tempoh jawatan seseorang ahli Dewan Negara ialah tiga tahun dan tempoh itu tidaklah tercatat oleh pembubaran Parlimen.

    (3a) Seseorang ahli Dewan Negara tidak boleh memegang jawatan lebih daripada dua tempoh sama ada terus-menerus atau selainnya:

    Dengan syarat bahawa jika seseorang yang telah pun tamat dua tempoh jawatan atau lebih sebagai ahli Dewan Negara adalah sebelum sahaja mula berkuatkuasanya Fasal ini seorang ahli Dewan Negara maka ia bolehlah terus berkhidmat sebagai ahli sedemikian itu selama baki tempohnya.

    (4) Parlimen boleh dengan undang-undang:

    (a) menambah bilangan ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri hingga tiga orang;

    (b) membuat peruntukan supaya ahli-ahli yang akan dipilih bagi tiap-tiap satu Negeri dipilih dengan undi terus oleh pemilih-pemilih Negeri itu;

    (c) mengurangkan bilangan ahli-ahli yang dilantik atau menghapuskan ahli-ahli yang dilantik”.

    Fungsi Kehakiman

    Yang di-Pertuan Agong juga memainkan peranan penting dalam bidang kehakiman. Adalah juga menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melantik Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi di Sabah dan Sarawak, Hakim-hakim Mahkamah Agung, Hakim-hakim Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi atas nasihat Perdana Menteri setelah dirundingkan dengan Majlis Raja-Raja. Di samping itu juga baginda boleh melantik mana-mana orang yang layak dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi untuk menjadi Pesuruhjaya Kehakiman (yang mempunyai kuasa sebagai Hakim Mahkamah Tinggi) atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan Ketua Hakim Negara Mahkamah Persekutuan (satu langkah sementara sebelum pelantikan tetap sebagai Hakim Mahkamah Tinggi).

    Selain dari itu, Yang di-Pertuan Agong juga boleh memanjangkan perkhidmatan seorang hakim yang berumur lebih 65 tahun. Bagaimana pun lanjutan perkhidmatan itu tidak melebihi enam bulan setelah mencapai umur 65 tahun. Seorang hakim Mahkamah Persekutuan boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan cara menulis surat perletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong.

    Mengenai penyingkiran hakim pula, Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara selepas berunding dengan Perdana Menteri, mengemukakan presentasi kepada Yang di-Pertuan Agong bahawa seorang hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah disingkirkan atas alasan berkelakuan tidak senonoh, atau ketidakupayaannya menjalankan tugas kerana kesihatan ataupun fikiran terganggu atau lain-lain alasan. Selepas menerima representasi itu Yang di-Pertuan Agong akan melantik satu tribunal untuk memberi cadangan, dan mungkin atas cadangan tribunal itu menyingkirkan hakim dari jawatannya.

    Perlu diingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak mempunyai kuasa untuk menyingkirkan seseorang hakim atas kemahuannya. Hanya melalui representasi yang dibuat oleh Perdana Menteri atau Ketua Hakim Negara dan selepas menerima laporan tribunal maka Yang di-Pertuan Agong boleh menyingkirkan seseorang hakim itu dari jawatannya.

    Sungguhpun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh menggunakan budi bicara baginda untuk menerima ataupun menolak cadangan–cadangan tribunal dalam menyingkirkan atau mengekalkan hakim itu pada jawatannya.

    • Salam hormat sdr insan hina,

      Betapa pada mulanya, Persekutuan Malaysia ditubuhkan atas nama empat buah negara iaitu, Malaya (Tanah Melayu), Sabah (North Borneo), Sarawak dan Singapura. Namun atas sebab-sebab tertentu pada pertimbangan dan rasional Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, ketika beliau di London pada tahun 1965. Ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bercuti selama 53 hari bagi mendapatkan rawatan di London telah mengeluarkan Singapura dari gabungan Persekutuan Malaysia. Justeru, selepas Singapura dikeluarkan dari Persekutuan Malaysia, sah Persekutuan Malaysia hanya tinggal tiga buah Negara sahaja lagi sebenarnya iaitu, Malaya, Sabah dan Sarawak.

      Justeru adalah jelas, bahawa Persekutuan Malaysia dibentuk bukan atas nama tiga belas buah negeri. Mengapa kini Persekutuan Malaysia tiba-tiba menjadi 13 buah negeri? Sebab itu saya katakan, bahawa status atau standard Sabah dan Sarawak dalam gabungan Persekutuan Malaysia telah diturunkan kepada standard negeri sedangkan Malaya tidak.

      Sewajarnya, apabila tiga buah negara ini bergabung atas nama Persekutuan Malaysia, dan status Sabah dan Sarawak diturunkan kepada standard negeri, sepatutnya Malaya atau Tanah Melayu juga harus diturunkan statusnya kepada negeri, atas nama negeri Malaya atau negeri Tanah Melayu. Sebab, Persekutuan Malaysia bukan dibentuk atas nama 13 buah negeri.

      Mengapa saya mengatakan, bahawa Sabah dan Sarawak tidak sewajarnya dijatuhkan standardnya kepada sebuah negeri laksana pecahan negeri-negeri yang membentuk Malaya atau Tanah Melayu? Pada paradigma saya, kedudukan Sabah dan Sarawak adalah setaraf dengan Malaya atau Tanah Melayu dalam konteks dan konsep penubuhan Persekutuan Malaysia. Bahkan, betapa konsep Persekutuan Malaysia tidak jauh bezanya dengan konsep Persekutuan Great Britain.

      Penubuhan Persekutuan Great Britain menggabungkan beberapa buah negara yang saling berasingan dan berjauhan, antaranya seperti Australia, Canada, England dan New Zealand yang menjadikan wilayah Persekutuan Great Britain merupakan yang terbesar sekali di muka bumi ketika ini. Sesungguhnya Persekutuan Great Britain dari sudut antarabangsa, hubungan negara-negara ini disahkan sebagai Confederation [Persekutuan] dan Ratu Elizabeth II sebagai ketua negara. Walau bagaimanapun, tugas Ratu Elizabeth II di Australia, Canada dan New Zealand berbeza dengan tugasnya di England. Tugas Ratu Elizabeth II di Australia, Canada dan New Zealand diwakili oleh seorang Gubernur Jenderal. Maksudnya, seorang Gubernur Jenderal bagi Australia, seorang Gubernur Jenderal bagi Canada dan seorang Gubernur Jenderal bagi New Zealand yang menjalankan tugas Ratu Elizabeth II di ketiga-tiga negara tersebut. Dengan kata lain, fungsi Gubernur Jenderal bagi Australia, Canada dan New Zealand ada persamaan dengan tugas dan fungsi Yang di-Pertua Negari bagi Sabah dan Sarawak.

      Kembali kepada Persekutuan Malaysia. Penubuhan Persekutuan Malaysia sebenarnya diterima dengan tanggapan yang kurang selesa oleh pimpinan tempatan Sabah dan Sarawak. Namun, memandangkan bahawa pembentukan Persekutuan Malaysia lebih kepada kehendak bersungguh-sungguh Great Britain atas pertimbangan politik rantau Asia Tenggara yang sedang mengalami krisis pertembungan ideologi antara Capitalist dengan Communist, maka Sabah dan Sarawak akhirnya bersetuju bergabung dengan Malaya atau Tanah Melayu bagi menjayakan penubuhan Persekutuan Malaysia.

      Persoalannya adalah, ada atau tidak kelainan atau tiada kesamaan Persekutuan Malaysia dengan Persekutuan Great Britain? Justeru, jika mengambil kira struktur dan polisi pentadbiran Persekutuan Great Britain, saya menanggapinya sebagai wujud persamaan dan kelainan struktur puncak bernegara antara Persekutuan Malaysia dengan Persekutuan Great Britain.

      Mari kita tinjau persamaan dan kelainan sistem pemerintahan puncak bernegara Persekutuan Malaysia dengan sistem pemerintahan puncak bernegara Persekutuan Great Britain. Sebagai contoh ketua negara, Ketua Negara bagi Persekutuan Great Britain ialah Ratu Elizabeth II. Sementara Ketua Negara bagi Persekutuan Malaysia ialah, Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Demikian juga dengan Gubernur Jenderal bagi Australia, Canada dan New Zealand ada persamaan dengan Yang di-Pertua Negari bagi Sabah dan Sarawak.

      Namun begitu, apabila menyentuh dan sampai kepada soal struktur kementerian dan fungsinya, termasuklah dalam soal hal ehwal hubungan antarabangsa, antara Sabah dan Sarawak dengan Australia dan Canada dalam konteks bernegara persekutuan, antara Persekutuan Great Britain dengan Persekutuan Malaysia sungguh jauh berbeza. Dalam hal ini, contoh yang paling mudah dan ketara ialah dalam system ketua pemerintahan. Adalah jelas bahawa, Ketua Pemerintahan bagi Australia, Canada dan England dalam konteks dan semangat Persekutuan Great Britain, masing-masing digelar Perdana Menteri.

      Sedangkan ketua pemerintahan bagi Sabah dan Sarawak dalam konteks system persekutuan yang serupa, tegasnya dalam konteks system dan semangat Persekutuan Malaysia hanya bergelar Ketua Menteri dan bukannya Perdana Menteri. Sebab itu saya kata, antara Persekutuan Great Britain dengan Persekutuan Malaysia, sekali pun ada sedikit persamaan, namun perbezaan yang wujud amat ketara, walau pun kedua-dua negara ini mendakwa sebagai Negara Bersekutu.

      Akhir kata, saya tutup respon ringkas ini dengan ungkapan, yang mana satu kaedah bermasyarakat dan bernegara antara Persekutuan Great Britain dengan Persekutuan Malaysia yang lebih menepati kehendak persekutuan tulen?

      UMNO SARJANA AGUNG DALAM MENIPU
      REMPUH UMNO SAMPAI JATUH
      – Naspazi

    • Saya rasa tak perlu diperjelaskan lagi tentang sistem pemerintahan & undang2 di malaysia ni. Secara amnya sudah ramai yg telah mengetahuinya. Sebenarnya sistem pentadbiran yg malaysia amalkan (mengikut common law british) dah bagus & sgt cantik, ada “check & balance”. Tetapi adakah pihak pemerintah mematuhinya?

      Walau bagaimana bagusnya sistem yg dirangka jika tidak diikuti tidak berguna juga. Contohnya di DUN Perak, di mana ada yg tidak mengikut prosedur2 yg terdapat di dalam undang2 & perlembagaan negeri spt menggunakan kekerasan untuk merampas kerusi speaker DUN perak.

      Saya fikir tak perlulah insan hina menulis panjang berjela-jela tentang sistem pemerintahan & perundangan di malaysia (terlalu membosankan) tetapi “go strait to the point” komen mengenai situasi semasa keadaan negara kita sekarang.

  4. demokrasi ala bn/umno haprak adalah demokrasi kepala hotak.

  5. PEMBANGKANG TIDAK IKUT PERATURAN ?

    beruk akan ikut peraturan beruk yang mengikut naluri sejak datuk nenek moyang beruk.
    anjing akan ikut peraturan anjing. tidak dikatakan anjing ..kalau lepas belaki boleh terlepas sekor kulu sekor kiliag dengan tidak melekat.
    tidak dikatakan babi kalau boleh panjat nyiur ambil buah.

    jamban taik camne…… ini lah aku ghse nak maki nih…. dia juga buat peraturan yang speaker kebal dari undang2…….rupenye speaker tukang jaga jamban taik je kebal. yang lain boleh diusungMACAM JAKUN USUNG BABI.

  6. saya sedihlah, kekecohan yang berlaku di DUN Perak hari ini. Perkara riuh rendah tak sepatutnya berlaku kecoh macam tempat orang juah barang lelong dipasar malam berlaku di Dewan Yang Mulia itu. Kerana wakil rakyat DUN itu adalah digelar VIP, mereka sepatutnya memberi teladan dan image image contoh terbaik kepada rakyat yang memberi undi kepada mereka. Hormatlah Keputusan sultan dan Mahkamah bahawa apapun keputusan bahawa mereka yang mendapat undian majoriti walaupun seundi tetaplah lebih 1 undi lebih memihak kepada BN lebih dari Pakatan Rakyat, perlu akurlah bahawa mereka BN berhak memerintah Kerajaan BN negeri Perak. Image kecoh mencecoh dalam dewan yang mulia hari ini amat dipandang tak manis dimata rakyat negeri Perak dan Malaysia kerana ini bukan budaya negara kita, cukup pelik apa sudah jadi…..

    • Image kecoh mencecoh dalam dewan yang mulia hari ini amat dipandang tak manis dimata rakyat negeri Perak dan Malaysia kerana ini bukan budaya negara kita, cukup pelik apa sudah jadi…..

      HANYA D M’SIA SAJA DAN BAGAIMANA PULA PANDANGAN MASYARAKAT DUNIA TERHADAP KES PEMBUNUHAN MAGNOLIA DI KENDALIKAN BAIK DARI SEGI MAKAMAH DAN SIASATAN PIHAK BERKUASA….
      MANA NAK LETAK MUKA…AMAT MEMALUKAN….TAK UBAH MACAM GAMBAQ HINDI…(well done inspector SHAHAB)

    • Salam tuan rainbow,

      Pada pendapat saya semua kekecohan ini berpunca dari BN. Mereka tidak menghormati kuasa speaker & tidak mematuhi peraturan sidang dewan. Memang benar mereka boleh membentuk kerajaan dengan kelebihan kerusi tetapi mereka tidak boleh memecat speaker dengan cara paksa (menyeret speaker keluar dewan – sungguh sedih saya melihatnya). Kecualilah jika speaker meletak jawatan, tamat tempoh penggal dun atau melalui undi tidak percaya.

      Pada pengetahuan saya speaker tidak boleh dipecat melalui “undi tidak percaya” kerana sudah tentu usul tsb pasti ditolak speaker sebelum dibahaskan. Contohnya semasa PR cuba mengusulkan undi tidak percaya terhadap pm pak lah, usul tersebut telah ditolak mentah2 oleh speaker parlimen sebelum dibawa ke persidangan. Itu usul undi tak percaya kepada pm, inikan pula untuk memecat speaker sudah tentulah perkara yg sama dilakukannya.

      Bagi saya BNlah yg menjadi punca segala kekecohan dgn menggunakan undang2 rimba kerana tidak mematuhi prosedur dewan & merampas kerusi speaker!

  7. mane ko ati panas anjing be end??senyap lak kau apabila seorg bijak pandai berkata2 dan meluahkan ape yg terbuku dlm hati..mmg ko ni dasar anjing be end..sampai mampos pun idup ko x selamat…!!!

    • ATI PANAS sudah termalu lah tu, maklumlah Parti yang disanjung2nya, menjadi haru biru dalam DUN Perak, malu lah dia.

      Mari lah kita bersama sama memohon DOA KEPADA ALLAH SWT supaya UMNO ini lenyap dari bumi Malaysia tercinta. Selagi ada UMNO selagi itu lah kita akan dizalimi – Tengah malam ini, berjanji lah kita akan SOLAT HAJAT mohon pertolongan ALLAH SWT. (SOLAT HAJAT DIRUMAH TAK PERLU PERMIT POLIS)

      ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR ALLAHUAKBAR

  8. kita tunggu dan lihat apa yang terjadi seterusnya…. rakyat dah pandai menilai yang mana kaca atau intan…. teruskan perjuangan PAKATAN RAKYAT…….

  9. teruskan usaha anda..

  10. pelengkap kejatuhan amno / bee end..

    -sia sia jib jumpa rakyat kat puduraya,brickfield..dll..

    -sia sia pak din jumpa rakyat di muar dll..

    – sia sia slogan 1malaysia

    -sia sia rakyat pilih bee end..amno ..mic..mca..dan parti sekutunya..

    -sia sia undang2 ditegakkan dimuka bumi malaysia nie..(patut la makin ramai rakyat langgar undang2 sbb pelopornya adalah bee end)

    kerana zambry & co telah menghancurkan semuanya..kepada bee end tunggu pru13..

  11. DAH LA MASUK UMAH ORANG MALALUI TINGKAP. HALAU PLAK TUAN RUMAH… UMNO/BN BIADAP……KURANG AJAR…

  12. rainbow oi….
    mata letak kat lutut ke????
    otak letak kat lutut ke????
    tak bleh berpikir lagi ke????
    dah smpai tahap mcm ni pun ko masih nak menyokong parti anjing tu…
    pakai undang2 beruk makyeh….
    Bn dah kuda kan polis2 kat malaysia ni…
    dah takde lagi ape yg kita harapkan dr polis ni…
    yg dia sibukkan org nak bersidang tu je…
    padahal bukan keje hakiki pun…
    kalo kite pg balai buat report kete kene pecah korg nak tahu tak ape yg polis kat balai tu tanya….
    ‘nak report ni utk ape ye’…
    korg bleh jawab tak kalo korg kene tanye mcm tu????
    mestilah kita nak polis siasat kan..kan…
    tapi ape yg polis tu boleh cakap kat kite…
    ‘report ni saje2 atau nak claim insurance’
    korg bleh terima ke jawapan mcm tu….
    padahal itu keje hakiki diorg..bukannye nak siasat ke ape…yg diorg tahu ambik gambar pastu encik pg beli salinan report RM2…itu jelah tindakannye…ape makna kite pg report…selamat ke org2 yg duk kat malaysia ni kalo attitud polis mcm tu…aku dh kene 2 kali kes pecah kete…ape pun aku tak dapat..biarlah polis2 ni pg buat keje2 amal tlg org2 BN kat dewan2 rakyat atau parlimen ….

  13. anak lumbu punya pelis mesia…ko tangkap ye! ko tangkap tolor ko dulu dah! mana si pakar pembakar jembatan nie..aku ndak dengaq dia punya auta belit dia…!

    kat mesia hebat dan bermacam-macam cite yg dibuek oleh kerajaan malaun..idup menteri besar kerala..selamat menjalankan kewajipan anda untuk menipu, merompak dan mengondolkan PERAK dan MALAYSIA..

    tak nampak pun ati lumbu panas aljuburi!!!?

  14. Ulasan Insan Hina dan Naspazi sangat berfaedah dan tulus dari hati. Tidak semua orang yang tahu dan tidak semuanya boleh dapat dari kedai..biarlah panjang mana pun tapi ikhlas..hendak menerangkan dengan jelas pada orang ramai. Bagi yang sudah pandai mcm ulasan Root, beliau tak payah baca tapi SKIP je lah… jangan memperlekehkan orang yang ikhlas memberi maklumat. Dont discourage people. Orang UMNO pun patut baca…sebab tak baca tu lah yang dungu sampai langgar undang-undang. Benda-benda mcm ni selalu disorok pada orang ramai….supaya keliru. Terima kasih sekali lagi kepada Insan Hina dan Naspazi. Kami dahagakan maklumat dan bertuah mendapat orang seperti anda. TK.

  15. SB (Selsema Babi) pasai tulah orang takut,jadi pd penyokong PR semua berhati2 jangan sampai dijangkiti penyakit tu………..Takbirrrrrrrrrrrrrrrr

  16. INI SEMUA SALAH SULTAN PERAK DAN ANAKNYA, NAMA JE SULTAN BERPENDIDIKAN TINGGI TAPI BUAT KEPUTUSAN TAK PAKAI OTAK, KALAU DUN DI BUBARKAN, SETTLE MASAALAH, RAKYAT BOLEH TERIMA KALAU PR KALAH SECARA HORMAT DALAM PERTANDINGAN PILIHANRAYA,BUKANYA MAIN KOTOR MACAM NI. AKU SEBAGAI RAKYAT PERAK AMAT MALU APA YANG TERJADI PADA DEWAN DUN SEMALAM, MAJIKAN AKU ORANG PERANCIS, AKU MERASA AMAT MALU KERANA DIA TERTAWA DAN BERTANYA PASAL PERISTWA TERSEBUT, KALAU SULTAN NAK KAYA DENGAN SEGALA TAWARAN DAN JANJI UMNO SEKALIPUN, JAGANLAH RAKYAT YANG MENJADI MANGSA, INGAT TUANKU, BAIK MELAYU CINA ATAU INDIA, MEREKA ITU SEMUA RAKYAT JUGAK. JANGAN NANTI KALAU SISTEM MONARCHY DI MALAYSIA PUPUS NANTI JANGAN DISALAHKAN RAKYAT TAPI NAMA TUANKU AKAN TERCATAT DALAM LIPATAN SEJARAH.

  17. FUCKED THIS BN GOVT… FACELESS MORONS..!

    DON’T THINK WE CUD OUST THIS RUTHLESS GOVT THRU ELECTIONS… THEY LIVE THEIR LIVES THRU MANIPULATIONS,WICKEDNESS AND
    PROTECTED BY DOGS THAT BITES THE RAKYAT..

    DON’T TRUST THIS GOVERNMENT….!


Tinggalkan komen

Kategori