Posted by: pinkturtle2 | Julai 23, 2009

Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? – Ku Li

Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda

Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda.Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? - Ku Li

Razaleigh: SPRM Harus Disiasat Hingga Ke Lubang Cacing

Kerana bimbangkan kematian Teoh Beng Hock adalah petanda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bertukar penyangak, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah berkata siasatan “sehingga ke lubang cacing” harus dijalankan bagi mencari motif dan punca kematian mangsa.

Razaleigh berkata rakyat Malaysia tidak lagi berasa selamat sekiranya seorang saksi yang dipanggil membantu siasatan ditemui mati dibawah pengawasan pihak berkuasa.

“Kejadian ini amat buruk untuk negara. 50 tahun kita merdeka, perlukan orang yang dipanggil untuk disiasat keluar dalam keranda,” katanya.

Razaleigh berkata penubuhan Suruhanjaya Diraja Siasatan keatas kematian Teoh Beng Hock tiada ada gunanya sekiranya kerajaan tidak melaksanakan saranan-saranan suruhanjaya terbabit, sepertimana yang dapat dilihat dari siasatan keatas kes V.K Lingam dan Suruhanjaya Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC).

Razaleigh berkata meminggirkan saranan Suruhanjaya Diraja adalah seperti “menghina Yang Di-Pertuan Agong”.

Pemimpin veteran itu menambah SPRM memburu kesalahan-kesalahan kecil tetapi tidak mempedulikan kes-kes besar dan berkata SPRM perlu diteliti semula.

“Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil untuk disiasat,” tegas beliau.

http://www.tvantara.com


Respon

  1. SEMACAM JA KU LI.
    MACAM NAK JOIN DAP JA.
    MARAH MCA & GERAKAN NNT.
    UMNO biasa la…

  2. nak buat macam mana KU LI.. suara orang dah tak dengar..

    jadi je satu benda.. suruhanjaya perlu di tubuhkan lah kira2 nya.. ape ler punya sistem.. dia punya kecoh nak pilih orang satu hal.. dah pilih boleh plak tarik2 diri.. lepas tu dah pilih keluar cerita buruk pasal yg di pilih… buatlah siasatan setahunlah katakan… pastu keluar result senyap…. tak ke keje bodoh… ha ha ha

    bila sudahnya… kesian…

  3. Salam.

    Komen Ku Li dah terlambat.
    Bukan terlambat keretapi/bas.

    Terlambat kapi/bas boleh tunggu.
    Tunggu yang lain.

    Ini sudah terlambat politik.
    Komen pun tak menjadi.

    Zaman dah berubah.
    Ku Li kena bersara.
    Ajak TGNA sama.

    Jangan susah hati.
    Jasa Ku Li tetap dikenang.

    Sekadar ikhlas.

  4. Tengku! Lu belum lambat, Lu mau tau itu Fedal Castro lagi tua sama Lu, tapi Lakyat lagi masih suka dia jadi ketua, apa pasai?. pasai dia banyak jaga kepentingan lakyat.

    Dalam UmngOk diaolang takmau dengar olang tua selupa lu punya cakap, sebab diaolang rasa dia orang banyak terer. Tapi diolang takmau Lu lari cari lain parti. Sekalang UmngOk selupa kapal senget mau kalam. Kalau tengku sikit lompat saja keluar itu kapal, kita lasa itu kapal sampai PRU 13 terus kalam Oooo…

    Lu tak mau caya cuba kasi lompat la sekalang.

    Gua bukan skadar tapi penuh ikhlas cakap punya.

  5. aik lompat parti???… huh budaya orang malaysia le ni.. negara lain mane ade orang lompat2 parti ni. takde pendirian.. ghentikan le budaya katak ni.. baik umno atau PR buat malu je.. dah kutuk kaw2 lepas tu jilat balik.. contoh terdekat abang anwar kita.. sampi terdiam bila orang BBC tanya hehehe..

  6. Jasa Ku Li tetap dikenang.
    Kerana umno di haramkan
    Hilangnya original
    Di ganti dgn. celup.celupan

    Umpama tayar celup
    Di panggil jugak tayar curut
    Di jalanan hanya terhad
    Makin laju makin hangat
    Kekuatan bersama tiada
    Saling membantu pon tiada
    Utk. menghadapi kepanasan berlumba
    Akhirnya terlerai semua
    Mengakibatkan kemalangan jiwa.

    Ayuh tengku li..
    Cukup sampai di sini sayang
    Relakan perpisahan ini
    Walau berat di rasa
    Walau berat di hati
    Aku nak merangkat pergi..
    Tak mau lompat2 lagi..
    cukup sampai di sini sayang…

  7. Salam.

    Melayu Gua Musang ramai ketinggalan.
    Ketinggalan zaman dan pembangunan.

    Sekiranya Melayu Gua Musang maju.
    Itu sudah satu pencapaian.

    Sasaran.
    100% pendidikan menengah.
    50$ pendidikan Universiti.
    Pasarana cukup.
    Bekalan air 100%.
    Bekalan Elektrik 100%.
    Saluran najis 100%.
    Semua masjid bersih.
    Keadaan sekitar bersih.

    Kalau ini dapat dicapai.
    Sudah cukup baik.

    Sekadar yg dekat di hati.

  8. salam

    WHAT’S UP! WHAT’S UP! WHAT’S UP!

    YEEEEZA…

    WE WILL WE WILL ROCK UUUUUUUU

    BERTUKAR HIJAU MENJADI BATU
    SALAM MEMBISU..U ROCK BERGEMA
    ARUS PEMBANGUNAN DAN PERMODENAN
    TIMBANGAN TAK SEIMBANG
    DIGITAL AMAT MEMERLUKAN
    MENYAMAI KETEPATAN
    SEBELUM PARAH SETIAP INSAN

    LAWAN TETAP LAWAN…
    UBAH SEBELUM PARAH

  9. cakap itu tengku manyak betul..tak ada lmbat punya..kalau pasal lompat..manyak senang formula..mana ada untung..lompat la..mana ada olang mau kita..lompat la..tunggu kalu..sudah lambat tara guna..


Tinggalkan komen

Kategori